Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, November 9, 2010

AturanNya Itu Indah Sebenarnya....

Pernah tak kita terfikir bahawa Umat Islam adalah paling hebat di dunia?
ramai yang tak sedar yang sebagai umat Islam, kita telah berada dilandasan yang betul!

-bayangkanlah, seawal pagi umat Islam telah bangun, untuk solat subuh.. mandi dan bersihkan diri.. ketahuilah mandi pagi banyak kelebihannya! air dingin di waktu pagi mampu melancarkan peredaran darah, menyihatkan badan disamping memberi kecergasan minda! subhanallah..

-seharian hidup pula ada 'exercise' 5 kali sehari!
telah dikaji, bahawasanya setiap gerakan solat 5 waktu kita tu sangat istimewa kerana punya kelebihan untuk tubuh badan kita.., sedikit sebanyak membantu badan kita bergerak dalam masa tertentu dan secara tak lansung dapat merehatkan minda, tahukah anda, dengan bersujud sahaja kita dapat meringankan beban sakit kepala (pening pening) atau migrain.

fikirkan kembali..

-seawal kelahiran lagi,kita telah dialunkan suara azan.. zikirullah.. mensyukuri amanah Allah..

-sebelum baligh pula, kanak2 islam ini akan dikhatankan.. bukankah berkhatan itu punya banyak kebaikan dari sudut kesihatan? nafsu dapat dikawal, maruah terjaga..
nahh.. sekarang pun, ramai yg bukan islam juga mahu berkhatan demi faktor2 kebaikan itu..

-kita juga ada Ramadhan..
Sekali setahun kita wajib berpuasa selama sebulan.. menahan nafsu, lapar.. dahaga..
dapat merehatkan perut yang selama ini bertungkus lumus berkerja sepanjang hayat kita tanpa henti! ternyata ia memberi kesan secara tak lansung terhadap fisiologi dan psikologi, fisiologi-bdn jadi sihat dan psikologi pula-jiwa mendapat ketenangan n kedamaian..

-Zakat dikeluarkan sebahagian dari harta milik kita untuk diberi kpd mereka yang berhak dan memerlukan.. mengajar kita saling bantu membantu dan menghargai rezeki dari Allah..

-Mengaji Al-Quran contohnya, bukan sahaja memberikan ketenangan minda, malah dapat meningkatkan keupayaan memori! lidah yang sentiasa basah dengan alunan ayat al-quran akan menjadikan pertuturan kita sentiasa lancar di hari tua dan dapat menghindarkan penyakit nyanyuk! tak percaya? buka mata lihat sekeliling.. kaji.. :)

-apabila lama bekerja, mengumpul duit.. tunaikan pula haji di Mekah..
kita pergi menyembah Allah dari harta kekayaan kurniaan Allah pada kita dgn mengunjungi ke Baitullah.. ,
sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kepada mereka yang mampu..
tanda menghargai dan bersyukur padaNya..

oh lupa nak sentuh soal ambil air sembahyang..
InsyaAllah.. umat Islam ni sentiasa dalam bersih keadaannya..
mengambil wudhu tu secara tak lansung dapat membersihkan sebahagian tubuh kita yang giat aktif seharian.. :)

Subhanallah...

itu belum sentuh lagi mengenai panduan hidup yang lain.. urusan perniagaan.. urusan pusaka, urusan jual beli, urusan perkahwinan..semua ada panduannya dalam Islam.. semua telah diatur olehNya..

kita cuma perlu ikut dengan betul sahaja..!

Hidup sebagai Islam ni telah ditetapkan aturannya oleh Allah..
kita telah diadunkan dengan ajaran islam serta hukum hakam dan panduan yang telah ditentukan oleh Allah yang tak pernah akan berubah walau sedikit dan tidak boleh lari walau sesaat..
kerana ianya lengkap digariskan di dalam AlQuran dan Sunnah..

Setiap perintahNya itu punya hikmah tersendiri dan begitu indah untuk diterokai...

Alhamdulillah..

























































































iringjeling: ini cuma pandangan ku shaja.. yang baik itu dari Allah.. dan yang buruk itu dari kelemahan diriku sendiri..

5 comments:

ZR said...

kite aje selalu lupe...

Nadine said...

Alhamdulillah...

Bersyukur dilahirkan dalam Islam. Smoga terus kekal Islam sbnar2nya selama2nya.

Ameen.

najihah said...

Alhamdulillah kita lahir sebagai muslim.Moga mati juga sebagai muslim.
I.Allah :)

nabilah_2908 said...

yupp...alhamdulillah kita dilahirkan dlm islam...semoga kematian kita juga sebagi islam....jgn dipesongkan hati kita semua ke arah lain...Amin..


p/s : jom singgah blog sy...ada sesuatu utk kamu.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
APA KATA HATI GIVEAWAY

Mimy Hamid said...

betul la semua ni...setuju sangat...setiap yang berlaku semua ada panduan dan sebab musabab..kalau tak de guideline camner la agak nyya kita...sure terpesong kan..wallahualam


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker