Dah lama aku nak keluarkan entri ini sebenarnya,
sebab nak survey tanya kat korang semua tentang cordless screwdriver ni, yang mana satu yg best! tapi tak berkesempatan.. sebab dah beli pun..
pemberian untuk Si dia!
Dia memang suka bertukang.. ala ala 'Do It Yourself' ni..
aku tahu dia suka ini dan ingin memilikinya!
ingatkan nak buat surprise, tapi tak dapat,
menda2 mcm ni kalau nak beli kena betul2 tahu..
aku takut dia tak berkenan pulak kalau dah beli, so better dia sendiri kata nak yang mana..
so mula lah operasi survey ke kedai2 hardware! sikit punya lama tau dia nak buat keputusan nak beli yang mana.. dekat ngan sebulan lah jugak!
Mula-mula mmg dia berkenan jenama Black N Decker ni, sebab ada lampu, ada pelaras.. tempat pegang nya pun kemas katanya.. warranty 2 tahun, tapi tidak semua 'part' di'cover'
RM !^(
Kemudian, aku kata alang2 nak beli..beli terus jenama Bosch , beza RM 10 je dengan yg atas tu, jenamanya pun dipercayai! aku tunggu keputusan darinya dulu, baru buka dompet amik duit! tapi.. masih belum ada keputusan.. Bosch ni warranty 6 bulan shj..tapi kualiti nya kan diakui..
RM !&(
Kemudian, jenama Black Decker lagi, tapi yang ini pakai baterry.. dia tak begitu berkenan..
RM !)(
Dan yang ini adalah sedang promosi! harganya pun jauh lebih murah dari jenama di atas,
SKIL, adalah jenama dari syarikat BOSCH juga, jaminan dari BOSCH, waranti 6 bulan juga! kelebihan yg ini adalah dia bagi ekstra mata pemutar skru, hingga lebih 30 jenis! beza sangat dengan jenis yg di atas yg mempunyai tak lebih dari 10-15 jenis mata.
RM ((
pilih punya pilih, survey punya servey, akhirnya keputusan dibuat untuk dia memilih untuk memiliki jenama Skil sahaja, atas alasan, murah, praktikal, friendly user, dan yg penting, mata skrewnya yang banyak! katanya untuk permulaan amik yg ini dulu, lagipun dia guna bukan untuk heavy pun lagi, nanti panjang umur murah rezeki beli lagi power!
Nyata Si dia sungguh gembira dan bahagia! aku gembira melihat dia gembira.. rasai kegembiraan bersama itu.. terima kasih kerana tersangat sudi terima pemberian yg tak seberapa ini.. :)
IringJeling: aku jugak dapat hadiah darinya selepas itu.. satu ciuman penuh makna..hehehe..
2 comments:
^______^ sonotnya... romantis bangat.. awww
waaaaahhh...
so romantic... :)
Post a Comment