Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Saturday, July 10, 2010

Nak Cerita Tentang Lelaki Itu Lagi! :)



~ Aku ngan papa kat pantai port dickson~


seingat aku dulu mase kecik2..

papa memang selalu serapkan 1 perkara ni kat kami adik beradik..
Jangan makan depan orang,!

menda ni memang nampak ketara sangat,
kami adik beradik, kalau sedang makan contoh cam aiskrim ke, kropok ke, cikedis ke.. tak boleh makan tunjuk2 kat luar dan orang lain nampak! kalau orang nampak, makanya kena bagi dia sikit! kalau takda, dok diam2 mkn dalam rumah!

mulanya aku mmg tak paham, kenapa pulak, kenapa org lain makan depan kitorang selamba je.. siap tunjuk2 lagi.. aku pernah tanya papa..
papa kata,


"tak baik mkn depan orang, kalau orang tengok dia terliur, kesian la kat dia! kalau orang dah tengok tu kita kenalah tawarkan padanya juga.. "


tapi aku dulu2 mase kecik bkn faham sangat, ikut aje.. besar ni je cam paham sikit la..

-----------------------------------------------------------

kami kecik2 dulu selalu tunggu time papa beli satey!
paling seronok tengok papa balik bawak bungkusan sate!

dia ada hari2 tertentu je dapat makan sate!
pastu kami adik beradik akan bahagi sama byk berapa cucuk yg dapat..
kongsi, semua dapat sama byk..

yelah keluarga kami bukan senang sangat, sederhana sahaja..

sekali sekali dapat makan best memang hargai sangat!

-----------------------------------------------------------


Aku ingat dulu masa2 remaja, kawan2 ajak pergi town! jalan2... lay park2.. abis exam la katakan..
pertama kali aku keluar ke bandar, papa pun berat je sebenarnya nak lepas aku,


tapi dia lepaskan juga setelah berbagai alasan ku berikan..
kami naik bas, so bila dah penat berjalan, tiba lah masa nak balik..., aku dan rakan2 bersesak sesak la naik bas.. (bas HIMDA namanya tak silap aku!) ramainya orang! tetiba aku ternampak kelibat seperti ku kenal aje! eh! memang kenal sangat!! eh!? eh? itu papa!! ha? papa buat apa dlm bas ni sekali! aku di blkg dan dia di depan, kami semua berdiri masa tu, berhimpit dlm bas tu, tapi aku tetap kenal kelibat itu ialah papa aku!
balik tu aku cerita kat mama! mama kata..mmg papa sbnrnya dia ikut sama pergi bandar.. dia risau sebenarnya, ntah kemana2 ku pergi, huh! papa ngintip aku dari jauh ya... papa.. papa.. hmm :)



-----------------------------------------------------------

ada masa tu aku berkawan dgn sorang laki ni, jauh dia datang dari luar negeri ke rumahku, saja aku mahu kenalkannya ngan mama (setiap kwn laki aku mmg kenalkan ngan mama) waktu tu papa tiada, dia kerja. jadi aku minta izin mama aje konon2 nak keluarlah dengan dia sekaligus menghantarnya ke bandar kerana dia pun mahu pulang ke negerinya.

dah balik rumah, aku cerita lah kat papa, ada orang datang tadi, aku hantarkan dia ke bandar, tak sempatlah papa nak kenal dia..

pastu papa sambung, katanya

"dah tengok dah.. pakai baju putih, tinggi tinggi, kulit gelap2 kan...?"


hah? aku kebingungan, camana papa tahu? aku tanya mama.. katanya " balik kerja tadi papa terus keluar ke bandar, katanya nak ke klinik, hmmmm... bukan ke klinik la tu maknanya.. pegi tengok kamu lah tu... "


haa? hmmm.... papa papa.. boleh pula dia terjumpa aku kat pelusok bandar tu! dia mesti tengok aku di kejauhan la tu... hahahaha!
-----------------------------------------------------------






~ papa di zaman mudanya~



~ papa memang aktif sukan! sekarang pun.. ~




~ tengok! si kambing pun dok ushaa baiikkk je kat rambut papa! hahaha~


~ aku suka gambar ni! papa, dia akan simpan rambut dan jambangnya bila dia bercuti lama, dulu2 kerajaan ada bagi 2-3 bulan cuti, masa tulah dia pulun simpan rambut dan jambang! nenek ku kata, papa dulu memang sangat menjaga stail rambutnya! hehehe.. macam2 fesyen dia buat..~

3 comments:

ZR said...

papa anda mmg sgt cool...

Nadine said...

Awwwwh, so sweet ur papa. Mesti dia sayang sgt2 kat Kella kan sampai boleh jd "spy" senyap2. :)

Mimy Hamid said...

papa ko polis entry ke??? klu tul sama ngan abah ku


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker