Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, July 16, 2010

KAMI BERSAMAMU LYA!


Bila melihat sahaja gambar ini, tak dapat digambarkan lagi perasaan ni!
sedih, sebak, terkejut bercampur sekali ..

Hasil sepakatan K Ain dan rakan-rakan, mereka telah menubuhkan
TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA..

Untuk maklumat terkini Lya boleh klik K Ain (terima kasih kak Ain.. )
Menurut kata K Ain "Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin"

Dan aku dengan rendah diri juga mewakili rakan-rakan Lya yang lain.. turut sama ingin menghebahkan pada rakan-rakan alam maya sekelian untuk turut sama membantu apa yang terdaya....

" kami bersamamu Lya"

Anda boleh hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Jika tidak mampu dgn wang ringgit sekalipun, sama-samalah kita doakan keselamatan Lya, sedekahkan Al-fatihah untuk Lya semoga Lya mendapat kemudahan dan kelapangan dalam menghadapi sakitnya.. Semoga Allah makbulkan doa kita semua dan Lya cepat sembuh!
Lya punyai seorang anak, Asya (cahaya hatinya), yang masih kecil lagi dan masih belum mengerti sedalamnya tentang apa yang menimpa ibunya..

pada Suami Lya, semoga tabah menghadapi semua dugaan ini..
ketahuilah.. Lya seorang wanita yang kuat! dan ketahuilah juga, Lya punyai kekuatan itu melalui kamu ! maka sentiasalah ada bersamanya! kami juga akan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Lya serta keluarganya..

sedih menyelubungi..

9 comments:

Ain said...

thanks kella...

moga usaha kita dipermudahkan...

myQza said...

Semoga lya cepat sembuh!
iNsyaAllah.
kawan2 mendoakan

ardinihumaira said...

moga beliau cepat sembuh ya...amin..

LyNn HaMzAh said...

semoga usaha kita menyebarkan maklumat tntg tabung bersamu lya nie menadapt sambutan ramai...semoga lya juga cepat sembuh...

kella said...

sahabat sekelian, ya, sama2 kita doakan untuk kesihatan Lya..
berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..

nabilah_2908 said...

al-fatihah buat lya..

jom ke APA KATA HATI pulak,
PERKARA-PERKARA YANG MENGUNDANG KEPAPAAN - PART 2

~aSHa~ said...

rindu kat komen2 beliau kan..semoga dia kembali menceriakan blog blog kita...

Amir Syahir said...

moga cpat sembuh.

ciK LyndaWawa said...

semoga cepat sembuh...


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker