Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, February 9, 2011

Ukiran Senyum

Aku agak tensi sebab tak boleh nak upload gambar!
nak kemaskini blog, ceritanya punya gambar.. tapi tak boleh memuat turun gambar pula! jadi tersekat di situ!
isshhh...

tapi tadi ada yang membuatkan aku terus nak buat entri..
tiba tiba masuk seorang sahabat dari pintu depan.. dari jauh ku lihat dia! terus terukir senyum di bibir..
dan senyuman makin lebar bila dia terus menjerit..
" hai.. dear, how are u! i miss u laa.... long time no see.." sambil meluru ke arah ku!
sahabat yang lebih berpangkat seperti ayah sebenarnya! dia anggap aku seperti anaknya..
sangat baik hati dia ni, suka.
melihat cara dia tu, senyumannya tu, keterujaannya tu.. membuatkan diri ini rasa sangat dihargai! tak sangka..

dia terus masuk bilik aku dan meluahkan rasa teruja melihat aku, bertanyakan khabar.. apa yang berlaku sepanjang percutian.. bagaimana perkhabaran ahli keluarga...
melihat wajahnya yang kegirangan dapat ku rasakan yang ianya datang terus dari hatinya..
terasa sungguh dihargai.. :)
sebenarnya aku pun mencari dia mula berkerja isnin lalu, tapi dimaklumkan dia ke kursus selama 2 hari.. hari ni baru masuk pejabat..

tak rugi berbaik baik dengan semua orang kan..
bukan senang nak kekal berada dalam ingatan orang..
bukan senang nak buat orang suka kat kita..
tapi bila orang dah suka.. hargai lah ia..
jagalah setiap perhubungan itu dengan baik..
elakkan dari melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati sesiapa sahaja..
nescaya kita akan disukai ramai..
InsyaAllah...

tetap perlu hati hati juga pada
musuh dalam selimut..
gunting dalam lipatan..
api dalam sekam..

terima kasih untuk sahabat baru yang sudi mengikut;  Nunarinos, Eima Omar (tiada link untuk link back, camana ni.. dan terbaru.. en Gedek! terima kasih kerana sudi..

14 comments:

My Little Diary said...

salam,

buat baik dibalas baik... begitu lah sebaliknya... :D

azzey said...

yelah kannn..bkn mudah nak buat org suka kat kita tapi x susah nk buat org benci kita..

kella said...

Rima:
pergi mendaki gunung daik
pokok diukir nama terpahat
buat baik di balas baik
buat jahat di balas jahat

asyik berpantung je keja nya bila jumpa rima nih! eheheh..

Azzey: ya la.. orang nak benci senang je kan! sikit sikit nak benci! hmmmm

Nadine said...

setuju..bkn senang nak buat org suka kat kita tapi senang je org nak benci kita.

kella mmg baik orgnya. im sure mmg ramai yg suka berkawan dgn you :)

Stilla Royazrie said...

ye betul tu...tak semua org suka nak berkawan dgn kita kan..hihi..

LYAfrina said...

betul tu.. hidup indah jer dikelilingi oleh org y menyenangi kita kan:-)

Dan.. biarla org x suka kita.. tp kita suka org..lama2 dia pon suka kita..

ardinihumaira said...

kadang2 kita kena tahu.. membenci dan dibenci itu menyakitkan... :) jadi tak adolah kita nak benci orang atau buat orang benci kita. hehe

Anonymous said...

bab musuh dalam selimut tu yg parah!
sebab dah merasa..tsk!

SITI NOARIZAH ARIS said...

BERBUAT BAIK BERPADA2..BUAT JAHAT JGN SEKALI.. :)

kella said...

Nadine: amboi nad.. salah seorangnya ialah nad lah kan? ( chee perasan...) :)

Putree: yaa... so kita tak perlu la perasan yang semua orang suka kita.. kadang tu, hipokrit depan mata je kan.. hmmm sedih je..

Lya: betul tu lya.. positifkan diri je.. nescaya kalau kebaikan je yang kita limpahkan.. hati mana yang tidak terbuka... :)

Dni: ya.. kena faham dan memahami... :) kalau tak suka orang buat kita kita jgn lah buat kat orang pulek... :)

kella said...

Mak dara terdiva: percayalah.. kita juga pernah merasai nya.. hancur luluh hati ini.. :(
dalam diam engkau melukakan.. ohh.. tapi, biarlah semua itu menjadi pedoman dalam menghadapi hari hari yang mendatang yang turut mendewasakan kita.. :)

kak CT: betul betul betul! :) terima kasih..

Kakzakie Purvit said...

Salam kella,

Org lain yg tahu keburukan dan kebaikan kita. Di tempat kerja terlalu rapat pun tidak digalakkan dan terlalu renggang pun kurang baik. Kena ada timbang-tara.....

kella said...

kak zakie: terima kasih.. betul tu.. tak boleh berlebihan dalam apa jua.. kena seimbang tu.. kita setuju.. :)

cun09 said...

salam kella...

akak ada baca, kalu nk suruh org baik pd kita, kita perlu buat baik pd org terlebih dahulu...rasanyee tak rugi kan?!


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker