Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, February 7, 2011

Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

selamat pagi,

seribu satu rasa malas..
seribu satu rasa berat..
seribu satu rasa penat..

susah sungguh nak mula kerja hari ini, tapi kuatkan diri juga,
harus kerja untuk dapatkan rezeki menyara hidup..

Tajuknya ialah Kuala Lumpur, entah apa yang ingin diceritakan ya?
Dulu, aku tidak pernah terlintas akan bekerja di sini, menetap apatah lagi!
Dulu, bila jasadku mula masuk KL je, terus rasa tak best
bila jejakkan kaki kat pudu tu! (biasa dulu mesti berhenti kat PUDU punya) seribu satu rasa tak enak! mula la rasa pening kepala la.. sesak nafas la.. mata berpinar la..
Aku memang tak suka KL!
tapi nak buat macamana.. Tuhan telah tentukan aku punya rezeki ada di sini..
Aku terima dan redha..
Alhamdulillah
Ramai orang di seluruh pelusok negeri pun mencari rezeki di sini kan?
Dari Johor hinggalah ke Perlis..semua ada di KL
:)

KL dan Jem memang tak dapat dipisahkan kan?
Aku sebenarnya nak ceritakan pengalaman semalam.. (intro punya panjang!)
HUH! &*^&$&*^^$%^#)^**!!?<**%!!!!
terkena betul aku semalam!
selama ni percaturan mesti baik punya! Alhamdulillah tak terkena jem!
tapi semalam! ya Allah... balik ke KL dari Kuantan.. Jem tersangat la jem kat Lebuhraya katak Karak semalam! terkena aku terkena!
bawa kereta manual pulak tu... jenuh.. jenuh.. sampai sekarang lenguh kaki tak hilang..
sengaja aku yang nak bawa.. tak kasi abbi bawa, sebab tahu dia mesti tak boleh tahan punya jem begitu!
ya.. berkorban apa sahaja.. (eceh!)

kesian aku tengok ramai kereta kereta yang 'breakdown' kat bahu bahu jalan.. ramai yang berhenti dengan keadaan bonet depan kereta terbuka.. 'temperature' dah tinggi la tu.. ada yang berasap asap pun.
bas bas pun ada! ramai ramai pakat turun dok tepi jalan.. tengok ada keluarga yang ada anak anak kecil.. semua dok berkampung di tepi jalan..
Sedih je tengok keadaan mereka.. dengan anak anak kecil nya ' baby' pun ada..
Terfikir tentang kesusahan mereka, kami berdua tenang seketika,
nasib baik cuma berdua.. kalau punya anak kecil, tentu kami pun hadapi perkara yang sama.. yela.. budak budak.. mana nak makan nak minum, nak ke tandas lagi..
paling ramai yang berhenti kat Genting Sempah tu.

Bila di tol pula, masing masing berebut rebut nak masuk pintu tol!
masing masing dah hilang rasa bertimbang rasa!
tak semua lah macam tu, cuma ada segelintir sahaja yang mementingka diri sendiri..
orang dah beratur ikut q, dia pula entah datang dari mana, terus potong 'line'!
yang kereta besar dengan kesobongannya, signal pun tak kasi! yang kereta kecil pun tak kurang mahu tunjuk samseng! cucuk cucuk! ada aku tengok macam nak bergaduh pun ada! masing masing dok himpit
lahai .. semua orang pun nak selamat sampai ke destinasi..
bukan kamu seorang sahaja!
jangan la disebabkan kerakusan kamu menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku dan mengheret orang lain sama dalam kesusahan.
itulah dia..
bila seseorang manusia sudah terdesak...

memang banyak ketidakpuasan hati telah berlaku..
tapi moga ada yang buka mata dan terbuka hati..

( aku taip menda ni dari pagi tadi, ni dah masuk tengahari pun! taip sikit sikit.... dah abis pun! post!)

bayar tol untuk jem?

14 comments:

ardinihumaira said...

time jem memang geram tengok gelagat orang yang berlagak samseng..

Kazaztan Team said...

saya dr lahir smpi dah beranak 2 duduk kl ...bayangkanlah...ehehehhe

Kakzakie said...

Salam kella,

lupakan semalam yg menyakitkan. sekarang kerja dah bermula. entah bila perkara jem seperti semalam akan berakhir....

Mimy Hamid said...

aku pun balik pantai timur gak..tp aku blk tgh malam semalam..kul 2 pagi....ingat tak jem..sampai kat karak..pehhhhhhhhh...jem jugak..tp selamat sempai jam 6.30 pg..leh gi keje...mmg betul kata ko byk kete benti tepi jalan...

Mak Su said...

mksu org ns, mmg hjt asal nak keja kat seremban or melaka jer, tapi sapa sangka, rezeki mmg kat kl, temu jodoh kat kl ngan orang dari utara, so nampaknya mmg jadik org kl ler ni. tp hati tetap kureng siok sbb rindukan kg halaman

ct_nurmarlissaa said...

wahhhhh.....Jem...kita dari utara pun...sama situasinya....

LYAfrina said...

assalamualikum kella...

lya pon x suka pudu.. sesak semacam ...
tapi skrang kat sini pon jamed gak.. cuma xdela sehebat kl tu.. time raya baru ni, mmg teruk jammed..

masa kella lalu kot kmn, msti naik jambatan bukit kuang kan??? ada byk kapal2 tu.. kat situlah ofis lya.. start dari kapal kaler biru y besar ke belakang tu, semua kaw ofis lya..

nabilah_2908 said...

bagus la dh selamat sampai..mmg ramai yg tersekat dlm Jem tu..ada yang lebih dari 12 jam..


jom ke APA KATA HATI pulak,
WHERE RAINBOWS END

mzhany said...

kella, hehe hany dah kembali.

Citarasa Rinduan said...

salam..
kela...kak rindu kamu..
thanks call kak tadi yer

gitulah keadaan apabila bercuti panjang..sure problemnya jem kat lebuhraya...

alhamdullilah..sampai jua kella ke rumah walau makan masa berjam2..dengan kereta manual..

tak apa............nanti pakat dgn en suami..tukar kereta auto yang comel pun tak apa ya

kella said...

Dni: memang.. kadang kala tu macam macam tubik kot mulut ni.. pastu istighfar balik.. hmmm selfish...

KT: hehehe... orang kl tu namanya... orang kl yang cool.. :) bertuah kita dapat kawan ngan anak jati kl nih! biasanya perantau je..

Kak zakie: ya betul tu.. pejam mata.. tarik nafas.. hembus.. lega.. buang jauh jauh yang tak best tu ya... tengkiu.. :)

Mimy: hehe ko balik ganung kan! hey sekarang dah jadi orang ganu kiter ler.. :) tulah.. kesian tengok dengan anak2 anak kecil lagi... hmm

Maksu: ya lah! kita temu jodoh di kl jugak..tapi orang perak.. beli rumah sini.. maknanya dok sini la kami... insyaAllah.. kalau boleh nak pindah.. kampung halaman juga..

Kak Mas: semua tempat pun sama kot kan.. ya lah.. semua puluh balik hari ahad... hhehe

Lya: ya! ya! ada tengok tu! tahu tak, ada juga berbicara ngan adik2.. kenapa sebelum ni kami tak perasan ngan kapal2 besar ni.. ishhh.. musykil jap! ada gak rasa nak berenti amik gambar.. tapi tak boleh.. tepi jalan... itulah.. rasanya dulu pun penah tengok tapi ignore je kot...
ohhh.. dekat situ la lya kerja.. maknanya sedetik jarak kita sangat dekat la ketika itu ya! :)

kella said...

Nabilah: ya.. syukur.. memang ada yang lebih teruk.. nasib baik kami selamat sampai.. itu yang penting.. :)

Hany: hehe... selamat ya! Alhamdulillah kita hany...mesti lalu kot sama jugak kan.. :)

Kak Ayu: terima aksih juga! ritu masa kita demam kak ayu sms kita juga bertanya khabar. terima kasih.. :)
oh.. hajat di hati tu memang rasa nak tukar kereta.. tapi masih belum sempat la kak... byk menda lain lagi yang perlu didahulukan.. maklumlah.. masih lagi terasa sebab dok rumah sendiri ni.. macam2 lagi kena siapkan... terima kasih kak.. :)

gedek! said...

PAGI..!

kella said...

Gedek: pagi nan indah.. hari ini ada orang baru memberi komen di sini! terima kasih! :)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker