Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, February 17, 2011

Selamat Hari Lahir Puan Azizah!

~ ini aku curi tangkap gambar mama berdoa di masjid shah alam~

Dia seorang yang baik hatinya..
dia seorang yang lembut hatinya
dia seorang yang berjiwa kental..
dia seorang yang sangat memahami
dia seorang wanita
yang telah melahirkan 6 orang cahaya mata yang bertuah melihat dunia..
pelengkap hidup seorang lelaki..
dialah mamaku!
Azizah Abdullah

Mama.. Selamat hari lahir pada 16hb Feb 2011.

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan mamaku..
Allah selamarkan kamu..
Semoga mama diberkati dan dilindungi oleh Allah..

semoga mama diberikan kesihatan yang berpanjangan dan umur yang panjang, untuk sama sama mengharungi suka duka hidup bersama kami.. kerana kami mahu mama sentiasa ada di setiap detik perjuangan hidup ini...
semoga kekuatan mama melahirkan , menjaga dan mendidik kami akan menjadikan kami juga insan yang kuat dan kental dalam mengharungi hari hari mendatang.



semoga mama beroleh keredhaan dari papa, untuk beroleh syurga yang di idam..
sedang syurga di telapak kaki mu pula diharap harapkan oleh anak anakmu..

ketahuilah mama...
walau tidak pernah kan dapat ku membalas jasamu mama..
namun, mamalah insan yang sentiasa berada seiring dalam ingatan dan doaku..

teruslah mekar mama,
menjadi kebanggaan suamimu dan kami anak anakmu..
teruslah menjadi yang terbaik kerana yang terbaik itu ialah dirimu mama!

" Ya Allah, Kau berkatilah hidup kedua orang tuaku, sempena kelahiran mama ku ini, berkatilah dan berilah kemudahan dalam hidup mereka suami isteri, semoga mama menjadi isteri yang solehah dan terbaik untuk suaminya dan juga ibu yang mithali untuk anak anaknya, menuju ke jalan yang diredhai oleh Mu. Aku tahu anugerah terindah ini adalah pinjaman sementara di dunia, namun tunjukkanlah jalan yang benar semoga dapat kami bertemu di syurgaMu, yang kekal abadi..
tetapkanlah hati kami...semoga takkan pernah kami melupakan segala jasa orang tua kami yang melahirkan dan membesarkan kami.. sesungguhnya aku amat bersyukur atas kurniaan sementara yang telah Kau berikan ini, terima kasih atas nikmat perasaan mempunyai ibu seperti mama.. semoga syurgalah tempat ibu dan bapaku.. amin ya rabbal a'lamin..

11 comments:

Unknown said...

terharu mama punya anak sebaik dan sesolehah kella..

happy birthday mama......semoga mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki...

cun09 said...

salam dik ^_^

selamat hari lahir buat bonda tercinta, semoga di berkati dan dirahmati oleh ALLAH sepanjang hidup ini...

**moge sihat**

ZR said...

AMIN....

ct_nurmarlissaa said...

happy besday..dear aunty....:-)kamu sememang nya anak yg baik....

uncle gedek said...

Semoga anak uncle membesar jadi seperti kamu....

Sentiasa mendoakan ibu bapa....

Nadine said...

Happy Birthday to Mama Kella!

Ibu2 kita share the same month of birthday la :)

Kakzakie Purvit said...

Kasih mama berpanjangan
simpulannya kejap disanubari anak-anak
biar airmata mama bergenang anak tetap menjadi keutamaan
menitip sama sebagai teman
selamat ulangtahun kelahiran
mama bahagia bersama insan yg seiringan
susah senang dalam hidup seharian
hingga akhirat mohon berkekalan...

nabilah_2908 said...

HAPPY BIRTHDAY tuk Mama Kella... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HANTU TETEK

Adinda Amy Sensei said...

kella..

selamat hari lahir buat mamamu..
moga panjang usia..bahagia sentiasa..

Unknown said...

selamat hari lahir kepada mama.. semoga mama dikurniakan kesihatan yang baik selalu..

bertuah mama dapat anak perempuan yang sebaik kak kella ni ;)

kella said...

Terima kasih buat semuanya yang ucapkan selamat untuk mama ku...
terima kasih,
sesungguhnya kita semuanya pun punyai ibu dan sesetengahnya ialah berstatus ibu.. tentnya hati kita sama....

tengah nak tunggu komen dari mama juga ni.. hehe..
semalam katanya dia dah baca.. sampai menitiskan air mata katanya.. terharu katanya dia tak pernah mengharapkan apa apa cukup sekadar ingatan dan doa untuknya...
aku pun turut bergenang...

hargailah ibu kita selagi hayat masih ada...


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker