Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, February 18, 2011

Perjalanan Warna Warni II

Tadi masa lunch aku sempat upload ini 3 gambar sahaja, untuk cerita ini!
lambat bebeno!
tepat kul 2, teeettttttttt!!!! masa sudah cukup, takleh upload lagi..
sambungan dari entri Perjalanan warna warni terdahulu, ini adalah sambungannya..
cerita masa balik kampung.. huuu...
dah basi ke?
takpe la ya.. pengalaman yang mahu dikongsi.. :)

mari kita mulakan dengan gambar pertama ini; b ni, dia lah yang membawa kereta...kami tukar tukar pun, tapi gambar ini agak menarik untuk dikongsi bersama.. nampak bulu mata b yg agak panjang... dan janggut pelengkap nya..  :)

Gambar ke dua ini?
Ini ialah ustaz Adnan!
inilah salah satu perkara yang paling baik berlaku masa balik kampung kali ini!
bertemu dengan ustaz Adnan!
Hati aku teruja, lidahku kelu bila melihat ustaz Adnan.. rindu padanya dah lama...
baru ini kami sempat bertemu dengannya di rumahnya..
Syukur Alhamdulillah...
Ustaz Adnan lah ustaz pertama yang mengajar aku mengaji dari kecil,
malah aku dan rakan rakan adalah anak muridnya yang sulong, masa tu dia belum berkahwin lagi! dan sekarang telah mempunyai 8 orang anak!
Mastura yang sulong berada di UIA, katanya, Mastura dapat ke Mesir, tapi di tolak, kerana katanya di Malaysia pun masih bagus, tak perlu berjauhan, dia sebenarnya tak sanggup lepaskan Mastura..
kata ustaz.. sejak Mastura pergi belajar.. rumah itu agak 'sunyi'
kalau mastura ada di rumah, rumah itu tak pernah sunyi dengan alunan bacaan al-quran!
Subhanallah...
anak anak ustaz yang lain juga sangat sejuk mata  memandang.. :)

kami di jamu dengan makan malam.. dapat makan gulai daging kawah..
kemudiannya kami berjemaah maghrib bersama...
Alhamdulillah...

Malam itu malam Jumaat, semestinya Ustaz yang paling sibuk, malam tu dia ada takzirah di masjid juga dan juga Qiamullail, maknanya malam tu Ustaz tidak akan balik rumah,
dan kebetulan ianya bermula jam 10.30 malam,
jadi adalah masa untuk kami duduk lama sikit dengan ustaz, Rezeki kami..

aku nak kongsi sedikit tazkirah ustaz pada malam itu..
tuju pada isteri dan suami..
kata ustaz, isteri kena jaga 6 perkara yang ada pada suami.
Jaga Matanya
Jaga Hidungnya
Jaga Lidahnya
Jaga Telinganya
Jaga Perutnya dan
Yang paling penting Jaga Hatinya..

Jaga Mata
Jaga penglihatannya, penampilan kita sebagai isteri kena jaga biar sejuk matanya memandang, dan persekitaran juga kena jaga, contohnya jika kita biarkan rumah kita berselerak, tidak berkemas.. dan suami pula tidak suka begitu, maknanya kita tak jaga matanya lah..

Jaga Hidung
pakai pakaian dan wangi wangian yang dia suka.. yang dia suka hidu dan cium,
badan tu kalau boleh sentiasa wangi untuk suami, rambut pun kena wangi sebab lelaki katanya suka cium rambut isteri...
jangan bersama tika badan kita yang  berbau bawang ke, baru lepas masak ke.. lainlah kalau suami memang suka!

Jaga Lidah
masak masakan kesukaan suami kita, beri suami makan apa yang di sukai, beri makanan yang datang dari sumber yang baik. Jika kita tak tahu, kita belajar memasak kesukaannya itu untuk menggembirakannya.

Jaga telinga
bertutur yang enak enak, jangan bercakap perkataan yang suami tidak suka, jangan sesekali mengata tentang ahli keluarganya, jangan berkata kasar dan jangan selalu berleter pada perkara yang tidak sepatutnya, bercakaplah yang sedap didengar.. barulah suami selalu ingin mendengar suara kita, bukan lari bila sahaja kita membuka mulut!

Jaga Perut
jangan biarkan perut suami kita kelaparan, berikan suami ni makanan yang cukup yang membuatkan dia tak akan mencari makanan lain di luar, kata ustaz lelaki ni tengah2 malam pun nak cari makanan juga kalau lapar, jadi kita jangan biarkan perut suami kita kosong..

Jaga Hati
berkata yang sopan sopan dan tidak meninggi diri pada suami, walau setinggi manapun pangkat kita,
hati suami akan tenang melihat isterinya yang taat kepadanya.

kata ustaz, cuba amalkan
"Ya, saya dengar dan saya datang"
akan datang satu perasaan hebat dalam diri si suami bila mana dia memanggil kita dan kita jawab panggilannya dengan;
"Ya , saya dengar dan saya datang!"
maknanya , kita dengar panggilannya dan kita segera datang!
"begitu hebat amalan ini, cubalah," katanya..

anak anak juga boleh amalkan jika ibu dan bapa panggil kamu, jawablah..
" ya Ayu dengar, dan Ayu datang... " (contohlah nama ayu tu.. )

banyak lagi tips tips, ilmu atau panduan hidup kita sebagai islam yang sempat ustaz kongsi bersama kami hingga 10.30 malam...
sungguh aku bertuah dan bersyukur dapat bertemu dengannya..

...................................................................................................

dengan ustaz 'denan' lah kami tahu mengaji dengan bertajwid dan berlagu, dan pada hujung minggu pula, ustaz mengajar Fardhu Ain, Ustaz mengajar kami tanpa mengambil upah pun, tapi ikhtiarnya sendiri mahu melihat anak anak didiknya celik agama
Disebelah pagi dia akan bekerja, dan petangnya dia mengajar kami semua di surau,
untuk pengetahuan semua kami anak anak staff di jabatan kerajaan.
dan biasalah, ada yang tidak selesa dengan apa yang ustaz bawa, dituduhnya ustaz ni cuba bawa ajaran salah pula, biasalah, kalau bab bab agama ni difikirkan mestilah sokong belah pembangkang kot.. membawa fahaman pembangkang!
so ustaz ditukarkan bekerja jauh di Selatan, setahun di sana ustaz mengambil keputusan untuk berhenti,
dia tekad untuk balik kampung dan menggunakan ilmu yang ada  pada sesiapa yang memerlukan,
katanya rezeki ada di mana mana sahaja, yang penting usaha dan tawakkal pada Allah..

dan sekarang, ustaz telah punyai ramai anak anak murid di sekolah pondok, selalu di panggil untuk majlis majlis agama, dan majlis majlis kesyukuran...

ramai lagi anak muridnya yang ingat sangat kat dia,

terima kasih ustaz Adnan!

............................................................................................

dan gambar ke 3 di bawah ini?

gambar yang di ambil semasa di kampung, perjalanan balik ke kampung nenek pula..
gambar ini di ambil di dalam kereta ketika kereta sedang bergerak..
kebetulan nampak cantik...

~ di bening senja...~

sekian dulu perkongsian cerita dariku ( yang dari kul 1.31pm tadi hingga sekarang, 9.35 mlm baru abis.. huhuhu sikit sikit..)

apa dibuat di malam hari ni?
dah makan?

semoga ceria selalu..

:)


7 comments:

Rohani Hashim said...

terima kasih atas perkongsian ilmu nih...mari kita sama sama usaha untuk menjaga kesemuanya...


gmbr ke3 cantikkk!!!

Unknown said...

selamat malam kasih

yer....ayu dengar dan ayu datang

indah sekali entry malam ini..berkenalan dengan ustaz adnan, buatkan ayu terpesona..
lebih2 lagi pengkongsian ttg tazkirah yang 6 itu,,

terima kasih kella..
syukur dapat kenal kamu..semakin banyak ilmu yang kak ayu dapat...

syukran..selamat mlm kella...mimpi y indah2 yer

kella said...

Hany: tahu tak, ustaz pun ada kongsi tips tips untuk mendapatkan zuriat! siap bagi rehal suruh kita tulis.. antaranya.. katanya suruh kita hari hari makan togeh mentah, makan nenas sekali seminggu dan makan daging, untuk lelaki, banyak makan bawang merah mentah, untk bykkan/pekat kan air mani..
dia kata kalau tak jadi, balik kampung jumpa ngan mak dia! insyaAllah maknya buleh tolong tengokkan apa yang boleh di bantu...

:)

kella said...

Kak Ayu: Alhamdulillah... yang mana boleh kita kongsi kita akan kongsikan ... heheh.. haah! Ayu dengar dan ayu datang! sangat best masa ustaz cakap begitu.. dia bagi contoh nama adik kita.. sekaligus teringat kat kak ayu,, :)

betul, kita bertemu dengan ustaz tu pun kiranya rezeki dari Allah juga..semuanya kerja Allah.. sekian lama akhirnya dapat ketemu ustaz tersayang! banyak yang dia pesan lagi kak ayu.. sikit sikit kita kongsi..

terima kasih kak ayu... :)

semoga malam ini berlalu dengan tenang... :)

nIsYa said...

salam.. :) pic yg ketiga tu amat indah.. :)

kella said...

honeysya: terima kasih! :D
terima kasih sebab sudi singgah ke sini.. :)

pak long said...

salam...
terima kasih kongsi ilmu yang cukup ilmiah...moga ada hikmahnya buat diri ini...


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker