بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Adam ku…
Kau sebenarnya Iman dan aku adalah Makmum.Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah Ketua . Jika kau lalai, maka lalailah aku.Wahai Adam,kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu . Akalmu sembilan , nafsumu satu. Akal ku satu , nafsu ku beribu .Oleh itu pimpinlah tangan ku, kerana aku sering lalai dan leka serta sering tergelincir di tolak nafsu
dan konco-konconya.
Adam ku…
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.Akan aku aminkan doa mu agar kelak luas syurga kita.Lebih suka kalau engkau bangunkan aku bertahajud bersamamu,agar nanti kita dirahmati.. Ya Rabbi…Kenalkan aku pada Majlis agama .Ajarilah aku Yassin dan ajaklah aku mengalunkan jantung kitabbullah di malam Jumaat yang penuh Barakah.Khabarkanlah padaku tentang fardhu – fardhu yang patut aku tahu.Bimbinglah aku dengan amar maaruf dan nahi mungkar.
Adamku…
Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah.Didiklah aku supaya menjadi permata di lembah kaca.Selimutkan aku dengan iman dan taqwa sebagai bekal ke jalan Allah.Ingatkan aku supaya hormat ,tunduk dan patuh pada mu setiap waktu.Tolonglah aku Adam, agar aku tidak beku.Bantulah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar ku tanggung.Pimpinlah aku menuju Nur Jannah.Tarbiahkan aku supaya kelak aku calon srikandi solehah.Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasullullah ,setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah ,sekuat iman umpama taatnya Sumayyah ,seikhlas dan semurni Halimatus Saadiah dan segagah dan seteguh Nailah Al Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah . Seindah hiasan adalah wanita solehah ,moga aku hiasan terindah dalam hidupmu Adamku..
Bingkisan tulus dari Adam untuk Hawa.
Hawaku..
Meski aku Adam , gagah pada luaran,ada kalanya aku juga lemah dalam godaan.
Walau aku peminpin Khalifah bagimu ,aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsu ku satu ,akal ku sembilan ,namun yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan ,kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi ,lemas dalam dunia sendiri.Andai aku leka dan alpa , ingatkan aku untuk kembali padaNya kerana sesungguhnya di balik seorang lelaki,berdirinya seorang perempuan.
Hawaku…
Walaupun aku durjana duniawi , aku juga impikan wanita solehah sebagai suri.Justeru ,ingatkan aku tingkatkan ibadah ,kelak aku bisa menjadi suami soleh.Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan Kalammullah ,agar dapat aku memandu mu ke Syurga Al –Jannah.
Sedarkanlah aku agar mengejar keredhaan Ar-Rahman ,agar hidup ku sentiasa aman.
Bangunkan aku bertahajud bersamamu,kelak rahmat – nya tiada tandingan untuk ku .
Aminkan doa bacaan ku ,moga nanti luas syurgamu.
Taat dan patuhlahilah aku,kelak solehah menjadi milik mu…
Hawaku…
Aku suka kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana.
Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak.
Aku suka jika bidadari ku sentiasa mengejar kebahagian ukrawi.
Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriat ku penuh dengan kesantunan mu.
Aku lebih suka kata-kata mu berhemah kerana ia menunjukkan kau wanita berhemah.
Aku suka jika kau pandai berdikari ,agar kelak kau mampu berdiri sendiri.lagi indah jika kau berperibadi mulia ,kerana itu sebaik-baik hiasan dunia.
Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah diri agar harga diri mu tidak terlalu murah.Lebih elok jika kau mampu berfalsafah ,kerana itu simbol mar’fatonah .
Peliharalah agama seperti mana aurat mu,terjaga rapi ,siramlah hatimu dengan taqwa ,sebagai bekalan mengadap Yang Esa .
Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah.Agar kelak tidak dipandang lemah.Meski kau dicipta dari tulang rusuk ku yang bengkok ,namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu mengoncang dunia mencipta sejarah.
Oleh itu.Ingatlah aku Adam mu yang sering leka dan alpa , kelak Hawaku bakal menghuni Al-Firdausi .
*Dipetik dari majalah Muslimah
Semoga impian kita untuk mendapat cinta suci yang diredhai akan termakbul..
Semoga bingkisan ini akan mengajar kita bermuhasabah diri dalam mendapatkan hati dari seorang insan yang kita cintai dalam menuju kebahagiaan..
semoga ianya sentiasa tersemat di dalam hati kita dan pasangan kita agar dapat kita saling ingat mengingati
InsyaAllah.. kita akan menemui sinar kasih dari Illahi, yang di cari cari selama ini..
7 comments:
nice...nice entry..
ayu suka sangat renungan ini...terima kasih kella berkogsi ....
nanti nak print...dan hayati sebaiknya...
sayang kamu.., semoga kamu sihat2 selalu
insyaALLAH.. :)
as salam kella..
sori lama myepi, sbb ada poblem sket baru2 ni :-(
sayu bca n3 ni..
hrp fain dpt mjadi sperti adam & sy dpt memeiliki pekerti spti hawa...
insyallah:-)
kella, nk mtk tlg vote asya kat sini-->
http://anna-jueanna.blogspot.com/2011/02/jom-pilih-siapa-pemenangnye.html
no.13
**hb kat sini
Kak Ayu: terima kasih kak ayu... kita sama sama kongsi menda yang baik ni kan.. bila kak ayu mendapat manfaat daripadanya kita pun gembira juga...
sama sama kita mendapat kebaikan darinya...
salam sayang dariku jua untuk mu kak ayu.. :)
Nisya: nisya juga akan menghadapinya nanti... so boleh bersedia dari awal kan.. :)
waalaikumussalam Lya... gembira mendengar perkhabaran dari lya nih! :) betul tu lya, sebagai hamba Allah ni, itulah yang kita idamkan..semoga kita smua sentiasa berada di landasan yang betul..
ok lya! kita akan vote! yeah..vote fo asya! vote untuk anak buah kita nih! :)
thanks lya.. :)
nak copy dari awak yer (^_^)
nk suh adam saye bace nieh!
Post a Comment