Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, February 24, 2011

Cuba pakat ramai ramai eja MASA

Kata Nomi.. Masa itu emas!
tapi sebenarnya..
Masa itu lebih berharga dari emas
kerana emas tu insyaAllah kita mampu untuk beli..
tapi masa takkan mampu dibeli.. sebab tak pernah ada orang jual pun! :)

dalam hidup kita, masa yang kita ada ialah
Masa Lampau..
masa depan dan
masa sekarang

Masa lampau, ialah masa yang  telah berlalu dan takkan pernah datang kembali walau sesaat..
tidak boleh di ulang dan tidak boleh dipanggil datang kembali...
cuma boleh di renung, di ingat dan diambil pedoman darinya.. :)

Masa depan, pula ialah masa yang belum tiba, masa yang akan datang..
masa yang tidak tercapai lagi.. walau semahu manapun ingin dicapai.. tetap tak boleh selagi belum sampai masanya..

masa yang perlu kita rembat  dan hargai sepenuhnya ialah..
Sekarang!
kamu tak punya semalam dan masa depan, tapi sekarang ini lah sahaja milik kamu!

jadi pergunakanlah masa yang kita ada sekarang ini, saat ini, sebaik mungkin!
hargai sepenuhnya..

Masa itu nyawa!
ingatlah yang kita akan di tanya di akhirat kelak apa yang kita lakukan dengan masa kita di dunia!

Di padang Mahsyar nanti, antara satu soalan yang Allah akan tanya ialah,
“ke mana umur muda mu dihabiskan?”.
Tuhan tidak bertanyakan umur tua. Ini menunjukkan betapa bernilainya masa muda berbanding tua.

Sehubungan dengan itu Nabi Muhammad SAW juga telah mengingatkan dalam sebuah hadisnya:
“Pergunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara.
Masa sihat, sebelum sakit.
Masa muda sebelum tua.
Masa lapang sebelum sibuk.
Masa kaya sebelum miskin.
Masa hidup sebelum mati. “

Jika kita benar-benar sedar hakikat ini, seharusnya, tidak timbul soal bertangguh, membuang masa dan membazir waktu dalam kehidupan

fikir fikirkanlah...



Bila terserempak dengan gambar lama ini... kenangan lama terimbas semula...
kenangan manis di alam kanak kanak...
masa yang paling seronok penuh dengan warna warni...
menyanyi dan menari semahunya..
masa itu juga, hati begitu gairah mengejar cita cita mahu cepat dewasa..
mahu cepat bekerja..
mahu punyai duit sendiri..mahu kawin dan punya anak? isshhh! belum sempat terfikir lagi mase tu..  :p
tapi sekarang?
andai masa boleh di undur?
ingin ku kembali ke zaman silam itu..
uhh.. kalau la ada 'time machine' Delorean DMC-12 macam dalam cerita 'Back to the Future' tu, setkan aje nak ke tahun berapa! wooo.. memang seronoklah!
tapi, semua itu tidak mungkin kan..

eh, cer teka, cer teka, cer teka, dalam gambar kat atas ni, yang mana satukah aku?
teka ahhh....



~ ini aku dan adik ku Ayu.. aku sayang adikku Ayu ni, dia no.2, bila ingatkan kembali dulu masa kecik2 dia selalu je sakit, bikin papa dan mama risau..
tapi Alhamdulilah dah besar panjang pun dia..
kuat budak ni, dalam pelajaran pun pandai.. Alhamdulillah.. dapat kerja pun ok.. Syukur, aku tumpang gembira..
Ayu banyak kongsi masalah aku juga, tempat aku mengadu juga kadang2 tu..
dia banyak bantu aku ketika aku sedang dalam kesusahan dalam desakan hidup..walau nampak macam tak kisah orang nya tapi dia sangat prihatin pada keluarganya..
cuma dia tak suka tunjuk je..
Ayu ni Solo lagi! hehehe..sebenarnya memang ada yang ingin dan cuba mendekati, tapi tak tersentuh di hati pula katanya..
hmmm walau sesiapapun, semoga Ayu bertemu jodoh yang diredhai Allah, InsyaAllah..
masa yang menentukan?....
(Aik tercerita lebih tentan Ayu pulak.. haa.. sambil menyelam minum air katakan...)


panjang pulak aku membebel di petang hari ni...

hujan turun dengan lebatnya.. sesuai minum kopi panas ngan ubi ketok!


masa lalu telah meninggalkan janji kita..
masa depan hanya menunggu janji kita
tapi masa sekarang yang membantu untuk melunaskan janji janji itu..
*********************************************************

salam malam Jumaat ya! :D
ibadat lebih sikit... aip!

4 comments:

ZR said...

aipppp...

Raden said...

masa da berlalu

kalau boleh nk blaja rerajen time spm.

nk jd dokte. huahua

Rohani Hashim said...

hehehe pesanan terakhir besh, ibadat lebih sikit...ihhihi

cun09 said...

salam kella...

kenangan n pengalaman yg begitu berharga ^_^


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker