Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, October 14, 2010

Takut ke..?

Salam Khamis..
aku tak tahu samada perlu perkara ini di coret di sini atau tidak..
tapi..
bila sahaja jari jemari ini mula menaip, laju pula bergerak.. lansung tak mahu berhenti..
lantas ku biarkan saja ianya menjadi cerita untuk hari ini..

Aku ada bertemu dengan seorang hamba Allah ni..
dia ni dikurniakan Allah kelebihan yg tak semua orang dapat
aku pun agak kagum... dah banyak dia berubat orang.. semuanya berkaitan dengan alam ghaib punya kes.. Misteri Nusantara... huhuhu..
dalam dok borak tu byk kali dia sebut, suruh aku sentiasa amalkan Kursi... amalkan bacaan Yaasin selalu.. sembahyang jgn tinggal...
"memang.. kita manusia ni selalu je lupa.. lalai.. tapi sebolehnya, ko laki bini sembahyang jgn tinggal.. baca al-quran pun selalu.."
sambil tersenyum aku balas..
" iye.. iye la ustazah.. insyaAllah aku tak tinggal.. ko ni ckap byk kali ni, macam ada setan je kat aku nih!"
saje aku berseloroh sambil gelak..
dan dia pula tetiba tersenyum melihat aku.. pandangannya macam penuh makna je!

" weh ko ni, nape tengok aku camtu.. ada setan ke weh??"

dia senyap.. tapi senyum sambil mengelipkan kedua matanya...dan melirik kearahku

suspen!

"haah.. ada setan kat kau!"

aku dengar je camtu,darah terus naik atas kepala! rasa menggigil semacam pulak!

terdiam untuk seketika..

"alah, setan ni ada kat mana2 pun, mereka ni memang suka merosakkan hubungan sesama manusia, dia akan tetap cari jalan untuk memutuskan hubungan, terutamanya suami isteri.. tu pasal skrg ni kita tgok org kawin cerai cam main main je.."

melihat aku yang masih senyap dan cuak semacam.. dia menyambung lagi..

"ada orang yang tak senang melihat kebahagiaan kau, setan pulak suka lah join kalau bab2 camni.. "

dia kata baru peringkat awal je ni, InsyaAllah katanya akan cuba 'buang' segera.. tapi katanya tak perlu fikirkan sangat, yang penting ingat Allah selalu dan basahkan lidah dengan ayat Kursi..

hadooiii.. ayat 'buang' itu memang mengerikan!

*************************************************
baru dapat panggilan darinya..
katanya Alhamdulillah.. jangan risau lagi..
aku nak tanya lebih lanjut lagi padanya.. tapi dia cam tak mahu dedahkan sangat..
tunggu aku korek gak nanti...

hmmm entahlah.. baru2 ni je, selalu gak panas hati je ngan b! b pun camtu .. cepat tensen je.. tapi bila kami sembahyang berjamaah.. reda balik.. ntah.. mungkin kebetulan...

aku pun tak mahu terlalu taksub dengan perkara2 ini.. tapi tidaklah sampai tidak mempercayai.. sebab kita memang percaya adanya syaitan dan jin dan alam2 ghaib ni.. cuma kita tak nampak ngan mata kasar je..

Apa yang aku harapkan semoga dijauhkan lah.. dengan hasad dengki manusia dan hasutan syaitan ni,

betul kata b, dia selalu sangat cakap, tak perlu lah nak menunjuk2 kat orang betapa bahagianya kita.. betapa lovingnya kita, sikit2 je.. bersederhana.. cukup u tahu me sayang u, me tahu u sayang me... dgn cara yang masing2 suka.. :)
sebab kadang2 kita tak perasan yang tak semua orang senang hati melihat kita senang...

bila difikirkan kembali takut juga..
tapi... apa yang penting??? (kerjasama!) :P

yang penting aku tetap pegang, bahawasanya yang berkuasa hanyalah Allah..
cepat cepat betulkan hati.. tetapkan iman..andai terpesong dari landasan..
Ya ALlah... berikan petunjuk mu yang benar, andai aku telah diberi petunjuk, mohon moga aku terus berada di landasanMu ya Allah..


IringJeling:Mohon maaf jika coretan ku kali ini menyentuh senseviti sesiapa.. tiada niat untuk begitu.. cuma berkongsi pengalaman..
semoga kita dilindungi Allah.. AMin..



takut tak? ;p

4 comments:

Mimy Hamid said...

sedikit sebanyak kena dengar jugak...nak kata tak betul pun tak boleh jugak..yang penting ko ikhtiar lagipun dia advise punbenda yang betull..solat, Al quran..at least kita beringat tak lupa Allah

Unknown said...

kella...
berat mata yang memandang, berat lagi yang memikulnya...

sesungguh tiap yang bernama anak adam..pasti digodak oleh syaitan samaada dr segi hasutan atau perbuatan

kak ayu amalkan ayat qursi dalam setiap perbuatan dan amalan...

pengalaman kak, nyaris babi tunggal menyondol..(perjalanan kak dari hospital, melihat en zalie yang terlantar di icu)
alhamdullilah..berkat amalkan ayat suci itu...kak selamat....

teruskan amalan..isyallah...anasir luar pasti berkurangan,...amin

deena farhana said...

salam kella..

deena doakan semuanya baik..rindu kt kella :)

kella said...

Mimy: ya .. betul.. mula mula memang sentap beb...sape aje le yang tak berkenan kan.. tapi yelah.. kita hidup ni hati semua lain lain.. luar lain dalamlain..

Kak Ayu: mana datang pula si B.A.B.I tu! ALhamdulillah.. sib baik ler terhindar!
betul kak.. kita kena tingkatkan amalan kita..baru kebal sikit.. kan.. tengkiu..

Deena: salam deena.. terima kasih atas doamu.. rindu kamu juga.. :) memang lama tak singgah umah deena kan! jgn marah ya, kawan kawan takmo lawan.. :)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker