Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, October 1, 2010

Puding Karamel Hari Raya

Semalam chatting dengan Kak Ayu Citarasa Rinduan,
borak2 saja tanya resepi puding karamel ni sebab nak buat untuk jamuan hari raya b di pejabatnya, resepi asal memang ada, tapi mcm tak syok je..

Kemudian Kak Ayu sarankan supaya jenguk kat blog Chef Mat Gebu..
cari resepi disitu..

ya.. memang betul!
Citarasa Rinduan memang tepat dengan Dapur Tanpa Sempadan..

dengan mengikut tunjuk ajar Chef Mat Gebu , maka terhasillah olahan..



Resepi kita amik dari blog CMG ya! tq..

Bahan-Bahannya:-
6 biji telur (kita buh 10 biji, sebab nak buat byk!)
80 g gula halus (kita buh 100 gm gula ising)
25 g tepung kastard
15 g tepung jagung
410 ml susu cair (kita buh lebih, 1 1/2 tin susu cair)
410 mk air ( kita lebihkan sikit airnya)
1 camca teh esen vanilla (kita buh 2ct) ;p
( lepas tu, kita tambah juga susu pekat 1/4 tin)

80 g gula halus* (kita buh 100gm)
100 ml air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-

1.Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga larut, masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Tuang susu cair, air dan esen vanilla. Gaul rata dan tapis adunan, ketepikan.
2.Masak gula dengan air sehingga menjadi karamel kuning keemasan. Tuang dalam acuan yang telah disapu dengan mentega. Ratakan. Tuang no. 1 dalam acuan dan kukus 35 - 40 minit.

aku tuang dlm bekas kecik2 tu, senang orang nak makan.. sudu je, sediakan sendiri..heheheh..

terima kasih kat Dapur Tanpa Sempadan Chef Mat Gebu yang sudi berkongsi resepi..
Murah rezeki hendaknya.. :)

IringJeling: Tadi, ada bawa lebih untuk teman2 di pejabat, masuk dalam peti sejuk dulu, kemudian bagi mereka rasa... Alhamdulillah.. mereka kata sangat sodap! lemak berkrim disukai ramai.. hehe..Alhamdulillah.. tak cukup pula, mereka suruh buat lagi.. hihihi.. syukur..
mintak2 orang kat opis b pun suka lah, minta2 keadaanya elok la, sebab perjalanan ke opisnya tu dengan naik motonya, mesti keadaannya dah tak seindah sebelumnya.. semoga dirahmati..

4 comments:

LYaFRINA said...

salam jumaat kella..
sori bru smpat jengah sini...
td settlekn keje rmh dulu...

ermmm... sedapnya.
puding karamel aka puding gula hangus ni mmg febret lya.. kalo time x sihat k..msti nk ni..

kella said...

hya lya.. terima kasih sebab sudi jengah juga.. Lya tengah kemas rumah? ohh.. ya hari jumaat tak kerja kan.. ya..ya.. selamat beristirehat ya..
puding tu pakai hentam je buat tu, nasib baik jadi, ikut resepi CMG.

Unknown said...

akhirnya

wow...kak pun dah meleleh air liur..
pandai adik kak nie

ardinihumaira said...

cedapnya!! suapkan dni sket ;D


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker