Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, October 7, 2010

Farewell

hmm kalau ada yang perasan,
blog aku ni dah ketandusan idea..
lambat update..
posting pulak yang fakta2 je..

aku sebenarnya cam hilang mood je,
bos besar ku akan berpindah!
jauh nun di ipoh..
perasaan tak seronok laa..
lebih 4 tahun kot aku bersama dengannya..
dari aku bujang trang tang tang.. sampai dah kawin..

semalam aku bercerita dengannya..
aku bekerja dengannya dari sebelum kahwin lagi..
ingat balik bila dia cerita yang dia nampak aku di MidValley dengan terunaku! hadooiii.. kantoi aku sebenarnya, ntah camanalah keadaan aku mase tu! hehehe.. gelagat orang bercinta lah katakan.. malu.. malu masa dia ckp kat aku tu.. mesti dia tengok dari jauh je kami, takde plak dia tegur aku masa tu, mesti dia segan kot...

hinggalah ke perkahwinan aku.. dia pun hadir bersama isterinya..
aku sangat terharu..
Terima kasih tn hj!

cuma.. kata aku padanya, tak sempat nak ber anak masa bertugas dengannya..
dia senyum aja...
katanya
anak ni rezeki dari Tuhan..
kita tak perlu risau risau sangat pasal tu..
tak perlu nak rancang2.. kerana Allah telah ada rancangan untuk kita..
Kalau dah dapat rezeki tu Alhamdulillah..
Kalau belum pun Alhamdulillah.. sebab Allah tahu yang terbaik untuk kita..
Dia tahu masa bila nak kasi..
Allah itu maha kaya, maha adil, maha besar..
jgn mudah putus asa..
usaha,
percaya dan terus percaya..
InsyaAllah..

Aku ingat lagi, masa belum kawin, dia banyak bagi nasihat, banyak bagi pendapat dalam berhubungan nie.. tentang lelaki.. tentang kebaikan berkahwin.. ( tu yg aku cepat2 nak kahwin! ;p )

Lepas kahwin pun aku banyak belajar dari dia, aku selalu juga kongsi dengannya jika ada kemusykilan/ masalah.. insyaAllah.. bila mendengar darinya aku rasa tenang, dapat berfikir dengan waras, dan yang paling best, dia tak pernah menangkan lelaki walaupun dia seorang lelaki..
tapi dia lagi bagitau perangai lelaki ni macam ni... macam tu...
katanya lelaki ni ada egonya tersendiri...
kalau misalannya seorang lelaki/suami memarahi kita atas sesuatu perkara, jangan kita terus menjawab atau melawan! kita dengar je apa yg dia nak kata, orang tengah marah, jgn disimbah dgn minyak, makin membara jadinya! tapi jika disoal dan diminta jawab, maka dia jawabla.. jgn pula diam seribu bahasa, buat2 tak dengar! hehehe
dan percayalah, jika kita senyap (tidak menjawab), hatinya akan cepat reda, cepat sejuk.. dan perhatikan dia yang akan datang dekat kita semula bila semuanya telah reda.. untung nasib, dia pula akan memohon maaf kerana telah memarahi kita tadi..
begitulah.. katanya.. kita berkahwin ni untuk kekal lama, perlu ada give and take..
dan sebagai isteri, wajib menurut perintah suami.. syurga lah tempat bagi isteri2 solehah... Amin!

Pastu, dia macam tahu2 je aku ni agak tensi tensi.. lalu ditanya mengapa..
aku cuma cakap, ada la.. makhluk Tuhan yang seringkali mempersendakan aku mengenai anak..
balasnya terus, tak usah la susah2 hati memikirkan perkara itu..

ada rezeki tu.. "usoh riso"
yang penting kita jangan biarkan hidup kita ni berlalu dengan kesedihan dan kekesalan.. ( masa dia cakap tu, aku dah sebak sebak dah.. aku memang sensetif sikit kalau berbicara tentang ini..)
katanya lagi sambil tersenyum penuh semangat, kita enjoy our life! nak taknak kita kena hidup kan.. so rugi je kita sedih2.. apa pun tak dapat! hehehe.. dia gelak kecil..
dan yang penting antara suami isteri ialah 'support each other' thats the key for success!
alah... nanti2 sekali Tuhan nak kasi, bertimbun2 pulak! hahaha.. setiap tahun dapat kembar.. hahaha.. siapa tahu kan?.. hehehe..
Tn Hj ni bagus la.. kata2 nya beri semangat pada aku, dan aku kongsi bersama suami..

hmmm.. nanti aku dapat bos baru tak tahu lah bagaimana keadaannya!
dia bos paling sempoi,
boleh ke pantri makan bersama.. (tapi bukan aku seorang la.. ramai staff lain juga..)
boleh duduk semeja berborak..
boleh bergurau senda bersama staff..
tidak meninggi diri..
lansung tak menunjukkan pangkat yang dia ada..
selalu berceramah tentang agama..
selalu betulkan kita kalau kita salah..
selalu ajarkan aku sesuatu menda yang baru!
banyak yang aku belajar dengannya tau, dia memang tak lokek ilmu, sanggup juga dia habiskan masanya untuk mengajar atau menerangkan sesuatu perkara atau ilmu kepada aku, sampai aku faham..
wehh.. aku memang byk belajar dan banyak yang aku tahu dari dia..
dari bab kerja, bab komputer, bab agama, bab rumahtangga.. semua dia kongsi.

tapi jgn ingat aku tak pernah kena marah!
aku memang pernah kena marah.. atau mungkin aku boleh kata kena tegur? sebab dia tak pernah meninggikan suara, (mukanya merah sebab cuba kontrol perasaan marahnya itu.. itu sebab aku tahu dia marah)
ada satu kes tu, dia tak boleh hubungi aku, aku tak perasan hp ku silent, lepas tu aku pula ada di pantri, pegi toilet la.. borak ngan staff lain lah, selamba je, sebab aku bawa hp kan... dan panggilan ke pejabat pula aku pindahkan pada hp, makanya segala panggilan akan ke hp! hp ku pula silent! adooiii..
banyak kali dia cuba hubungi melalui telefon pejabat dan HP, tapi tak berangkat, dia perlukan sesuatu maklumat dengan segera! lepastu dia tangkap seorang staff disitu dan terus staff tu berikan panggilan tu pada aku melalui hpnya! apa lagi, marahla dia! katanya aku pergi mana? kenapa tak boleh dihubungi...


rentetan kes itu, aku ingat dia akan buat tak tahu la, tapi bila balik opis dia terus panggil aku, mengingin kan segalanya bersih.. tiada sekat2 dalam hati.. maka proses 'clean up' pun berlaku..

dia menjadikan keadaan kami nuetral semua.. o-o.. no heart feeling ...

aku suka sangat cara dia..

cara dia, kalau salah dia akan tegur, dan kita sama2 fikir cara atasi masalah itu.. habis di situ.. takda bawa bawa mulut ke luar punya.. dan caranya inilah yang buat aku respek kat 'pak Aji' ku ni.. :)


aku akan kehilangan bos yang paling best ever!



boss... ure da best! i dont know about others, but for real, there will never be a special boss like u la..!

this is not bodek2 boss ya! tak boleh buat apa pun kalau bodek.. ala.. selama ni kita tak pernah bodek pun kan tn hj? u know me n i know u la bosss....

ntah siapa akan gantinya.. hmm

3 comments:

ZR said...

sila kasi URL nie pada nie...ehehhehe

kella said...

tak faham.. apa maksudnya..

ZR said...

kasi url blog anda pd pak aji tu...ehehhe


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker