Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, October 11, 2010

Berat kah matamu memandang?

:)

tadi berchatting bersama seorang teman...

borak punya borak, tiba juga akhirnya soalan cepu emas, yang memang aku dah agak dah mesti ditanya..

hehehe.. sudah alah bisa tegal biasa ..

lalu, pantas ku menjawab soalannya dengan wajar..

'masih belum sampai rezeki ku.. InsyaAllah ada nanti..'

sekarang sudah biasa aja bila menjawab.. seakan sudah boleh ditangani.. :)
(cuba dan cuba tangani.. cuba kawal perasaan..walau masih terdapat sensitif di situ.. namun tidak mahu melayan sangat..)


lantas ditanya pula soalan susulan bertubi-tubi.. apa? kenapa? mengapa? di mana? siapa..? sampai akhirnya soalan terakhirnya..

'tak risau kah? tengok macam tak kisah je..usahalah sikit..jgn dok saja! '

amboi..amboi... yang kita ni tak dok diam, dia kata kita dok saja pulak! ;p
lalu, ku tanya kembali kepadanya..

'Beratkah matamu memandang?'

mungkin dia kehairanan..lalu menjawab..

'hah? berat?'

lalu ku balas lagi..

'Jika berat matamu memandang... makanya.. lebih berat lagi bahu yang memikul....' :)

perbualan terus berhenti disitu. tiada balasan darinya..

*************************************************


Kuhargai dan terima kasih diucapkan atas keperihatinanmu itu sahabat.. :)

sesungguhnya jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut ketentuan Allah...

walau hendak seribu daya, walau usaha setinggi gunung, walau rancang seperinci mungkin, namun jika Allah belum izinkan,
maka ada lah rahmat disebaliknya...
percayalah dengan apa yang Tuhan berikan.. bersyukurlah seadanya..
yang penting terus berusaha dan jangan berputus asa..



"InsyaAllah..




*****************************************************
IringJeling: Sekurang kurangnya aku punya teman sekatil yang setia didampingi..serta baik hati dan manis sekali! ;p
Syukur..


dan kami juga suka minum vitagen bersama sama!! baik untuk perut anda..
Vitagen!

9 comments:

Amieynna Amin said...

ada hikmah dsebaliknya..
terus berusaha dan berdoa..
insyAllah..
tabah yer..

Unknown said...

kella..

saat ini, ingin kupinjamkan bahuku..agar kau dapat menangis sepuas-puas hatimu..

hanya orang yang pernah melalui akan mengetahui saat luka itu hadir...

kella said...

Ammieynna: terima kasih.. yes usaha tangga kejayaan kan! tengkiu!

Kak Ayu: terasa sebak! tetiba rasa nak nangis pula baca komen akak ni! terima kasih.. kalau akak kat sini.. memang dah basah pun bahu akak tu... tq! :)

Nadine said...

Dont worry Kella, ur time will come. I will always pray for u my dear friend :)

ct_nurmarlissaa said...

tau tak perr.....
bersyukurr lahh..k...
n sabar k sayang....i lagikk lama...7 year..n masihh setia berharap dan berusaha....

Diela Zaimi said...

bersabarlah kawan...
sama berat bahu kita memikul...
tapi walau seberat mana pun ia, ingatlah bahawa ianya hanya sekelumit ujian yang Tuhan turunkan kpd hamba-Nya...
redha dan percaya kepada-Nya...
insyaallah nikmat yang bakal kita perolehi kelak lebih daripada apa yang kita minta...

* insan senasib...

LYaFRINA said...

salam kella..
lamanya x dgr khabar, hrp smuanya ok..

xpela.. sbg manusia kt just bsaar.. tuhan tahu bila tba waktu y tbaik pasti dikurniakn juga nanti. waktu y sesuai utk kella merasaisai keindahan itu.. jd sbg manusia, kt terusla bsabar, brusaha & ikhtiar...

Mimy Hamid said...

'sayangilah perut anda setiap hari'..hehe alaitu semua Allah yang beri bukan manusia...sabar je tunggu key..begitu jugak tang jodoh...aku percaya qada qadar Allah

kella said...

Nadine: terima kasih sahabat! terima kasih atas doamu! Allah maha mendengar.. moga moga dimakbulkan! tahu apa? hari ni dah 'peot' hmmm... takda rezeki lagi la nampaknya! huhuhuh... tunggu bulan depan pulak lah... :) tq!

K Mas: kak mas 7 tahun? yang ada sekarang ni bukan ke? ish.. seiras je nampak tu? hmm.. takpe.. kita usaha kan...Tuhan yang tentukan.. kita nak amik anak angkat la.. ada tak orang nak bagi anak dia.. mesti takdak punya!!!
hehe..:)

Diela: salam diella.. terima kasih singgah ke sini! sama berat kita ya? hmm.. betul semua yang diela cakap tu.. betul sungguh.. ini sekelumit ujian je baru dari Allah kan.. terima dan hadapi dengan kesabaran.. InsyaAllah.. ada rezeki kita nanti ya! kita sama sama doakan untuk diela juga.. :)
terima kasih..

LYa: hai lya! memang sekarang blog tengah carca merba! hehehe...
terima kasih atas kata2 mu itu lya! ya... apa yang penting? kerjasama.. kerjasama.. huhuhuhuhu...

Mimy: jom share vitagen!! ya mimy! aku pun percaya qada dan qadar tuhan.. aku percaya sangat! sangat percaya! aku terpilih untuk hadapi ujian ini..
weh... ko pun dah nak kawin ni, tak sabar nak ke majlis ko weh.. :D


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker