Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, October 1, 2010

Hujung Nyawa

Kematian pastikan menjemput kita semua,

aku baru sahaja menerima berita tentang kematian suami salah seorang kakak sepejabat di sini..

berita itu agak mengejutkan apa lagi bila aku selalu sahaja melihat suami kakak ni setiap hari, tak pagi.. petang, sebab hari2 dia akan hantar dan mengambil pulang kakak ni dengan menaiki motor.. arwah suami kakak ni memang telah berumur linkungan tengah 50an mungkin, aku selalu bahasakan 'pakcik' shj.

Kematian disebabkan kemalangan, jam lbh kurang 11 pagi tadi, sekarang masih di HKL, aku tak tahu bgaimana cerita selanjutnya, cuma menunggu khabar dari rakan2 bila mereka pulang nanti..

Takziah aku ucapkan pada keluarga akak Shaadah, kita sama2 doakan semoga rohnya tenang di sana.. moga mendapat berkat Jumaat hari ini.. ditempatkan kalangan orang orang beriman..

*********************************************************
Sentap juga,bila difikirkan jika aku yang berada di tempat akak tu..
tak dapat ku bayang..
air mata bercucuran..
sebak..

terbayang juga orang tuaku di kampung yang selalu juga menaiki motor,
sentap...

Namun kembali ke hakiki, semua manusia akan pergi jua, aku dan kau cuma menanti hari..kerana semakin bertambah hari, semakin berkuranganlah hayat kita di dunia ini..

*****************************************************
Teringat aku dengan cerita semalam, seorang sahabat menangis teresak-esak akibat di herdik, dimarah oleh bosnya! takda angin takda ribut, dia kena tempias orang tua tu! dengar cerita ada satu projek luar negara gagal, makanya dia geram, tak dapat lepaskan pada orang lain, maka dilepaskan pd hamba Allah yg tak berdosa ni! dia panggil kawan tu masuk bilik untuk tolong tengokkan program komputernya yang rosak! tak pasal2 disemburnya budak ni bertubi2,

kata akhirnya mengugut,
"kalau kamu tak puas ati, pergila report polis, pergi bawa ke mahkamah! ingat aku takut?"
agaknya dia dah rasa dia buli budak tu teruk sangat sampai budak tu nangis.. tu yang dia kata begitu... tapi berlagak siott!!
umum mengetahui bosnya ini memang tak bertimbangrasa orangnya!
menganggap dirinya alim, serba serbi tahu tentang agama, khatam Quran berapa kali, kalau bercakap dengannya, apa dalil yang dia tak tahu!
tapi! MasyaALlah... berlagak nak mamposs! (astagfirullah..)
aku tak pernah jumpa orang sebegini!dia memang ada pangkat Dato', orang kenamaan, kaya raya.. tapi lupa diri..
yang lagi pelik, dia tak pernah nak menyalahkan dirinya, baginya apa yang berlaku adalah petunjuk dari Allah untuk melindungi dirinya!
bayangkan sampai satu tahap, 11 orang semuanya berhenti kerja! bukan calang2 orang, semuanya ahli2 lembaga, orang besar2 juga, tapi dek kerana kesombongannya dia kata..
"aku ni hari hari semayang, hari2 doa dengan tuhan,mintak petunjuk yang benar.. kalau sesiapa ada niat tak baik dengan aku, buat jahat dengan aku, Tuhan akan tunjukkan orang itu rasa panas..dan orang itu akan pergi (berhenti kerja) dengan sendirinya tak perlu aku buang, dia akan pergi dengan sendirinya"jadi, baginya sesiapa sahaja yang berhenti kerja itu dianggap petunjuk dari Tuhan untuk jauhkan dari dirinya dari orang2 tak baik ini!
pulak?!itu katanya, makanya dia tak perlu rasa bersalah apa2!
dia ketuk kepala orang..
dia herdik orang depan orang ramai..
dia maki orang..
Astagfirullah...
Dia fikir dia memang tak pernah salah, betul je memanjang, yang salah ialah orang lain!
aku pun tak faham la ada juga orang macam ni!

masa raya hari tu, dia buat rumah terbuka!
dia suruh buat kat rumah dia!
tapi tahu apa? barang makan semua beli, pinggan mangkuk semua beli.. pakai duit siapa? bukan duit dia tau.. dia 'claimn' dengan ofis tau! masyaAllah.. semua orang yang datang tu ingat memang di sediakan dirumahnya lah, tapi semuanya pakai duit pejabat... ufff.. baik tak payah buat rumah terbuka! Astaga...
pastu dikerah paksa pekerja2 kemas2..bersih2..arah buat itu buat ini.. padahal pembantu rumah bersepah..

betul la ada sepotong ayat dari surah Yaasin:
"Dan Kami letakkan di hadapan mereka dinding dan di belakangan mereka dinding dan Kami tutup (mata) mereka sehingga tidak dapat melihat." (QS. Yasin [36] : 9).


kaya tara mana pun, tinggi tara mana pun, pangkat tinggi mana pun, bila sahaja menemui ajal, semua nya itu tak berguna lagi! bukan boleh bawa mati! entah.. mungkin dia 'tak nampak' lupa yang hidup ini hanya sementara..

kekayaan dan kesenangan yang diberi oleh Allah itu adalah untuk membantu orang, kerana ada rezeki orang lain di situ..

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,
berlaku banyak kematian manusia secara mendadak"
(Hadis Riwayat Thabrani)

3 comments:

ardinihumaira said...

iskk geram lak dni ngan beliau.. huhu... semoga dia sedar dengan kesilapannya, amin

ISZA said...

salam takziah untuk kakak tu..

PK 1 saya baru jer kehilangan anaknya..
xcident juga.. dah besar dan bakal jadi polis..
memang tersentap PK 1 tu sebab selalu bila kemana-mana anaknya akam maklumkan tapi tidakdi hari kejadian..
dah namanya ajal datang menjemput..

orang ni... bila senang lupa masa susah..
bila susah.. asyik teringat masa senang...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

AL FATIHAH
ADAKAH AKU SUDAH BERSEDIA


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker