Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Saturday, October 23, 2010

Injured

Malang sentiasa tak berbau..
Semalam, b ku kemalangan kecil! motor yang dinaiki dilanggar oleh lori kecil dari belakang,... motor jatuh.. kakinya kena hempap..
kaki terseliuh,
lutut.. lengan.. tangan kena luka luka kecil,

Terkejut bukan kepalang lah aku! sebab tak pernah terjadi begini..
dan inilah yang sentiasa aku risaukan!

sekarang..
sang raja sedang sedang bersemayam di atas sofa.. sambil menikmati buah-buahan..
kesian dia.. takleh bergerak sangat.. terjungkit jungkit.. kena papah kalau nak bergerak..
nak pakai tongkat? ahh.. macam sakit sangat je katanya.. (aii.. memang tgh sakit pun kan.. hmm tak ngaku..)

tadi.. mandikan dia..
siapkan dia... makan ubat.. sapu ubat.. masak untuknya..
apatah lagi jika ada yang dipinta.. aku akan penuhi..

pastu sebentar tadi, aku baru lepas solat, dan aku tengok dia terjungkit2 dari luar nak ke dapur...
" la.. b, kenapa u gerak2 nih..?" sambil aku terus cepat cepat papah dia ke tempat duduk balik..

" err.. me nak minum air.. takpe.. boleh amik sendiri, me taknak menyusahkan u.. kesian u.. me byk nyusahkan u dah.."
Ya Allah.. kesianlah pulak dia cakap macam tu..

"ya Allah.. tak pernah terfikir perkataan menyusahkan tu!... susah senang kita lalui bersama.. me bukan nak bersama u tika senang je babe.. "

"terima kasih sayang... ." sambil matanya kelihatan bersinar sinar.. :)

tersenyum berdua duaan :)

im yours...

***************************************************************

tak guna hidup ni jika hanya mementingkan diri sendiri.. setiap kita telah diberikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini.. maka, telusi .. hadapi dan lalui dgn penuh tenang dan bersemangat.. terutama untuk orang orang tersayang di sekeliling kita..

dan kasih sayang yang hadir bersama tanggungjawab ini mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya..

oh.. satu masa dulu.. aku pernah hadapi satu saat paling getir dalam hidup, dan di saat itu, memang tak terfikir oleh ku tentang masa depan seperti sekarang, yang telah membawa segala galanya yang getir itu jauh meninggalkan aku..

syukur..

yang pasti... sekarang, tika ini.. masa ini sahaja lah yang kita punyai!
kerana...
semalam tak mungkin lagi di ulangi dan esok tak tentu akan kita miliki!
lakukan terbaik untuk semua.. :)

peace..

4 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kella

teruskan tabah...tabah mengharungi sebuah kehidupan,.

ingin sekali kak kongsikan setiap detik pengorbanan untuk en zalie tersayang..

namun, kadangkala...yang menanggung lebih berat dari yang memandangnya,..

seakan kisah lalu tidak pernah berlaku..hanya parut di leher..menandakkan operation untuk pernafasan dan buah pinggang pernah dilakukan,.

jua...teringat akan sengsarannya hidup keseorangan 22 hari tanpa tersayang..

hingga dapat peluang bersama..walau beralaskan kayu kerusi..akhirnya hingga saat ini..tidak pernah kak tinggalkan dia...walaupun sebulan berkampung di hospital tanpa pulang meninggalkannya


moga kamu setabah dan seagung siti fatimah...amin

moga suamimu cepat sembuh..jangan lupa hantar berurut....

kella said...

Terima kasih kak ayu!
kita tahu.. kak ayu lebih lagi merasa keperitan.. kekuatan dirimu sedikit sbanyak menambahkan semangat kita..

tak tahu samada kita kuat atau tak jika berada ditempat kak ayu sekarang.., namun kita sentiasa doa dan harap yang kita tetap akan kuat untuk orang tersayang kita.. moga2 hidup ni juga tak menyusahkanya..

terima kasih atas doa itu... :) kita sama sama doa untuk en zalie.. :)

Nadine said...

Alahai kesiannya. Penunggang motorsikal slalu dlm bahaya kan. I pun risau kalau tgk org naik motor ni..somehow nmpk fragile.

Ape2pun alhamdulillah semuanya selamat. Nadia percaya hubby kella mesti cpt sembuh sbb ade "nurse" yg sungguh sweet and loving mcm Kella. You guys are soooo sweet :)

Mimy Hamid said...

syukur babe tak de apa....nasib cedera ringan...risau kan naik motor ni...betul ko cakap...time susah sama2...aku dah rasa masa megat masuk wad tu..Allah je yg tau apa aku rasa...susah payahnya kita

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker