Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, October 21, 2010

Nak Bagi ke tak..

telefon berbunyi... dan talian diangkat..



" weh, ko ada tripod kan? aku nak pinjam weh.. urgent ni, nanti aku pegi jumpa ko amik!"


" hah? tripod.. ada..memang ada.. urgent ko nak pegi mana nih..?"



" alaa.. ada la..takyah ler banyak tanya.. ko bagi je nanti..ok"



" haaa... (blur..)"



talian dimatikan.

ada seorang teman ingin pinjam tripod kesayangan ku! hmmmm... tapi aku berat hati pula..
berat sangat rasanya..
terukkan?
bukan kedekut sebenarnya.. tapi.. teman yang ingin pinjam ni dah ada byk sejarahnya bab bab pinjam meminjam dgn aku! hmmm ...

sejarah 1
pinjam duit, sampai sekarang dia tak bayar.. katanya minta aku halalkan sahaja lagipun dah lama katanya, pastu.. buat2 lupa.. dan lebur...

sejarah 2
aku penah kasi dia pinjam beg pakaian... pastu bila dia balik, tengok mana beg? alllamaaak katanya.. lupa.. tinggal kat kampung.. pastu janji janji nak ambil balik! tapi harammm... bila dah lama2 alasan diberi..beg tu buruk dan rosak pula.. lebur laa beg aku..

Sejarah 3
cd, kaset, buku dan lain2 tu tak kira lagi.. lebur kat tangan dia! byklah lagi!

sejarah 4
pinjam baju! hmmmm.. jadi harta dia jugak akhirnya sebab? dia asyik pinjam dan pakai.. suka katanya, minta sebagai hadiah.. oh.. ok lah, tanda kenangan kita bersahabat... !
mungkin Tuhan nak tunjuk kot.. aku ke rumahnya, tengok di ampaian.. byk baju berjemur.. dan dari kejauhan, macam ku kenal je baju tu yg bersebelah ngan ampaian iaitu kat jaring jaring besi.. walaupun dah nampak lusuh giler, tapi aku kenal.. mula2 rasa bangga, tapi baru pelik kenapa sidai kat atas jejaring? lalu aku tanya dia, itu bukan baju yang aku kasi padanya dulu? jawapnya selamba, itu memang baju aku, tapi dia dah tak pakai.. sebab dah lusuh.. dari tak buat apa, baik buat kain buruk... adussssss!! remuknya hati aku! remuk sungguh dengar jawapannya tu.. hmmm mungkin aku terlalu berkira? tapi apalah salahnya simpan sahaja baju yang kau kata dahulu tanda sahabat.. kan..

mula dari itu.. hari aku dah tawar dengan dia.. hmmm.. aku manusia biasa..
makin jauh berjalan, makin kenali erti hidup..

tapi aku memang betul2 tak faham sebenarnya orang sebegini! (tetiba bila ingat semula rasa nak marah je..)
kenapa orang sebegini jadi macam ni? tak terfikirkan dek hati mereka tentang perasaan kita..
saat susah.. datang cari.. dan saat senang lansung tak nampak batang idung! hmmm..

ni dia nak pinjam tripod pula, tak kasi kang kata aku kedekut pula.. aku tahu mungkin ada orang fikir.. apalah sangat ngan tripod tu, tapi aku tak sanggup amik risiko untuk kehilangannya! nak cari lain kena ada duit jugak weh.. aku berkira? yess i am!
bingung dibuatnya! kalau aku berterus terang karang ada yang terasa hati...
hmmm bingung!

Jika bagi, maknanya aku menempah risiko untuk kehilangan tripod kesayangan!

korang rasa camne? nak bg alasan nih...

korang nak tengok tripod aku?? tu kat atas tu.. gambar header no 2 tu, dia berada disebelahku.. :)

7 comments:

Unknown said...

kella...
bagi kak ayu...jangan diulang lagi kesilapan lampau..

bukan apa...kella dah alami emua perasaan itu....

bagi alasan...ada pada en suami..or rosak..sedang dibaiki..or what ever...

kak nak kella, kena kuatkan hati dan semangat..luahkan...

Amieynna Amin said...

ada jugak org mcm ni kan..
mungkin die terlampau rapat ngan awk kot..
tu yg jd xbaper nak segan....

LyNn HaMzAh said...

jangannnnnnn...jangan la bagi pinjam lagi...cukup la yang dulu2 tu...

Mimy Hamid said...

kawan terlampau la...iskk cam ni ko suh dia beli tripod sendiri..kat fotozoom tgh promo RM29 hengget...takpun alasan kata ko nak pakai ke...

Nadine said...

Kalau I..sorrylah this time.

Cukupla few times terkena.

No,No,No this time.


Nak2 I suka ambil gambar. Xde tripod rasa mcm hilang something. No, No, No..

kella said...

Terima kasih atas nasihat dan pandangan kawan2 semua kat atas tu.. sangat2 dihargai...
dah cakap kat dia pun.. dia kata apa tau, bila aku kata aku nak guna.. nk balik kampung.. (mmg betul pun..)
terus dia berkata yg dia bukan takleh beli la.. dia boleh beli tripod yang lebih hebat lagi dari aku punya.. huhuhu.. ;p

RedLife2Love said...

tak payah bagi.. org mcm tu mmg takleh caye.. buat habeh boreh jer.. huhu..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker