Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, August 18, 2010

cerita zaman cikedis di bulan puasa

Tadi sesambil tengok gambar, tertengok kat gambar kuih pisang sira! lansung membawa aku mengimbau semula kenangan lalu..

aku memang suka ngan pisang sira buatan mama..

minda aku dah terset, asal bulan puasa je mesti mama akan buat pisang sira.. asal pisang sira je mesti bulan puasa.. :)

kisah masa aku darjah 1.. masa tu, mama n papa kata boleh puasa separuh hari dulu.. budak kecik tak apa..
tapi aku takmo.. aku nak puasa jugak! aku dah kata ngan papa aku nak pose penuh juga.. sebab ramai kawan2 yg puasa jugak, orang kata, kalau puasa orang tu kuat! so aku nak jugak jadi orang kuat!

nak di jadikan cerita, masa balik sekolah, aku nampak mama kat sebelah rumah jiran, aku terus masuk rumah je..

hari tu ntah kenapa rasa tak larat sangat, pastu ntah macamana aku ke dapur dan buka peti sejuk!

waaaaaaaa... masyaAllah.. mataku terus terbuka luas! wah! pisang sira la!!! waa.. mata aku terus bersinar sinar seperti pisang sira yang dalam pinggan tu!

dalam hati dah berkata-kata...

alamak, lapar pula makin menusuk2!
ishh! tak boleh jadi nih...
sempat aku pi mengintai, tengok mama masih lagi kat rumah jiran sebelah!

hmmm..

aahhhh tak boleh tahan! apa lagi....!!
terus aku pun ngappp!!! le pisang tuuu.....
sodakallahula'zim... (lupa ntah aku baca bismillah ke tak!)

masyaAllah masa tu rasa nikmat teramat! pisang sira..sejuk pula tu.. feveret..feveret..
ingatkan nak amik satu je, tapi tak bleh tahan beb... dek kesedapan melampau, aku pi semula kat peti sejuk tu..

huuuhhh ntah berapa byk aku dah mkn!

sejak dari itu, acapkali aku menjenguk peti sejuk lepas balik sekolah.. tapi make sure line clear.. untung2 jumpa pisang sira lagi! mata bersinar lagi.. huhuhu.. tak pose....

aku ingat lagi , masa buka malam tu, papa tanya aku puasa ke..
aku angguk ala2 kadar.. rasa takut pun ada sangat!


tapi dek rasa bersalah,
masa raya tu aku citer la kat diorang.. hahahahaa.. diorang gelak je.. mama kata diorang dah tahu dah...

pastu papa pesanlah kat aku, nanti dah besar tak boleh camtu lagi.. puasa ni wajib, tak puasa berdosa..

hm.. hmm.....

(kisah ni memang aku ingat sangat, sebab nikmat rasa pisang sira sejuk masa tu, perghhh!lagi, mungkin rasa bersalah... takut.. mbuatkan kisah ni sentiasa dikenang....)

bawah ni gambar masa Ramadhan tahun lepas kat kampung, itu pisang sira buatan mama...
rindu nak makan masakan mama.. belum sempat lagi nak balik kg.. berbuka kat sana..




IringJeling: aku dah bosan makan makanan buatan ku sendiri! nak makan masakan ibu... waaaaa....

6 comments:

ardinihumaira said...

nak mintak ayam percik sket kak ;D

Nadine said...

hihi, so cute ur puasa story. senyum I baca entry ni sorang2. I pun rindu masakan mak I, Kella. Tak sabar nak tunggu sabtu ni, nak balik rumah mak!! :)

ct_nurmarlissaa said...

k.mas punn tak sabar nak balik kg minggu niee......windu nyerr masakana makkkkkkkkkkk.......

kella said...

Dni: yaaa.. amik ler dni... dni dah makan pun buat sahur tadi kan? best kan? :)

Nadine: bestnya nak balik umah mak.. kim salam kat mak ya! sure mak masak masakan yang best2 kan? nadia u mesti cerita nanti k! :D
oh rindunya mama... rindu! :(

K Mas: k mas pun nak balik kg ya? selamat la tu...
mesti meriah kan? ada apa boleh tapau..tapaukan aje..hehehe... ;p

LYaFRINA said...

hihihi.. mcm2 citer zaman bdj2 dulu kan..

lya pon ada gak pose main2 kecik2 dulu.. time org xde kat dpur.. time tu la lya p myeludup kt dapur...

Mimy Hamid said...

bila ko nk blk kg beb...dah kronik rindu tu

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker