Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, November 29, 2011

Review Antara Gambar Pilihan di Mathari


Assalamualaikum,

sekarang ni tak boleh nak taip panjang panjang lagi..
tak boleh juga nak jalan2 lagi..
namun aku tinggalkan kalian semua dengan gambar gambar pilihan hati yang telah berjaya di abadikan dalam kamera kecilku..
entri ni dok dalam draft dah lama..
just pick n publish je.. =)





 


 



TEKA GAMBAR


~ Teka.. gambar apa..?~



update 29/11/11

ianya ialah...

huhu

Parutan Keju Mozarella !!!... si atas pizza... =)


nampaknya ramai yang meneka betull..
tahniah!
walaupun kita tak janjikan apa apa habuan untuk peneka2 yang betul..

namun.. terasa ingin berikan sesuatu untuk blogger yang bertuah!
Ahli wal jamaah telah sama sama setuju dan bersepakat untuk memilih......

encik...
( ya.. dia seorang lelaki..)



sebagai peneka bertuahh....

Juri yang bertauliah telah dilantik untuk memilih siapa selayaknya.. (bukan daku.. hehe) 
katanya.. pemilihan berdasarkan jawapan yang tepat selain penggunaan bahasa dan perkataan yang juga turut di ambil kira..

keputusan juri adalah muktamad

kepada pemenang sila hubungi penganjur untuk maklumat lanjut..

=p sila baca ayat2 di atas dengan skemanya....

--------------------------------------------------------------------------------------------

Lansung.. di bakar terus piza di atas.. hingga cair keju mozarellanya itu...

Yang kemudiannya menjadi begini!!! =)




Ini ialah Pizza Tuna untuk teman sepejabat Pian, tempah untuk isteri tersayang nya kegemaran si isteri katanya....
maklumla.. sebagai weekend husband, kena la amik hati isteri tersayang..

sebenarnya ini ialah antara 'bisness' kecil kecilan ku..
hanya berlegar legar di kalangan kawan kawan terdekat sahaja setakat ni.. =)


~ ini pizza segera yang telah sedia untuk dibungkus... untuk kak seri..
balik cuma bakar dalam 10 minit sahaja.. da siap untuk dimakan panas.. panas... =) 
ada sesiapa berminat nak order ? hehe..  ~



baru balik dari kampung..
bawa balik durian dengan banyakknya...
puas makan durian di kampung!
nanti kita update dalam blog ya... =)

Thursday, November 24, 2011

Jadi Apa Boleh Buat?



Sendiri mau jawab laa...

oh ya!

Harimau Muda lawan Syria kalah semalam..
takpe, boleh buat lebih baik lagi next game ya!
yang penting mental dan fizikal mesti mau jaga..
pengawalan emosi dan tekanan juga penting.. =)

Selamat bekerja semuanya!
hari ni nak buat 5S bilik pejabat nih!!! dah ghopa apa dah!
nanti kita BW kawan kawn ya! =D



Wednesday, November 23, 2011

Rabu Tanpa Kata : GULP!!!






~ aku sedang lapar!!!!

Tuesday, November 22, 2011

Penangan Harimau Muda

Assalamualaikum,

pagi tadi, sepanjang perjalanan tak abis2 dok borak tentang bola semalam! puas hati.. rasa gembira je nak gi kerja.. hehe..
pagi tadi seperti biasa jalan agak jem juga..banyak kereta..
tapi tak berapa terasa.. sebab dok ralit borak tentang bola...

~ agak2 nya.. diorang pun mesti borak menda yang sama...  hehehe.. =) ~

some say.. 
" ala.. bila dah menang sakannya gembira.. bagai nak rak.. bila dah kalah senyap sunyi!"

haa.. betul la tu.. kalau dah menang mesti la gumbira.. dah kalau kalah..mestilah sedih.. dah kalau sedih senyap aje la.. nak buat hape lagi.. huhuhu... ;p

maari raikan lagi.. dengan beberapa gambar Harimau Muda kita! =)

~ Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol 
penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam 
tadi~

~ Kegembiraan yang tidak dapat dibendung lagi!~




~ KFCM ada sesiapa tak kenal? aku harap sangat penjaga gol yang sorang ni dapat mengurangkan kontroversi tentang hal peribadinya, aktiviti sosial jangan sampai melampaui batas.. tolong nya Khairul Fahmi,  sayang je.. takut nanti masalah masalah itu akan mengganggu gugat karier bola sepaknya.. perjalanan kamu masih jauh.. insyaAllah.. tolong ya!  =) ~

 Entri aku taip dari pagi tadi lagi.. tapi aku tak sempat publish..
sampai ke malam.. hmm..
camano nak jadi blogger tegar nih! hehehe..

adios!

i love my Malaysia!


Tahniah berkali kali untuk Harimau Muda Malaysia !!










Monday, November 21, 2011

Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea 2011

Malaysia Menang!!

Menewaskan Indonesia dengan mata penalti.. 
Malaysia 5- Indonesia 4!

I Am happy! im so so happy! syukran ya Allah...
Syukur! syukur! syukur! Alhamdulillah!

itu sahaja lah yang mampu ku katakan...
Terima kasih Harimau Muda Malaysia! kalian memang terbaeeek!
Kalian telah buktikan bahawa kalian adalah yang terbaik seantero asia tenggara..
Alhamdulillah..

Ternyata..walaupun bermain di tempat lawan, dengan lautan penyokong dari Indonesia...namun kalian telah buktikan! Malaysia Juara Sukan Bola Sepak Sukan SEA 2011!!!
Terima kasih atas kejuaraan ini!!

hanya ada satu juara.. satu pemenang.. satu nama... itulah Malaysia!!


Kini.. Lagu NEGARAKU.. berkumandang megah.. jelas, terang.. tanpa ada gangguan! ;)

Tahniah sekali lagi!!

Alhamdulillah.... =)

*Esok pergi kerja pakai jersi Malaysialah! boley?? hehe..


~ b dgn baju TM = Team Malaysia =) ~
puas hati wehhhh...


Malaysia telah berjaya padamkan ego Indonesia!
dan moga mampu juga menutup mulut mulut busuk yang ego itu..
moga terima kekalahan ini dengan redha

~ aku emo bangga betul sekarang nih! maafkan aku sekirannya keterlaluan.. namun aku gembira untuk pasukan Tanah Tumpahnya Darahku.. ~

Perlawanan Akhir : Malaysia Lawan Indonesia

Assalamualaikum,



jam 8 Malam ini..

sama sama kita doakan keselamatan pemain pemain Malaysia..
dan kemenangan berpihak kepada kita InsyaAllah..

(UPDATE)
Keputusan terkini;

Malaysia 1- Indonesia 1
Boleh tonton Online Live Streaming Malalaysia Vs Indonesia yang sedang berlansung sekarang di sini!
LIVE STREAMING RTM

Malaysia Pasti Boleh!!

Langit indah milik Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..


~ pagi... semakin menghampiri~

~ memberi tanda kehadirannya yang pasti.. dan... kadangkala... begitu garang pula... ~ 


 ~  kadangkala begitu tenang ..~

 

 ~ kadangkala  begitu happy go lucky.. =) ~




~  walau ketika terik juga tetap mengagumkan..~



~ dibayangi lautan nan membiru .. ~


 ~ tiba masa sang mendung menutupi keindahan itu dengan keindahannya tersendiri....~


 ~tampak lebih gerun.. menandakan sesuatu yang bakal tiba...~


 ~ penyambut tetamu yang garang!... ~



~ dan tiba masa melabuh tirainya..~

~ dengan pandangan senja yang mengasyikkan... ~


~Langit..
Ciptaan Allah
Untuk kita semua melihat..
menghayati..
mengagumi.. 
menghargai
dan seterusnya mensyukuri ciptaanNya..
Subhanallah...
Indah bukan..?..




~ aku memang suka tengok langit
suka untuk abadikan suasana2 indah  milik Allah ini dlm kamera .. untuk sama sama kita kongsi bersama.. melihat.. betapa hebatnya ciptaanNya...





Sunday, November 20, 2011

Harimau Malaya bertemu Garuda lagi..

Malam esok Malaysia akan bertemu lagi dengan Indonesia..
mari sama sama kita doakan kejayaan Malaysia!
InsyaAllah..
Malaysia boleh!!
Ayuh semua pemain pemain Malaysia! Kami di sini sentiasa doakan kejayaan buat kamu semua!
kami hargai penat lelah kalian semua membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa! Maju dan terus maju ke depan! kalian Boleh!! InsyaAllah Boleh!
Main baik baik.. tetapkan niat dalam hati.. main elok2..kita kan negara yang bertamadun.. =)
Doa banyak2 kat Allah.. moga Allah permudahkan segalanya.. dan memberikan kejayaan buat kalian semua.. Amin..
Biasalah.. akan ada menang dan akan ada yang kalah.. namun.. moga2 menang la hendaknya! =D
kalau kalah pun biar kalah bermaruah gitu... =)

Bersemangat aku di tengah malam hari ini?
hehehe.. dapat on line kejap ni.. terus nak update blog je..
sesambil tengah bakar 2 ketul pizza! rezeki.. kawan  order..
haruss la harum bau roti pizza sekarang semerbak kat rumah ni..

ok.. sekarang jam 1113 malam..
esok aku nak update lagi!
esok ada potluck kat pejabat, tak tahu nak buat apa lagi ni..
tadi dah bancuh apam.. namun rasa macam nak buat desert air koktel je.. tengok la.. kalau tak ngantuk lagi.. huhu..

ok selamat malam.. selamat tidur..
mimpi yang indah indah belaka..
sebelum tido, jangan lupa basuh kaki..
baca doa.. baca 3 'Qul', ayat kursi... =)
semoga dibangkit kan lagi keesokkan harinya.. InsyaAllah...

Wednesday, November 16, 2011

Kari Ikan & Brussel Sprout

Assalamualaikum,

Dah makan tengahari?

ini menu hujung minggu lalu.. dah rasa lama sangat tak masak lauk pauk aneka berat2 ni.. sesekali pekena kari pulak!

Aku pun dah lupa nama ikan ni.. samada Jenahak ataupun Ikan duri.. sebab hari tu masa kat pasar 2 jenis ikan ni yang aku dok bedek bedek!
beli sebelah je... untuk 3 orang makan.. cukup... =)



Nama sayur di bawah ini ialah sayur brussel / mini kobis.. atau bahasa inggerisnya.. Brussel Sprout! ada jugak satu nama lagi.. kot bahasa Cina.. tapi aku dah lupa.. nanti kalau aku gi NSK lagi.. aku tangkap gambar nya... =)

masak sayur ni goreng dengan sos tiram.. bawang putih...
krup krap makannya..
sayur ni agak rangup! sedap!
=)


oh ya.. menu tambahan untuk hari itu.. telur dadar spesel! dari achik! 


tengahari tadi makan nasi Arab! masyaAllah.. sedap doo...
se set 18 hengget! kami kongsi 4 orang.. memang berbaloi baloi...

korang semua lunch makan apa je hari ni.. =)



sekarang ni hujan sedang turun pula.. memang sejuk...
nyaman je rasa..
jari jari ni menari nari dengan rancaknya di atas papa kekuncikk..
mengikut rentak2 irama yang ku mahu..

=)






Monday, November 14, 2011

Angry Bird Merah


Assalamualaikum,

semoga kawan kawan semuanya sihat sejahtera hendaknya..
hari ni sangat sibuk! banyak yang perlu diselesaikan di pejabat nih!!

tapi update kejap ya..

jadi..
 silalah menatap gambar Si burung merah pemarah ini,
angry bird merah ini tempahan dari Diana.. untuk bday boy Aisy.. =)
Selamat hari lahir sayang.. =D
dan sehari sebelum nya tempahan dari Sarry.. AB merah dan kuning..
terima kasih atas sokongan dan kesudian kalian..

~ macamana lah Burung Burung ni tak marah.. abis.. korang asyik lempar diorang kat bangunan.. mesti lah diorang marah.. hehehe.. ~

Friday, November 11, 2011

Emosi sebelas sebelas sebelas

hari ni rupanya tiba jua
emosi aku bercampur campur..
semoga semuanya berada dalam keadaan baik
dilindungi Allah semuanya..

kadangkala.. sesuatu itu.. lebih baik didiamkan sahaja...























bertambah nya hari...
maka...
 makin dekatlah lagi langkah untuk ke alam kekal abadi....

Thursday, November 10, 2011

Selamat pagi.. =)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.

Syukur.

bila mata dibuka.. sekali lagi aku diberikan nikmat bernafas di muka bumi ini.

Syukur..

Masih diberikan peluang menikmati kesenangan duniawi yang sementara ini..

itu rezeki.

masih bernafas..
Itu rezeki.

Masih boleh melihat..
Itu rezeki.

Masih boleh mendengar..
Itu rezeki.

Masih boleh menghidu..
Itu rezeki.

masih boleh memegang..
Itu rezeki.

masih boleh berjalan..
Itu rezeki.

Lantas, tiada sebab untuk kita tidak bersyukur kepadaNya..


























































~kerana dirimu.. begitu berharga..~







Wednesday, November 9, 2011

AidilAdha 2011 , 10 Zulhijjah 1432

 Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. selamat sampai ke rumah..malam semalam..
semalam dah mula kerja sebenarnya
Alhamdulillah.. jalan memang tak jem! syukur sangat! mungkin kerana kami menggunakan jalan alternatif kot.. syukur sangat!
Alhamdulillah..

Sepanjang di kampung juga semuanya Alhamdulillah.. baik baik adanya...
urusan korban juga berjalan lancar.. Alhamdulillah..
moga ibadat yang dijalankan ini diberkati Allah..

mari layan cerita bergambar sahaja lah..


 ~ Masanya telah tiba... Niat sembelih korban kerana Allah Ta'ala.. ~

 

~ papa ku.. malam sebelum penyembelihan.. dok asah 4-5 bilah pisau.. kasi tajam sama dia.. memang senang la kerja kalau pisaunya tajam..~
 

  ~ adik ku.. 'abang' serba boleh dia ni.. walaupun nampak penyengap orangnya.. tapi boleh diharap.. dan apa yang bestnya.. kali ni dia balik bawak Nikon! heheheh.. aku yang teruja lebey.. cepat cepat chop nak pinjam!! hehe dan semua gambar di sini.. hasil dari Nikonnya.. waaahhh.. berangan angan aku nak dapatkan satu.. bilo la agaknya... tak sangka kami berkongsi minat yang sama.. suka snap snap... ~

~ b dan adik.. tahun ni agak ringan sikit.. tak perlu susah2 nolong sangat.. sebab dah ramai orang.. 
tapi.. tetap.. b tu.. mesti terlekat tahi lembu kat seluarnya! hahaha b.. b.. dulu pun kena jugak.. amik berkat.. takpe..
adik pula memang sengaja aku tolak dia ke depan.. sekurang kurangnya dia dapat belajar.. tak rugi..

 
~ mereka belum berpunya.. kalau berminat.. sila tanya kat kakak mereka di belakang tu! samar samar je nampak kat belakang tu..dia tu low profile sikit orang nya..! hehe chee... (ada jugak termasuk gambar aku walaupun al kaburan..)
~  menu sensasi... Satay... ~
 ~ Menu Glamer.. Lompat Tikam..~

serba sedikit gambar nya.. nanti free free boleh share gambar lagi.. banyak sangat gambar nya.. tapi yang keciwa jiwa raga ialah gambar di upload rupanya tak masuk smuanya dalam pendrive! separuh je! frust giler je rasa.. byk gambar yang bagus bagus.. maklumla kamera baru kan (adik punya pun..) .. hehe. kali ni kamera kecik aku tu aku kasi berehat je.. kalo tak sibuk manjang.. ;)

walaupun cuti tak lama...
tapi masa yang sekejap itu digunakan sebaik mungkin bersama keluarga.
Alhamdulillah..
So kawan kawan ku yang lain macamana? mesti ada yang masih bercuti kan?mood raya masih terasa lagi.
Dan hari ni adalah hari terakhir untuk melakukan korban.. 


semoga pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dapat dihayati bersama..



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker