Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, November 1, 2011

Laksa Penang VS Jus Kedondong Asam Boi

Assalamualaikum,

lama tak keluarkan entri masak masak.. 
hari hari pun main masak masak.. tapi.. tak sempat nak siarkan aje.. =)
so kali ni, menu main masak2 hujung minggu lalu...
Laksa Penang! dah lama dah teringin nak buat laksa nih, 
lagi lagi bila berjalan kat rumah cik Amy kita! ada gambar laksa Utara.. oh ya.. aku yang pangggil laksa penang.. sebab dah terbiasa panggilannya dari kecil lagi.. Laksa Penang..
bila jalan2 rumah cik  Adinda Amy Sensei hari tu ternampak Laksa Utara, sekali dengan resepinya sekali!
apa lagi.. terus la tekad nak buat hari Ahad lalu.. kebetulan pula mama ada kirimkan bunga kantan dan daun kesom kat papa hari tu!! ironic sungguh kan! =)

so ini lah laksanya...

Resepinya.. mesti kena sertakan juga.. saya ambil resepi dari blog Cik Amy je.. tima kasih tau! sambil nak buat tu, sambil bukak internet.. sambil kol mama juga, the expertise  hehe.. maklumlah 1st time  nak buat nie...

***************************************************************
kata cik Amy resepi asal dari : Adish Shida

(di tokok tambah sikit oleh ku)
Bahan- bahan :

1 pkt laksa
1 Kg ikan selayang / kembung - Ikan Sardin juga dikenali sebagai Selayang.. aku guna dalam 3 ekor sahaja yang besar besar punyee...
10 –15 tangkai cili kering *** - 3-5 sudu cili kering yang telah di kisar..
5 biji cili padi (ikut kalau nak pedas tambah la) ***- yang ini aku tak letak sekali, siapa nak pedas boleh tambah sendiri nanti..
3 biji bawang besar ***
2-3 ulas bawang putih **
5-10 keping asam gelugur
Garam dan Belacan secukup rasa
Daun Kesom & Bunga Kantan

Bahan Hiasan (ulam-ulaman) 
– Daun salad, daun selom, timun, bawang besar, cili api yang telah dipotong halus….hirisan limau nipis dan telur rebus. (shida suka pucuk janggus dan pucuk putat..memang sah sah orang kampung kan) 


Cara Membuatnya :
  1. Laksa direndam dlm tempoh 1 jam…dan rebus..toskan apabila laksa dah betul2 masak / kembang (nak pastikan laksa tak liat semasa di makan…amik 1 –2 urat laksa masuk kan dalam piring yang di isi air…cuba putuskan..kalau susah nak putus tanda laksa tersebut belum masak…jika mudah diputuskan itu tanda nya laksa tersebut sudah masak dan tidak liat)
  2. Rebus ikan yang telah dibersihkan. Masukkan sedikit garam dan 3-4 keping asam gelugur.(asam gelugur ini simpan utk dimasukkan ke dalam kuah)
  3. Kisar bahan-bahan yang bertanda ***
  4. Ikan yang telah direbus di asingkan isi dan tulang..Simpan air rebusan ikan.
  5. Kisar isi ikan dengan menggunakan air rebusan tadi.
  6. Kisar tulang dan tapis (ambil air nya sahaja)
  7. Masukkan bahan-bahan *** yang telah dikisar tadi bersama-sama dengan isi ikan dan air tapisan tulang…sekiranya air rebusan ikan masih berbaki..masuk kan juga air rebusan ikan tadi…sekiranya air tidak mencukup..tambah dengan air biasa…TETAPI jangan terlalu cair..
  8. Masukkan asam gelugur, garam, belacan secukup rasa
  9. Masukkan daun kesom dan bunga kantan
  10. Biarkan ia mendidih dan masak…
  11. Sedia dihidangkan
***************************************************

sambil makan makan laksa, tekak haus minta di sejukkan dengan Jus kedondong asai boi..
buat ni untuk kali kedua! b request nak minum katanya teringat ingat jus yang aku buat hari tu..
dan rezeki b la.. pergi ke NSK ada pulak buah ni! tak selalu ada buah ni..
dan untuk makluman.. kedondong ni pun ada 2 jenis..
1 yang seedless.. kulitnya pun licin cantik je.. dan x masam sangat, rega dalam 3.++ sekilo..
2 yang jenis biasa tu.. kulitnya tak bape cantik.. comot2.. dan agak massham... rega dalam 1.90 sekilo..


jom kongsi cara buatnya jom!

bahan2 nya..
- Beberapa biji buah kedondong
- asam masin boi putih
- gula
-air masak

-kisar semua buah kedondong yng telah di buang kulitnya tu bersama air masak
-kisar sekali dengan gula..
-atau buatkan air gula asing pun boleh..
-rendam asam dalam air panas pun ok gak, cepat sikit dia meresap..
-campur je semua tu dan tambah la ais ketul...
-dah boleh minum...



mari tatapi jus yang super marveloues segar, nyaman lagi sedap ini.. hahaha..

(ini gambo yang buat hari tu..)


aduh.. nyamannya terasa!



14 comments:

Nadine said...

Kella, terliurnya I!!!

I peminat setia laksa utara ok...nyum nyum!

you tau, blakang rumah mother in laws i ada pokok buah kedondong. rajin sgt berbuah tp malangnya takde sapa makan buahnya. slalu sedekah kat orang je, kdg2 habis gugur mcm tu je. thanks dear for the resepi, leh la balik nnti i cuba. mana tau kena ngan selera org dlm rumah ni, tak la membazir lagi buah tu.. :)

LYAfrina said...

aushhh.. terliur dgn air jus kedondong asam boi tu..msti sedapkan.. hari ni pon mkn laksa penang kt ofis..

ibu muslim said...

ptg ni housmate pn request suh msk laksa peneng...

Mimy Hamid said...

tq beb buah kedondong tu sebb dlm peti ais mmg ada buah kedondong tak tau nk wat camner...lama ko tak tepek resepi nah..hehehe aku suke

cun09 said...

salam dik ^__^

Ya ammmpuunnn....sedapnyeee...kuarge akak memang jd hantu bila ngadap asam laksa, laksa utara, laksa penang (sumer pulun)

rasa2 lepas raya lom mkn laee, dok leh jd niii ^__~

**moge kella sihat**

wanita mutalib said...

Kella! Lindu nya kat awakkk.. jarang eh update skarang? Oke oke mak nak laksaa... TQ! Heee

dalisha said...

sedap.. sedap.. sedap..

Kella said...

Nadine: sama ler kita minat laksa nih! hehe.. haa. tunggu apa lagi nad.. buat je air nih! memang gerenti takkan membazir lagi buah tu tau... uhhh... sedap tau nad.. hehehe

Lya: tak tau nak cakap la.. sekarang ni kat rumah stok kedondong memang kena ada.. asyik dengan jus buat itu.. huuu

Ibu muslim: mesti sedap kan akak masak! yummm yum... nak rasa laksa yang sedap!! buatan ibuku jua... =)

mimy: hai mimy sayang! haah lama kan.. aku dah jarang update tu la pasal kot.. sebab ko dah request tu resepi laksa.. boleh la aku tepek.. ada entri 1! hehe.. ko jgn tunggu lama lama.. buat jus kedondong cepat! hehe

kak Liza: hai kak! hmmm... selamat.. alhamdulillah.. kita sihat setakat ni.. alhamdulillah...
kan.. kita pun sama.. famly pun lah, semua suka laksa ni! laksa lemak pun makan jugak... =)
terima aksih kak..

Kella said...

WM: haaaiiii.. kita pun rindu rinduan... ye lah jarang mengupdate sekarang ni.. tak sempat sangat! tulah.. sepinggan laksa untuk kamu sahabat.. hehehe.. =)

Khaiza: tengkiu.. tengkiu.. tengkiu..! =)

cheqna said...

terliur...
sedap je nampak jus tu....
gulp..telan air liur

Kakzakie Purvit said...

Laksa dah selalu kakak buat tapi air kedondong tak pernah buat tau kella. Rumah kg MIL kakak banyak tapi selalu kakak makan cecah dgn serbuk asam boi atau buat jeruk...

Teringin nak cuba bila balik kg...

eelobor said...

oooo...cik Adinda Amy tu pandai bab masak2 eh?

Liza Razak said...

wahhh...sedapnya !! 2-2 fav saya...nak cuba laa resepi ni :) thanks for sharing

Diela Zaimi said...

wahhh sedapnya tgk air kedondong tu...terliur rasa...pandai betul kella memasak kan...kdg2 rasa jeles tgk org pandai masak ni...hubby request je trus siap...hehe...kena berguru dgn kella nampaknya... =)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker