Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, April 12, 2011

Aktiviti Hujung Minggu ke FRIM

Lalu... seminggu minggu lalu ni... 3hb April

ya, ini ialah aktiviti hujung minggu minggu lalu.
Kami ke FRIM (Forest Research Institute Malaysia) atau dalam BM nya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

terletak tak berapa jauh dari rumah kami, tapi ini baru kali pertama kali kami masuk, masuk kena bayar RM 1 seorang dan kalau bawa masuk kereta kena bayar RM 4, so kalau 2 orang RM 6 lah kami kena hari tu, nak parking kat luar pun boleh, tapi memang agak jauh la jugak nak berjalan masuk ke dalam.. jadi dicadangkan membawa masuk kereta lah..

~ peta yang di ambil di laman rasmi FRIM (klik untuk tumbesaran) , sila lah singgah ke sana untuk maklumat lanjut~

~ ini pula peta nak ke sana.. ambil di eforum.cari.my , ~

Antara tarikan yang ada disini (mengikut maklumat FRIM) ialah; Arboreta, kawasan perkhemahan, titian gantun, taman ethno botani, taman botani kepong, rumah tradisional melayu, aktiviti alam, denai alam, kawasan perkelahan, kayu bersilika dan wetland.
.....................................................................................................................


mula mula sekali kami berjalan jalan menghirup udara segar di sana...
tenang, hijau.. damai... sejuk sekali.. perasaan hiruk piruk kuala lumpur terhapus sama sekali!
owwhhh...



~pokok kat sini sangat tinggi tinggi! suka lah!
dan aku? memang takkan melepaskan peluang untuk mengambil gambar gambar pemandangan yang sangat cantik! kelu lidah berbicara.. namun, biar hati yang terusan memanjatkan puji pujian atas kebesaran Allah yang Maha indah..~

~ bila dah snap gambar ni, tunjuk kat b... b kata.. " gud girl!" heheh..~

~ this is my very favoritasss photo! cantik sungguh! kalau korang dapat tengok sendiri di situ, memang sangat terasa kenikmatannya.. pokoknya dekat dekat, tapi dedaunnya tidak bercantum, seakan seperti puzzle pula! Subhanallah.. cantik! dan.. bila ku tenung tenung seakan melihat kalimat Allah sahaja...

~ tidak nanti terlihatkan kalimat ini pun, sudah cukup kenikmatan disekeliling kita yang dimiliki Allah semuanya... tinggal kita untuk menyedari, merasai dan menghargainya... ~

~ memulakan ekspedisi.. tengok abbi dah berpeluh peluh dah tu, baru intro..~

~ pendakian bermula! lets 'canopy walk'! chee semangat berkobar kobar.. ~


~ kecantikan alam membuatkan aku dan abbi tak lupa memuji muji kebesaranNya..! cantik.. tenang... damai... indah sungguhla ciptaanNya.. rugilah pada mereka yang tak tahu dan tak mahu menilainya... rugi.. rugi...
kami bukan sekadar mendaki.. tapi menikmati sepenuhnya keindahan alam semulajadi ..
kamera pun tak duduk diam juga... :)

namun.. setelah daki punya daki penat mula terasa... nafas dah tercungap cungap.. dalam hati masing2 bila la nak sampai ke check point ni! aku terus je tanya kat seorang aunty.. dan katanya... 
" ohh dekat saja lagi.. u naik sikit saja u dah sampai.."
kami pun naik la lagi setelah berehat sebentar...
tapi baru je dalam 5 meter , aku dah mula rasa pening, rasa cam nak muntah, aku bgtau abbi, macam nak surender je! sesak nafas! uhhh.. betul2 stamina aku dah tak sekuat dulu! sebab keadaan bukit tu menjulang tinggi, bukan mendatar, tu yang buat semput tu..
pulak tu air lansung tak bawa! tinggal kat kereta, cerdik kan..
aku dah memang terfikir dah kalau la aku pengsan kat sini macamana, abbi aku jugak yang susah ni, kesian dia nanti! aku byk2 selawat dan mohon Allah lindungi aku, sebab aku betul2 tiba2 rasa mcm nak pengsan dah!
tapi abbi kuat kan semangat, sikit je lagi, memang dah nampak pondok tu! tapi rasa macam jauh giler..
dalam hati ku berkata kata...
kalau la dapat minum air seteguk dua.. hilang la rasa pening ni

dan, tahu sesuatu tak?
baru je berjalan 2 langkah tiba tiba abbi yang di hadapan berhenti...
air! katanya..
rupanya ada air bukit pula di situ!
Subhanallah...
bila tengok abbi bismillah dan terus minum aku yang pada mulanya was was turut minum juga!
ya Allah.. bila mengalir je air tu di tekak....
ooohhhh... rasanya....
segar sungguh!!
jujurnya aku memang tak pernah minum air fresh dari bukit gini!
tiba tiba mata terus jadi cerah dan segar.. badan tiba tiba jadi cargassss... kepala pun tak pening lagi!
Syukur sangat! rasa macam tak percaya.. rasa macam satu keajaiban telah berlaku pada diriku!
serius!
aku pun ada lihat beberapa org dibelakang ku mengisi air tersebut dalam botol..

tak jauh dari sumber air bukit tu tadi...
Alhamdulillah...! syukur!
akhirnya sampai la ke pondok 'check point'..
tapi jambatan gantung tu kebetulan masih tutup,
memang dah tengok kat bawah tadi katanya masih tutup untuk tujuan membaik pulih..



~ terjumpa pula dengan pokok durian kampung?~

..............................................................................................................

sepanjang perjalanan turun , aku tak habis habis berceritakan tentang keajaiban bertemu air bukit tu..
:)
kami memang tak sempat nak menyinggah mana 2 tempat lagi, sebab dah nak tengahari, penat dah weh.. cuma sempat jalan2 dengan kereta di kawasan sekeliling.. memang luas tempatnya.. takpe, next weekend kita pergi lagi!
hilanglah lemak tepu badan, sekilo dua... hehehe..

ok...agak2 sesiapa yang nak melakukan aktiviti luar yang menyihatkan.. datanglah ke FRIM kalau dah pergi ke sana tu, boleh lah hubungi ku juga.. sebab rumah dah dekat sangat dah dengan FRIM, boleh singgah rumah.. kenal kenal.. makan makan.. borak borak... :)




tak faham dengan perangai manusia yang suka merosakkan dan memusnahkan alam sekitar,
tebang sana tebang sini..
tarah menarah sampai gondol jadinya..
bumi dah tua, sakit sana sini, tu pun masih nak fikirkan keuntungan lagi!
tak kemananya duit yang bertimbun tu lagi bila dunia dah musnah...
tak.. faham faham!

12 comments:

LYAfrina said...

COMELNYA.. LYA MMG SUKA DTG KAT TMPAT2 CAMNI.. MMG TENANG JIWA.. PIC Y KELLA AMBIK SMUA CUN2..KELLA MMG BERBAKAT LA.. PIC POKOK2 DR ATAS.. Y NMPAK CAM BENTUK TU.. MMG CANTIK SGT2:-)

Unknown said...

cantik la kella tempat ni. mcm best je kalau g dgn husband. serius nampak best

ZR said...

dpt tak mkn durian...ehehehehe...

Kakzakie Purvit said...

Wah dah ada sign boleh calling kella sebelum kakak ke sana ye....

Acah je... entah bila boleh ke sana....:)

Yaya said...

aktiviti sebegini..mmg best..sambil2 berfikir dan memuji kecantikan alam semulajadi milik Nya..akak dulu ske sgt panjat gunung...selain menikmati kecantikan alam semulajadinye..alhamdulilah..cantek sungguh kan..:))

nabilah_2908 said...

cantiknya tempt ni..heaven la kamu bila dapat menembak gambar2 yg cantik yer..? :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
PART TIME PAPARAZZI

Anonymous said...

nak peluk batang durian kampung, kat blkg umah MDT bersepah2..dah x larat nak peluk..dah macam kayu balak..huishhh!

kella said...

lYA: tengkiu so much lya... nak datang lagi ke sini.. teruja dengan kecantikan alam di sini.. :)

Asfa: haah.. best pegi ngan asben.. menikmati keindahan alam bersama.. memang manis.. :)

KT: hehehe.. masa kita gi, durian dah luruh abis... tak ada baki yang tinggal... hhhuhu :P

kakZakie: ya boleh! di alu alukan! kalau ke sana mesti kol kita.. sebelum hospital selayang je rumah kita huhu.. pecah rahsia... :)

K Natalia: ya... subhanallah.. memang cantik.. suka sangat.. tulah, kita pun dah lama tak mendaki, ingat lagi, dulu stamina kita masih ada, sampai boleh potong kaum lelaki dulu masa mendaki, tapi sekarang.. stamina semput je... :) terima kasih kak sudi singgah sini.. :)

Nabilah... heaven.. memang heaven! :D alhamdulillah.. masih diberi peluang oleh Allah menikmati keindahan alam ini.. syukur..

MTD: wahh.... best la tu, sampai tak terbuat ya! huhu.... haah la.. besar.. macam kayu balak tau... :)

cun09 said...

salam kella

kalu dekat rase cam nk p jeee...best tuuuu, tp kella x leh nak merasa jambatan gantung yeee...penah naik thn lepas kat sabah...memang best!

comel pokok yg daun x bercantum tuuu...ciptaan ALLAH

pic yg dpt pujian tuuu pun comel ^_*

Lieynanilaz said...

penah sampai sini...masuk2 jerk mmg kiri kanan pokok...tenang jerk rasa...:)

Redbloodsnow said...

eh...a'ah la. terbentuk kalimah ALLAH. Subhanallah :)

Nadine said...

bestnya! lama I tak pegi frim. dulu zaman skolah slalu la pegi sbb school bnyk buat aktiviti kat sana..mesti dh banyak benda berubah kan. Tinggal skolah pun dh more than 10 years :D


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker