Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, June 25, 2010

Salam Jumaat (^___^)

Assalamualaikum.. salam sejahtera.. :)
pagi ni rasa tenang, nyaman.. bahagia .. Alhamdulillah.. kerana masih diberi nikmat hidup oleh Allah..
Al-fatihah aku sedekahkan untuk ibu bapaku yang berada di kampung..
semalam papa ada hubungi aku.. lama tak dengar suara dia! aku rindu! (sebak pula!)
ALhamdulillah dia sihat, cuma mama.. dah 2-3 hari selsema.. semalam dah agak baik..
mereka berada di kampung mek ku ( nenek) mama kata, mek selalu bertanyakan ku.. kalau aku telefon kirimkan salamnya.. maklumlaa dia sudah kurang pendengarannya.. itulah aku pun dah jrg menelefonnya.. sedih pula aku semalam mengenangkannya.. dah tua mek aku tu.. dah lama tak balik kampung.. dah lama tak jumpa dia.. Ya ALlah.. kau sihatkanlah tubuh badannya supaya sempat aku balik kampung bertemu dengannya.. itulah satu satunya orang paling tua yg ada dalam keluarga kami..

Aku bersyukur kerana aku lahir dalam keluarga ku ini..
aku bersyukur punya mama dan papa seperti mereka..
kerana mereka lah aku adalah aku seperti hari ini..

Aku pelik dan hairan pada mereka yang sanggup mengenepikan ibu bapa mereka!
sedarlah bahawa hidup ini seperti roda!
suatu hari nanti kita akan menjadi ibu dan bapa...
suatu hari nanti kita akan menjadi datuk dan nenek..
putaran hidup tak lama..
pusing putar akan sampai juga..
semua orang akan merasa..
tidak terkecuali!

Tuhan itu Maha Adil..
Setiap yang kita lakukan pasti ada balasan..
samada baik atau buruk..

Aku baru terjumpa semula seorang sahabat lama!
hampir aku tidak mengenalinya! kerana perubahan besar yg sgt ketara pada muka, dan penampilan keseluruhannya..
Mukanya yg bengkak..( ketat) hasil dari cucuk tang sana.. cucuk tang sini.. muda lagi dah cucuk2
mukanya dah lain sangat!
Pemakaiannya yang seksi lagi seksa melihatnya kerana badanya agak berisi!
mengucap panjang pula aku melihat gambar2nya di dalam 'Facebook'! semua gambarnya sengaja di fokuskan pada tempat Tuuutttttt itu.. semua orang komen, montok!!
seketika timbul rasa kasihan teramat sangat!
dia dulu bukan begitu, budaknya sangat cantik, nature beauty..
aku tahu, dia jadi sebegitu disebabkan tiada kawalan dalam hidupnya!
aku rasa.. semuanya bermula bila ibubapanya bercerai..
bapanya kawin lain,
mereka ditinggalkan berdua beradik, dia dikahwinkan awal.. masa tu aku baru masuk kampus.. sepulang dari kampus dia nasihat padaku, tak payahla kawin awal sepertinya, nanti menyesal katanya..
sepurnama lagi.. jumpa dia dah bercerai pula, suaminya masuk penjara kes dadah! adusss....
pastu dengar cerita orang bahawa anak pertamanya itu ialah anak luar nikah.. wallahua'lam..
pastu mereka berpindah.. dengar kata dia berkahwin lagi dan tinggal di sabah serawak,
dan terbaru, sekarang, dia single kembali, tapi khabarnya telah ada calon baru dan sekarang di KL! belum sempat aku bertemu dengannya!
Sedih sbnrnya aku lihat kawan aku sebegitu.. semoga Tuhan beri petunjuk dan buka pintu hatinya Amin..

Panjang celoteh aku pagi ni..
...................................................
(seminit tadi papa hubungi aku! melalui 3G! dia di kampung! makanya aku ber3G dengan mekku sekali tadi! sebak pula lihat dia dah sangat kurus nenek aku tu! ALhamdulillah sihat lagi.. cuma katanya dia makin tak dengar, tak dapat nak bercakap telefon, tak dengar, dia gembira dapat lihat muka aku di 'screen' telefon itu! katanya "...oooo buleh nampak muka..ingatkan gambar, tapi bergerak2 pulok... oooo.." hmmm... mek aku itu!

Alhamdulillah.. dapat manfaatkan teknologi sekarang ni... canggih..)

ok lah kesimpulannya..
pesan lagi untuk diriku juga..
walau apapun yg dilakukan didunia ini.. dimanapun kita.. sentiasalah berpijaklah di bumi yang nyata..
rujukilah ibu bapa dan yg lbh tua, jika tiada mereka, sentiasa doakan untuk mereka,
berbuat baik pada semua! InsyaAllah.. akan ada balasan dari Tuhan.. kerana di akhir tiada hitungan dengan yang lain melainkan dengan Allah...

~apa lah yg mereka berdua itu bincangkan.. macam serius benar je.. hmmmm~

~dah abis serius! gelak la pula.... apa ajelah topiknya! huuhuhuhuh...~

~ Keluarga mereka.. harapan semoga sentiasa dirahmati dan di berkati Tuhan .. amin..~

IringJeling: terubat rindu yang lara.. :)

12 comments:

Nadine said...

Awwwwh, sweet entry ni. Buat rindu pada Ibuku dikampung. Nasib baik kampung kat gombak je..tiap2 minggu mmg balik sana :)

kella said...

oh nadine.. luckly u laaa...
hargai setiap detik yang ada itu bersama mereka! :D

Mak Su said...

salam ziarah di hari Jumaat :)

myQza said...

sepatutnya setiap org yg ada kelaurga patut bersyukur dengan kehadiaran setiap ahli keluarga jika nak di bandingkan dgn org yg tiada ibu bapa.

jadi aku pun tak faham bila dah besar panjang, dah ada kerja dan keluarga sendiri, lupa daratan yg segala hasil yg di kecapi adalam pengorbanan dri ibu bapa

bulatkocik said...

elOw..;)

ttbe jer rasa nk balik kmpg..dah lama tak balik..hurmm..

tp citer nie mmg besh..i loike..;)

Unknown said...

keluarga bahagia...ibarat syurga yg disegerakan~~
Latest post: PKR bukan lagi Politik??

joegrimjow said...

kita xnampak banyak perkara yg baik yg ada disekelilig kita sampai xbersyukur mahukan benda lain yg ada pada org lain

Amir Syahir said...

tok imam kata u tak pegi solat jumaat,,napa? hehe

Ena said...

nasib baik lepas jumpa mak ayah last week.. kalo tak memg ada yg melelh baca n3 nie.. huhu

KiFli MaLLy said...

aku bersyukur masih lagi punya kedua2 orang tua ku...aku bersyukur dgn apa yang ada pada keluarga aku..dan aku sentiasa bersyukur kerana aku tidak pernah ingin melukakan hati mereka...
Entry terkini : kucing nie nak nama yang CUN juga!!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

sayang mak sayeeeeeeeeeee :)))

Unknown said...

smoga ibu bapa anda berada dalam sihat sentiasa!! amin... :)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker