Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, March 8, 2011

Teruknya!

Eh, Assalamualaikum..

Tetiba je tajuk mood sentap pulak ya?
selamat malam...
3 hari aku tak update blog, ya, semestinya aku punya sebab ..
Alhamdulillah.. malam ni sempat untuk 'update'..
rindunya pada kamu, kamu dan kamu.....

tadi tengok cerita Dia Bukan Maryam..
berbulu je dengan peel 2 orang adik beradik yang sanggup ketepikan perasaan mak dan ayahnya semata mata kerana ikutkan perasaan pengaruh lelaki!
dari ritu lagi nak komen, ni je baru sempat..
kalau ada yang ikut cerita ni, boleh tengok la..

yang si kakaknya, sampai sanggup ketepikan nasihat mak dan ayahnya!
cakap orang tua taknak dengar! sayang sangat kat laki tu sampai sanggup lawan cakap mak! pastu keluar rumah! merajuklah konon bila pilihan hati tak berapa disetujui oleh mak ayah! bungkus beg baju.. terus blah..
si adiknya pula.. membawa hati yang lara.. lari ke tempat lain, konon nak mencari ketenangan jiwa bila si kekasih berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri... hmmm...

sampai merajuk hati mak ayah nya lalu balik ke kampung... kesian...
ya Allah.. bukan kah berdosa mengecilkan hati orang tua.. apatah lagi hingga buat air mata mereka mengangis!

ha, pastu bila tengok orang tua dah takda kat rumah, tahu pulak nak menggelabah!
haa.. itu baru balik kampung je tau.. kalau dah takda betul? kan ke menyesal tak sudah!?

siap kata yang mak ayah nya buat drama pulak! konon buat drama la... balik kampung, nak tarik perhatian mereka anak anak...

ishh... apa lah! hmmm
apapun ini cuma dalam cerita lah.. adalah mesej tersendiri ingin disampaikan...

well..
persoalannya, kenapa nak lari dari rumah?atau cuba ingin berada jauh dari keluarga? kenapa nak duk jauh dari ibu bapa..?
bukankah di rumahlah tempat yang paling selesa.. ada ibu.. ada ayah... syurga kan di tapak kaki ibu.. hmmm..
perkara ni banyak berlaku diluar pun..
sanggup ketepikan perasaan orang tua yang melahirkan dan membesarkan semata mata kerana kasih, cinta, sayang... hmmm
tak hargai masa yang ada bersama orang tua..
bila mereka dah tiada di dunia nanti?
menyesal tak sudah..
saat itu mesti akan menyesal tidak penuhi masa bersama mereka...

buang emak buang saudara?
kerana kasih hamba turutkan?

no no no....

busuk busuk kita, hanya keluarga sahajalah yang akan tetap menerima kita seadanya...
insyaAllah..

motif entri?
hargailah ibu bapa selagi mereka masih hidup..

10 comments:

gedek! said...

Pipi pakcik bertukar ke warna merah jambu bila kamu sebut...

"rindunya pada kamu, kamu dan kamu....."

Rasa macam salah satu 'kamu' tu ialah pakcik...

Nadine said...

Agree with ur last sentence...

Hargailah,dan sayangilah ibu bapa while they are still alive...I lost my father when I was 24years old :(
sesungguhnya korang sangat beruntung!

ardinihumaira said...

:') cayam umi abah

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum kella,

Kakak tak tengok tv. Anak-anak periksa minggu ini. Tapi dari sinopsis kakak bayangkan anak yg tak tahu menilai dosa-pahala itulah jadinya.Insya-Allah kalau didikan agama/iman telah diterap sedari kecil dan diamalkan ianya tak akan berlaku.

Ibu/bapa selagi ada jagalah supaya tak kesal diakhirnya nanti.

Kazaztan Team said...

iye hargai la mereka

LyNn HaMzAh said...

betul tu kella...keluarga la yang paling penting...

Citarasa Rinduan said...

kella--
senyum-senyum selalu..

subhanallah...kak pula yang emo bila awak syer drama nie..

tak baiknya..tapi dalam taks agka pasti perkara nie mmg wujud dalam masyarakat kita

My Little Diary said...

iye setuju... hanya keluarga jer yg menerima kita seadanya....

ct_nurmarlissaa said...

a'a....kita pun suka kamu rindu kamu(kamu tu kiter lahh kan)heheheheh:-)

mzhany said...

betol betol, camne sekalipun hubungan kekeluargaan itu takkan putus, dan apa apa yang jadi, yang pasti menerima kita seadanya adalah keluarga....

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker