Assalamualaikum,
ada orang yang tak suka makan buah ke?
jarang la kot.. kan?
mesti korang semua ada buah buah yang tersendiri yang korang suka makan..
sini aku mahu kongsi antara buah buahan yang sentiasa kami 'reload' kat rumah ni...
~PISANG~
pisang ni memang bagus makan untuk beri tenaga yang berterusan!
aku kalau nak bersukan, terutamanya bila nak main badminton tu, aku akan cari pisang sebatang 2 untuk makan! kajian menunjukkan 2 biji pisang cukup untuk memberikan tenaga untuk senaman selama 90 minit! whoaaa... bagus kan?
selain dari sedap, pisang juga mengandungi kadar potassium yang tinggi untuk kecergasan minda!
bagi anak anak makan! sure pandai dan cergas.. :)
masa kecik kecik dulu bila kena gigit nyamuk, mama suruh sapu ngan kulit pisang, parut pun boleh hilang juga...
hmm apa tunggu lagi, pisang sangat senang nak cari, harga sgt berpatutan, makan pun lembut je..
err, tapi jgn ada pula org yg tanya aku, napa monyet tak pandai pandai pun! aii.. dah nama pun binatang kan..
~BETIK~
Betik sangat kaya dgn vitamin A, C dan juga kalium, ianya sangat bagus untuk membantu dalam proses penghadaman.. pelawas... :) kalau sesiapa susah nak buang air besar, elok makan ni..
~JAMBU AIR~
ini ialah kegemaran abbi! suka beno dia dengan jambu ini!
jambu ini mempunyai kandungan air yang sangat tinggi.. ada vitamin A dan C
bila memakannya.. huiiiishhh.. ya Allah.. rasa sangat segar nye.. penuh air..:) best!
cicah ngan kuah rojak pun besh!
jambu air yang kaya dengan anti oksidan ini dipercayai bagus untuk mencantikkan kulit! hmm ... :)
oh, lagi! info yang aku baca, ianya dapat memperbaiki mutu sperma dengan cara mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan sperma..
ooo patutla... hehe.. (tapi rasanya dia pun tak tahu nih? kena bagitau nih!)
~MANGGA~
semua orang mesti kenal punya buat mangga ni, kalau dok kat Malaysia.
tapi tak semua suka buah mangga tau.. abbi aku tak suka, walaupun keliling rumah di kampung penuh dengan pokok mangga! tapi ku suka! suka, suka! :D
buah yang kaya dengan serat ini juga mempunyai vitamin antioksidan seperti C dan E..dan mempunyai bahan penumpas kanser yang baik! itu kata buku yang aku baca...
~EPAL~
buah import ni..ramai dah tahu khasiatnya kan..
hmm.. tengok gambar dah la... cantikkan gambar ni... tangkapan ku..
:)
~CIKU~
aku suka gak kat buah ni! manis..
buah ni juga bagus untuk sesiapa yang punya buasir,
ikut info yang aku dapat..caranya ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua,
iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan
garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
ikut info yang aku dapat..caranya ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua,
iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan
garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
~LIMAU~
~PLUM~
~BLUEBERRY~
cedapnye buah ni... tapi mahal la sikit...
tak selalu makan pun.. kalo ada duit lebih buleh laa..
blueberry baik untuk mata.. :)
~Strawberry~
hmmmm best nyer..... cecah coklat.. tak selalu makan la.. jarrang jarrrang je,,
~Tembikai~
makan sejuk sejuk best.. selalunya buat jus je.. :)
ada banyak lagi buah buahan yang boleh kita makan ... kebanyakkan buah buahan punyai khasiatnya tersendiri... apa pun makan buah buahan adalah sangat bagus untuk kesihatan!
jom amalkan gaya hidup sihat ..
~BLUEBERRY~
cedapnye buah ni... tapi mahal la sikit...
tak selalu makan pun.. kalo ada duit lebih buleh laa..
blueberry baik untuk mata.. :)
~Strawberry~
hmmmm best nyer..... cecah coklat.. tak selalu makan la.. jarrang jarrrang je,,
~Tembikai~
makan sejuk sejuk best.. selalunya buat jus je.. :)
ada banyak lagi buah buahan yang boleh kita makan ... kebanyakkan buah buahan punyai khasiatnya tersendiri... apa pun makan buah buahan adalah sangat bagus untuk kesihatan!
jom amalkan gaya hidup sihat ..
maaflah aku tak dapat blogwalking sangat sekarang ni..ini pun entri yang diperam, habiskan..
terima kasih yang mana sentiasa sudi mengunjungi ku di sini..
aku sangat hargai..
jangan pernah lupakan aku..
terima kasih pada kpah k-poh, piasara, sasa alsharif sebab sudi mengikut di sini..
12 comments:
antara banyak2 buah kat atas, sya paling suka stroberi. tiap2 hari mkn yogurt stroberi...
kenapa ekk rasa stroberi cepat bertukar masam..
selamat malam sayangku
oh!! menu diatas adalah pembuka seleraku jua..
kita sama-sama suka pada buahan yang sama...
jom...buah epel hijau 8 biji...nak solid kan??/ hehe
lame dah tak makan buah cikuuuu....kat kampung pun dh jarang ade..dulu2 ada banyak aah...hehehe puas betul makan..
terliur dgn jambu air tu...cicah dgn colek sedap ye...ishh.. mane nak cari jambu air
As salam kella...
byk2 buah kt atas tuuu...buah ciku yg mnjadi pujaan hati ku ^__^
**moge sihat**
hany baru beli epal, lai, mangga hari nih...fuhhh...rasa mcm lengkap je peti ais tuh
dlm byk2 buah yg sedap ni.. i teringin sgt nak mkn ciku!!
alamak sedapnya buah2an tu semua... pic last tu mmg paling terliur tengok..
betik sejuk my favret.. sedap.sedap!
Mata hati: itulah.. entahla kenapa agaknya .. mungkin perubahan cuaca agaknya.. buah stroberi ni sensetip sikit... nak dok kat tempat sejuk sejuk je.. sejuk yang original.. bukan dalam freezer kot.. :)
kak Ayu: kita kureng sikit ngan epal ijo.. sebab masam ler.. uhuhuhu.. merah ok je.. tp epal ijo selalu buat jus... sedap... :)
Cik Amy: sedapkan ciku.. wah siap ada pokok lagi? hmmmm memang sangat puas ler... :D
KT: haah. cicoh coleh memang ler sedap! tetiba rasa nak megalir je liur nih.. terliur pula... huhuhu..
Kak liza: terima kasih sudi singgah ni.. ya, ciku memang sedap pon.. heee..... makan sejuk sejuk kan?
kita sihat kat sini.. moga akak juga sihat hendaknya.. :)
Hany: yeah.. tahu takpe... rasa cam bila bukak peti tu best je kan.. tengok warna warni buah buah tu... hany.. kat pasar chowkit buahannya sangat murah! :D
Fatin: ramainya org yg suka ciku kan... memang sedap buah ni... terima kasih singgah singgah sini ya.. :)
Alia: yaa.. yang last tu memang perfecto... betul kita pun suka betik yang sejuk sejuk...
waduh teringin pulak nak makan mangga..:(
saya suka mkn pisang/ betik... dapat melawaskan perut.
Epal hijau lak konon nak diet pun belasah jgk..
Post a Comment