Masuk je pejabat hari ini, terus dikejutkan dengan berita kematian teman sekerja.
Baru minggu lepas sahaja bertemu dengannya..
tak sangka, ucapan " i pergi dulu..." itu adalah ucapannya terakhir..
dia adalah teman sekerja beragama hindu.. seorang berbangsa india yang sangat peramah, baik hati dan suka senyum!
setiap kali dia datang ke pejabat ini untuk tujuan menghantar surat, wlaupun tiada surat untukku dia tetap akan singgah ke bilik ini untuk bertanyakan khabar.. berkongsi cerita.. kadangkala tu aku tak sempat jugak nak layan sangat..banyak cerita yg dia suka kongsi.. :)
kali terakhir dia datang sini pada minggu lepas tu, dia maklumkan tentang niatnya untuk ke India tengah tahun ni, untuk tujuan sembahyang di sana.. setiap tahun pun dia akan ke sana, tiket pun dah beli katanya..
dia adalah seorang penganut agama hindu yang kuat..
kadangkala tengok dia berjambang, kerana bernazar la.. pastu botak licin pula.. semuanya semata mata tuntutan anutannya.
dia selalu juga kongsi 'basic in life' macam...
saling hormat menghormati sesama manusia..
memberi orang makan...(macam bersedekah la tu..)
membantu tanpa mengharapkan balasan...
buat yang terbaik dalam setiap kerja...
hmm.. kalau aku melayan dia memang lama lah 'drag' masa tu.. sebab ada sahaja modalnya untuk berborak..
namun sekarang dia dah tak ada..
yang tinggal hanya lah nama..
sebagai seorang sahabat dan atas sifat sifat kemanusiaan sesama kita..
takziah diucapkan pada ahli keluarganya..
pastinya kehilangan beliau amatlah dirasai oleh ahli keluarganya..
Tuesday, March 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
kella...
itulah adat resam manusia...semua yang bernyawa pasti kembali..
takziah untuk keluarga beliau.org yg baik nih slalunya tuhan lebih sayangkannya
Kematian itu janji Allah....
Sesiapa takkan terlepas...
kita next in line
lumrah kehidupan..yg hidup pasti akan mati..
sampaikan salam takziah pada kawan sekerja Kella yer.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
PENDRIVE
takziah...rest in peace...dia ke yang kuar dalam email tm today??
salam takziah...
Mesti kella terbayang-bayang wajahnya. Mesti ada penyebabnya mengapa dia meninggal kan....
haah mimy..yang keluar dalam emel pagi semalam...
kak zakie: ya, dia kena serangan jantung... terus colapss dan meninggal..
Post a Comment