Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, June 5, 2011

Set Tengahari ku

Assalamualaikum,

Pastinya sedang siap sedia untuk makan tengahari atau sedang sibuk di dapur?,
namun cuti cuti begini mesti ramai yang keluar jugak.. makan makan kat luar kan..
Aku pun mungkin akan keluar jalan jalan kejap lagii.. yiii..
sebelum tu mari kita kongsi kongsi resepi tengahari ku semalam (entri ni buat semalam tak sempat habis tinggal dalam draft!) 

jadi pada sesiapa yang ketandusan idea nak masak apa..
meh tengok, kot kot menu ini boleh dijadikan menu untuk anda pula? =)

Menu : Ketam masak bercili, Kari Ikan Tongko dan kerabu pucuk paku, nasi 2 pinggan! hehe

tapi aku nak kongsi resepi ketam masak cili je dengan korang semua... sebab macam istimewa dan sedap je.. hehe.. kari ikan mesti dah biasa kan..?  =)



Resepi ketam bercili

-Ketam
-1 Bawang besar
-4-5 bawang merah (tumbuk)
-2 ulas bawang putih (tumbuk)
- halia (tumbuk)
-setangkai serai
-cili kering kisar
-cili sos
-sos tiram
-garam gula

Cara;
-perapkan ketam dengan kunyit dan garam sebentar, kemudia goreng separuh masak
-tumis bawang besar yang dihiris dan kemudian tumiskan sekali bahan yang ditumbuk itu hingga terbit baunya.. jangan dilupa cili kering kisar itu yaa... tumiskan sekali..
- masukkan serai, sos cili dan sos tiram...kemudian  masuk ketam itu tadi...tambah sedikit air dan tutup periuk itu untuk biarkan tumisan itu terserap dalam ketam itu.. kasi mereka serasi..
- bila buka tudung periuk tu... walllaaa.. baunya.. harumm..
- rasalah.. kalau tak cukup rasa.. buh garam gula sekelian nya...
-dah pun siap.. sedia untuk dihidang.. =)


ok selamat mencuba.....!!!
komen dari pengkritik tetap? 
hmmmm sedaaaaapppp...

tapi lauk yang aku suka semestinyalah Kari Ikan Tongkol tu... Ketam tu buat ratah je.. sebab tak reti nak makan dengan nasi..sudahnya kami ratah ratahkan sahaja ketam itu..

kek duran duran akan menyusul... huhu

21 comments:

wanita mutalib said...

sedapnya ketam kella!! :)

Unknown said...

sayangku kella..........

sangat2 menyelerakan ketam itu, kamu macam en zalie tak reti makan dgn nasi.. heheh

dan tongkol itu jua peberet kami

but, lauk ini dan itu hanya kenangan....

tak apalah.. janji kami sejahtera.. amin

Rtp Farra Arisha said...

ketam bercili tu nampak sgt menyelerakan :))

azieazah said...

Wow! for the menu!

double wow! wow! for the pinggan!

Kak Azie suka, sebab itu pinggan pesen lama.

miloaiskurangmanis said...

iols pun masak kari gak ahad semalam..
kari ikan bawal...

nok... ketam tu nampak sedap nok...
but iols dah tak beli seafood ni [kecuali ikan!]
my son allergic kekdahnya!

SITI NOARIZAH ARIS said...

Sy pun klau ketam suka ratah.. nmpak menarik ketam tu..macaron kat entry bawah ni pun best sib baik jauh dr rumah kamu..hehe!!

LYAfrina said...

CAIR AIR LIUR TGK MASAKAN KETAM NI.. SIYESSSS... MARVELESSSSSSSSSSSSSS

My Little Diary said...

sedap....
ketam tu menyelerakan...!!

kella said...

WM: hmmm tak tahu le.. abbi kata mcam sedap katanya hehe ntahla..

kak ayu: sabar ye kak setiap pengorbanan ada hikmah disebaliknya.. ada yang baik sedang menanti.. yang penting terus sabar.. =)

Farra: luar nakpak menyelerakan.. terima kasih singgah sini.. =)

kella said...

Kak azie: wow ya! hehehe.. kita memang suka pinggan2 klassik kak.. ritu dah dapat stok pinggan yang best hehe pueh ati den! =)

Miloais: hehehe.. uollsss kekdahnya.. kena hati hati ler bila nak makan seafood kalau allergik kang tak pasal pasal kan? :)

K CT: ratah lebih terasa kot.. hehehe.. kalau dekat leh kita main main mangkuk tingkat kan.. heheh

Lya: hehhehe.. tima kasih lya.. nanti lya cuba buat pula.. =)

kella said...

Rima: hmmmm.. terima kasih mungkin teknik gambar tu yang membuatkan dia begitu seksi.. hehehee

azila said...

alahai..terliur bebeno tgk ketam tu. tp xpenah beli ketam sejak kawen ni, sbb en suami kata susah nak makan..huhuh

NM02 said...

hi awak.... ai dah follow yu balik. maceh sebab sudi singgah umh kita dan follow terus. nnt singgah2 lagi eh...

Unknown said...

perghhh!!sedapnyer

Syazwan Che Deraman said...

peeerrrggghhh, terbaik!

kella said...

Azila: memang jarang jugak belinya.. cuma hari tu cam teringin je.. memang pun susah nak makan, ni pun kami makan untuk ratah je.. =)

NM02: hai.. terima kasih sudi ikut kita ya! ok.. do keep in touch

Nick: ;p! iye lah tu.. hehe

kella said...

syaazwan: perghhhh! heheh... terima kasih.. =)

uncle gedek said...

Uncle kalau makan ketam, selekeh!

Nak nak ketam rebos!

sekamar rindu said...

salam...

set tengah hari yang sangat menyelerakan...best>>

nabilah_2908 said...

telan air liur tgk ketam tu...

sama lah kita..tk reti makan ketam dgn nasi..hehe...suka ratah gitu je... :)

Mimy Hamid said...

ada resepi baru leh ku copy..hehe aku tak masak ketam beb...tak reti nak potong acaner


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker