Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, June 3, 2011

M.A.C.A.R.O.N ?

Assalamualaikum,

hari tu aku pernah sebut nak buat entri tentang macaroon kan? haha.. dah skip beberapa entri dah, baru boleh nak buat entri tentang ni..

untuk makluman, baru baru ni aku ke kelas macaroon..
belajar macaroon lah pulak!
aku ni sebenarnya tidak pernah makan macaroon pun!
aku tahu macaroon pun pasal ada sorang akak kat pejabat ni yang begitu teruja dengannya,
aku terpinga pinga sebab tak pernah tahu tentangnya!

MACARON ialah sejenis makanan terkenal di Itali, nak tahu lebih lanjut boleh klik sini!

akhirnya atas jemputan seorang kawan.. aku ke kelas macaroon yang berdekatan sahaja dengan rumahku.. =)
maka bertemulah aku dengan chef  Fauziah..
baik orangnya.. peramah dan tak lokek ilmu.. kalau nak tanya tentang apa sahaja tentang masakan dia memang sudi membantu..

~ cantik je macaroon yang kami belajar buat ni... memang cun abis la.. dengan skirt nya di bawah tu..~

~ lawa je kan... warna hijau dan ungu..~

~ ini setelah dikapitkan dengan inti krim perisa lemon.. sedap..~

Jadi mari kita sama sama kongsi resepi yang agak mudah resepinya, tapi nak membuatnya memang cerewet la sikit..

Basic Macaroon
Bahan A

110gm Serbuk Badam
200gm gula ising
(2 bhn ini di blend sekali) dan kemudiannya tapis..

Bahan B
100gm Telur Putih (lebih kurang 3 biji ikut size m)
50gm gula kaster
(telur baru kena sejukkan 1 jam dulu kalau dah sejuk keluarkan dulu sejam)

cara:
- pukul bahan B sampai kembang-pekat, kemudian campurkan bahan A sikit sikit, kaup balik perlahan lahan saja tau, jangan kaup kuat kuat nanti tak cantik hasilnya.
- masukkan 1/4 st vanilin powder untuk perasa vanila macaroon
-atau boleh juga letak ginger powder untuk ginger ale macaroon
-untuk kaler, kaler, ikut suka la nak letak merah, hijau kuning, ikut perasa yang digemari.. =)
- lapik kertas minyak atas loyang, dan kalau boleh terap bentuk bulat dan lukis bulat2 atas kertas itu untuk mendapat size yang sama..
- buh bahan tadi dalam nozel dan picit atas loyang, dalam bulatan yang dilukis itu tadi,
- untuk bakar, tunggu adunan bulat2 itu tadi selama 15-30 minit diluar dulu baru boleh bakar, atau bila kita sentuh dengan jari, ianya tidak melekat di jari baru boleh bakar..
- bakar selama 12-18 minit je.
- bila dah masak tunggu sejuk baru buang dari loyang..

Untuk inti:
aku pakai inti Buttercream (sebab tahan lama kata chef)
250 krimwell
250 butter /margerin
250 gula ising
Putar selama 10 minit, kemudian bahagikan beberapa untuk diperisakan dengan pelbagai perisa..

kalau nak kurangkan manis,
250gm krimwell
125 butter/ margerin
150 lemak sayuran
250 gula ising

(aku tak buat 250, semuanya aku buat 100 gm je, memang cukup intinya, lebih lagi...)


selamat mencuba!

tips: chef kata jangan buat masa hujan!
kalau boleh, bekas adunan hendaklah besi untuk mengekalkan kesejukan adunan telur dan serbuk tadi!

--------------------------------------------------------------------------

dah belajar mesti perasaan ini membuak buak nak cuba sendiri.
maka setelah semua bahan dah ada aku pun mulakan operasi..
aku buat petang..

tapi on the way pukul telur putih tu, tiba tiba mendung mula kelihatan..
angin pula menderu deru..
ohh.. nampaknya hari nak hujan ni! teringat kata chef, kalau hujan memang tak menjadi katanya!
aku cepat cepat buat!
tapi nak buat camana hujan tetap turun juga..

sebenarnya dalam pembuatan macaroon ni, suhu persekitaran amatlah penting, yelah sebab kalau dah hujan mesti jadi sejuk kan.. itulah sebabnya kot..
=)

mari tengok hasil dari ku! hehe.. ;p

~ saya budak baru je belajar.. memang failed!!! hiiihihi  cuba perati betul2.. yang kaler kuning itu ialah adunan yang pertama, tengah hujan yang amat lebat... yang kaler hijau itu hujan dah nak berenti... dan yang kaler koko itu hujan dah berenti terus! hahaha... !! gelak je aku sorang sorang kat dapur tu.. b datang tengok... terus tegur... u buat apa bulat bulat ni? hahahaha... ~

~ yang last ni agak menjadi, tapi rasanya sebab aku buat besar sangat jadi tebal dia..~


Aku buat 6 perasa... Perasa Durian, Lemon, Vanilla, Mocha (nescafe campur coklat! ;p) Ros, dan blueberry!

b kata dia paling suka yang perasa Durian! hmm, macamana nih? orang yang tak suka makan durian, tapi bila mai macaroon suka perasa durian pulak? hehe.. macam macam..

so itu sahaja lah perkembangan diriku dengan macaroon, nak kena cuba dan cuba lagi! cobaab pertama memang tak menjadi! so take note ya kella!!! aiii... aku buat pun tak betul  menjadi lagi tapi dah ada orang booking 50 biji minggu depan! nak jugak katanya! gila?? huuhhhh... aku coba ya teman...



Selamat hari Jumaat..
Semoga semua teman temanku mendapat keredhaan dari Allah.. =)

11 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
belajar betul betul nanti boleh gua oder... teruskan

Unknown said...

wah dah boleh berbisnes la lepas ni. huhuhu

Unknown said...

tu dia..
bagus kella..
teruskan usaha kamu belajar dan terus belajar..

kak ayu teringin nak makan..
tapi kena curi2 jauh2 dr en zalie,
hehehe

selamat pagi sayangku

ZR said...

wah macaroon...ada ape hal pd rupa..yg penting rasa...ehehehhe

Kakzakie Purvit said...

Ok juga kella kalau banding kakak lagi tak pernah buat. Entah bila nak mencuba....

nabilah_2908 said...

mmmm...menyelerakan..... :)

miloaiskurangmanis said...

cuba lagi nokkkk!
insyaallah bleh jadi tu

nanti boleh iols oder kat uols plak!

Adinda Amy Sensei said...

saya tak penah lg makan macaron ni...sedap ke sis?

ida said...

ok la tu , ada jgk bentuk macaron.. sedap tak !!!tak pernah makan lah...

chichi said...

wahhh..tahniah sbb berjaya buat macaroon.

Rohani Hashim said...

wallaweiiii kella,
cayalahhhhh....bleh berbisnes la lepas ni eh...hihihi side income ;)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker