Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, April 19, 2010

Entry Emosi Jiwang Karat Tangkap Lentuk..

Pagi tadi..
Bila dah bangun awal ..
otak pula ligat berfikir ... cergas!
bila dah selesai buat sarapan tu.. aku kemas2 la dapur tu sekali..
cuci pinggan semalam...
sesambil tu.. jauh fikiran ku melayang... melayan sejuk air di paip sinki dan wangian GLO di tangan..
terlintas pula di fikiran.. betapa bersyukur hari ini aku masih lagi bernyawa..
ALhamdulillah.. masih punya ruang dan masa untuk ku bertaubat, menambah amal..
terlintas, kebelakangan ini, ramai artis2.. muda2 telah menemui ajal mereka..
Takziah untuk Achik Spin yg telah meninggal dunia lewat malam 2 hari lepas..

dan,
teringat pula kata2 suami ku semalam..

" ajal tak mengenal usia.. ntah bila ajal 'me' pula.."

tambahnya lagi..

" kalau 'me' pergi dulu.. 'me' nak u tabah! me nak u kuat sayang.. jangan meratapi pemergian 'me'.. u kena tahu 'me' takkan kekal hidup.. semua manusia tak kekal hidup selama-lamanya.."

aku sentap dan senyap aje mendengar kata2nya itu.. kurang selesa sbnarnya.. tapi aku senyap aje.. tapi tetiba sebak pula! aku terus meluru ke arahnya..
aku katakan.. memang susah untuk aku mencari pengganti dirinya! kerana dia adalah terbaik..
dia tanya pula.. baik sangat kah dirinya? apa yang baik tentang dirinya... tanya nya lagi..
tapi aku terus senyap.. cuma peluk sekuatnya..
soalan itu aku punya jawapanya! terperinci,
satu-satu terbayang di ingatan...
biarlah ku simpan saja sayang..

ohh.. bila teringat tentang semalam , tetiba mata bergenang ..
menangis pulak...
aduyaaii... aku ni senang aje nak kuar air mate.. emo lebih sey.. pepagi ni..
terus aku tutup pili air tu lantas pergi kat si suami yang sedang nyenyak tido tu..
menangis teresak-esak.. persis budak kecil!
Dia tersedar, mata terkebil2..silau, suare serak2 bertanya..

" ngape terghoyak ni?"

Aku tak jawab, cuma teresak-esak! (uhh mengada-ngada sungguh budak aku nih)
aku bisikkan aku sayang dia.. dalam mamai2 dia jawab.. sayang awak juga..

dan seketika...
Azan Subuh pula mula sahut bersahutan...

" dah, bangun! pi semayang.. pegi kesat air mata tu! abis pipi 'me' basah.. sampai dah masuk dalam telinga ni!

Aku menurut katanya.. bingkas bangun..

IringJeling: 'Terghoyak' tu maksudnya.. menangis! loghat perak!

Pagi yang gelap, kini sudah cerah!

Wah.. dah cerah pon...
awal sampai opis hari ni,
tadi masih gelap..
kini sudah terang..
tadi masih sunyi..
kini sudah kedengaran suara2 teman sepejabat dan deru enjin motokar..
tapi yang pasti ada satu bunyi yang sangat 'best'
yang pasti buat aku rasa 'cool' je pagi pagi..
bunyi burung nyanyi-nyanyi..
kicau burung sahut sahutan!
ceria je!
menceriakan hari ku juga!

Peace all..

Friday, April 16, 2010

Berita itu benar-benar membuatkan ku gembira!

Aku tumpang gembira sebenarnya!
Petang semalam aku benar2 telah dikejutkan dengan berita dari seorang kakak aku nih!
Bila terkeluar saje dari mulutnya yang dia .... mengandung!! terus seribu satu perasaan menerpa!
Tak perlu tunggu lama untuk perasaan gembira itu! gembira sangat! terharu.. terkejut!

Sebak aku dengar katanya selama 7 tahun dia tunggu untuk tengok 2 line kat 'pragnancy test' tu! asyik2 kecewa bila hanya satu line shj kelihatan!
sebak sungguh! sebab aku juga berkongsi perasaan yg sama!
tak perlu tunggu lama2 air mata terus je mengalir! sama! begitu juga dengan dirinya!
lagi terharu tambah sebak kerana aku orang yang pertama antara kwn2 yg dia kongsi berita ini!
Dia mahu aku tahu, dia mahu kongsi kegembiraan ini...
Aku faham kak..

Dia juga begitu mahu aku turut ikuti apa yang dia usahakan hingga dia boleh hamil ketika ini..
dia mahu aku turut serta merasa perasaan itu sendiri!
Aku tahu kak kau ambil berat tentang diriku!
terima kasih ku ucapkan!
Aku mmg dah anggap dia sebagai kakak ku.. kerana aku tak punya kakak atau abang..
sebagai ada satu 'chemistry' bila kami bersama!

dengan dia lah tempat aku meluahkan rasa hati!
dengan dialah kami sama2 share kalau ada apa2 tip terbaik untuk mendapatkan zuriat!
sama2 kongsi suka, gelak tawa, duka...!

Apa pun kak.. aku ucapkan tahniah sangat! aku tahu kau gembira sangat sekarang ni! dan aku juga nak kau tahu kak.. yang aku juga gembira! tiada ucapan lain lagi.. selain...
Syukur Alhamdulillah...

'CONTEST HIJAU'



Nak masuk contest ni! alamak hari ni tarikh tutup! hari ni 16hb April kan! terkocoh kocoh aku ngnyiapkannya!
harapan agar penyertaan ini masih diterima oleh MzHany
jomlah sesiapa yang nak join ni masih sempat lagi kot.. kot lah kan..!

segala syaratnya ada disini ya!

Aku nak sangat masuk contest ni, sebab aku ada 1 gambar Hijau yang best seperti di bawah!;


~gambar ni dipertaruhkan sebab best! hijau! kami dari atas kebawah hijau pada masa ni! kasut pon ijau! kempen sokong hijau.. eh.. eh.. sokong bumi hijau tau.. hijau apa lagi kan? huuuu....
pastu latar belakang kami pon dok ijau... sejuk mata memandang! hijau yang pelbagai peringkat..

ok.. itu sahaja celoteh untuk gambar ini...
moga diterima oleh penganjur..

Kesibukan Semalam dengan Fruit Tartled

Sibuk-sibuk pun masih sempat berblog..

Buat ni untuk mesyuarat kat opis semalam!

kastad dan buah aku isi kat opis aje, coz nak makan petang kan..
isi awal2 nanti takda tempat nak simpan lak, peti sejuk tak muat...

Marilah menjamu mata dengan hasilnya yang dah pun di telan abis semalam..



kalau korang nak resepi leh la eh.. klik kat-->> sini
atau Klik je Kat kategori 'TAT' tu..


Sibuk hari ni sibuk!!!

tak da pa nak tulis...
hari ni sangat sibuk...
nak buat list defect rumah..
nak booking tiket..
nak apply cuti..approve cuti..
semua kena selesai sebelum tengahari!
cepat!
itu je nak tulis..

Thursday, April 15, 2010

'HEROine Of Today

Terima kasih tak terhingga pada 'Amanina' sebab sudi untuk membantu masalah aku yg beso la sangat tu tadi! so secara tak lansung.. beliau dinobatkan the Heroine of Today..

Thanks so much ya Nina..

Jasamu ku kenang..

Terima kasih juga atas keperihatinana Mimy, SiTedi, dan AnakPerak..

Thanks so much.. selesai masalah.. :D


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker