Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Alzheimer

Assalamualaikum,

Aku ingin berkongsi maklumat tentang penyakit Alzheimer yang juga dikenali sebagai penyakit nyanyuk.


Maklumat ini di dapati dari Mr Wikipedia dan blog Kesihatan
Semoga memberi manfaat untuk semua.



Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.
Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.
Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Penyakit Alzheimer ialah bentuk penyakit nyanyuk (dementia) paling umum yang dialami oleh manusia berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak, mereka yang menghidap penyakit Alzheimer mengalami kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka.

Secara beransur-ansur, pesakit Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.

Dikenali sebagai penyakit 'The Long Goodbye', penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih 10 hingga 20 tahun. Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.


Menjejaskan Daya Ingatan

Perkara yang sering dikhuatiri ialah kepatuhan pengambilan ubat kerana penyakit Alzheimer menjejaskan daya ingatan seseorang. Pesakit mungkin lupa mengambil ubat atau terlupa mereka telah mengambil dos.
Maklum balas daripada para penjaga pesakit menunjukkan bahawa sering kali, pesakit enggan mengambil ubat kerana berpendapat mereka tidak menghidap sebarang penyakit.
Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang.
Berkorban masa dan tenaga menjaga warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk bukanlah satu perkara mudah. Alzheimer adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia.



Risiko dan Simptom

Sebaik sahaja menusia mencecah 20 tahun, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.
Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas, penghidap diabetes, kurang melakukan senaman, paras kolesterol yang tinggi dan faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.
Simptom dementia yang paling awal adalah menjadi pelupa terutama mengenai perkara penting dan dilakukan setiap hari. Mereka perlu dibawa berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan bagi mengesahkannya.
Dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk.
Akibatnya, seseorang sukar mengingat sesuatu dan menjejaskan keupayaannya untuk berfikir dengan baik hingga boleh mengganggu aktiviti normal dan rutin seperti makan dan menguruskan kebersihan diri.
Selain kemerosotan pemikiran, pesakit turut mengalami perubahan dari segi personaliti dan tingkah laku serta perasaan mereka.
Antara simptom lain dementia ialah lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mapu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek.
Selain itu, pesakit Alzheimer sering tertekan, merepek, tidak sabar, sukar membezakan masa dan yang paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar, tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak malah terdapat juga penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.


Diagnosis Awal

Sekiranya pesakit mendapat rawatan pada peringkat awal, ia sekali gus mampu mengurangkan masalah penjagaan yang membebankan ahli keluarga.
Mengesan gejala Alzheimer pada peringkat awal merupakan satu kelebihan. Doktor boleh memberi panduan tentang tanda-tanda awal dementia. Jika pesakit benar-benar disahkan mengidap Alzheimer, keluarga pesakit mempunyai lebih masa untuk membuat rancangan pada masa depan. Rawatan boleh dilakukan awal dan ia lebih efektif.
Ketika diagnosis dijalankan, doktor memerlukan maklumat pesakit daripada keluarga dan kawan-kawan, ujian fizikal dan neurologikal serta ujian makmal. Selain itu, doktor akan melakukan ujian neuropsikologikal di samping melakukan imbasan imej menggunakan CT atau Magnetic Resonance Imaging (MRI). Katanya, imbasan PET merupakan langkah utama untuk mendapatkan maklumat.


Sejarah

Pada suatu pertemuan ilmiah, tepatnya di bulan Nopember 1906, seorang dokter berkebangsaan German, bernama “Alois Alzheimer” memberi presentasi temuannya yaitu tentang sebuah kasus yang diderita oleh seorang wanita berusia 51 tahun, bernama “Ny. Auguste D.,”.
Wanita ini dibawa oleh keluarganya pada awal 1901 untuk berobat pada Dr. Alois Alzheimer karena mengalami berbagai masalah kesehatan berupa lupa ingatan, berbagai kecurigaan terhadap suaminya tanpa alasan disertai kesulitan berbicara dan nyaris tak tahu apa yang baru dibicarakan. Tanda dan gejala tersebut terus memburuk dengan cepat, dan hanya dalam beberapa tahun saja, ia sudah tidak mampu lagi untuk beraktivitas (hanya mampu berbaring di tempat tidur). Ny. Auguste D. akhirnya meninggal dunia pada musim gugur di tahun 1906. Dr. Alzheimer, mengaku bahwa dirinya belum pernah menjumpai penyakit dengan tanda dan gejala seperti itu sebelumnya. Dan atas dasar keinginannya mengembangkan dunia kedokteran, maka melalui izin dari keluarga, beliau melakukan bedah mayat (Outopsi) atas jasad almarhumah Ny. Auguste D. Dari hasil outopsi otak Ny.Auguste ditemukan adanya penyusutan materi otak, terutama di bagian Cortex, yaitu lapisan terluar yang menyangkut kemampuan ingatan, berpikir, pengambilan keputusan dan kemampuan berbicara. Di bawah pemeriksaan mikroskopik, beliau juga menemukan penimbunan lemak yang menyebar disekitar kapiler pembuluh darah, juga di dalam sel dan sekitar sel otak, selain itu juga dijumpai sel sel otak yang akan mati dan yang sudah mengalami kematian. Dr.Alzheimer terus mempublikasikan penemuannya itu, dan pada tahun 1910, sampai akhirnya seorang ahli ilmu penyakit jiwa, “Emil Kraepelin” mencatat pekerjaan/penemuan Alzheimer itu dan menggolongkannya penyakit tersebut ke dalam salah satu golongan penyakit “Kerusakan Otak”, serta mengusulkannya dengan menggunakan nama “Penyakit Alzheimer”.












Gizi  & Makanan Sihat Yang Bagi Kesihatan Otak 

Berbagai gizi yang bersumber dari tumbuhan (Herbal), menjadi pilihan utama, terutama yang mengandung cukup vitamin dan asam amino.Makanan yang mengandung Vitamin seperti Asam Folat, B12 serta vitamin D setiap hari dapat memelihara dan meningkatkan kemampuan daya ingat (memori). Asam lemak essensial dalam bentuk “Omega 3”, serta berbagai biji bijian (termasuk ekstrak biji anggur) sangat perlu untuk dikonsumsi secara rutin sebagai tambahan pada makanan sehari-harinya. Gizi yang terdapat di dalam susu (Susu Kambing) juga banyak membantu. Perhatian khusus juga dilakukan terhadap buah buahan dan sayur mayur. Suatu alasan yang tepat dan bijak, kerana buah buahan mengandung cukup vitamin, antioksidan, serta zat hijau daun yang berasal dari sayuran, dianggap berguna untuk melakukan pencegahan dan melindungi otak dari berbagai resiko kerusakan. Berbagai tinjauan kepustakaan sangat besar manfaatnya bagi para awam, agar dapat membuat keputusan yang tepat, dalam hal memilih makanan kesihatan – supplemen yang bermanfaat dan efisien dalam pengeluaran dana.



Panduan Bagi Penjaga

* Selalulah bergurau senda dengan mereka kerana warga emas yang nyanyuk cenderung menyimpan kemahiran bersosial mereka.
* Sebagai orang yang lebih muda, wujudkan mood positif ketika berbual-bual dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka dengan bahasa yang lembut dan sopan sebagai tanda hormat.
* Ingatilah masa-masa indah yang pernah dilalui bersama mereka kerana kebanyakan pesakit nyanyuk tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam tempoh 45 minit.
* Ketika berbual-bual dengan mereka, wujudkan suasana tenang. Elakkan bunyi bising seperti telefon bimbit dan radio. Perkenalkan diri anda dan jelaskan hubungan anda dengannya sambil menyentuh tangan dan bahunya.
* Berbual-bual dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami. Kita perlu faham bahawa golongan ini mudah tersentuh. Jadi, anda tidak perlu meninggikan suara. Cukup sekadar bahasa yang jelas dengan nada rendah.
* Pesakit nyanyuk biasanya mudah lupa, jadi anda perlu bersabar setiap kali menunggu jawapan mereka.
* Wujudkan suasana yang bahagia dengan berbual sambil bercerita perkara lucu. Sekiranya mereka dalam mood sedih, cuba tukar persekitaran dan topik cerita.



Sedikit sebanyak maklumat ini mampu memberikan gambaran jelas kepada ku tentang penyakit ini, 
apabila faham dan jelas, mungkin sedikit sebanyak dpat membantu aku dan ahli keluarga ku yang lain memahami nenek kami yang mungkin sedang menhidapi penyakit ini..






Friday, August 3, 2012

Bersangka Baik

(entry ulangan ni.. rasa best nak letak sekali lagi)

Assalamualaikum,


mari kita renung renungkan,
dan..
sampai jumpa.

Tuesday, July 3, 2012

Alpha Lipid SD II


Assalamualaikum,

nak kongsi satu rahsia...!!

mula mula..

letak 2 scoop..

isi kan air...

goncang...

dan..

minum!!

Ini lah SD II kepunyaan saya!!

Alhamdulillah...
semalam Kakcik ada tanyakan pasal SD II ni..
kawan kawan pun ada juga tanyakan pasal SD II alplha lipid ni..

untuk makluman aku baru je ambil ni..
lebih kurang 2 nk masuk 3 minggu..
minggu pertama dah turun 3 kg..
alhamdulillah..
memang tak di duga pun, sebab sebelum ni nk turun 1kg pun berhempas pulas..
tapi kita kena lah disiplin bila makan ni,
ikut turutan yang betul..
jenis pemakanan yang betul
insyaAllah menjadi..

kat bawah ni adalah kelebihan2nya yang dikongsi oleh kawan ku yang bertanggungjawab memperkenalkan SD II ni ... terima kasih Nespilaila.. =)


ALPHA LIPID SDII 

Formula terbaru ini juga diperkayakan dgn kandungan green tea+fiber+high protein+ 9 jenis essential asid amino+11 vitamins+12 minerals.. 
 
Mempunyai kesemua yang anda perlukan untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dengan begitu efektif dan mengekalkan kelangsingan dalam jangkamasa panjang!

KELEBIHAN KANDUNGAN ALHALIPID SD2
============================

1) MEMPUNYAI TAMBAHAN EKSTRAK GREEN TEA
- Membantu meninggikan metabolisma 
- Meningkatkan penggunaan tenaga
- Merangsang badan membakar lemak
- Bahan Antioksida yang kuat
- Pemeliharaan Jantung
- Antibacterial & Antiviral

2) MEMPUNYAI TAMBAHAN SERAT
=========================
- Membantu sistem penghadaman (melawaskan)
- Memberi rasa kenyang lebih lama (elak gastritis) 

3) MEMPUNYAI FORMULA TINGGI PROTEIN
==============================
- Memperbaiki jisim otot 
- Meningkatkan metabolisma 

4) MEMPUNYAI ALPHA LIPID
====================
- Formula ALPHA LIPID untuk penyerapan nutrien2 dan vitamin yang lebih baik!

SEMUA INI BERFUNGSI UNTUK MENJADIKAN
*************************************
-Tiada kesan kelaparan terlampau
-Tiada ketagihan kepada makanan berkarbohidrat dan manis
- Kawalan gula darah lebih baik
- Merangsang tindakbalas insulin yang lebih berkesan
- Lebih bertenaga (Tiada keletihan ketika berdiet)
- Memelihara jisim otot dan ton kulit (Tidak mengendur)

Anda pasti teruja jika anda tahu! Cubalah sekarang,


Ok, pengalaman aku sendiri masa ambil ni..
rasanya susu ni macam aiskerim vanilla.. sedap... =)
badan pun rasa ringan je.. tak cepat letih pun..
selera makan pun dah takda membuak2 sangat.. sebab kita akan rasa kenyang..
tapi kita tak boleh tak makan. kena makan!
sebab kalau kita lapar.. metabolisma akan menurun, dan badan kita letih..dan tindakbalas dengan susu akan berkurangan.. 
jadi, makan! jangan tak makan!
tapi kena makan pun berpada pada...
kalau sesiapa yang ambil SD II ni, mereka akan dibekalkan jadual pemakanan yang bersesuaian..
cuma tak boleh makan karbohidrat yang berlebihan..
protein ok... =)

aku dah kurangkan nasi, 
mula2 seminggu tak makan nasi! 
makan lauk je..
memang tekad abis la!

tapi sekarang slow2 amik nasi.. tapi dalam kuantiti yang sikit..
nasi boleh makan, tapi sesenduk yg tak padat ok... =)

kurangkan gula juga!!
wahh.. itu penting tu!!
sangat penting ok....
gula itu pemangkin lemak!!
no.. no.. no.. no..

setakat ni..
memang ada perubahan la dari segi berat badan...
sebenarnya .... humm
perubahan dari segi lain pun ada juga...
=)

boleh cuba ya...

sekadar berkongsi kegembiraan bersama sama teman2 yang sudi..



yang penting usaha dan ..
tawakkal..
 




Wednesday, June 6, 2012

tonton: Live Streaming Video of Venus Transit

Info Tambahan...

boleh klik kat sini..

http://thelede.blogs.nytimes.com/2012/06/05/live-streaming-video-of-venus-transit/

http://venustransit.nasa.gov/webcasts/nasaedge/

boleh tengok kelibatnya seperti tahi lalat di Matahari

Fenomena yang takkan datang lagi untuk 105 tahun lagi.

apa pun hikmahnya hanya Allah yang tahu segalanya..

Subhanallah, Walhamdulillah.. Walaailaahaillallah..Wallahuakbar!

Thursday, August 11, 2011

Persoalan Feqah Puasa II


Assalamualaikum,

Mari sama sama kongsi lagi info yang ku dapat dari emel Jabatan tempat kerja ku..


































Wednesday, May 25, 2011

Gempar!!

Assalamualaikum

Selepas digemparkan baru baru ini tentang status halal yang diragui di secret resepi, hari ini aku dapat 1 emel dari sahabat tentang sejenis 'butter' yang telah disahkan tidak halal!



ianya ialah Golden Churn Butter keluaran newZealand!



sebenarnya aku juga mempunyai stok butter ni! ada 1 tin tak digunakan!
dah lama beli, tapi aku tak guna guna lagi.. mungkin disebabkan harganya memang agak mahal, makanya aku bertangguh tangguh untuk menggunakannya!!
mungkin inilah rahmatnya!!
balik nanti aku nak amik dan bagi sahaja kat Kak Chan kat pejabat ni! dia sahaja mangsanya..

berhati hatilah teman teman sekelian...
aku dapat emel ni  terus aku post??
cepat je nak post! tak check betul ke tak lagi, aku dah tengok surat tu, betulla tu kot..
walaupun tidak ada lagi secara rasmi di sebarkan dalam akhbar ke tv ke radio ke.. tapi aku rasa menda haram ni baik je aku bagitau cepat cepat maklumat ni kat kawan kawan...
kot baru je nak buka tin pakai ke.. ape ke..
ape pun,
tapi nanti aku nak semak lagi.. kot ada bukti lain akan ku sebarkan ok!

terima kasih.


Wednesday, May 4, 2011

Respon Tuan Guru Nik Aziz Tentang Kematian Osama Bin Laden

Assalamualaikum,

Sana sini pun dunia sedang memperkatakan tentang Osama.. banyak cerita yang entah benar entah tidak.. namun aku ingin berkongsi pandangan atau respon dari Tok Guru Nik Aziz tentang kematian Osama bin laden yang ku petik dari blog Tok Guru sendiri , boleh ke link TokGuru
pandangan yang ku kira sangat telus, mulus, tenang, matang dan berilmu..
tu pasal aku kongsi di sini...
untuk rujukan ku dan kawan kawan yang sudi membaca..



Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.


Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.




Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.


Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini.


Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.


Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.


Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?


Sekian, wassalam.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Saturday, April 9, 2011

Bahaya! Telur palsu sedang berleluasa!

Negara China memang terkenal dengan barang copy paste, dari sekecil kecil barang hingga la kenderaan diorang ni nak buat yang tiruan!
dan terbaru ialah telur! telur tu pun boleh buat tiruan? tak tercapai dek akal aku untuk melihat telur tiruan yang seakan serupa!

baca emel 1 dan 2 kiriman dari sahabat di bawah;



1. Subject: Telur ayam tiruan (kini di Pulau Pinang)



Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.


Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.


Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.


Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.


"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


- Bernama

mari lihat bagaimana mengenali antara telur palsu dan tiruan..


tak percaya kan? nah... tengok cara pembuatannya!


2. Subject: Fake Eggs from China 




The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used.

Hardy shells are formed by pouring paraffin wax and a liquid onto the egg, which are then left to dry


tabik betul la korang kat China tu, telur pun boleh buat yang tiruan!

semalam jugak aku dah check sepapan telur yang telah dibeli tu,
Alhamdulillah...telur asli hendaknya...
rasanya korang masih lagi boleh cam tau untuk telur mentah ni..
bila korang pecahkan telur tu, kan ke ada macam tali putih halus yang bersambung dengan telur kuning tu kan..
dan kadang kala boleh jumpa tompok2 kecil darah, yang biasanya kita akan buang tu..
haa.. insyaAllah masih boleh di cam yang mana asli dan yang mana tiruan..

hati hati lah..
sekarang bukan telur je tiruan..
orang pun dah ramai tiruan..
dan hati hatilah juga..
dengan hati manusia yang tiruan..

Wednesday, April 6, 2011

Mengepalai

Assalamualaikum...
agak lama aku tak melepak di blog sendiri.. apatah lagi di belog rakan rakan...
maaf dipinta..
semoga semuanya diberi kesejahteraan dan perlindungan dari Allah..
Syukur masih diberi peluang melihat dunia, diberi peluang bernafas di bumi bertuah ini..
Syukur kamu masih sudi membaca tulisan aku ini... :)

Kalau ada yang perasan, aku pun baru je tukar 'header' kat atas tu..
ni ha.. macam kat bawah ni...



Sebelum aku memilih header ini, aku telah meminta pemandangan seorang teman tentang pendapatnya! yang penting katanya apa maksud atau fokus yang diinginkan.. pastikan ianya punyai maksud tersendiri.. tengkiu sir... :)

yang tersurat di situ pasti ada yang tersirat...
Gambar besar, pemandangan hutan, bukit bukan berperingkat peringkat.. yang mempunyai sinar matahari dibelakang  jika matlamatnya ialah untuk mencapai kepuncak bukit sana, kita kena harungi hutan belantara, bukit demi bukit dahulu barulah  dapat merasai kepuasan sebenar kejayaan berada di puncak yang tertinggi!
seperti juga kehidupan kita yang mempunyai matlamat tersendiri..

Hutan menggambarkan rintangan , onak ranjau berduri dan berliku - jarak yang dekat merupakan titik untuk bermula
Bukit menggambarkan matlamat dan cita cita yang mahu dituju - jarak yang jauh, tidak mudah untuk dituju, terarah ke matlamat sebenar
Sinar matahari menggambarkan harapan yang sentiasa ada
Awan putih berkepulan menggambarkan persekitaran kita yang selalu punyai persaingan, pendapat yg berbeza 
Awan biru pula tiada penghujungnya.. ingatlah bila kita berada di tempat tinggi.. jangan dilupai tetap ada yang Lebih Tinggi dari kita...

Frame besar  yang membingkaikannya pula menunjukkan betapa segala keindahan yang kita lihat itu adalah anugerah dari Sang Pencipta..  kita hanya mampu merancang.. selebihnya tawakkal dan doa kerana Allah jualah yang menentukan...
----------------------------------------------------------------------

Gambar kecil wajah manusia yang nampak ketara lubang hidungnya itu... errr mungkin adalah pemilik belog ini ;p
gambar bunga mewakili dirinya yang merupakan seorang wanita sejati.. :)
Gambar jalan.. ialah kehidupannya yang perlu diteruskan tak tahu apa bakal di hadapi, namun perlu hadapi dengan redha..
Gambar wanita dan lelaki berpegangan tangan.. mereka berdua adalah pasangan hidup yang sah! :D
Gambar serangga/ pepatung yang difokus..begitu cantik, antara kegemaran pemilik belog.. fotografi..
Gambar kek itu juga antara yang digemarinya.. memang suka bercomotan bersama tepung..
Gambar bangunan sebalik matahari itu ialah rumah ku syurgaku..Alhamdulillah.. punyai rumah sendiri untuk berteduh..
Gambar tangan orang dewasa dan bayi, itu menunjukkan betapa gelojak keinginan si pemilik belog memiliki cahaya mata.. usaha dan terus usaha..rezeki Allah jua yang tentukan..
Gambar 'this make me happy' ialah ahli keluarga tersayang yang sentiasa ada beriringan di hati..
Gambar hati... emosi yang sentiasa perlu ada...


dah agak lama aku menggunakan 'header' lama... sejak 2008! :)
nak tukar nak tukar rasa cam sayang je...
tapi sesekali kena tukar jugak kan...
wajah baru.. nafas baru...
hmmm wangi....
:)

Friday, February 25, 2011

Inilah Pucuk 'tereh'


Ada sesiapa yang kenal dengan daun ini?

orang pantai timur panggil pucuk 'tereh' nama rasmi dari daun Pucuk Ketereh! atau Pucuk Gajus, tapi baru baru ni je aku dengar ada sesetengah orang panggil pucuk janggus?
Jambu golok pun namanya juga.. :)
nama saintifiknya pula ialah Anacardium occidentale

Pucuk ketereh ni diklasifikasikan sebagai ulam ulaman
dipercayai dengan memakannya secara berterusan akan melambatkan proses penuaan dan membantu wanita mempunyai wajah yang awet muda!
disamping itu, daun pucuk ketereh ini juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis
haa.. bukan sebarangan ulam nih...

rasanya pula?
sedap tau ....
yang istimewaya pada baunya dan aromanya yang unik..
bila makan bersama sama ngan nasi.. terasa sedap semacam.. tambah dapat cicah budu atau sambal belacan
perrghh terangkat...
:p

aku mula dulu tak kisah sangat tentang ulam ni,
tapi abbi yang dah terpikat ngan ulam ni, nak cari kat kl memang berputar alam lah jugak kan..
susah nak carinya!
dah pernah berkali kali salah beli daun, ingatkan daun pucuk ketereh, tapi daun lain rupanya, sebab tak ingat rupanya punya pasal laa..
dah berapa kali pun kena marah ngan abbi.. huuu sabo je la..

So dapatkah pucuk ketereh ini segera
untuk cepat nampak awet muda! ;p
tapi aku bukan pembekalnya..
cuma sekarang aku dah ada pembekal tersendiri..
kat umah dia ada pokok ni beb..
tapi tunggu dia balik kampung dulula...

=)

selamat berulam ulaman..
aku percaya kebanyakkan ulam yang lain2 pun banyak khasiat yang tersendiri..
pendek kata, makan je apa jenis ulam..
insyaAllah kesihatan terjamin..


Kak ayu, Kak lynn dan cik Rima sila emelkan alamat anda semua untuk kiriman ANIQAH.. tk..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker