Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label RUMAH. Show all posts
Showing posts with label RUMAH. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Sahabat baru kat dapur.. =) Pemanggang Ajaib dan Smart Spin!

Assalamualaikum,

mari nak kenalkan dengan kawan baru saya kat dapur.. =)

Ini dia..

Pemanggang Ajaib! yang kini milik saya!! =D





Alhamdulillah.. akhirnya berjaya dapatkan satu...

Lepas ni boleh lah bereksperimen dengan Pemanggang yang dipercayai best nih! hmmmm...
nanti kita kongsi resepi.. =)




~ Kalau ada yang berminat... boleh juga dapat kan pemanggang ajaib ini dari saya!
mungkin anda semua memerlukan sahabat seperti ini di dapur anda.. ;p
Harganya RM 129... tapi aku boleh kasi diskaun lagi kalau kawan kawan nak! hehhe.. 
sila sila...ya! (^__^)/'

**************************************************************************

Ya... ada satu lagi....
ni pun satu lagi sahabat baru saya di dapur...

Smart Spin!!



Datang dalam 3 saiz... Besar, sederhana dan kecil... semuanya 49 keping! termasuk penutupnya dan spinnernya tu.. =)

aku beli dengan groupon ni... masa tu tengah ada diskaun.. cuma RM 35 je.. (..kalau beli 3, so kami pakat2 dengan kawan2.. kalau beli 1 mahal sikit la.. )
Aku sangat sangat seronok bila barang ni dah sampai..!
sangat sangat menjimatkan ruang
teratur..
mudah untuk dibuka
boleh pusing pusing.. hehe ;p
boleh digunakan untuk mikrowave dan juga sejuk beku.

im happy.. =)

setiap dapur perlu ada nih!

ok itu sahaja yang mampu dikongsi untuk hari ini...




Selamat hari Jumaat...
Hari paling gembira kan? ;D
Selamat bercuti panjang..
dan selamat beriadah dan menggunakan masa sebaik mungkin untuk keluarga tersayang...

love ya





Thursday, July 12, 2012

Sizzling Yee Mee lagi

Assalamualaikum,

Seperti tidak jemu, setiap kali tetamu datang menu yang wajib ada ialah Sizzling Yee mee!

agaknya dah jadi trademark dah kot... kalau datang umah mesti nak buat ni..
sebenarnya baru baru ni je pun.. ye la... semenjak dah beli hot plate hari tu.. jadi bermula dari beli tu la asyik dok buat ni je..
lagipun senang je nak buat! heheheh =p
Abbi la.. dia kalau boleh kat rumah tu sentiasa ada stok untuk buat sizzling yee mee ni, kalau orang datang senang katanya.. buat je nih.. pasti orang suka katanya!
errrr... ye ke ni b.. ke u yang suka!? heheh

tapi, betul.. ianya menu yang lain dari yang lain..
dan memang mampu membuat keterujaan kepada sesiapa sahaja tetamu yang datang.. Alhamdulillah..
asalkan mereka suka.. aku amat bersyukur...


~ cantik kan telur kuning tu? telur omega tu kaler oren semacam je.. =)  ~



~ Keluarga poksu yang datang bertandang minggu lepas... terima kasih sebab sudi datang.. kebetulan maksu ada kursus.. so paksu ambil kesempatan datang ke KL untuk ambil maksu bersama anak2nya... meriahlah Sabtu Ahad kami dengan riuh rendah bebudak tu...
2 hari berturut2 mandi kolam.. di kecil Bahiyyah tak mahu naik la kalau dah masuk dalam air.. walaupun dah ketar gigil pun nak berendam jugak! ~

stok sizzling dah habis.. nak kena topup ni.. tapi dah nak dekat puasa kan... =)

kalau ada sesiapa yang nak makan sizzling mee mai la datang umah.. insyaAllah kalau ada rezeki tak kemana.. =)

oh ya.. nak resepi Sizzling mee?? Klik SINI atau SINUN

Selamat mancuba! =D

ok, sampai jumpa!

Tuesday, June 8, 2010

Gambar: Tersepit, Terselit, Terkepit

Alkisahnya..
Dia telah tersepit, terselit dan terkepit di dalam lif dengan barang2nya yang penuh!
tiada ruang untu bergerak..
tiada ruang untuk berdansa..
mulut juga tak mampu berkata-kata..
hanya mata yg masih mampu berkedip-kedip..
hehehe..
:D

IringJeling: sempat lagi snap gambar masa angkat barang pindah hari tu.. lif dah bunyi 'tit tit tit'...

Monday, May 31, 2010

Keletihan di Malam Pertama...

memang di akui sungguh memenatkan!
akhirnya segalanya berakhir juga..

ohh...
Aku berpindah rumah baru la,
jadi, hujung minggu yang lalu aku dan si dia berhempas pulas, pulun angkat barang ! letih beb.. kami berdua sahaja, tambah seorang lagi kawan. bertiga. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, setelah sebulan lebih, 'packing' barang, kemas-kemas, siap-siap..akhirnya kami berjaya memindahkan barangan dari rumah lama ke rumah baru sepenuhnya! Alhamdulillah.. (sampah pun terbawa sekali! aduiiyai..)

Hujung minggu lalu ialah pertama kali kami tidur di rumah baru!

Malam pertama kami di rumah baru, nyata amat memenatkan! jadi.. malam itu, tidur dalam keadaan rumah yang masih tunggang langgang! namun kepenatan mengangkat barangan rumah melebihi segalanya! aku dah tak mahu peduli, habis semuanya, letak je badan, terus tido... 
kroh.. siuuuu...kroh.. siu... ntah dengkuran siapa la..! :)

IringJeling: malam pertama itu... Alhamdulillah..

 
* gambar di ambil dari hasil gugelan

Monday, April 26, 2010

Entry Khas, Bravo Untuk SiDia

rentetan dari entry sebelumnya ini..
So kami hubungilah En Rafi, untuk tujuan pemasangan dan lain2..
tapi katanya hari Ahad tak boleh buat..
jadi alang2 kami ke rumah sekali lagi hari Ahad tu,
SiDia nekad nak cuba sekali lagi! kali ni kena cari mata drill lain, so kami melurulah ke kedai hardware! sesambil tu dok usha menda lain jugak! uii.. banyak menda nak buat oo...

~ dan dia beli yang Jenama Bosch punya! kaw punya! kalau tak jalan jugak! tak tahu la.... uhhh....~

~ tengoklah peralatan SiDia.. ini sebahagian baru.. masih banyak yang merata-rata..~

sebelum buat, sembahyang dulu, doa2 ngan tuhan, moga diberkati.. moga dipermudah..
pastu, aku tengok dia asyik dok buat kerja lain..
saje tanya dia taknak cuba buat sekali lagi ke?
buat lah...cuba guna mata drill baru tu..

"malas!!" katanya..

tapi sejurus lepas setengah jam, tetiba nampak dia pegang drill n isi mata tu...
ok cubalah! dia cuba buat untuk lampu dapur je dulu, test je.. yang lain? serah pada yang pakar..

dan Alhamdulillah.. Boleh tebuk! hehehe.. berkat..
katanya, rupanya semalam dia dah tersilap cara penggunaan drill!

so sekarang tiba time nak pasang lampunya pula!
uhh.. naik krem, kepala aku dok dongak dia 'ngadunkan' lampu tu!
dia apatah lagi.. lenguh tangan segala..
pertama kali pasang lampu!
amatur..

dan tibalah masa untuk menekan suisnya!
tengok samada nyala ke tak!!?
jeng..jeng jeng.. suspen je! kami saling berpandangan je,

dan....

tarraa!!!!

~ MENYALA LAAA!!!~
wah.. terus aku menerkam dia! uhh.. perasaan gembira semacam je! dari semalam dok usaha nak pasang... heheh.. ya.. walaupun hanya lampu itu sahaja, tapi untuk yang tak penah pun pasang lampu, kiranya satu kebanggaan juga! aku bangga dengan kamu!
~ saje aku surun dia berposing di situ!~

~ b kata.. nak kena cabut ni nanti.. nak pasang itu.. nak pasang macam itu dan ini.. hmm...~

Semalam , kami juga panggil kontraktor untuk plan2 proses seterusnya untuk rumahtu.. nak bujet juga berapa nak disediakan..
nak pasang drill..
nak pasang cabinet..
memang banyak nak pakai duit nih!
oh.. kalau duit takda?
tutup cerita lah..
hahaha..

IringJeling: kata b, pasang 1 lampu pun dah berjam-jam?!

Peluh bercucuran, Semua basah melekit, tetap digagahi juga..

Sabtu dah Ahad lalu.. memang sangat2 memenatkan..
Apa taknya hari itu sahaja lah yang kami ada untuk luangkan masa untuk rumah yang satu lagi tu!

Sabtu tu selesai beli lampu dan kipas! rasanya amat berbaloi-baloi kot.. sebab setelah 'survey'2 banyak tempat, kat kedai tu paling berpatutan dan murah sikit dari kedai lain! itupun sebab di sarankan oleh Makcumah dan Paksuman ku.. tengkiu very2 much to them, sebab byk membantu, kalau tak kami dok terkapai-kapai lagi.. pening2 lalat ...
kau pandang aku.. aku pandang kau.. hehehe..

Alkisahnya kami memang lah dah carik orang untuk pasangkan lampu dan kipas tu,
tapi atas semangat En Suami, dia nak pasang sendiri itu lampu lah!
nak cuba buat sendiri katanya! rasa2nya dia mampu buat!
khas untuk rumah sendiri nih!
so drill dah ada!
tangga dah ada!
barang dah ada!
Bermula lah sesi drill mendrill...

uhhh... sengsara jiwa raga plak tengok dia drill konkrit tu!
tak mahu berlobang lah pula!
puas aku di bawah ni ( tolong pegang wayar ) tgok si suami kat atas tu mendrill tak mahu jadi! puas dilakukan.. itu dah ini!
penyudahnya? mata drill tu.... bengkok!!
hahh?? biar betul! itu memang betul mata drill untuk konkrit la...
aduussss....
tukar mata lain pula! pun, tak mahu juga...

Akhirnya.. b surender...
dia kata sendiri dia surender lah...
ok, esok panggil orang untuk pasangkan!

Kesian aku tengok kesayanganku itu berpeluh-peluh..
termenung sendiri apa yang tak kena
Drill ke yang tak kena?
Mata tak cukup kuat ke..
ntah la..
Aku pula sarankan, tak mengapalah kita suruh mereka yang pakar yang buat ni semua, kita kena fikirkan faktor2 lain juga, faktor2 keselamatan, ketahanan,
dia pun menggangguk setuju...
Jauh dilubuk hati aku percaya yang dia mampu sebenarnya!

IringJeling : baru aku perasan, tajuk entry tu macam boleh menimbulkan kontroversi je! isk!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker