Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

SMILE

Assalamualaikum...

Lets smile..
Mari senyum...
Dan sebarkan kegembiraan untuk semua...
Senyumlah dari hati...
Dunia mu berseri. ..


Friday, August 16, 2013

Perkongsian Jumaat : Prof Muhaya

Assalamualaikum,

nak berkongsi dengan rakan rakan semua apa yang sempat ku dengar pagi tadi dari Prof Muhaya..

Apa yang sempat aku tangkap..
katanya kita perlu amalkan doa ini hari hari kalau boleh.. sentiasa berdoa..

" Ya Allah ya Tuhanku.. kurniakan ku keberkatan waktu dan ketenangan jiwa"

supaya katanya masa kita itu tidak berlalu dengan sia sia..dan kita tidak berada dalam kerugian tapi mendapat keberkatan Allah.. bila berkat.. jiwa kita pun tenang..
sentiasa berniat untuk buat sesuatu pekerjaan ini kerana Allah. melangkahkan kaki sahaja.. terus berniat kerana Allah..
" Ya Allah ya Tuhanku.. kurniakan ku keberkatan waktu dan ketenangan jiwa"


~ kita ini merupakan tempat lalu rezeki..Allah jadikan kita ini laluan untuk sampaikan rezeki kepada orang lain.. 

~orang yang tenang adalah orang yang mengingati Allah.. orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa mengingati Allah..

~3 perkara yang perlu buat ; Aqidah mesti kuat
Solat perlu cukup
dan akhlak juga mesti bagus..

~katanya.. antara tanda tanda ramadhan kita di terima Allah ialah..
- Akhlak baik dari Ramadhan kita bawa sehinggalah ke syawal..dan seterusnya..
- hati lebih tenang
- senang mengawal nafsu
- Hati sentiasa mengingati Allah..
(ada lagi lain lain.. tapi tak sempat ku take note...)

~ jangan kita menjadi 'Ramadhans Muslims' sahaja...

semoga aku dan teman teman semua mendapat manfaat dari semua ini..
peringatan untuk diri sendiri dan juga teman teman semua..

Wallahua'lam..

Wassalam..


Tuesday, July 23, 2013

Demam

Assalamualaikum,

Hari ni dah berkurangan sikit.. Alhamdulillah sangat..
berbanding semalam..
panas badan yang terlampau.. badan menggigil..
ya Allah begitu berat dugaan semalam..
demam melanda ketika berada di pejabat..
nak balik awal .. tapi bos tiba2 beri tugasan yang perlu diselesaikan sebelum jam 12..
dalam masa yang sama perlu membuat ujian untuk upgrading..
mujur ada teman2 di luar yang boleh membantu.. aku minta tolong kak Aya dan Er.. mujur mereka sudi menolong ku.. kalau tak ada mereka memang aku tak mampu buat kerja tu sebelum jam 12thgari..
alhamdulillah..
Masa nak balik.. memang gagahkan diri juga membawa kereta.. walaupun mata dah terkebil2.. tangan menggigil.. aku teruskan berzikir dan berselawat..
Mulanya niat di hati mahu terus ke klinik.. tapi dek kerana ketidaklaratan.. aku terus balik rumah je..
dalam fikiran nampak rumah je.. nak rehat.. nak rehat...
suami kata... "u tak tahu betapa teruknya demam u semalam..."
mula2 dia membebel juga.. sebab dia dah nasihatkan aku minum air masak yg banyak dah rasa macam nk demam tu.. dalam membebel2 tu dia lah yang menguatkan semangat untuk aku sembuh! kena paksa minum air masak yg banyak.. ntah berapa kali aku berulang ke tandas semalam..
nasib ada adik juga yang bantu letakkan tuala sejuk di badanku.. dia juga yang uruskan berbuka puasa semalam... terima kasih pada semua kesayangan hamba... =)

Ujian di bulan Ramadhan... sesekali merasai kesakitan.. mengisafkan diri..
terima kasih Allah..

Wednesday, April 24, 2013

Saya pun nak telefon pintar!!

Assalamualaikum,

survey punya survey tak beli beli lagi telefon pintar yang diidam..
humm..
lagi pun fikir fikir bukannya begitu terdesak nak gunakan telefon jenis pintar ni..
sebab sedia ada pun dah pandai..cuma tak pintar je.. huhu..
telefon pintar yang selalu jadi mangsa ialah hp encik suami dan adik aku la..
selagi diorang tak bosan boleh la aku dok guna..

hari tu dah pegi tengok .. ada hp samsung Grand.. baru di pasaran..
sama besar dengan note 1 dulu.. boleh guna 2 sim.. humm menarik.. bodek bodek tokey tu.. last last tak beli.. sib baik dia pun tak kisah.. hehe.. ntah .. rasa cam berat je hati nak beli..
sayang ke duit pun ya! haha
idaman hati??
huhu.. memang dari dulu dok mengidam kat Note2 tu..
tapi mahai beno la pulak.. rasa cam tak berbaloi sangat pulak..
bek beli kameraaaa...
ntah...

kawan kawan mesti semua dah pekena telefon pintar kan??
apa yang korang semua pakai..
agak agaknya... ok tak kalau ku beli samsung Grand tu?
ada yang tahu tentang fhone ni tak?

tengkiu.. tengkiu...

=)

Thursday, November 22, 2012

Ketentuan Allah..

 Assalamualaikum,

Pagi pagi lepas subuh dapat sms dari adinda ku dari kampung yang berbunyi..
"... Sabar ye kela. Jgn sedih2 eh. Smua Allah punya kerja, Allah nak uji la tu, kela kena sabar dan kuat. kita doa je lg. yakin dengan Allah,kte jgn putus asa! ada la tu yang terbaik dari Allah nanti. Alang sentiasa doa utk kela semoga dimurhkan rezeki. InsyaAllah...
Ceria slalu!"

bila je ku baca air mata terus berderai..
tak sangka nasihat dari seorang adik ini mampu menyentuh hati seorang kakak..
humm.. ternyata adik2 ku semuanya dah besar besar..
dah pandai..
bijak berkata kata..
InsyaAllah.. kata katanya ini memang akan membuatkan aku kuat dan tabah..

Terima kasih duhai adik..



Rezeki Allah luas seluas luasnya...
tarik nafas.. hayati.. dan hargai setiap udara yang disedut..

Syukuri setiap pemberian dari Allah..
sesungguhnya sesuatu yang terjadi pasti punyai hikmahnya tersendiri..

Ayuh! bangkit!
Doa. Usaha. Tawakkal.

Friday, November 2, 2012

Sedihnya...

Sedihnya hati ni....
mengadu pada yang Satu sahaja..
menangis nangis teresak esak bagaikan budak kecil kehilangan ibu..
(perasaan yang sama semasa aku kecil dulu.. 
yang masih teringat sampai sekarang...
masa tu.. aku baru balik dari tadika, masa tu aku kena denda, jadi aku kena hukum, balik lewat...
bila je cikgu lepas kan balik.. dalam fikiran aku cuma satu!
iaitu mama!
tak sabarnya aku nak balik rumah jumpa mama..
nak tengok muka mama.. nak ngadu kat mama.. nak makan nasi suapan mama!
terbayang bayang wajah mama di mindaku..
sesampai sahaja di rumah.. aku tengok rumah berkunci,
puas aku memanggil nama mama...
Mama! mama...!
tapi tak kedengaran sahutan mama..
maka air mata terus mengalir dengan lajunya...
masa kecil2 dulu, kami duduk di quaters pegawai .. flat... tingkat 4.. di koridor tu ada tiang besi...
panjang2 macam besi dalam penjara tu..
maka meratap meraung la aku di situ.. sambil memegang besi dan menekapkan muka pada besi itu..
memanggil mama..
aku duduk di sebelah basikal merah yang papa baru beli.. teresak esak di situ..)

yaa... begitu lah perasaan ku...

Susah nak puaskan hati semua orang...

semoga Allah bukakan pintu hatiku..
terangi jiwaku..
tunjukkan aku jalan yang benar..

dan begitu jualah pada mereka...
semoga kita sama sama mendapat hidayah dari Allah..

kita hidup semuanya tak lama..
dunia ini hanya sementara..
sampai masa kita semua kan pergi juga...

tapi,
aku tak mahu pergi dengan perasaan kamu membenci aku..

maafkan atas segala keterlanjuran ku..
samada sengaja atau tidak sengaja..

aku hamba ALlah yang lemah..
yang masih perbaiki diri. 
Semoga Allah tunjukkan jalan keluar atas segala kekusutan ini..

maafkan aku..




Bila hati berbicara..

Assalamualaikum,

Hati manusia ni sama... semua berperasaan..
kalau tak berperasaan tu bukan manusia namanya
ada yang cepat benar tersentuh hatinya...
ada yang keras hatinya .. lambat nak terasa hatinya..

sepanjang penghidupan aku di dunia ini..
tahap kemasinan garam yang telah dirasai sedikit sebanyak mengajar aku betul lurus kehidupan..
aku belajar bahawa
salah! jika kamu beranggap semua orang akan bahagia jika kau bahagia..
salah! jika kamu beranggapan setiap senyuman yang dilemparkan itu akan mendapat balasan yang sama
salah! jika kau beri gula gula orang akan ingat kemanisannya sampai mati
salah! jika kau anggap semua angguk itu tanda setuju..

namun...
betul! tak semua orang itu berhati hasad
betul! kebaikan akan menang.. dan kejahatan akan kalah juga akhirnya..
betul! kebahagiaan akan datang selepas kesusahan

Betul! percayalah ..

jika kita buat salah.. sudah tentu akan dipandang salah dan orang akan cepat menghukum!
jika kita buat betul.. pun masih ada orang yang mahu memandangnya sebagai kesalahan..
jadi.. buatlah yang betul yang disukai Allah..! kerana,
hanya Allah sahaja Penilai yang sebenar benarnya atas segala sesuatu!

aku tak perlu terlalu memikirkan mahu membuat segalanya seperti yang kamu mahu..
kerana sudah jelas setiap jenis kebaikan yang ku buat tetap tidak akan pernah cukup.. jika kau tetap tidak mahu menerimanya..




untuk semua pemenang teka teki, hadiah akan mula dipos hari Isnin ini ya, maaf sebab kekangan kerja, tidak mampu untuk meguruskannya segera..
tapi ada yang belum kasi alamat nihh..
sila kasi alamat sebelum hadiah anda bertukar tangan... ;)



Friday, October 12, 2012

Jumaat yang disukai.. Mari Berdoa dulu!





 Assalamualaikum..

Mari Berdoa dulu..

Alhamdulillah.. Rezeki Allah mencurah curah pada hari barakah ini..

Dapat menghidu udara nyaman di pagi hari.. itu rezeki
Dapat mengejutkan suami bersolat subuh... itu rezeki..
Dapat menyediakan sarapan untuk suami.. itu rezeki..
Dapat mencium tangannya sebelum pergi kerja.. itu rezeki..
Dapat melihat senyuman terukir di bibirnya.. itu rezeki..
Dapat melihat keindahan alam yang penuh warna warni.. itu rezeki..
Dapat kemudahan dan kekuatan memandu kereta.. itu rezeki

Dapat berjalan dan kudrat untuk bekerja.. itu rezeki
Dapat menyapa mesra dengan rakan rakan.. itu rezeki..
Dapat bersarapan mengalas perut.. itu rezeki..
dan
Dapat menyampaikan dan berkongsi sesuatu kebaikan dengan rakan rakan.. itu juga rezeki!

MasyaAllah.. begitu banyak dan tiada putusnya rezeki Allah kurniakan kepada kita.. :')
mari kita bersyukur sesyukurnya atas segala nikmat yang telah, sedang.. dan akan Allah berikan kepada kita..

Alhamdulillah..



Syukur hanya padaMu
Ya Allah..

Wednesday, October 3, 2012

Welcome Muhammad Aliff Rayyan bin Mohd Zawahir

Assalamualaikum,

Rentetan dari entri semalam..
Alhamdulillah, sempat melawat Atie semalam, dan tiada ucapan lain selain memanjat kesyukuran atas keselamatan kedua dua ibu dan anak ini...

2hb Oktober 2012, lahirlah seorang lagi khalifah di muka bumi Allah ini..
Muhammad Aliff Rayyan Bin Mohd Zahawir!  =)


Masa mula mula datang Aliff tiada.. dia baru di bawa nurse untuk diberi susu,
Alhamdulillah, untuk seberapa ketika nurse datang bawa Aliff dalam bilik..
dan tiada kata yang dapat menggambarkan perasaanku sewaktu melihat wajahnya.. 
sejuk hati melihat wajah suci anak kecil ini..
saat menyentuh kulitnya yang gebu itu hati terus terusan memuji Allah..
Subhanallah atas ciptaanMu ini..

  Muhammd Aliff  Rayyan, 
lahir cara Caesarean,  berat 2.5 kg.. kondisinya normal.. sihat.. Alhamdulillah
macam muka atie je.. tapi kata neneknya.. mulutnya ikut macam ayahnya..
humm.. ke mana tumpahnya kuah.. ye tak.. =)

   Aliff memang nyenyak tidur sepanjang kami berada di sana..
sesekali riak wajahnya bergerak dan berkerut mendengar suara suara kami.. 


InsyaAllah ingin sekali aku melihat Aliff lagi..

Tahniah diucapkan kepada Wae dan Atie atas kelahiran cahaya mata pertama ini.
Alhamdulillah atas rezeki Allah yang sangat hebat ini.
nikmat dari Allah yang tidak semua orang dapat rasainya..
Kami suami isteri mendoakan semoga Allah memberkati Wae dan Atie di atas kelahiran baru ini.
semoga Aliff membesar menjadi anak yang soleh, penyejuk mata ibu dan ayahnya
dan bakal menjadi khalifah Allah yang unggul di dunia dan akhirat.

Yakini bahawa Allah sangat menyayangi setiap khalifah Allah yang lahir, sehingga terakamlah ayat
“..Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya..” (AlMaidah :32)



Tumpang gembira atas kegembiraan orang lain..
merupakan rezeki dan nikmat dari Allah jua..
ku bersyukur
dan percaya..
Allah Maha Mengetahui segala rahsia setiap kehidupan..





Thursday, August 9, 2012

Mari Berdoa..






Assalamualaikum,

buat teman teman yang kusayangi..


Yang baik adalah daripada Allah..

dan yang buruk itu adalah kekhilafan ku sendiri..



hari ni aku pakai jubah hitam, baru beli harganya agak berpatutan hanya RM49.90,
memang dah lama teringin nak pakai Jubah, tapi semua jubah kan macam mahal2 je..
nasib baik Allah temukan dengan kedai dekat je dengan rumahku..
Alhamdulillah.. berhasil berjumpa dengan Jubah yang tak mahal sangat..
(mungkin sebab suami juga telah bersuara mahu aku memakai jubah, maka dengan mudahnya dapat jumpa jubah ini)
dan rasanya?
MasyaAllah sangat selesa rasanya..
rasa tertutup, rasa terlindung rasa selamat.
Moga niat sebenar memakai Jubah tidak tersasar atas kekhilafan diri sendiri..
 


Friday, August 3, 2012

Bersangka Baik

(entry ulangan ni.. rasa best nak letak sekali lagi)

Assalamualaikum,


mari kita renung renungkan,
dan..
sampai jumpa.

Tuesday, July 24, 2012

Astagfirullahala'zim...

Assalamualaikum,

Istighfar panjang aku tadi...
pagi pagi naik darah sampai ke kepala.. hingga buatkan aku meninggikan suara!
astaghfirullahala'zim...
aku tenang2kan diri sendiri...

(aku dah taip panjang2 ni ... tapi delete balik.. sebab tadi menulis mengikut emosi.. tak perlu la di tunjukkan kat sini.. astagfirullah..)

Apa yang aku boleh katakan...
dalam persahabatan ni .. perlulah ada kepercayaan..
tak guna bersahabat jika tiada lagi kepercayaan..
kamu menyatakan yang kamu ikhlas berkawan dan ingin semuanya bersih dan terang..
tidak mahu selindung2 dan perlu berterus terang!
ya aku setuju!
ada sesuatu yang kamu sangsi terhadapku, lantas kamu bertanya untuk kepastian,
dan aku menjawab,
namun jawapan jujurku tidak memuaskan hati mu?
apa kamu mahu aku mengaku pada sesuatu yang tidak aku lakukan?
ya...samada percaya atau tidak.. itu hak kamu..
jika jauh di dasar hati mu tidak percaya..
apa boleh aku lakukan?
walau aku berteriak pertahankan kejujuranku,
namun tetap tidak ada gunanya jika kamu sukar untuk terima..

ouhh...
terasa sungguh..
kecil pula jadi hati ini...
kamu kamu adalah sahabatku..
dalam diam berpakat menyangsi terhadapku?

Isshh ishhh ishh
terasa kesian pada diri sendiri...

sebab aku sayang sanagt pada kamu kamu...

sedih pula...

hubungan ini nampaknya telah tercalar...
sayangnya.....

Dugaan dan cabaran untuk aku di Bulan Suci Allah ini...
aishh.. tak sangka pula!
hummm...

sabar... sabar... sabar..

oh! Jom la kita pergi solat Dhuha dulu!
Subhanallah....
walhamdulillah..
walaa ilaa ha illallah..
Wallahu Akbar..

Friday, May 4, 2012

Allah dan Rasullullah yang tidak pernah jauh..

Assalamualaikum...

salam Jumaat salam penghulu segala hari..
semoga hari kita.. diberkati oleh Allah..

Kita manusia tidak pernah akan sempurna kan..
sebab itu Allah jadikan orang sekeliling kita..
berikan kita teman.. untuk kita saling melengkapi..

Aku ni pun sering mengikut perasaan
dan pabila emosi mula merajai diri
darah turun naik.. muka jadi merah!
syaitan makin menyimbah nyimbah apinya...
kalau mengikut, buruk padahnya ni!
cepat cepat beredar..
ambil wuduk.. istighfar banyak2..
ketenangan mula terasa..
Allah sentiasa ada.. sentiasa ada.. dan mengingatNya hati akan tenang..

kadangkala rasa selemah lemahnya..
tak mampu lagi nak menanggung rasa malu.. rasa sebak.. rasa sedih..
sedih sesedihnya..
menangis.. ya memang menangis..
sedar tak sedar air mata mengalir dengan laju
Lihat! Kerana kasihkan kita.. maka Allah menciptakan airmata.. Subhanallah..
lega sikit kan bila menangis..
menangis merintih meratapi sendiri tiada guna
baik aku menangis, merintih dan mengadu pada Allah..
Allah kan Maha mendengar.. dan Dia tidak pernah jauh..
hati pun lebih lapang..
lebih mahu menerima..
lebih tenang..

ya Allah. ya Tuhanku..
besarnya dugaan beratnya tanggungan..
terfikir.. bagaiman ya Rasulullah dahulu menjunjung segala permasalahannya dengan penuh hikmah..
kadangkala kita fikirkan yang kita ni terlebih baik dari yang lain..
perasaan tidak bersalah, perasaan sombong selalu ada..
teringat kepada Rasulullah..
dia itu ialah nabi dan rasul junjungan..
namun sesekali pun baginda tidak pernah meninggi diri..
dia itu ialah seseorang yang telah dijanjikan syurga oleh Allah..
namun amalnya tetap melebihi dari sesiapa pun..
Subhanallah...

Ya Allah..
mohon darimu ringankanlah beban yang ditanggung ini..
berikanlah jalan keluar.. jalan yang lurus, petunjuk untuk segala kekeliruan dan kekusutan ini..
petunjuk yang benar untuk semuanya..
hannya padaMu sesungguhnya aku berserah segalanya!!
Bantuku ya Allah...


http://ibnrajab.files.wordpress.com/2009/10/shahadah.png?w=535

Ash hadu anla ilaha Illallah,
Wa ash hadu anna Muhammadar Rasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nimat dariNya
Ingatlah Allah bersyukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah...

Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah

Ketika hati sedih dan pilu
Kerana ujian melanda
Ingatlah ia sementara
Ucapkanlah Innalillah

Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah

Lirik Raihan-Pujipujian 



kredit


setiap ujian pasti ada hikmahnya..
Allah sayang kan kamu, sebab tu dia datangkan ujian..
Dia mahu kamu lebih dekat dengannya..

Thursday, March 29, 2012

JATUH


Apa yang aku tahu..

Sekali jatuh,
pasti tak mahu jatuh lagi..

jatuh..
biasanya akan sakit

di wajah akan tergambar
namun bila tak tergambar,
sakit nya mungkin lebih perit..
hanya hati yang mengerti

namun..
tetap sakit.

sakit di jatuhkan...
dan 
sakit jatuh sendiri..
lain rasanya,
lain penerimaannya .

jatuh  dari 'tempat' yang tinggi 
dan 
jatuh dari 'tempat' yang rendah
juga beza rasa sakitnya 

jatuh sendiri
atau..
jatuh beraamai ramai lebih baik??

ada yang suka menjatuhkan orang!
tapi,
kesian....
 terjatuh sendiri..!
jatuh , jatuh, jatuh dan jatuh lagi?
Kenapa, di mana, siapa, apakah.....
buat lah homework sikit ya... (duhhh..)

(ohh... apa yang aku sembangkan ni... jom layan gambar bunga di bawah nih.. )




Namun...
saya suka pula..
masa jatuh cinta dulu...
rasa manis..
rasa bahagia..
rasa nak kahwin..
rasa mahu senyum...

=)




Saturday, March 17, 2012

Kisah Kek dan Itik

Assalamualaikum,

sedang menunggu kek pisang masak dalam oven nuu...
hihi.. tetengah malam ye..
malam ni sempat buat sebiji kek coklat lembab tadi.. dan.. 2 biji kek pisang sedang on da way...
bau jangan cakap la..

hum.. sambil sambil nunggu kan..
teringat.. ke'chaous'an kat pejabat tadi..
huru hara..
gelojak dalam jiwa yang tak nampak di luar..

lagaknya  seperti seekor itik yang sedang berenang di tasik..
di luarnya nampak tenang sahaja di permukaan air.. bergerak tenang..
namun dibawah permukaan tu.. kakinya sedang bergerak laju!

apabila keegoaan merajai diri..
pertimbangan diri mula hilang..
prasangka makin menular nular..
yang putih pun nampak hitam..

susah juga menjadi orang yang neutral ni..
tidak belah di mana2 pihak..
apa yang mampu.. cuba untuk menjernihkan segala kekeruhan dan segala kesimpulan dengan tidak menjatuhkan mana2 pihak..

bebel pula di awal pagi hari?

ok.. setakat ini dulu..
kek dah masak pun..

Assalamualaikum..

Monday, February 13, 2012

Rezeki dari Allah

Setiap manusia ada rezekinya masing masing..
tak perlu diragui..
tak perlu berdengki dengan setiap rezeki orang lain..
Allah itu Maha Adil...
Maha mengetahui segala galanya yang terbaik untuk hambanya..

tak perlu juga kita kedekut dalam perkongsian ilmu..
kerana setiap ilmu yang kita ada..
setiap kepandaian yang kita ada ini adalah dari Allah .. milik Allah jua..
tak perlu rasa takut orang lain akan mendahului..dek kerana ilmu yang dikongsi..
kerana setiap perkongsian yang baik ada ganjarannya dari Allah..

rezeki itu bukan dari sesiapa yang tentukan..
tetapi dari Allah semuanya..

sharing is caring..

selamat malam... =)

Saturday, February 11, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang buatku hanyut... ^___^

hanyut dalam asmaramu...




Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti… kan
Kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti… kan
Kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Istimewa untuk dia..

Wednesday, January 25, 2012

Saya sudah pulang..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
dah boleh buka blog nih..
4 hari beroutstation.. memang tak ada line internet, yaa.. kalau ada pun memang tak sempat pun..

malam ni sempat berupdate...

aku masih ada, masih di sini.. syukur..
pun baru sembuh dari demam selsema juga ni..
idung masih juga tersumbat.. tekak pun masih rasa tawar lagi..
dan tahu sesuatu tak?
dek kerana demam bagai ni..
selera pun kurang la kan..
hehe.. berat badan pun boleh reduce 1.5 kg tuhhh.. hahaha..
gumbira!! =D

kawan kawan kita sihat sihat la hendaknya ya!

okies.. ketemu lagi esok.. inysaAllah..
tengah mahu siapkan barang barang untuk di poskan esok ni..
baru sempat nak siapkannya!
tempahan dari Katalog Kay tu le..

Selamat Malam...
rindu kamu semua!! =)

Monday, January 9, 2012

Hitam selama ni bukan kah kamu sentiasa menyelamatkan aku?

Pagi pagi isnin hari ni aku lebih bersemangat untuk bekerja..
dengan berpakaian kaler hitam lebih menambahkan keyakinan.. kerana..
ku lihatkan susuk tubuh ku seperti makin kurus...
hehe..
sebetulnya kurasakan berat badan dah macam ringan sikit..
ditambah pula memakai baju berwarna hitam..
entah mengapa aku amat yakin yang aku kelihatan kurus di hadapan cermin itu..

Keluar dari rumah..melangkah penuh keyakinan..
terserempak dengan kak nor.. lama tak jumpa kak nor..
mula mula ayat dia..
"eh.. lama tak jumpa kamu nih.. muka dah bulat dah.."
err dalam hati ku.. bulat? apa maksudnya? oh.. mungkin cra pemakaian tudung menampakkan kebulatan wajahku kot..

"haa..." aku menyahut sopan..

"senang hati la tu.. badan pun makin berisi..."

gulp! " err.. haah... memang senang ati le ni kak.. makan je kerja nya.. heheh"
aduh.. ayat cover giler! makan je kerjanya?? aku tengah diet ok! diett...!! dussshh!

di pejabat..

sedang aku berbincang sesuaatu dengan rakan sepejabat dalam bilik..
kawan aku yang sedang berborak dengan entah siapa di petisyen luar 'sound' dari luar..
" ella... ada orang kata ko gemok weh... sabo je la.." sambil dia tersenyum senyum...


"ehh... sape?" muka aku agak berubah... 2 orang teman yang lain dalam bilik pun tergamam..

" ni hah.. en faizal ni.. ko kenal?" sambil menunjukkan lelaki yang sedang berborak dengannya tu!

" hah? sape... faizal mana ... sorry... tak kenal kot.."
sumpah aku tak kenal pun budak tu! tiba tiba budak tu buat aku jadi menyirap je... sape dia nak kata kata aku gemok! aku tak kenal ko .. ko cakap2 belakang pula.. masa tu nak je aku gi sound dia balik!
tapi.. aku tahan je.. buat tak tahu je.. teruskan aje perbincangan dengan rakan rakan.. sementara mereka di luar masih berborak..

seketika, masa lunch akak tu citer kat aku balik..
budak tu ingat kan aku ni staff dulu.. si sarimah.. yang dulunya bekerja di tempat aku sekarang..
dia agak terkejut.. sebab si sarimah tu kecil2 je.. tiba tiba  dah sekian lama tak jumpa..dah jadi gemuk??
ouuuuhhhh ayat dia memang tak boleh tahan beb!
walaupun dia tersilap orang.. tapi dah sah sah dia kata aku gemok..
ouhh... tak boleh tahan..

adegan last sekali!

aku di kedai pakaian ah so ni.. kat pasar malam...
aku tengok tengok seluar jenis legging tu.. macam macam  jenis..
macam ok je, kalau nak pakai2 di rumah..
saje je la aku tanya dia.. berapa harga ni aunty...
" ohh.. itu ka.. ohh itu u tak boleh pakai punya..."

eh! tak boleh pakai?? terkejut beruk la aku.. kenapa aku tak boleh pakai.. apasal.. aku tak layak ke.. ke aunty ni tak jual ke orang melayu ke..atau apakahhh....

" nape ?" tanya ringkas je..

" ouhh.. ini size ah.. kecik punya size.. awak tak boleh pakai.."

" hah? tak boleh??? " suara aku agak kasar dah kuat! macam nak marah pun ada!!

melihat aku punya reaksi.. terus aunty tu cakap..

" ohh nanti nanti saya tengok ada jenis lain tak.. yang awak boleh pakai.." ayat cover la tu..

hati dah makin panas.. tak tunggu dia ckap.. aku da bla..tapi terdengar hujung2 je.. katanya takda la..
ohh.. tak pernah aku dengar orang cakap macam tu kat aku weh.. boleh aunty tu sound macam tu kat aku..
terkedu aku di situ.. lagi pun aku tak cakap pun untuk aku ke sape ke..
aku cuma tanya harga saja! tanya harga je aunty! apa salah saya sampai aunty terus sound macam tu..
sedih saya tau aunty..

besar sangat ke aku weh.. serasa aku, seluar jenis tu kan ke orang gemok mana pun boleh pakai..kan seluar tu jenis fleksibel je..
ishh musykil aku!
apa maksud semua ni..

maknanya aku perasan sorang je rasa kurus hari ni.. waa..
hari ni hitam.. tak menyelamatkan aku lansung!!..


Emosi pula aku hari ini.. hmmm

Wednesday, December 28, 2011

Rabu Tanpa Kata : Pemberian dari Mekah

~ terima kasih atas ingatan Kak Ani pada saya.. kata Kak Ani, namaku sentiasa meniti di bibirnya sewaktu di sana.. terima kasih Kak!


Hari ni memang kurang boleh berkata kata.. 
nasib baik ada WW!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker