Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Blog Itu... Show all posts
Showing posts with label Blog Itu... Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Pertemuan Blogger III: tentang potluck, aku dia dan kamu.. =)



Assalamualaikum,

Last but not least..
apa lah erti pertemuan tanpa makanan kan.. hehe
moga moga Allah murahkan lagi rezeki kita dapat makan makan macam hari tu lagi..

Penuh meja wa cakap lu..
memang sampai dah agak lewat hari tu..
tengok tengok meja dah penuh, sampai nak letak makanan pun kena alih alihkan..
penangan gathering punya pasal.. =)

so ada orang tanya.. apa yang aku bawa?
alahai.. malu je nak sebut..
yang simple simple je kita bawa..
dalam fikiran macam2 nak buat,
last last sekali buat ni jee...



~ kukis dan muffin ni je..
ya.. ini lah potluck ku hari tu..
ada sesiapa dah rasa??
sorryla kalau ada terkurang terlebih..
tapi saya buat ni dengan penuh kasih sayang.. terasa di hati tak? hehe.. ;)  ~



Mari tengok apa menu yang ada lagi...

~ Ini aje yang sempat di snap oleh ku.. sebelum proses tapau menapau berlansung... ini pun dah banyak abis! ini je yang tinggal... Alhamdulillah... rezeki dari Allah.. untuk kita semua.. ~



~ Alhamdulillah.. terima kasih pada Dato dan Datin ... kawan kawan blogger yang lain lain yang menyediakan semua makanan ini...
memang mampu membuatku 'seeh' perut! 
rezeki yang Allah kurniakan pada kita.. kita kongsi bersama sama..
insyaAllah..moga moga dimurahkan lagi rezeki kawan kawan ku semua..
oh ya! jangan tak tahu.. 
siap ada plastik /polisterin untuk menapau semua makanan ini tau..
syukran.. syukran.. syukran...

mari layan beberapa candid camera yang sempat di snap..



 ~ coba teka kamera ni beraksi di tangan siapa.. ya..? oh dalam gambar tu ada en Bujal, Kakcik dan kakAti yang sedang bersedia untuk di snap oleh.. Si Gadis Bunga.. la.. sapa lagi.. hehe ~



 ~ agaknya gambar apakah yang mereka sedang gelakkan itu.. ?~


 ~ ya ! gambar ini lah! hehe.. semua tengah dok beraksi cara uncle Gedek! no smile smile ok..serious only!
tu yang bila tengok balik nak tergelak tu!! hanya uncle Gedek sahaja yang benar benar mampu beraksi demikian...

 ------------------------------------------------------------------------------------
last dah nak balik tu...tumpang sembahyang dulu kat rumah dato..
mulanya ingat nak singgah surau je on da way balik.
tapi kakcik suruh sembahyang je terus di rumah dato.. 
nanti ke depan lagi.. nak mencari surau pula..
sembahyang terus senang..selesai terus katanya..
haah.. ye tak ye juga..
betul juga la kata kakcik tu.. jam pun dah menunjukkan 3 lebih..
Datin pun bantu.. terus bawa ke tempat solat...
wahhh... bila masuk rumah mereka terasa kagum..
sembahyang di musollah...
tenang..
Alhamdulillah.. 
selesai solat..
mata sibuk memerhati sekeliling..
tak lepas peluang untuk mensnap beberapa gambar di sekitar ruang tamu mereka....


suka tengok ruangan gambar ahli keluarga dato.. semua ada gambar anak menantu.. cucu cucu 
sebuah keluarga yang bahagia.. moga sentiasa diberkati Allah..
sempat snap beberapa perhiasan lain juga disitu...
entah bila akan sampai lagi di sini..
insyaAllah.. panjang umur sampai la kita lagi.. ~

ok.. sekian dahulu laporan dari saya..
kalau ada yang tersalah silap.. samada sepanjang pertemuan hari tu.. atau ada tersilap tulis tulis di blog ini yang terlepas pandang
harap dimaafkan..
yang penting.. misi.. 'Salam bersambut Ukhwah Bertaut'  berjaya ..
dah bertaut taut hati dah ni..
gembira dapat kenal dengan semuanya..
terima kasih buat yang sudi singgah singgah ke blog ini..
samada kawan kawan yang gathering hari tu atau pun yang baru baru datang sini..
terima kasih diucapkan..
InsyaAllah.. akan  ku jejaki smua yang singgah...

hingga kita bertemu lagi..
majulah blog.. untuk negara.. =)




~Tiba tiba mood untuk update blog makin menjadi jadi pula.. tengok komen komen dari kawan kawan lama dan baru. memang menaikkan semangat! =) terima kasih tak terhingga semuanya... kamu semua adalah yang terbaik... =D  ~


Wednesday, December 21, 2011

Pertemuan Blogger II : Bertemu di alam nyata..

Assalamualaikum,

Rentetan dari pertemuan blogger pada 18hb Dis 2011 lalu..

biarkan gambar2 bercerita sendiri...


 

~ Bersama Dato Dr Abdullah Al-Hadi Hj Muhamed dan isterinya Datin Aishah Hj Hassan, terima kasih banyak banyak! Dato dan Datin memang superrb!~

 ~ pasangan bahagia... ~
 
~Bersama  kak AinKak Akuzle Ayu,  IBUNDO dan Acik Erna yang ramah tamah semuanya..
kak ayu, merupakan orang pertama yang sambut kita depan rumah dato..dengan senyumannya yang manis itu.. senyum sokmo ya kak.. ~

~ santai... sambil menikmati makanan yang sodap sodap ... ~

~ dapat kenal kawan baru lagi.... eh.. tengok Dato ketawa.. bahagianya..~

~ bersama Datin yang sangat cool.. dan Kakcik dan Gadis Bunga yang ceria sokmo.. ~


 ~ dapat la tangkap dengan Kak Azieazah akhirnya.. apron pun tak bukak lagi tu.. ~

 
~ CIKINTO yang sangat suweeet.....
panjang citer dengan cikin! rupanya suaminya satu tempat kerja dengan kawan baik abbi! ohh.. kecilnya dunia ni kan.. pimai pimai tangku! pecah rahsia apeh! si pisang rupanya!! haha ~

  
 ~ kusyuk GB dengar kak azeeda borak...
Kak Azeeda.. brownies coklatnya memang betul betul yummiliciouss!! hingga menjilat polisterin (tapau..) hehe ~

 
 ~ Kak Azie lagi.. hehehe... ~

  
~ ya.. itu merupakan kak Azie lagi... =p ~
~ bergambar lagi... =) bersama kak Ain dan Gadis Bunga.. GB memang tak lepas kameranya di tangan.. banyak bukti di situ ok..  =) ~

  
 ~ siyess.. best giler peluk Kakcik! nyaman... damai.. perasaan persis memeluk ibu....~

  
 ~setelah di susuri.. ini ialah kak Ida (nyanyisunyi dan Kak Ana (cerita ceriti).. tak dapat nak borak sangat.. tapi lepas ni kita sembang sembang di alam maya ya! =D ~

 ~ Uncle Gedek yang tersenyum lebar nampaknya...
dan Mommy fara dari Pok amai amai, kita tak sempat nak sembang kencang dengan Fara.. nanti kita sembang tubi tubi dalam blog je kan.. 
entah apa yang mereka gelakkan..~

  
 ~ err... mereka masih gelak... 
ya.. selalunya tengok uncle asyik serius je kan.. kali ni terus dengar suara gelakknya.. =) ~

  
~ itu En Bujal matcham matcham kan... segan nak tegur ritu.. amik gambo je ler.., sebelah kakcik pula ialah.. Kak Ati, tak sangka dia punya anak dah besar2 ..ibunya maintain cun lagi... terbaik lah kak.. ~

~ ini... sesi  tapau menapau la ni... rezeki.. alhamdulillah... memang kenyang sampai ke orang orang di rumah pun dapat merasainya , murah rezeki.. ~

 ~ Blogger ladies.. ada di antara mereka tak sempat kita nak snap gambar.. takpe.. janji ikatan telah ada.. semoga ikatan ini akan terus kekal sampai bila bila.. saaayang u ols semuanya! big hugss... ~ kredit pic to Kak Ayu

Update: dari kiri.. Kak Akuzle Ayu, mama kpd Wana, Gadis Bunga, KakCik seroja kak Ana, kak Ida, Acik Erna , kak Ati , Kak AzieK , Hanis Azla , Kak Marina , CIKINTO 
Belakang (paling tinggi) :  Mommyfara

ada yang tidak terselit tu... tak nampak.. tak tahu siapa..

~ sempat snap gambar ni masa nak balik... suami kakcik memang sempoi abis... wlaupun beliau bukan seorang blogger, tapi ku percaya ke masyuran blog Kakcik Seroja   tentunya kerana restu dan keterlibatan beliau.. =)
(sedar tak? rasanya siapa pun takda gambar suami kakcik yang best macamni..nak nak di depan rumah dato pula ... kan? kan?  kamu ado..?) ~


~terima  kasih daun keladi... panjang umur jumpa lagi.. =)~

Tuesday, December 20, 2011

Pertemuan Blogger I : Mathari sampai akhirnya.. =)

Assalamualaikum,

baru sempat update nih..hati dah tak keruan sangat bila blog tak update lagi tentang pertemuan yang best ini! sana sini dah upload gambo! hehe

Akhirnya...dapat juga aku pun turut serta dalam majlis yang istimewa ini..
 
terima kasih tak terhingga untuk tuan rumah.. Dato yang sangat baik hatinya dan Datin yang sangat peramah orangnya..
tak lupa tulang belakang majlis ini.. kak Chik, Kak Azie dan konco konconya.. yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis ini..

blogger lain yang belum pernah bertemu di alam maya pula berkenalan di alam nyata pula..
uhh... memang best.. dapat kenal ramai kawan!
cuma aku yang agak segan la.. sebab blog ku blog picisan cuma..
bertemu pula dengan otai otai yang sangat dikenali.. so.. rasa rendah diri tu tetap ada la...
blogger lelaki haruss la.. lagi aku segan
haa.. dapat gak jumpa uncle Gedek secara live! siap ada 'gedeks way' lagi bila nak bergambo tau!
puas praktiss nak ikut cara uncle Gedek! huuu kelaassss... =)


~ gambar yang sempat di snap oleh ' Acik' , adikku yang turut hadir.. maaf la, tak nampak pula Kak Chik, kak Azie.. dan sebahagian yang lain, tak muat kamera.. Acik tak sempat nak panjat kerusi tu.. hehehe..  tapi apapun semuanya dalam hati ada taman bunga yang mewah.. tu yang pakat pakat tersenyum bahagia...
Terima kasih untuk semuanya!~

ada banyak lagi .. gambar yang menanti untuk di upload! nantikan ya... =)

dan akhirnya...

 Salam telah bersambut.. Ukhwah juga bertaut mesra... =)


~Nanti ni.. nak jejak kawan kawan yang baru kenal masa di pertemuan hari tu... tungguuu...~ 

Sunday, December 18, 2011

Pertemuan Blogger : kian mendebarkan ?

(udah jadi sticky post dah.. entri terbaru di bawah ya.. )

Assalamualaikum,

sampai berdebar debar di buatnya?
hhehhee..
kalau tiada halangan ,ini lah pertama kali aku akan mengikuti pertemuan di antara blogger blogger alam maya ke alam realiti! chewah! =P
maafla jika aku agak berdebar2 pula memikirkannya..
walaupun memang tak tahu kat mana tempatnya, dalam erti kata lain, memang tak pernah pergi belah2 sana..yelah asyik berkubang kat kelumpo aje..
tapi, tetap mahu redah juga untuk ke perjumpaan ini! InsyaAllah.. moga Allah permudahkan..
niat di hati.. ingin mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger..
bak kata Kakcik Seroja, tema yang dicadangkan ialah..  
'Salam Bersambut Ukhwah Bertaut'

Pertemuan kali ni di cadangkan oleh Dato' LF (LuahFikiran) dan tempat disediakan oleh Dato' juga, ianya akan di adakan di ;

MUSOLLAH EHSAN, NO.8, JALAN 3/6F, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR












Terima kasih Dato' sudi menjemput kita juga ke pertemuan ini.. sungguh nya kita amat berbesar hati.. =)

Kata kakcik jangan beranggapan ianya anjuran dari Kakcik dan juga Dato' LF , tapi anjuran yang dirancang dan akan dijayakan bersama sama kita semua...
tapi .... orang kuatnya dah tentu tentulah Kakcik, Dato' LF, Kak Azie dan kroni kroni  urusetia yang lain... =)
yang bertungkus lumus merealisasikan pertemuan ini! =D
mereka sangat cool... =)

ha, satu lagi part, kepala otak ni tiba tiba je pening lak mikirkan potluck yang akan di bawa nanti!
pening sebab mikirkan tak tahu nak bawa apa!
sebab rasa macam nak bawa macam macam je!
itu nak bawa.. ini nak bawa! hehehe...  (macam best je pulak!)
(jangan tiba masanya nanti tak bawa apa apa pulak sudah... ) ;p
kakcik dah senaraikan dah pun menu menu potluck tu... hihi

Apapun,
doaku...
semoga pertemuan ini dipermudahkan Allah..
setkan niat kita kerana Allah..
kerana ingin membina ukhwah sesama kita..
telah kita berkenal kenalan membina ikatan di alam blogging..
apa salahnya kita eratkan lagi silaturrahim sesama kita secara bertentang mata..
lebih banyak ilmu yang dapat dikongsi,
lebih banyak pandangan dan pendapat yang boleh dijadikan panduan,
lebih terbuka minda dan fikiran..

=)

untuk makluman, aku belum pernah ketemu blogger blogger dari luar pun,
blogger2 di kalangan kawan kawan pejabat tu sudah tentu la biasa ketemu...
so, aku nekad aja.. untuk turut serta ni.. boleh jumpa yang biasa komen2 di sini..
kakcik, Dato LF, Kak Azie, Gadis bunga, Uncle Gedek, Bujal, Fara..
dan lain lain yang kesudian...
maklumlah.. aku ni pemalu dan penyegan orangnya! (wekk! =p  )
tak tahu la macamana nanti... hhuhuuu...

So jikalau ada blogger blogger di luar sana yang mahu turut serta ,
masih sempat...
sila kunjungi blog Dato' LF atau Kakcik Seroja untuk  maklumat lanjut dan terus mengisi borang yang disediakan.

moga bertemua kita di sana ya.!


'Salam Bersambut Ukhwah Bertaut'

Monday, November 14, 2011

Angry Bird Merah


Assalamualaikum,

semoga kawan kawan semuanya sihat sejahtera hendaknya..
hari ni sangat sibuk! banyak yang perlu diselesaikan di pejabat nih!!

tapi update kejap ya..

jadi..
 silalah menatap gambar Si burung merah pemarah ini,
angry bird merah ini tempahan dari Diana.. untuk bday boy Aisy.. =)
Selamat hari lahir sayang.. =D
dan sehari sebelum nya tempahan dari Sarry.. AB merah dan kuning..
terima kasih atas sokongan dan kesudian kalian..

~ macamana lah Burung Burung ni tak marah.. abis.. korang asyik lempar diorang kat bangunan.. mesti lah diorang marah.. hehehe.. ~

Friday, October 28, 2011

'Your Blog Has Been Removed'

Bila je baca perkataan di atas,
muka yang comel terus berubah pucat.. cuak seperti nampak antu?
Hati yang girang tiba tiba bergelora bak lautan yang menghempas pantai
Hari yang cerah tiba tiba menjadi mendung, kelam.. suram..

Mahu tak menggelabah bila sahaja tengok tulisan atas tu,
tekan banyak kali namun itu juga yang keluar! pulak tu, aku baru hari ni mempunyai masa yg sangat terluang, baru dapat jalan jalan ke belog rakan rakan... baru seronok mencari kawan kawan baru..
tiba tiba keluar tu pulak!
pastu search google belog ni pun tak keluar apa pun! apa pun tarak!
kosong!!
mula la kalut semacam! tiba tiba tangan aku ni ringan nak mengadu kat sorang blogger ni! Hany namanya!
dan disebabkan dia lah aku dapat menulis macam ni sekarang! disebabkan dia, belog ini kembali kepada aku semula! aku tak tahu la apa yang Hany  dan buat untuk bantu aku ! tapi aku memang menaruh kepercayaan kepadanya.. dan akhirnya.. aku sudah mampu tersenyum...
memang susah nak terima kalau belog aku ni hilang begitu sahaja?
segala coretan.. kenangan.. memori... lesap semudah itu?
semua resepi resepi hilang semudah a b dan c?
semua gambar gambar best aku pun aku kongsikan kat belog ini!
ouhh.. tak sanggup aku tak sanggup kehilangan Mathari ini!!
Terima kasih banyak banyak kat Hany! beliau adalah pemilik belog 'Wilayah Hijau' ! 
Selama ni pun aku memang selalu juga tanyakan  byk menda pasal belog ni kat hany! bnyk menda dia tahu! so kawan kawan jom berkenalan dengan Hany jom! orang ganu kiter! hehe..





terima kasih tak terhingga.. Hany pun dah tolong tukar kan dari akaun yahoo ke akaun gmail!

untuk keselamatan.
Jadi, maknanya, aku kena 'follow'semula kawan kawan aku.. sebab dah guna akaun baru! so  geng, harap beri kerjasama ya.. =) jangan terasa pula tiba tiba daku tiada dalam list follower kamu ya!
insyaAllah.. akan cuba follow balik!

terima kasih sekali lagi kat Hany tuan punya 'wilayah hijau'
tanpa anda, tentunya saya akan terus terusan dibelenggu misteri........







Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker