Saturday, June 26, 2010
aku sedang di fraser hill
Rindu kat blog ku! :)
Test publish jap!
Friday, June 25, 2010
Salam Jumaat (^___^)
pagi ni rasa tenang, nyaman.. bahagia .. Alhamdulillah.. kerana masih diberi nikmat hidup oleh Allah..
Al-fatihah aku sedekahkan untuk ibu bapaku yang berada di kampung..
semalam papa ada hubungi aku.. lama tak dengar suara dia! aku rindu! (sebak pula!)
ALhamdulillah dia sihat, cuma mama.. dah 2-3 hari selsema.. semalam dah agak baik..
mereka berada di kampung mek ku ( nenek) mama kata, mek selalu bertanyakan ku.. kalau aku telefon kirimkan salamnya.. maklumlaa dia sudah kurang pendengarannya.. itulah aku pun dah jrg menelefonnya.. sedih pula aku semalam mengenangkannya.. dah tua mek aku tu.. dah lama tak balik kampung.. dah lama tak jumpa dia.. Ya ALlah.. kau sihatkanlah tubuh badannya supaya sempat aku balik kampung bertemu dengannya.. itulah satu satunya orang paling tua yg ada dalam keluarga kami..
Aku bersyukur kerana aku lahir dalam keluarga ku ini..
aku bersyukur punya mama dan papa seperti mereka..
kerana mereka lah aku adalah aku seperti hari ini..
Aku pelik dan hairan pada mereka yang sanggup mengenepikan ibu bapa mereka!
sedarlah bahawa hidup ini seperti roda!
suatu hari nanti kita akan menjadi ibu dan bapa...
suatu hari nanti kita akan menjadi datuk dan nenek..
putaran hidup tak lama..
pusing putar akan sampai juga..
semua orang akan merasa..
tidak terkecuali!
Tuhan itu Maha Adil..
Setiap yang kita lakukan pasti ada balasan..
samada baik atau buruk..
Aku baru terjumpa semula seorang sahabat lama!
hampir aku tidak mengenalinya! kerana perubahan besar yg sgt ketara pada muka, dan penampilan keseluruhannya..
Mukanya yg bengkak..( ketat) hasil dari cucuk tang sana.. cucuk tang sini.. muda lagi dah cucuk2
mukanya dah lain sangat!
Pemakaiannya yang seksi lagi seksa melihatnya kerana badanya agak berisi!
mengucap panjang pula aku melihat gambar2nya di dalam 'Facebook'! semua gambarnya sengaja di fokuskan pada tempat Tuuutttttt itu.. semua orang komen, montok!!
seketika timbul rasa kasihan teramat sangat!
dia dulu bukan begitu, budaknya sangat cantik, nature beauty..
aku tahu, dia jadi sebegitu disebabkan tiada kawalan dalam hidupnya!
aku rasa.. semuanya bermula bila ibubapanya bercerai..
bapanya kawin lain,
mereka ditinggalkan berdua beradik, dia dikahwinkan awal.. masa tu aku baru masuk kampus.. sepulang dari kampus dia nasihat padaku, tak payahla kawin awal sepertinya, nanti menyesal katanya..
sepurnama lagi.. jumpa dia dah bercerai pula, suaminya masuk penjara kes dadah! adusss....
pastu dengar cerita orang bahawa anak pertamanya itu ialah anak luar nikah.. wallahua'lam..
pastu mereka berpindah.. dengar kata dia berkahwin lagi dan tinggal di sabah serawak,
dan terbaru, sekarang, dia single kembali, tapi khabarnya telah ada calon baru dan sekarang di KL! belum sempat aku bertemu dengannya!
Sedih sbnrnya aku lihat kawan aku sebegitu.. semoga Tuhan beri petunjuk dan buka pintu hatinya Amin..
Panjang celoteh aku pagi ni..
...................................................
(seminit tadi papa hubungi aku! melalui 3G! dia di kampung! makanya aku ber3G dengan mekku sekali tadi! sebak pula lihat dia dah sangat kurus nenek aku tu! ALhamdulillah sihat lagi.. cuma katanya dia makin tak dengar, tak dapat nak bercakap telefon, tak dengar, dia gembira dapat lihat muka aku di 'screen' telefon itu! katanya "...oooo buleh nampak muka..ingatkan gambar, tapi bergerak2 pulok... oooo.." hmmm... mek aku itu!
Alhamdulillah.. dapat manfaatkan teknologi sekarang ni... canggih..)
ok lah kesimpulannya..
pesan lagi untuk diriku juga..
walau apapun yg dilakukan didunia ini.. dimanapun kita.. sentiasalah berpijaklah di bumi yang nyata..
rujukilah ibu bapa dan yg lbh tua, jika tiada mereka, sentiasa doakan untuk mereka,
berbuat baik pada semua! InsyaAllah.. akan ada balasan dari Tuhan.. kerana di akhir tiada hitungan dengan yang lain melainkan dengan Allah...
IringJeling: terubat rindu yang lara.. :)
Wednesday, June 23, 2010
Gambar Menarik Di Petang Ini : Istimewa untuk kamu teman ku..
Monday, June 21, 2010
Kawan-kawan tunggu aku tau!
Bila 'asap' yang mengujakan keluar dari mulut!
Sunday, June 20, 2010
I love U Papa!
Friday, June 18, 2010
Wahai Wanita.. Begitu Berharganya Dikau..
Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg solehah dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA...
Semoga bermanfaat
IringJeling: Aku mahu menjadi isteri solehah!
Thursday, June 17, 2010
Susu Segar Ibu Untuk Di jual..!! Breast Milk For Sale!!
baca nih baca!!
26-year-old Toni Ebdon gave birth to a boy, earlier this year, and was beginning to feel uncomfortable with the amount of breast milk she was producing. One of her friends even joked that she should start a dairy, with the extra milk, and cash-strapped Toni took the idea seriously. Using a breast pump she drained the excess milk and stored it in the freezer. Next she went online and put an ad for breast milk, on Gumtree.
Although she was expecting some replies from new mothers who couldn’t produce enough breast milk for their babies, Toni Ebdon was surprised to find that most of the interested clients were men. It might sound weird, but many adults use breast milk to maintain good health, or cure illnesses such as cancer, diarrhea, or diabetes. Toni charges $26 for 113 grams of her precious milk, and sells it both fresh and stored in the fridge.
The young mother says she hasn’t made loads pf money from selling her breast milk, but since she doesn’t receive full maternity pay, and the baby’s father isn’t able to support them, the extra income is more than welcome. Toni will continue selling breast milk until she dries up, and she’ll definitely do it again, if she has another baby.
Tuesday, June 15, 2010
Bila tekak jugak terkena 'culture shock'!
Biasalah, lepas makan mesti aku nk dengar komen juri juri kan!
yess!! dia kata sedap la weh.. walla weh.. cuma katanya, lain kali potong 4 si meatball tu, biar kecik2 senang nak makan, toksah ikut kedai sangat.. pastu kalau boleh, pakai cheese yg serbuk tu.. lagi sedap! cheese parmesan la tu...
hmm.. ok, yess boss!! :D
Jom share resepi:
Bawang besar - potong dadu
Bawang Putih - chopped
Tomato - potong dadu
Tomato Puree
sos spaghetti - 1 sudu je, taknak buh pun takpe
Sos cili secukup rasa
Lada benggala - 2-3 hiris, potong dadu
Cendawan Butang (dlm Tin) - potong nipis
Daging Kisar Fresh
Bebola Daging Lembu
Sedikit gula
Air juga
sedikit minyak zaitun
Chesse cedar atau parmesan
campuran oregano dan basil - untuk mberikan aroma sebenar spaghetti.. walla..!
dan sudah tentu la kena ada spaghetti! baru la jadi..
Untuk kuah:
tumis bwang putih yg dicincang, pastu bawang besar, daging, sos, tomato, agak dah masak pastu buh air, dan semua yang lain2 sekali! cendawan, basil, gula, sos cili, sos spaghetti.. secukup rasa
Untuk Mee:
tunggu air gelegak, pastu masuk spaghetti cam lidi tu, sampai lembut, masuk sikit minyam zaitun, bagi dia tak melekat, dan masuk garam, kasi rasa sikit..
siap lah, boleh hidang dan makan sepuasnya! jangan lupa baca bismillah, doa makan! nanti si syaitan datang join pulak! taknak aku kasi dia!!
Monday, June 14, 2010
Tat buahan untuk sepupu
IringJeling: buat dengan sepenuh hati gembira, hasil pun menggembirakan! :D
Saturday, June 12, 2010
Aku sedang tonton Majalah 3, 12/6/2010!
kau memang kejam!!
kau memang laknat!!!
Celakalah kau Israel!!!
IringJeling: ya aku sedang keterlaluan emosi!!
Friday, June 11, 2010
Fantastic, bombastic, kau memang da Bomb!
....blogger wanita, seorang yang suka akan kamera...hasil percikan dan snapnya di hujung jari menghasilkan mutu yang berkualiti ....
Kata aku: ya mmg saya suka kamera, tapi tidaklah selalu pun dapat hasil dengan gaya mutu dan keunggulan pun.. biasa biasa sahaja..
1. Thank and link the person that tagged you
Kak Ayu.. Citarasa Rinduan..
rasa terharu mengharu lah.. :)
pendapat ku tentang kak Ayu ialah, beliau sangat penyayang, gigih dan sangat peramah!
dan dia selalu suka menghargai orang lain..caring, daring.. tak rugi berkawan dengannya!
2. Tag 5 bloggers you've recently discovered and think fantastic
( bagi aku semua blogger pun sangat fantastik dan best! aku sayang semua! u all semua terbaik!tapi sebab dia minta 5, so aku tutup mata.. cabut undi! heheheh...)
- Mimy mmg selalu tak menghampakan, dia punya entry byk gambar2! bercerita melalui gambar.. dia adalah antara teman blogger yg byk membantu maklumlah.. budak baru belajar.. disebabkan dia juga aku menjoinkan diri dengan nuffnang.. baru je join..
Cik Teddi
-Aku kagum dengan kesungguhan dia terhadap kucing2! penyayang! keperihatinannya tu buat aku terharu.. dan apa yang dilakukan olehnya tu, tak semua orang boleh buat.
Lya
-Seorang wanita yang sangat tabah! pengalaman dia bertarung dengan kehidupan amat amatlah di kagumi aku! begitu dia kuat melalui saat2 getir, bertarung dengan nyawa!
Aiz (batu campur)
Si Aiz.. Pereka Grafik yg masih lagi muda trang tang tang.. belum kahwin tapi awek ada kot.. heheh ;p
3.Contact that blogs and let them know they've been tagged
okey i will.. :)
4.State 7 things about yourself
- jiwa cepat sensitif pada perkara yang sensitif
- suka makan sedap
- suka tidur berbantalkan lengan :p
- suka melukis
- suka komen iklan dalam tv
- walaupun aku teramat suka kek coklat, tapi aku juga suka kek cheese!
IringJeling : ok. lega, sebab dah jawab tag kak ayu nan satu ini, ada lagi 1 tag ya kak? hohoho..
bagi aku tag ini adalah satu perkara yang perlu ada selagi ianya tak menyusahkan! sebab ia dapat eratkan lagi hubungan, dan bagi aku ianya lansung tidak menyusahkan, terserah diri la, samada mau layan atau tidak, tapi aku hargai setiap tag yg di beri.. itu satu tanda ingatan.. :)
Tag : 23 dari Lya!
IringJeling: aku ada hutang tag sesiapa lagi tak? sila angkat tangan, sebab aku takut terlepas pandang pula! terima kasih.
Rahmat Di Malam Semalam
Thursday, June 10, 2010
Wednesday, June 9, 2010
Kalo Binatang Ada Facebook… Agak-Agak Apa Status Mereka…?
aku mendapat emel dari seorang sahabat,
gelak sorang2 tak syiok, ni aku kongsi dengan kamu semua!
:) cheers!
Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!…
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek.
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Hamster: Aku nak tido.
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Semut: Aku nak cuti!!!!
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
kucing jantan; hari ni aku dah kencing kat tayar mitsubishi lancer tu. WEI JGN KACAU! MITSUBISHI LANCER TU AKU YG PUNYA
kucing betina; malam ni nak dating dengan johnny atas kereta baru dia.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
Ikan parang; tolong jangan samakan aku dengan Jerung. Walaupun aku 'parang' aku tak makan ikan.
burung murai: Korang tahu tak, anak tiung tu mengandung. Nikah belum lagi. Ha! ni berita terkini yang aku dengar dari pipit, laki si gagak tu dah 7 bulan tak balik rumah, eee apa nak jadi dengan diorang ni, dah macam manusia aku tengok. Bini helang tu ya ampun....semalam aku tengok dia terbang dengan jantan lain. Mentang-mentang laki dia outstation cari anak ayam, dia selingkuh dengan jantan lain. Korang kalau ada gosip terbaru bagitau la saya, cik murai ni. Eh ok lah nak g cari cacing. Karang laki aku pulak merajuk babai.
burung kelicap: sedap betul madu kat rumah hijau tu. Tapi aku hairan, kenapa isteri dia asyik masam mencuka je?
burung helang: Tension betul sebab sekarang susah nak jumpa anak ayam.
burung merak: Letih belajar terbang tapi tak pandai2. Fed up betul!
burung kasawari: Tadi aku menyorok dalam tanah sebab nampak cik Murai. Malas nak layan gosip dia.
IringJeling: enjoy! :D
Libresse : Aku sudah.
Aku bukan ingin promosi, jauh sekali ingin menghasut!
Tuesday, June 8, 2010
Gambar: Tersepit, Terselit, Terkepit
Monday, June 7, 2010
Di Suatu Malam di Stesen Bas...
Selamat Pagi, Salam Isnin!
IringJeling: ohhh.... jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua orang tua kita samada yang masih hidup atau telah tiada.. :)
Friday, June 4, 2010
Lihat Awan Di sana!
aku belum mampu untuk menaip panjang ..
walaupun hati meronta mahu menaip di dalam blog ini..
walaupun idea datang mencurah-curah yang tak perlu di perah..
Namun begitu aku tetap ada sesuatu,
saja, mahu letak gambar mereka berdua di sini!
mereka dua ini yang sangat gemar bergambar!
saja mahu kasi mereka glamor sikit..
ala blog aku picisan aje,
tak ramai sangat pun yg jenguk..
hahahaha...
IringJeling: aku tahu aku dah penah post pic ni! ntah mengapa sangat suka dgn gambar ini...sshhhh...
Thursday, June 3, 2010
KEMPEN 'KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!'
Aku terpanggil oleh Frodo..
dan dikuatkan lagi oleh Alvin dan Farid si tokeh tokeh untuk kempen ini! pencetus. (sila klik nama2 mereka atau gambar di atas untuk tahu lebih lanjut mengenai kempen ini!)
dan aku pun nak ajak korang semua join kempen ini untuk kesedaran kita bersama, sekurang-kurangnya keperihatinan kita mungkin mampu membuka mata ramai pihak..
Rentetan dari entri aku sebelum ini, Korang boleh juga baca artikel di blog CTNurmarlissa ini untuk cerita tambahan mengenai sebelum Pasukan Bantuan berangkat ke Gaza tempoh hari!
aku mau petik kata kata brader Alvin juga:
"apa guna follower berjuta2
kalau tak boleh tolong settel kempen picisan ni"
IringJeling: jauh dan tiada adalah tidak sama.