Assalamualaikum,
Alhamdulillah..
16hb Ogos lalu.. hari kelahiranku yang keberapa tahun entah.. (;p )
umur ku meningkat sudah..
semakin menghampiri ke penghujung yang entah bila tidak kan ketahui..
di tarikh yang sama juga turut sama memanjatkan kesyukuran atas ulangtahun perkahwinan yang ke5..
5 tahun telah berlalu..rasa macam sekejap je masa berlalu..
selama itu susah senang diharungi bersama..
pahit getir dilalui bersama..
Alhamdulillah..
sehingga kini, ikatan ini masih utuh dan diharapkan berkekalan hingga ke Jannah..
semoga diriku dapat menjadi isteri solehah yang diredhai olehmu wahai suami..
dan semoga dikau wahai suami.. sentiasa membimbing dan membawa ku ke jalan Allah..
kamu sahabatku
kekandaku..
kekasihku..
suamiku..
imamku..
segala yang terbaik dan terhormat hanya untuk mu...
Segala puji bagimu ya Allah atas segala kurniaan..
kebahagiaan, kesenangan, ujian dan dugaan yang diberikan menjadikan aku lebih mengenalimu dengan mendekatkan diri padamu.
terima kasih ya Allah..
=)