Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku


~Assalamualaikum selamat pagi.. Mari sama sama kongsi kisah yang sungguh menyayatkan hati dan menyentuh hati nurani..~

*****************************************************************
Sumber dari: aliajwad.hadithuna.com

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak:

“Ayah… sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!”


Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.


Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa.

Bidadari itu berkata kepadaku:

“Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan…”


Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.


Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.


Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.


Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya:

“Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?”


Malaikat-malaikat itu menjawab:
“Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu.”


Aku bertanya lagi: “Di mana ayahandaku?”


Malaikat-malaikat menjawab:

“Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!”
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.


Ayahanda berkata:

“Selamat datang wahai puteriku!”
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
“Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?”


Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang.

Ayahanda berkata:

“Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah… engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi…”


Aku berkata: “Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda.”


Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.


Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.


Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.


Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.


Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu…
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.


Pada Asma aku berpesan,

“Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!”



Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun…

***********
''Aku' dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?



Subhanallah...

:'(

Bidadari syurga..

matlamat sebenar..

Tuesday, January 18, 2011

AKU BUKAN LAGI ISTERI & SUAMI BUAT MEREKA...

 
Inilah aku... Lelaki alaf baru dengan azam dan tekat berbeza dari kehidupan lalu. Masa kelam mengajar aku banyak perkara. Aku akui bukan mudah untuk keluar dari masa gelap itu, lantas membuat transformasi menjadi Mr. Perfect pada diri, agama dan mereka yang sentiasa berada di sekeliling ku. Perjalanan yang dilalui sebelum ini, mungkin sahaja ada yang berkata aku mengalami masalah jiwa. Ya! Mungkin ada kebenarannya... Tetapi inilah perjalanan hidup ku, menjadi suami dan isteri pada satu masa dan ketika...
 
Sepertinya kehidupan malam dan siang, aku hidup dalam dua alam berbeza. Papa panggil ku ‘b’ nama manja ku sebagai baby. Mama panggil aku ‘B’ singkatan untuk hubby. Agak pelik bunyinya! Mama dan Papa yang aku maksudkan di sini, bukanlah dirujuk kepada ayah dan ibu yang membawa aku ke dunia ini. Mereka adalah insan yang pernah aku berikan cinta, nafsu dan topeng kehidupan. Biarlah aku mula bercerita tentang kemewahan hidup bersama papa terlebih dahulu... 
 
Aku budak kampung yang Berjaya menjejakkan kaki ke IPTA. Satu-satunya anak lelaki ibu dan ayah. Selain dari kepintaran otak geliga, raut wajah ku setanding model lelaki di pentas peragaan. Cuma bezanya, ketinggian aku tidaklah segalah mereka. Ramai yang kata aku comel, handsome, cute macam artis lelaki Korea. Huhuhu! Tersenyum aku mengukir kemanisan agar menyerlah kelebihan lesung pipit yang ada. Aku memang lelaki straight tetapi lama-kelamaan tanpa disedari terbentuknya u-turn dalam diri ku. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan kehidupan gay boy sahabat baik ku Remy.
 
Hari minggu tiada kuliah, kami ke kelab songsang. Mula-mula dahulu aku terkejut beruk juga dengan keadaan ini, minta di simpang jangan terjebak. Tetapi bila terbabas sekali aku rasakan keseronokan berbeza. Ada ummpph! Dari situ aku mula mengenali seorang ahli perniagaan yang berjaya, Mr. J. Dia bujang berusia 34 tahun dan aku ketika itu 21 tahun, anak ikan katakan. Kami berkawan lantas bercinta, tinggal bersama dan dia membahasakan dirinya ‘pa’ dan aku dipanggil ‘b’. Inilah insan yang sebenarnya papa dalam hidup ku...
 
Papa cukup baik dan amat menyayangi aku. Kami saling faham memahami antara satu sama lain, termasuklah keakraban kala di ranjang. Masing-masing bermain peranan top dan bottom, ia berlangsung dengan jayanya. Sama-sama puas. Kami bahagia... dalam dunia yang kami ciptakan sendiri, kehidupan songsang. Papa banyak membantu kewangan aku di IPTA, sehinggalah aku tamat belajar dan mula bekerja. Hubungan ini telah menyusuri keindahan malamnya selama lima tahun. Sehinggalah pada suatu hari ibu dan ayah aku, membuka suara agar aku berkahwin dengan sepupu ku Riana yang cantik jelita. Bermulalah babak aku mengenali insan yang memanggil ku ‘B’ panggilan ringkas untuk hubby. Aku bersetuju dengan jodoh yang ditetapkan keluarga kerana bakal isteri aku not bad orangnya, walaupun tidak mempunyai kelulusan tinggi. Malah aku yang bernafsu besar, masih punya keinginan untuk kaum hawa. Aku bertuah rasanya memiliki pakej ini.
Pada awalnya papa tidak bersetuju dengan tindakan aku untuk memenuhi kehendak ibu dan ayah yang memaksa agar aku berkahwin. Biarpun dalam pada masa yang sama aku sendiri sudah menyayangi Riana. Namun papa akhirnya bersetuju, setelah aku berjanji biarpun ‘B’ sudah berkahwintetapi hubungan ini tidak akan putus. Maka, diraikanlah perkahwinan ini dengan penuh gilang gemilang. Aku kini menjadi seorang suami kepada Riana dan dalam masa yang sama kekal sebagaiisteri kepada Mr. J. Riana tentu sahaja tidak menyedarinya biarpun beberapa kali dia sudah bertemu mesra dengan Mr. J kerana baginya kemesraan kami ini adalah normal, tambahan pula dalam urusan perniagaan yang sama.

Setahun aku melalui kehidupan begini. Tanggungjawab ku pada mama tidak pernah ku abaikan dan sesekali aku bersama papa. Sehinggalah di saat mama ingin melahirkan zuriat pertama kami. Aku menemaninya sehingga bilik bersalin. Sewaktu kepala bayi kecil ini keluar dari rahim mama, hati dan perasaan aku cukup tersentuh melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan. Kala aku mengazankan bayi kecil ini, aku terasa berdosa dengan kisah silam aku. Pelbagai perkara mula bermain dalam otak kepala ku.
Aku segera menuju ke surau, melaksanakan sembahyang sunat dan sujud syukur. Aku menangis tidak terkira rasanya. Ya Allah, betapa indah ciptaan Mu pada ku. Biarpun aku telah menyimpang dari kehidupan sebenar dan lalai kepada Mu, tetapi Kau masih jua memberi peluang untuk aku melihat keindahan dunia sebenarnya. Aku bersyukur kerana Kau berikan aku kesempurnaan dalam kehidupan ini dan terimalah hamba-Mu kembali yang sememangnya jahil dan hina ini. Aku ingin tinggalkan dosa semalam dan bertaubat untuk tidak berpaling lagi. Ya Allah... Tunjukkanlah aku jalan kebenaran. 

SELAMAT TINGGAL...  Dahulunya aku mencari kebahagiaan bersama kalian. Kini aku tersedar sendiri untuk mencari ruang cahaya dari kegelapan. Aku malu pada diri ini, aku dusta pada kamu, aku tunduk pada kuasa syaitan, aku hilang arah dan tujuan, aku hipokrit, aku mainkan cinta dan paling utama aku jauh berada di persimpangan kebenaran agama. Mama maafkan ‘B’... Aku tahu kau tertanyatanya apa yang telah merasuk dalam hidup ku, berubah secara tiba-tiba. Aku pergi tinggalkanmu, menunaikan Umrah agar dapat aku mencari kembali jalan kebenaran yang telah lama akutinggalkan. Ikutkan hati aku, malu untuk hidup bersama dengan mu lagi tetapi andai kata jodoh kita masih panjang, aku kembali. 
Dosaku di belakang mu, terlalu banyak biarpun kau tidak mengetahuinya tetapi aku mohon kau memaafkan setiap kesilapan ku. Papa maafkan ‘b’... kita telah jauh hidup dalam dunia jahanam. Noktahnya di sini. Aku bertaubat untuk tidak kembali melakukan perkara terkutuk ini lagi. Aku harus tahu bahawa aku adalah LELAKI SEJATI! Punya anak dan aku tidak mahu anak ku ini nanti ketahui perangai ayahnya sebenar. Aku harap suatu hari nanti kau jua akan berubah dan kembali pada fitrah kehidupan sebenar. Amin...

sumber dari: nona.my

Monday, January 17, 2011

Salah buang payudara, suri rumah dapat RM 100000

Kerajaan bayar RM100,000 kerana kesilapan buang buah dada
2011/01/17

IPOH: Kerajaan bersetuju membayar RM100,000 kepada seorang suri rumah selepas seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini melakukan kesilapan membuang buah dada kirinya pada 2005 kerana disangka barah.

T. Silvarany, 56, yang sebelum ini memfailkan saman RM2 juta terhadap kerajaan Malaysia hari ini bersetuju agar tuntutan saman itu diselesaikan di luar mahkamah.

ishh!! jangan main main buang la..
rasanya RM 100k pun tak cukup! berharga tau ! sebelah takda, bukan senang2 boleh carik lain tepek kat situ! ishh!
seumur hidup kena tanggung...
hmm..
moga menjadi pengajaran pada pihak2 yang berkaitan..

Friday, October 15, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Mari berkongsi cerita ini.. :)

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Tuesday, August 3, 2010

Mata bergerak-gerak (eyelid twitching): Antara pemikiran orang tua-tua dan pemikiran saintifik?

Salam..

info dari emel seorang rakan untuk dikongsi bersama di pagi selasa nan indah ini..

cheers.. :)


Sejak beberapa minggu saya mengalami masalah kelopak mata bergerak-gerak. Terasa rimas..sampai rasa berair mata. Menurut kepercayaan orang tua-tua, mata bergerak-gerak bermakna kita akan menerima berita yang sedih. Lalu, saya cuba search di internet tentang masalah ini. Berdasarkan pencarian saya dalam alam maya, ramai yang menghadapi masalah mata bergerak-gerak dan terdapat pelbagai andaian atau kepercayaan tentang perkara ini. Antaranya ada yang berpendapat seperti berikut: “kalau yang bergerak tuh kelopak mata kanan, ada sedara belah ayah yang meninggal , kalau belah kiri , ada sedara belah mak pulak yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Walaubagaimanapun, sebagai muslim kita minta jauh daripada mempercayai kepercayaan-kepercayaan seperti itu. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan ketentuan dari Allah. Semoga yang terbaik juga yang kita akan perolehi. Kita hanya mampu berdoa semoga semua yang baik-baik sahaja yang kita akan dengar dan perolehi. Baik buruk sesuatu kejadian adalah ketentuan dariNya. Pasti ada hikmah di sebalik. Justeru, apa yang berlaku dalam hidup kita sesungguhnya tidak mempunyai kaitan dengan masalah mata bergerak-gerak. Kadang-kadang apa yang berlaku itu adalah secara kebetulan sahaja.

Saya juga turut membuat pencarian dalam internet untuk mengetahui punca-punca masalah ini. Saya perolehi beberapa maklumat penting berdasarkan pemahaman saintifik. Maklumat yang menarik ialah nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini.

Berdasarkan pengalaman saya, kesan daripada mata bergerak-gerak ini tidaklah terlalu serius. Kesan yang paling ketara ialah merimaskan kerana mata asyik bergerak dan menyebabkan gangguan emosi. Berdasarkan analisis saya terhadap diri saya mengapa saya mengalami masalah ini ialah ia berlaku apabila saya sentiasa risau. Kadang-kadang kerisauan saya terhadap keluarga yang jauh di kampung halaman. Kemungkinan juga mata saya mengalami keletihan kerana tugas-tugas saya sebagai penyelidik yang banyak menggunakan komputer. Boleh dikatakan saya mengadap komputer 8 jam sehari.

Penawar kepada masalah ini ialah perbanyakkan berehat dan berzikir pada Allah. Perbanyakkan juga membaca Al Quran dan terjemahannya agar hati kita sentiasa tenang apabila membaca ayat-ayat Allah. Moga hati kita sentiasa diberi ketenangan olehNya. Kalau simptom-simptomnya masih berterusan anda dicadangkan agar buat pemeriksaan mata kalau masih mengalami masalah yang sama ( kelopak mata bergerak-gerak).

Kesimpulannya, masalah mata bergerak-gerak ini tidak ada kaitan dengan kepercayaan orang tua-tua. Mungkin kalau sesuatu kejadian yang berlaku semasa kita mengalami masalah ini, ia hanyalah kebetulan sahaja. Sebagai umat Islam, sama-samalah kita elak daripada mempercayai kepercayaan ini kerana ia menghampiri kepada perkara-perkara khurafat. Yakinlah setiap kejadian itu adalah qada’ dan qadar Allah SWT. Wallahu ’alam

Friday, June 18, 2010

Wahai Wanita.. Begitu Berharganya Dikau..

Salam Jumaat kawan-kawan ku yang dikasihi..
Dibawah ini sedikit renungan untuk para sahabat ku sekelian.. renung renungkan.. :)

Wanita yang bergelar isteri..

* Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!

* Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

* Seorang isteri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan
menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh
pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau
terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jng menyia nyiakannya.

* Mgkn, krn keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal...
"...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa
"Betapa, BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg solehah dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA...

Semoga bermanfaat

IringJeling: Aku mahu menjadi isteri solehah!

Thursday, June 17, 2010

Susu Segar Ibu Untuk Di jual..!! Breast Milk For Sale!!

haa.. emel dari kawan ku! mari kongsi di blog!
haii.. macam ni pun ada kan? Jual susu ibu cara online, menda ni mesti dah lama org buat cuma aku aje yg baru tahu semua ni.. hihihi.. diorang tak kesah.. bedal aje... :) asalkan masyuk...
errr.. ada sesape mau turut serta? idea?! hmmm..
baca nih baca!!

"young mother, from Exeter, Great Britain, is selling her breast milk online, to earn extra cash, while on maternity leave.
26-year-old Toni Ebdon gave birth to a boy, earlier this year, and was beginning to feel uncomfortable with the amount of breast milk she was producing. One of her friends even joked that she should start a dairy, with the extra milk, and cash-strapped Toni took the idea seriously. Using a breast pump she drained the excess milk and stored it in the freezer. Next she went online and put an ad for breast milk, on Gumtree.
Although she was expecting some replies from new mothers who couldn’t produce enough breast milk for their babies, Toni Ebdon was surprised to find that most of the interested clients were men. It might sound weird, but many adults use breast milk to maintain good health, or cure illnesses such as cancer, diarrhea, or diabetes. Toni charges $26 for 113 grams of her precious milk, and sells it both fresh and stored in the fridge.
The young mother says she hasn’t made loads pf money from selling her breast milk, but since she doesn’t receive full maternity pay, and the baby’s father isn’t able to support them, the extra income is more than welcome. Toni will continue selling breast milk until she dries up, and she’ll definitely do it again, if she has another baby.

IringJeling: ramailah yang jadi anak susuannya kan? kalau orang tua minum jadi bapak susuan le plak? hooo.. tak dapek den nak tolong..

Tuesday, June 1, 2010

Terkejut, Geram, Marah!!

KOMBINASI gambar (atas) menunjukkan salah sebuah kapal yang mengambil bahagian dalam misi bantuan antarabangsa membentuk armada ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza.
Gambar bawah menunjukkan helikopter Israel terbang dekat kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan untuk penduduk Gaza.
Foto sebelahnya pula dirakam saluran televisyen Turki menyaksikan tentera laut Israel mendekati kapal aktivis.
(petikan dan gambar dari Berita Harian)

Rata2 semuanya sudah tahu tentang berita ini kan semalam?
aku dan suami juga sempat menontonnya di berita semalam, sambil makan malam,
aku mulanya tak dapat tangkap lagi, tapi B menunjukkan muka yg terkejut, sampai berhenti makan.. kemudian marah2.. lepas tu baru aku tahu..
Berita semalam menyatakan seramai 30 orang termasuk maut dan cedera.

Berani sungguh mereka serang Kapal Kemanusiaan (Mavi Marmara) yang membawa bantuan ke Palestin! berani? betul ka berani? atau penakut sebenarnya?


Baca lebih lanjut di sini
IringJeling: tukar gambar di profile menjadi hitam.. tanda sokongan..

Monday, May 10, 2010

Renungan Bersama.. Kata Isteri..

Gugel pic

Mari lah sama2 kongsi dan sama2 sama renungkan artikel yang baru ku dapat melalui emel pagi tadi.. dari isteri untuk suami.. bagiku ada betulnya juga! bukan berniat untuk bersuara lantang pada Si Suami.. cuma.. dengarlah.. isi hati keinginan si isteri.. kerana isteri juga punya perasaan dan kasihnya pada suami tetap no 1 di hati...tak perlu diragui..

Kalaulah sang isteri boleh bersuara?? Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

"Abang, tolong la jadi suami mithali yer...."

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?
Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.


Saya kongsikan 21 pesanan isteri yang suami tak perasan supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya :

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diter ima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relaks sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, k eja r anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak…

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong j ima tkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cer min dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?...

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli min yak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni semakin suami degil tak nak min ta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut)

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah. bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya. dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebaga ima na anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok la kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu min ta maaf, min ta maaf, dan min ta maaf la... kalau perlu dipujuk, pujuk… Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi..

Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka mener ima per min taan dan pesanan isteri ini. Semoga saya dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah ·

~ Ilmu hak bersama.. ~

IringJeling: asyik letak gambo omputih je.. letak gamba orang melayu sekali!

Tuesday, May 4, 2010

"Erma Fatima bakal mendapat Anugerah Payung Emas, sayang!"

hah...?
tercengang-cengang aku bila mr hubby tiba-tiba meluru berkata seperti ayat di atas!
"haaa.."
aku 'ha' kan aje.. sebenarnya aku tengah 'dok' kusyuk baca buku lain.. tapi terfikir gak.. Anugerah apa tu.. hrmm anugerah baru kot.. so aku buat 'deekk' aje..
masa tu kami kat kedai buku... dia pula sibuk membelek akhbar..

pastu dia datang lagi...
"Anugerah ini susah nak dapat tau! istimewaaa sangat.. agak2nya u nak ke?"
siu..siu..siu.. bersiul2 pulak sambil senyum 'nakai'...
aku pula tak dapat tangkap lagi! terus jawab acuh tak acuh..
"iya lah! kalau ada orang nak bagi amik je la...!"
dia pula buat2 terkejut bagai! " ha ye ke? susah nak jumpa orang yg nak terima anugerah ni dgn rela!! susah susah.. je u nak ya...?!" ngeh..ngeh..ngeh..
"hah?" aku menoleh kearahnya, buat muka pelik, marah, (kacau org tgh layan buku!) namun dia berjaya menarik perhatian ku!
dan melihat wajahnya yg tersenyum2, sambil angkat2 kening nya tu.. semacam ada trick kat situ!
buat aku cuba fikir sedalamnya, apa aje la.... yg dia nak kenakan aku nih! apa ya...?..

dan akhirnya aku dapat tangkap!!!
wahhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Babe!!!!!!!
Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!

dia suka bergurau begitu! aku tahu, mmg semua lelaki Islam selayaknya hingga 4 isteri..
Aku pernah merajuk teruk dengan dia pasal ini, dia pula kata mmg suka menyakat aku pasal ini,
gembira ha ha ha katanya! katanya cuma bergurau.. "sape tak sayang bini ooiii..." pandai pulak pujuk..


~cantik Erma ni, aku mmg 'admire' dengan Erma dari dulu, dia tegas, tak hipokrit dan punya prinsip sendiri, suka dengar suaranya yg macam serak2.. seksi..~

IringJeling: oh.. mengenai tajuk entry tu, sebenarnya Mr Hubby baru lepas baca akhbar yang tajuknya 'Erma Fatima Rela Dimadukan... ( baca artikel di ayat merah sblh) lansung mr hubby putarbelitkan penyampaiannya, kepada Payung Emas (suka nau nyakat ku).... Payung emas ialah ganjaran yang besar dari Allah di Akhirat untuk si isteri yang meredhai suaminya berkahwin lain


Bagi lelaki, poligami itu indah, tetapi lebih indah jika diserikan dengan pemahaman yang tinggi, manakala bagi wanita pula siapa yang tidak hendak mengejar ‘payung emas’, namun dalam pencarian itu peritnya hanya kita yang tahu.

Friday, April 30, 2010

Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

Aku terima emel ini dari sahabat, aku ikuti juga kes ini dari mula sejak 3 hari lepas, tapi bila dapat emel tntang laporan ni aku rasa sangat panas.. geram semacam je rasanya!
tak boleh nak cakap lebih2..
Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk AminulRashid.

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...
(tak tahu nape ayat tu terberhenti di situ, itu yang aku dapat dari emel..)


IringJeling: Semoga Tuhan membantu memberi petunjuk yang benar..

Thursday, April 22, 2010

Mari BerHijau-hijauan..

~ tinggal kami bertiga bergambar sakan! mereka yang lain pulun mesyuarat! geeee~

Seronok berhijau-hijauan..
segar..
tapi ada pulak tadi tak semena-mena dengar suara sumbing..

" gua takkan pernah layan hijau.. gua layan biru je!"

dah pulak... ishk..ishk..ishk.. kesian ke dia!
apa2 je la labu..

yang penting aku dan semua orang yang berhijau hari ni punya matlamat sama..
menyokong supaya bumi kita sentiasa sihat, kuat, dan hijaunya akan sentiasa segar..
kasihanlah bumi kita.. penat dah dia.. tua dah dia..dah banyak ia berjasa pada kita..
sekarang tiba kita pula memainkan peranan penting bagi mengekalkan kehijauan asli bumi..
Dengan cara apa? ada caranya.. buata mana termampu! sikit2 lama2 jadi bukit!

tips ini adalah dari emel-emelan.

1. Gunakan bola lampu jenis flurosen alias Fluorescent Lights (CFLs).

Kajian membuktikan bila lampu CFL menyerap energi 75 % lebih sedikit daripada lampu kuning terang benderang biasa. Dalam setahun CFL mampu mengurangi produksi karbon dioksida hingga 500 pon. Ini setara dengan pencemaran yang dihasilkan 17 kereta di jalan raya selama satu tahun!

2. Penjimatan elektrik di rumah.

Padamkan lampu di siang hari. Matikan suis ketika ruangan tak dihuni. Asal kita tahu rata-rata setiap rumah menghasilkan emisi gas rumah kaca dua kali ganda dari yang diproduksikan sebuah kenderaan. Jadi jangan disebabkan tidak mengeluarkan asap hitam dari kenderaan anda maka Anda sudah merasa sebagai adiwira penyelamat!

3. Jangan Gunakan plastik.

sebolehnya hindarilah pemakaian plastik. memang kebanyakkan di pasaraya dan kedai2 biasa juga penggunaannya sangat meluas!. Tapi ada baiknya kita membawa beg kertas sendiri dan menolak penggunaan plastik ketika membeli. Mengapa? Plastik bukan bahan yang dapat hancur dengan sendirinya di pembuangan sampah. Sejumlah kandungan dalam bahan tersebut akan merosakkan kesuburan tanah.

4. Maksimumkan penggunaan komputer.
Sememangnya kita ketahui era sekarang jarang orang berkirim surat melalui pos, tapi untuk pengetahuan, masih banyak syarikat-syarikat yang lebih suka cara penyimpanan tradisional dengan mencetak di atas kertas dan memfail. Tapi selagi kita boleh menyimpan sesuatu dokumen itu dalam komputer, simpankan sahaja, tak perlu di cetak, kerana kertas yang kita pakai adalah hasil dari penebangan pokok pokok dalam hutan yang berleluasa untuk mendapatkan bahan membuat kertas.

5. Beli produk tempatan.
Kerana ia dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan pencemaran, kerana barangan import memerlukan tenaga yang banyak yang sudah tentu menghasilkan pencemaran yang berterusan. Beli sahaja barangan tempatan yang tak kurang juga hebatnya.

6. Praktikan prinsip 3 R

Reduce, Reuse, Recycle. .

7. Perlahan-perlahan singkirkan tenaga yang tidak diperlukan.

8. Bunuh produk penghisap elektrik
Tanpa disadari, kita terus menerus membeli dan mengngunakan produk yang menghamburkan tenaga. Television (TV) adalah salah satunya. Tanpa sedar sebuah keluarga kerap menghidupkan TV tanpa henti 24 jam walau tidak ditonton. Begitu juga komputer, DVD player dan charger ponsel yang terus terhubung penggunaan elektrik.

9. Kurangi pemakaian bahan kimia.

10. Hijaukan rumah Anda!

Banyak di antara kita yang mengaku cinta lingkungan, cinta penghijauan, namun faktanya hampir semuanya tak pernah menanam apapun di halaman rumahnya. Ok jika Anda tak punya halaman rumah. Setidaknya usahakan untuk memberi kesempatan bagi tumbuhan untuk hidup di sekitar. Tanaman gantung atau hidroponik cukup membantu bagi Anda yang tinggal di apartmen, atau flat.

IringJeling:seperti budak di atas itu..pokok apa lah agaknya tu! oh ya, dirumah buah cili telah membuak-buak tumbuh! sayang pula nak gunakan!

Sunday, April 11, 2010

PAKU DI DINDING HATIMU….

Renung-renungkanlah
(emel dari seorang sahabat)


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat

mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita

ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang

Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu

tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,

jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku

menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,

dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu

satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku

tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut

kepada

bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau

telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang

di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi

seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika

marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,

tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,

namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka

fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu

ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan

sentiasa membuka hatinya kepada

kita.

Thursday, April 1, 2010

April is not a FOOL!

Pejam celik dah masuk April!
lewat mengetahui tentang kesah disebalik 1 April ini mbuatkan aku juga terikut-ikut mengenakan orang, menyakat sana sini..menunggu2 1 April semata-mata krn itu! namun, bila perasaan ingin tahu membawa aku ke definisi sebenar... kesal..

antara sumber yg diperolehi ttg makna April fool..

Makna di sebalik April Fool


“HARI pertama setiap April adalah hari yang perlu diingati berbanding baki 364 hari lagi,’’ kata penulis terkenal Amerika, Mark Twain.

Kesimpulan yang paling mudah daripada kenyataan Mark Twain tersebut tarikh 1 April setiap tahun itu ialah hari untuk usik-mengusik, bergurau-senda atau tipuan olok-olok. Tidak akan ada yang akan marah atau berkecil hati.

Tarikh itu digelar dengan pelbagai nama. Paling umum ialah April’s Look Day. Ada yang memanggilnya dengan April Mop dan di Scotland ia seringkali dikenali sebagai April Gowk.

Walau apapun panggilannya, motif tetap sama. Setiap kali menjelang 1 April, biasanya banyak di antara kita akan begitu sibuk dan terikut-ikut dengan budaya Barat serta bersiap-sedia untuk merayakannya.

Kita merancang untuk menipu orang lain, sahabat atau saudara terdekat. Budaya tersebut begitu erat melekat, seakan-akan pada 1 April tersebut, kita boleh berbuat dosa.

Namun, apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada.

Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H.

Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya.

Saya pernah membaca satu pendapat menarik oleh sejarawan Peter Gay dalam bukunya The Cultivation of Hatred yang menyentuh banyak aspek tentang budaya.

Antara lain, Gay menulis; `kesulitan terbesar ialah mengikis sesuatu peristiwa yang telah diterima oleh masyarakat sebagai amalan seharian mereka (budaya).

Beberapa sejarawan lain menganggap pendapat Gay tersebut disebabkan oleh ketaksubannya terhadap teori-teori psikoanalisis oleh Sigmund Freud dan Jacques Lacan hingga beliau melihat proses itu sebagai kandungan kesedaran manusia.

Gay berkesimpulan, setiap lapisan sosial akan membangunkan hegemoni kebudayaan masing-masing dengan tujuan mengatasi kelompok atau etnik lain. ‘Kemenangan’ akan diperoleh selepas kelompok lain menerima budaya yang dikembangkan.

“Kebanggaan terhadap etnik dan kecemasan etnik dalam banyak hal tidak boleh saling dibezakan. Lama kelamaan etnik yang tidak dominan terpaksa menerimanya menjadi satu sikap atau budaya mereka,’’ kata Gay.

Perspektif yang sama turut diutarakan oleh penulis Marxis Itali, Antonio Gramsci dalam koleksi catatannya yang dibukukan, Selections of Prison Notebooks.

Gramsci antara lain berpendapat, hegemoni budaya, selain ekonomi dan sosial adalah salah satu bentuk penjajahan baru ke atas kaum proletarian oleh kelompok borjuis.

Jika pendapat Gay dan Gramsci ini diambil kira, April Fool merupakan salah satu kekalahan masyarakat kita terhadap hegemoni budaya oleh Barat.

Kadang-kadang perspektif bahawa apa sahaja dari Barat dianggap moden. Lalu, masyarakat kita tanpa menapis dan memperincinya terus menerima sebagai budaya. Sehubungan itu, jangan terlalu mempercayai kata-kata Mark Twain bahawa 1 April setiap tahun adalah hari perlu diingati!


Sumber :: Utusan Malaysia Online - Sastera


hmm.. semoga kita semua membuka mata, mengajak hati kita usah terikut-ikut terpedaya dengan ikutan ini..
Semoga Tuhan sentiasa memberikan petunjuk dan jalan yg benar untuk hambanya ikuti.. bukakanlah mata.. jgn beranggapan jahil bila telah mengetahui perkara sebenar..

Wednesday, June 17, 2009

handbook 2009

A usefull info that i've received from my fren, which is quite interesting and good to share with..

A Handbook You Can Trust with your life.
Health:
1. Drink plenty of water.

2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.

3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.

5. Make time for prayer.

6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.

8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.

12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

13. Don't over do. Keep your limits.

14. Don't take yourself so seriously. No one else does.

15. Don't waste your precious energy on gossip.

16. Dream more while you are awake.

17. Envy is a waste of time. You already have all you need.

18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.

21. No one is in charge of your happiness except you.

22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

23. Smile and laugh more.

24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:
25. Call your family often.

26. Each day give something good to others..
27. Forgive everyone for everything.

28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.

29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
32. Do the right thing!

33. Always speak the truth even if it leads to your death.

34. GOD heals everything.

35. However good or bad a situation is, it will change.

36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

37. The best is yet to come.

38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.

39. Your Inner most is always happy. So, be happy...!

Like me!!

ngeehhh....




Wednesday, February 4, 2009

Antara Tudung Dan Cawat Besi

Disiarkan pada Feb 01, 2009 dalam kategori Tamadun

Minggu lepas ketika di Prague, Republik Czech saya mengambil peluang berjalan-jalan di kota yang penuh sejarah dan seni itu. Memang menarik Bandar Prague yang penuh dengan bangunan-bangunan lama yang cantik dan indah yang dibina sejak kurun ke sepuluh atau ke sebelas.
Walaupun usia bandar ini sudah sepuluh abad, namun bangunan-bangunan bersejarahnya masih dipelihara. Inilah salah satu keistimewaan yang saya lihat di Barat. Mereka begitu menjaga sekali bangunan-bangunan bersejarah yang begitu banyak di sana-sini.
Bangunan-bangunan bersejarah mereka diizinkan untuk diubahsuai untuk kegunaan semasa di bahagian dalaman, tetapi reka bentuk luaran yang menyimpan kenangan sejarah dikekalkan. Dengan itu bangunan-bangunan tersebut tidak terbiar, tetap terpelihara dan dijaga.
Sejarah mereka yang panjang menyebabkan bangunan bersejarah begitu banyak di setiap kota dan desa. Istana-istana lama yang menyimpan kenangan tentang raja-raja Eropah bertaburan di sana-sini. Walaupun mereka sudah tidak menyimpan institusi beraja mereka, kerana sudah tiada apa keperluan lagi untuk dikekalkan, namun mereka menyimpan bangunan-bangunanny a. Ia bahan sejarah untuk dikaji dan dikenang.
Bagi saya, mungkin mereka akan mengenangnya sebagai satu institusi yang menggambarkan bagaimana kezaliman, pembaziran dan penindasan dihalalkan atas nama kuasa, bahkan lebih buruk atas nama agama.
Sebelum kuasa pemerintahan dipisahkan dari agama oleh kebangkitan golongan reformis sekularis, para penguasa di Eropah memerintah atas nama agama. Gereja dan istana itu disepadukan. Tindakan-tindakan istana dianggap mendapat restu Tuhan kerana gereja sentiasa bersama istana. Inilah keburukan jika agama dijadikan alatan untuk kerakusan kuasa pemerintah.
Akhirnya kekejaman pemerintah dianggap kerestuan agama. Kerakusan dan ketamakan akhirnya dipalitkan kepada agama. Pemikiran bahawa agama berada di bawah kuasa pemerintah atau raja adalah pemikiran yang berasal dari Kristian Eropah.
Dalam Islam, agama mengatasi raja atau sultan atau pemerintah. Pemerintah bertanggungjawab membela agama, bukan mengongkong agama. Hukum-hakam agama tidak terikat di bawah kerestuan atau limpah perkenan pemerintah atau raja. Sebaliknya "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".
Maka tidak pelik dalam sejarah Islam, para ulama berkata tegas dan berani di hadapan raja atau sultan atau khalifah tentang sesuatu hukum sekalipun tidak mendapat restu istana. Hanya ulama-ulama cari makan sahaja di sepanjang sejarah menjadi alatan atau 'hamba' raja atau penguasa.
Di Prague, ada muzium khas yang mempamerkan alat-alat penyeksaan yang digunakan pada kurun pertengahan. Muzeum Of Medieval Torture tersebut menggambarkan betapa tidak berhati perut para pelaksana hukuman tersebut. Antara yang ngeri adalah gergaji yang digunakan untuk mengergaji dari celah kelengkang orang yang di hukum. Juga alatan sula yang menakutkan. Begitu juga sikat besi yang digunakan untuk menyikat jasad mangsa sehingga terpisah antara daging dan tulangnya.
Melihat itu semua mengingatkan saya kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di mana Nabi s.a.w pernah menceritakan peri kesabaran para pejuang agama yang terdahulu. Kerakusan itu nampaknya terus diwarisi oleh zaman pertengahan Eropah. Sabda Nabi s.a.w.:
"Sesungguh di zaman terdahulu, seorang lelaki dibuat lubang untuknya dalam tanah lalu dimasukkannya, lalu dibawa gergaji diletakkan atas kepalanya (digergaji) sehingga terbelah dua. Dia disikat dengan sikat besi sehingga terpisah antara daging dan tulangnya. Namun itu semua tidak membuatnya meninggalkan agamanya".
Antara yang menarik yang dipamerkan adalah cawat-cawat besi yang dipakaikan kepada isteri-isteri tentera yang pergi berperang menentang tentera Islam di Palestin. Barangkali kerana tidak percayakan kesetiaan isteri-isteri mereka, maka cawat besi berkunci dipakaikan. Ia begitu menyeksa, begitu menyusahkan untuk bergerak, apatah lagi ke tandas. Pada musim sejuk, tidak dibayangkan bagaimana menderitanya wanita-wanita yang dipaksa pakai cawat-cawat tersebut.
Itulah layanan yang diberikan kepada wanita Eropah pada zaman dahulu. Bagi mereka yang begitu mengagungkan pemikiran 'orang eropah' tentang wanita, jangan lupa bahawa mereka baru sahaja keluar dari kegelapan lampau yang menzalimi wanita dengan begitu rakus.
Malangnya, mereka memang telah keluar dari kegelapan itu, namun wanita mereka sekarang dimasukkan kegelapan baru di mana harga diri dan maruah menjadi begitu murah. Majalah dan akhbar saban hari menayangkan tubuh-tubuh yang muda dan cantik untuk menarik perhatian ramai demi keuntungan golongan 'pemodal' yang hanya memikirkan wang, tanpa menilai kesannya ke atas masyarakat.
Sesetengah golongan 'liberalis terlajak' yang mengkritik pakaian yang dipakai oleh wanita muslimah kononnya mengongkong kaum wanita, sepatutnya tahu bahawa tudung dan pakaian yang menutup aurat itu tidak pernah mengganggu wanita beriman. Betapa ramai yang memakai tudung yang sempurna berjaya dalam merebut persaingan kehidupan mereka. Betapa ramai dalam kalangan mereka yang menutup aurat yang sempurna itu mencapai kemuncak kejayaan dalam kerjaya dan rumahtangga.
Jika kebahagiaan dunia yang diburu itu yang menjadi sukatan, tiada sebarang data yang menunjukkan wanita muslimah yang bertudung kurang berjaya daripada yang tidak bertudung. Jika nikmat seks yang hendak diukur, adakah sesiapa yang berani menyatakan wanita bertudung kurang menikmati seks dibandingkan wanita lain?
Janganlah apabila golongan 'liberalis terlajak' ini membaca perjuangan reformis Eropah membebaskan kongkongan terhadap wanita mereka, cuba hendak mengutip semuanya. Pakai cawat besi tidak sama dengan pakai tudung kepala. Cawat besi tidak mungkin dilakukan oleh manusia berhati perut, tetapi tudung ada nilai kesopanan dan kesusilaannya. Sehinggakan golongan rahib wanita atau 'nun' juga memakai tudung.
Mungkin ada pihak yang mempunyai pendapat yang berbeza tentang tudung, tetapi nas-nas Islam yang difahami oleh majoriti umat ini sejak dahulu sehingga sekarang menyuruh wanita muslimah agar tidak mendedah tubuh mereka melainkan wajah dan kedua tangannya. Adapun purdah, saya antara yang menganggap ia tidak diwajibkan oleh agama ini. Mungkin ia boleh dianggap mengongkong di zaman ini. Pun begitu, ia masih tidak sama dengan cawat besi para isteri tentera Kristian pada zaman pertengahan.
Sebenarnya Islam telah lama membebaskan wanita dari kegelapan kepada cahaya yang menerangi kehidupan manusia. Malangnya, di sesetengah negara adat istiadat kaum telah mengambil tempat agama. Wanita diwajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh agama. Adat telah mengongkong mereka, seperti mana adat telah mengongkong wanita melayu zaman dahulu dan wanita sesetengah negara Arab di zaman kini.
Kefahaman agama yang sempit juga, sering memangsakan wanita. Demikian di Malaysia, pengurusan agama seperti 'mahkamah yang bernama syariah' yang melewatkan kes-kes talak sehingga seseorang wanita terpaksa berkurung nafsu bertahun lamanya adalah cawat besi halimunan yang dipakaikan kepada wanita beriman secara kejam.

Tuesday, November 11, 2008

Tepung


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker