Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Ketentuan Allah..

 Assalamualaikum,

Pagi pagi lepas subuh dapat sms dari adinda ku dari kampung yang berbunyi..
"... Sabar ye kela. Jgn sedih2 eh. Smua Allah punya kerja, Allah nak uji la tu, kela kena sabar dan kuat. kita doa je lg. yakin dengan Allah,kte jgn putus asa! ada la tu yang terbaik dari Allah nanti. Alang sentiasa doa utk kela semoga dimurhkan rezeki. InsyaAllah...
Ceria slalu!"

bila je ku baca air mata terus berderai..
tak sangka nasihat dari seorang adik ini mampu menyentuh hati seorang kakak..
humm.. ternyata adik2 ku semuanya dah besar besar..
dah pandai..
bijak berkata kata..
InsyaAllah.. kata katanya ini memang akan membuatkan aku kuat dan tabah..

Terima kasih duhai adik..



Rezeki Allah luas seluas luasnya...
tarik nafas.. hayati.. dan hargai setiap udara yang disedut..

Syukuri setiap pemberian dari Allah..
sesungguhnya sesuatu yang terjadi pasti punyai hikmahnya tersendiri..

Ayuh! bangkit!
Doa. Usaha. Tawakkal.

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita..

Assalamualaikum,
 
Istimewa buat wanita wanita ku..
Mama, Mek, Mak, kaum keluarga wanita ku....sahabat handai...

 Dan tak lupa buat semua pembaca.. dan teman teman blogger ku.... 
(walaupun tiada dalam gambar.. namun tetap di dalam hatiku.. )


Selamat Menyambut Hari Wanita sedunia...

love ya'all

=D



Friday, March 4, 2011

Aku Cemas!

Aku diminta oleh doktor untuk membuat pemeriksaan HSG untuk peringkat pemeriksaan seterusnya!
ikut temujanji ialah Isnin ini.
tapi aku agak cemas!
takut!
segan dan malu..
ada orang kata sedikit sakit, sakit kah? sedikit bagaimana tuh?
hmmm... ada orang yang dah pernah buat?

ohh.. makin lama menaip makin gerun pula!
aku ialah si penakut dengan kehospitalan kedoktoran keubatan..

HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan

Saturday, February 12, 2011

Cerekarama TV3: Ampunkan Daku

Aduh..
sampai mengalirkan air mata pulak aku tengok cerita ni!
:'(
melihat bayi bayi tu semua.. tersentuhnya hati ini..
melihat lakonan lakonan mereka semua..
membuatkan hati ini terasa sangat sebak...
huk huk..
aduii.... cedihnyaa...

Cerita ni mengisahkan gadis gadis remaja  yang telah terlanjur, tersasar, menjadi mangsa keadaan dan mengandung anak luar nikah.. mereka telah ditempatkan di sebuah rumah kebajikan, KEWAJA yang diasaskan oleh 'Ummi' lakonan Sheila Rusly!
mereka ni di jaga, di beri didikan agama sehinggalah mereka selamat melahirkan anak.
pelbagai tohmahan dilemparkan pada KEWAJA ini kerana dituduh menggalakkan lagi kegiatan maksiat yang melahirkan lebih ramai anak luar nikah!
terselit jugak cerita lain iaitu konflik kekeluargaan diantara 'ummi' dan bekas suami dan ibu mertuaanya, lakonan Zamarul Hisyam (bekas suami) dan Fauziah Nawi (ibu mertuanya).

ceritanya belum habis lagi..
aku sedang tonton..
nanti dah habis aku kan update kot.. InsyaAllah...

UPDATE (sinopsis Ampunkan Daku):

Mengisahkan bagaimana Latifah (Sheila Rusly) yang menubuhkan rumah perlindungan remaja wanita ie KEWAJA. Kisah hidup latifah yang terpaksa berpisah dengan suaminya, Azri (Zamarul Hisyam) dan anaknya Khalish akibat tekanan yang dihadapi daripada ibu mertuanya (Fauziah Nawi). Ibu mertuanya memang tidak sukakannya akibat latarbelakang Latifah yang lahir sebagai anak luar nikah.

Latifah mengasaskan rumah perlindungan remaja yang mengandung anak2 luar nikah sama ada di rogol atau telah membuat perhubungan sebelum berkahwin. Suaminya Azi, seorang anak emak yang sentiasa mengikut cakap emaknya dan tidak mempunyai pendirian walaupun isterinya sering di tohmah dan didera secara mental oleh ibunya sendiri dan dia tidak pernah untuk membelanya. Disebabkan tidah tahan dengan situasi itu, Latifah mengajak Azri untuk keluar dari rumah tersebut dan membina kehidupan mereka sendiri. Puan Azimah (ibu mertuanya ) tidak mengizinkan anaknya ikut sekali dan meletakkan syarat jika Latifah ingin keluar dari rumah dia tidak boleh membawa satu pun barang atau harta kepunyaannya. Untuk itu, Latifah telah meminta RM300K sebagai ganti, atas pengorbanan dan penyeksaan yang ditanggung selama dia berkahwin dengan Azri. Azri amat terkejut dengan permintaannya itu dan mengandaikan dia sanggup menjualkan anaknya demi wang. Walhal Latifah telah menyatakan dia begitu kecewa kerana suami yang dinikahinya dan dianggap sebagai pelindungnya tidak mempunyai pendirian dan tidak langsung membela isterinya.

Anaknya yang telah meningkat remaja iaitu Khalish telah mengetahui kisah rumahtangga ayah dan ibunya melalui ibu tirinya Sara (Zila Bakarin) telah lari dari rumah dan tingga di KEWAJA demi mencari kebenaran tentang kisah yang berlaku di antara ibu dan ayahnya.

Menurut cerita yang di terima dari ayahnya, ibunya telah 'meminta wang sebanyak RM300K' daripada ibu mertuanya sebagai ganti memisahkan khalisha dengannya. Namun demi sebuah kebenaran Khalisha telah mendaftarkan diri sebagai penghuni KEWAJA dengan nama gelaran Lisa. Di situ dia cuba mencari bukti2 untuk menidakkan cerita yang diterima dari neneknya.

Akhirnya Khalisha yang lari dari rumah telah menghubungi ayahnya untuk menceritakan hal yang sebenar dan membawa ayahnya ke Kewaja. Dalam pada itu, neneknya telah mengupah orang untuk mengikut jejak mereka dan memberitahu ke mana anak dan cucunya telah pergi. Ketika Khalisha memperkenalkan ayah dan ibunya kepada penghuni KEWAJA, neneknya muncul dan Khalisha terus memperkenalkan neneknya sebagai pengasas KEWAJA dan telah membuatkan neneknya tersentuh.

Akhirnya berkat usaha dan kerja keras Khalisha untuk menyatukan ibu dan ayahnya tercapai apabila Pn. Azimah terbuka hati dan memohon maaf atas kesilapannya yang lalu.

kata Sheila Rusly (facebook):
"pls watch..banyak pengajaran khususnya tentang remaja kita yg tersasar jauh dr landasan. harap Ampunkan Daku dapat membantu kerajaan mengurangkan gejala sosial yg semakin berleluasa..kita tidak mampu menghapuskan tapi kita mampu mengurangkan..insyaallah..amin.."

Monday, January 17, 2011

Salah buang payudara, suri rumah dapat RM 100000

Kerajaan bayar RM100,000 kerana kesilapan buang buah dada
2011/01/17

IPOH: Kerajaan bersetuju membayar RM100,000 kepada seorang suri rumah selepas seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini melakukan kesilapan membuang buah dada kirinya pada 2005 kerana disangka barah.

T. Silvarany, 56, yang sebelum ini memfailkan saman RM2 juta terhadap kerajaan Malaysia hari ini bersetuju agar tuntutan saman itu diselesaikan di luar mahkamah.

ishh!! jangan main main buang la..
rasanya RM 100k pun tak cukup! berharga tau ! sebelah takda, bukan senang2 boleh carik lain tepek kat situ! ishh!
seumur hidup kena tanggung...
hmm..
moga menjadi pengajaran pada pihak2 yang berkaitan..

Friday, December 24, 2010

Oh Wanitaku.. kalau berpacaran..

Di satu tempat di pusat membeli belah, 2 orang lelaki dan perempuan yang begitu mesra berjalan seiringan dan berjalan masuk ke satu ruangan pakaian lelaki.. sambil mereka memilih milih datang seorang salesgirl melayan pelanggan..
..........
" ok, yang ini nampak sangat sesuai dengan boyfren u" sambil tersenyum
" ha.. boyfren i? yang mana? yang itu ke...?" sambil menunjukkan pada lelaki yang sedang ralit membelek baju di sudut yang lain..
" ye la.. u jgn tipu ai la.. ai nampak u pegang pegang tangan tadi..mesra mesra.. mesti itu paktoh u.."
" aiya.. u ah.., itu suami ai la! boyfren boyfren tak main la.." hehe.. sambil tersengih?
" ha.. ye ah itu suami u? aiyaa.. biasa ah i tengok orang mesra2 macam tu ialah kekasih sahaja, kalau suami isteri ah.. mesti jalan jauh jauh, tak pegang2 tangan munya...."

hoh? macam tu pulok? huuu

*********************************************************
rentetan dari membaca entri cik Rima kita.. dari blog CIKEDIS
aku teringat peristiwa di atas tu.. :)
(jom! mari sama sama ke blog Cik Rima kita.. :)

betulla kata Rima tu..
kebanyakkan nya ingin tunjuk rasa kasih, sayang dah cinta lebih lebih sebelum kahwin..
tak boleh tahan..
bila ada pasangan untuk bercinta, hati jadi girang gembira. semua jadi manis belaka..
halal haram tolak tepi
dan bila perasaan kasih telah bercampur dengan keinginan dan nafsu..
sanggup serahkan segalanya..!
Nauzubillah..
Aku juga bukan pandai berkata kata sahaja, masih perlu perbaiki diri juga..Moga Allah ampunkan dosa dosa lalu.. dan melindungi kita semua dari perkara perkara yang boleh mendatangkan maksiat..

Aku masih punya adik adik.. dan adik adik perempuan lah yang amat merisaukan..
apa yang seringkali aku ucapkan pada mereka..
adalah supaya mereka jaga maruah mereka sebagai perempuan..
biar mahal jadinya.. jangan jadi terlalu murah, nanti orang cuma pakai buang!
orang akan lebih menghargai pada sesuatu yang berharga!
wanita yang berharga ialah wanita yang suci.. menjaga maruah, air muka dan martabat keluarga..
wanita yang berharga ialah wanita yang tahu menolak segala kemahuan nafsu cinta duniawi yang tiada ikatan sah..
wanita yang berharga ialah apabila dia mendahulukan Allah dan seterusnya tidak membelakangkan restu orang tuanya..
kalau nak cari yang soleh.. kenalah jadi solehah dahulu, betul tak?

dan juga..
Cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain..
masakan kita boleh mencintai orang lain, jika kita tidak mencintai diri kita sendiri?
kita mencintai diri sendiri dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu,
kita mencintai diri sendiri dengan mencintai Allah terlebih dahulu..
jauhilah segala terlarang yang haram
maka Allah akan permudahkan dan memberikan sesuatu yang diingini mengikut cara yang halal..

Percayalah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang tidak baik adalah untuk perempuan yang tidak baik..

Untuk adik2 lelaki ku juga begitu!
serupa sahaja!
kalau kamu mahukan si solehah..kamu perlu jadi soleh dahulu!

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242),




~gambar kredit to google (alistiqamah)~


Dengar ini....
'tidak perlu bersentuhan tangan pun jika sudah bersentuhan hati dan tidak perlu berbalas kerlingan mata jika telahpun berbalas balas doa..'
:)

Tuesday, December 21, 2010

Hey Lelaki tak guna!!

" kau ingat sebab kau lelaki maka kau ingat kau kuat?
kau ingat sebab kau suami maka kau boleh mengarah, mengherdik, memaki, memukul sesuka hati kau?
sedar tak bahawasanya kau memang seorang pengecut! dayus!
pukul perempuan... pukul isteri?
kau ingat kau kuat ke pukul perempuan??!
bodoh!
dasar lelaki penakut!
dasar bodoh kamu nih la! 
menggunakan kuasa yang ada sesuka hati..

kau ugut dan kau gertak! Mahu lafaz cerai!
Astagfirullah... bergegar tiang arash..
perkataan ini menjadi mainan buatmu?
sering meniti dibibirmu bagai tiada apa makna lagi..
kau kata..
kuasa di tangan kau!
kau boleh lafaz bila bila masa..! (maka si isteri harus takut.. harus gerun...)
begitu bangganya kau dengan kuasa yang kau ada!
tapi..
lupakah kau pada siapa yang beri kau kuasa itu?
sedarkah kau bahawasanya ada yang lebih berkuasa lagi dari kau?
Sedarkah??


tidakkah kau ingat lafaz dan janji janji ketika akad nikah?
Semudah itu kau lupakan...?


oh.. aku sedih..
sedih kerana terlalu kasihankan kau..
kau buta dalam celik
kau lemah dalam kuat
kau bisu dalam lantang!"

Aku marah!!

oh.. andai bisa aku bersuara begini pada setiap lelaki yang begitu kejam pada isterinya..
andai mampu ku bersemuka dan katakan ini semua..!

si isteri pula hanya pasrah..
redha..
syurga di bawah tapak kaki suami katanya.. (ya.. memang betul..)
sayangnya melebihi segalanya..
biarlah..
mengharapkan yang si suami akan berubah suatu hari nanti..
sentiasa mengharap.. berdoa siang dan malam..

tapi si suami?
tetap..
Aku lah raja.. akulah yang berkuasa..?

aku sedih mendengar cerita isteri isteri ini yang teruk dikerjakan suami!
seteruk teruk layanannya.. yang tak terjangkau dek akal aku pun ada..
tak sanggup nak mendengarnya..
aku tak faham kenapa tergamak perlakukan isteri begitu!
dan kebanyakkan isteri cuma bertahan
ya aku tahu..mereka punya alasan sendiri untuk itu..

buat isteri isteri yang ku sayangi..
jika ada antara kamu yang mengalami nasib yang sama seperti ini, fikir lah sedalamnya, negara kita ada undang undang, yang tak pernah sisihkan kita..
aku tahu, dek kerana sayang, relakan sahaja apa yang berlaku..
namun, walau apapun jalan yang dipilih, mohonlah petunjuk dari Allah dulu..
moga kebaikanlah jua yang sedang menunggu..

Thursday, October 28, 2010

Pesanan Ikhlas

teringat celoteh nenek.. dia selalu pesan..

Perempuan ni tinggi nilainya jika jaga perilaku..
jangan jual murah sangat, jangan tunjuk murah sangat..
biar kita tolak tolak.. biar kita malu malu,
sebab, itulah benteng untuk diri kita..


Malu ni sangat penting untuk perempuan,
takda malu, takdalah seri..
takda malu, takdalah kelembutan, takda kesopanan..

takda malu, takdalah kekuatan, takda kehormatan..
dan,
harga diri..hilang entah kemana

malu itu penting..

hilang malu, hilanglah martabat kaum wanita..

tengok pada daun semalu! menguncup bila kita sentuh, dan sekelilingnya ada duri.. boleh luka tangan tu kalau ditariknya..

perempuan ni sepatutnya umpama daun semalu lah..

nenek aku ni selalu lah juga cerita masa zaman dia muda muda dulu.. zaman ngorat ngorat dulu.. hehehe.. banyak yang tersirat dan tersurat...
seronok dok berborak dengan dia, dengar cerita cerita lama..
sejak dari kecil...kalau aku duduk bersila mesti dia tegur! duduk bersimpuh baru la sopan katanya.. huhuhu..

tadi pula aku ada membaca artikel ini dan mahu sama-sama kongsi bersama kamu semua..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Monday, July 5, 2010

kepada semua perempuan-perempuan milikku

Perempuan-perempuan itu adalah adik adikku..
sungguh sebagai kakak aku sedikit sebanyak terbeban dengan pangkat ini..
sungguh hati ini sentiasa memikirkan mereka ini
semakin dewasa mereka, semakin pula hati ini sibuk
sibuk memikirkan tentang perlakuan mereka
sibuk memikirkan tentang pergaulan mereka
sibuk memikirkan persekitaran mereka
pembawakan mereka..
Aku harap, kamu adik2 ku tidak jemu, bosan dan marah dengan kesibukan aku ini..
terhadap kamu..


kamu semua jauh..
jauh merantau, menimba ilmu
ku harap kau
jagailah batas2 pergaulanmu
jagalah maruahmu, air mukamu, sebagai perempuan
buka mata, buka minda! supaya kamu jelas boleh melihat hiruk piruk kehidupan ini dan dapat mengawal nya dengan bijak!
kuatkan hati, teguhkan iman
supaya boleh menepis segala rintangan dan ranjau hidup yang berliku liku ini..


Ingat Allah itu Tuhan yang sentiasa Ada setiap masa untuk kamu berharap
kerana kau hambaNya seabadinya
ingat keluargamu yang sentiasa ada di belakang memberi sokongan!
kerana kau permata yang amat bernilai buat keluargamu

Aku sayang kamu semua!!



Peluk Cium...



~ alang, ayu, along, achik~






~Lah, Hani & Achik, AYu~


IringJeling: aku risau wehh.. zaman sekarang, tengok pula berita2 yg tak best tentang budak2 pompuan sekarang! aku risau adik2 aku weh, moga Tuhan melindungi mereka.. Minta Tuhan jauhkan perkara2 yang tak elok kepada kita semua.. Amin..

Friday, July 2, 2010

Sedih weyyy..!!

sedih menyelubungi jiwa...

sebentar tadi aku menerima mesej dalam FB dari seorang sahabat lama!
Bermula minggu lepas..
dia yang aku cari2 selama aku berFB, akhirnya ketemu minggu lepas! aku si 'excited' ini pantas meng'add' beliau dan menghantar mesej betapa dia ku cari-cari selama ini. Rindu.

Beliau 'approve', dan aku gembira!
namun tiada balasan di bahagian mesej, sehingga lah hari ini! tadi.
perasaan berkobar2 gembira ingin membuka mesej itu..
terfikir apalah yang di balasnya pada aku! tentu dia pun teruja seperti aku!

namun setelah melihat ayat ini..

"slm..eh cik Mai ader no x? awak tau dia dok maner? boleh bagi?"

erk!!!!!!!

telan liur!

terkesima!

tertunduk sugul.. menyembah bumi.. di susuli rintik hujan lebat yang turun, membasahi diri.. titisan air mata bercampur titis hujan.. ( bayang kan aje ni.. )

hmmm terasa malu amat pulak aku nih! maaluuuuuuuuuu weyyyy!!

seperti sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu! (eh takda kena mengena..)

seperti hidung tak mancung pipi tersorong2 pula.. ( tapi idung aku cam mancung je! wek!)

hmm.. ntahlah, aku ingat nak ignore sahaja mesej itu tanpa membalas! tapi patut kah? sedangkan aku tahu sangat si Mai punya no. kami berhubungan. rasa mahu remove sahaja dia! tapi tak patut. macam jahat pula aku nih!

macamana nih? patut aku jawab ke tidak..? hati dah perih ni!..
korang faham ke apa ku rasa.. hmmm tak faham tak apa.. saja mahu mengadu di sini..

IringJeling: terasa hingga menusuk jauh di kalbu! sob..sob..

Friday, June 18, 2010

Wahai Wanita.. Begitu Berharganya Dikau..

Salam Jumaat kawan-kawan ku yang dikasihi..
Dibawah ini sedikit renungan untuk para sahabat ku sekelian.. renung renungkan.. :)

Wanita yang bergelar isteri..

* Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!

* Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

* Seorang isteri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan
menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh
pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau
terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jng menyia nyiakannya.

* Mgkn, krn keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal...
"...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa
"Betapa, BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg solehah dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA...

Semoga bermanfaat

IringJeling: Aku mahu menjadi isteri solehah!

Wednesday, June 9, 2010

Libresse : Aku sudah.



Pernah tengok logo di atas tu? pernah dengar Libresse? Pernah tengok iklannya?
alaa... yang Adibah Noor dan Yuna model iklannya tu..
yessss... iklan tu lah..

terpanggil nak buat entry tentang ini, kerana...
ingin berkongsi pengalaman bersamanya... (cheeh!)
aku sahaja ingin mencuba kan.. betulkah seperti yg di gebang2kan dlm iklan tu..?
biasalah iklan kan.. mesti gempak habis!
ternyata!
ianya tidak seperti yg lain,
memang berbeza!
agak tepat seperti yang dikempenkannya tu!
semua ciri2 istimewa yg diorang sebut tu mmg agak bertepatan, friendly!
err.. paling aku suka ialah reka bentuk dibelakangnya yg belah di tengah!
errr..
ntah? aku rasa sangat selesa, sampai tak perasan yg aku sedang pakai! ohhh?
tahniah ya Lebresse..
cukup setakat itu pengalaman yg mampu diceritakan!
lebey kalu.. beli sendiri ya!
rasa sendiri!


Aku bukan ingin promosi, jauh sekali ingin menghasut!
aku cuma ingin berkongsi ngan kawan2 wanita ku..
lelaki pon boleh juga, unjurkan pada isteri dan teman2 wanitamu..
:)


Ini gambar di ambil dari google;packaging yg limited design ni! oh ya lupa nak bagitau, design packing nya mmg agak happening, colorful! ceria! pandai mereka menarik hati kita kan?!

IringJeling: Setiap Kali iklan Lebresse Kak Adibah Noor tu, 'B' aku cam tak sanggup nak tengok!! semacam satu perasaan yg tak best sangat bagi dia tengok iklan tu!seriauu dia kata! iklan2 yg lain pun dia suka nak komen! hmm lelaki,... ttg yg ini mereka takkan pernah merasa, dan takkan faham!  hihihi.. mmg kebelakangan ini iklan-iklan barang ini telah di variasikan pelbagai! banyak lak tu! kadang2 tu cam ntah ape2 je.. mmg bisnes jual brg ini takkan berhenti selagi ada nya wanita, tumpuan utama ialah wanita! mereka tahu, nak taknak kena pakai juga kan? so pengeluar2 ni semua berentap lah nak keluarkan yg lebih best!

ok maaf jika ada kesilapan atau membuatkan hati sesiapa tidak tenteram dengan tulisan aku ini.
cheers!

chow!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker