Assalamualaikum,
terasa ingin kongsi di sini..
Hari ini kena scan lagi, untuk periksa kesihatan..
lepas tu, doktor beritahu, perlu sambung rawatan lagi, kena ambil ubat lagi..
alamak!! mesti kena ratusan lagi ni...
terus check duit dalam beg ada RM 253 je.. rasanya tak cukup ni...
terus aku berpeluh di situ..
selongkar2 dalam beg, biasanya terjumpa gak barang sepuluh dua.. tapi kali ni tak jumpa laa..
hummm....
tak sangka plak kena sambung ubat, sebab ingatkan cuma pemeriksaan biasa tu yang tak bawa lebih..
kredit card VISA dah beri pada hubby masa dia nak outstation..
tinggal AMEX je.. kat sini tak terima pulak...
nak call adik suh bawa mai duit pun hp aku tiba tiba abis battery...
huih... buntu jap!
dan tiba tiba namaku di panggil..
" cik sila bayar kat kaunter pembayaran dahulu dan datang kembali dengan resit untuk ubat"
aku pun terus menuju ke kaunter..
tet.. tett.. tett.. kira kira.. orang tu pun maklumkan.. RM 287!
alamak.. sah sah la tak cukup duit..
tapi aku bukak juga beg duit.. dan kira kira kat depan dia..
humm tak cukup ni...
orang tu pun cakap..
" bayar guna kredit kad pun boleh.."
"tapi encik saya ada AMEX je.. tak boleh kan?"
"takpe la, saya datang kembali untuk ambil ubat, sebab duit saya tak cukup, tak tahu kena ambil ubat tadi.."
Humm.. jenuh la pulak.. nak turun naik.. parking bagai.. getus dalam hati je..
tiba tiba dia ternampak kot kad Maybank aku..
" haaa.. tu kad tu pun boleh guna.."
"Debit kad boleh ke? setahu saya hari tu tak boleh??"
" ooo.. baru je dibolehkan ni.. baru minggu ini kami terima Debit kad.."
ouhh... syukur banyak laaaa..... alhamdulillah...
tak perlu la aku nak menapak sekali lagi...
syukur2...
Makanya terus sahaja di swipekan kad debit aku itu..
maka berkurang la lagi duit didalam nya..
waaa.. minggu ini sahaja ratusan ringgit dah dikeluarkan..
tak mengapalah..
semuanya demi kamu wahai si anak..
mungkin rezeki wang yang Allah kurniakan baru baru ini adalah untuk tujuan ini juga...
Alhamdulillah...
sesungguhnya aku hanya mampu berdoa, berusaha seterusnya bertawakkal..
selebihnya hanya Allah yang tentukan..
rahsia Allah.. tiada siapa yang tahu..
aku bersyukur segalanya... =)