Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Layan Filem. Show all posts
Showing posts with label Layan Filem. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Mengkukis bersama 3 Idiots TV3

Assalamualaikum,

pepagi tadi riuh dengar kengkawan (yg minat hindustan laa.. ) dok citer pasal citer hindustan semalam..
3 idiots yang di tayangkan di tv3 semalam!
ada sesiapa yang menontonnya?
sejujurnya aku memang kurang berminat mahu tonton ..
tapi tiba3 dapat sms dari sahabat..suruh aku tonton cerita ini di tv3! best katanya!
hmmmm...
masa tu tengah mengkukiskan diri..
sesambil tu buka la jugak citer tu!
ehh... tetiba terlayan la pulok.....
ishh!
boleh tahan la citernya..


  
 ~ citer ni dari tahun 2009 lagi katanya.. box office lagi... nak tahu lebih lanjut klik En WIKI  (ya... sempat check Wiki lagi.... hhe.. =p ~

~ Nasib baik tak hangit kukis kukis ku ini.... ini antara tempahan kukis yang telah siap direbenkan.. =) 
Alhamdulillah.. rezeki dari Allah.. ~

agaknya semuanya dah makan tengahari kan?
kongsi makanan semalam punya boleh?
semalam tak sempat nak makan berat2 pun.. makan ringan2 je..
ilham dari Subway laa..
terus aku buat sandwich ala ala nya..
cari roti tak jumpa macam diorang..
hentam saja la..

~ so ini ialah dinner kami semalam... harus kena buat lagi.. boleh ganti nasi ke? 
misi nak kurus masih diteruskan.. ~


ok... itu sahaja laporan yang sempat untuk hari ini...
moga kita ketemu lagi..

Wassalam..



~ cerita drama TV9 pun best semalam! tapi aku tak sempat tengok dari awal.. dah nak abis baru sempat tonton! sedih giler, walaupun tonton sekejap je.. air mata nak keluar deras deras.. huhu... emo lebey..~

Monday, April 11, 2011

NCIS! mari tonton!


NCIS datang lagi! cerita kegematan kami! :D
malam ni episod yang pertama...
aku sempat bersiaran sebentar sambil menonton NCIS di 8TV!


..................................

Tuesday, March 8, 2011

Teruknya!

Eh, Assalamualaikum..

Tetiba je tajuk mood sentap pulak ya?
selamat malam...
3 hari aku tak update blog, ya, semestinya aku punya sebab ..
Alhamdulillah.. malam ni sempat untuk 'update'..
rindunya pada kamu, kamu dan kamu.....

tadi tengok cerita Dia Bukan Maryam..
berbulu je dengan peel 2 orang adik beradik yang sanggup ketepikan perasaan mak dan ayahnya semata mata kerana ikutkan perasaan pengaruh lelaki!
dari ritu lagi nak komen, ni je baru sempat..
kalau ada yang ikut cerita ni, boleh tengok la..

yang si kakaknya, sampai sanggup ketepikan nasihat mak dan ayahnya!
cakap orang tua taknak dengar! sayang sangat kat laki tu sampai sanggup lawan cakap mak! pastu keluar rumah! merajuklah konon bila pilihan hati tak berapa disetujui oleh mak ayah! bungkus beg baju.. terus blah..
si adiknya pula.. membawa hati yang lara.. lari ke tempat lain, konon nak mencari ketenangan jiwa bila si kekasih berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri... hmmm...

sampai merajuk hati mak ayah nya lalu balik ke kampung... kesian...
ya Allah.. bukan kah berdosa mengecilkan hati orang tua.. apatah lagi hingga buat air mata mereka mengangis!

ha, pastu bila tengok orang tua dah takda kat rumah, tahu pulak nak menggelabah!
haa.. itu baru balik kampung je tau.. kalau dah takda betul? kan ke menyesal tak sudah!?

siap kata yang mak ayah nya buat drama pulak! konon buat drama la... balik kampung, nak tarik perhatian mereka anak anak...

ishh... apa lah! hmmm
apapun ini cuma dalam cerita lah.. adalah mesej tersendiri ingin disampaikan...

well..
persoalannya, kenapa nak lari dari rumah?atau cuba ingin berada jauh dari keluarga? kenapa nak duk jauh dari ibu bapa..?
bukankah di rumahlah tempat yang paling selesa.. ada ibu.. ada ayah... syurga kan di tapak kaki ibu.. hmmm..
perkara ni banyak berlaku diluar pun..
sanggup ketepikan perasaan orang tua yang melahirkan dan membesarkan semata mata kerana kasih, cinta, sayang... hmmm
tak hargai masa yang ada bersama orang tua..
bila mereka dah tiada di dunia nanti?
menyesal tak sudah..
saat itu mesti akan menyesal tidak penuhi masa bersama mereka...

buang emak buang saudara?
kerana kasih hamba turutkan?

no no no....

busuk busuk kita, hanya keluarga sahajalah yang akan tetap menerima kita seadanya...
insyaAllah..

motif entri?
hargailah ibu bapa selagi mereka masih hidup..

Monday, November 29, 2010

Natrah | Cinta, Perjuangan dan Airmata


*pic: kredit to manggaonline

Memang sudah lama aku nantikan peluang ini!
peluang untuk jejakkan kaki ke Istana Budaya!
Peluang untuk menonton teater!
dari zaman aku sekolah2 dulu lagi aku memang teringin sangat nak tengok teater!
dan
akhirnya peluang itu telah datang semalam!
Syukur,

ok,  cukup cukup dengan keterujaan aku!

~ tickets for 2 ~

~ wah.. saat ini ku menantikan sahaja teater bermula.. dan ada pengunguman kata tak boleh ambil gambar sepanjang persembahan! alaa.. spoil sungguh ler!! ~

Intro dia mula mula memang mengujakan.. pentas bergerak dari belakang ke depan! pentas yang dipenuh bebunga! cantik gila! sekali dengan pengcahayaan yang sangat sesuai.. ala2 biru.. ungu2..
disamping Sofea Jane bermonolog di atas pentas bunga2 yang bergerak itu!

apa yang boleh ku katakan, intronya pun sudah cukup membuatkan aku tidak sabar untuk melihat apakah kelainan yang seterusnya! :)

Perjalanan cerita yang tidak membosankan! tapi ada scene yang mana 3 orang Natrah bermonolog, natrah remaja, natrah belia dan natrah 40 an.. scene dimana mereka bercakap! lama jugak kot, rasa kuyu pula mata masa tu! tapi lepas tu ok balik!

sempat juga aku mengalirkan air mata sebenarnya! shhh...!
tersentuh hati dan jiwa kecilku ini bila menghayati dan memahami jalan cerita Natrah..

 Disamping itu.. sebenarnya..
dalam otak fikiran ku ligat berfikir..
wah.. besar sungguh la sebenarnya belakang tabir mereka ni..
props mereka hebat..
maklumlah, ini pertama kali aku menonton teater,
dengan latar belakang yang berubah ubah.. 
sekejap ke depan, kejap ke belakang..
sekejap dari belah kiri, sekejap dari kanan...
kejap lagi bangunan turung dari atas... pastu naik balik..
di tengah tengah pentas itu juga boleh menenggelamkan orang.. errr.. maksudnya, ada ruang pentas kecil yang boleh masuk ke bawah pentas.. underground..
best kan?
(kata kawanku, nampak pentasnya memang kecil, tapi dibelakangnya, sekelilingnya memang luas sangat, bawah pentas pun luas siap boleh masuk kereta.. ) oooo.....

sound? juga bagus sekali..
lagu dan muzik itulah juga yang memainkan peranan yang penting!
membuatkan penonton dapat menghayati setiap situasi persembahan yang diberikan
aku suka sekali dengan lagu.. "cantiknya si dia"
aku mahu lirik lagu itu!!

pelakon pelakon yang mantap sekali!
Maya Karin sebagai Natrah, dilihat begitu selesa dengan watak itu...
dia dan Remy Ishak, berjaya membawa penonton menghayati perasaan kasih dan sayang mereka...
yang paling best! tika melihat aksi Remy menari! wah! bukan senang tu!
bersemangat sungguh dia! syabass! :D

Sinopsis ringkas Natrah:
Natrah @ Huberdina Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang berusia 5 tahun ketika dia diserahkan oleh ibunya Adeline, kepada Che Aminah, di Indonesia pd tahun 1942. Keadaan ketika itu memaksa Adeline bertindak sebegitu memandangkan suaminya (bapa natrah) telah ditawan tentera Jepun.

Natrah kemudiannya di bawa ke Kemaman terengganu, kampung Che Aminah, dan membesar disana mengikut adat budaya Melayu dan ajaran Islam..dia di ajar mengaji, sembahyang..
kehidupan Natrah sangat bahagia disamping teman teman sekampungnya ,
sehinggalah pada tahun 1949, Natrah ditemui oleh wakil orang British ketika dia membuat persembahan di Sekolah Perempuan Melayu Chukai..
dan,
disinilah bermula lah episod duka Natrah..
~ketika inilah Natrah kantoi dengan omputih tu...membuatkan omputih tu tertanya tanya dan menyiasat latar belakang Natrah~ Pic,kredit to manggaonline


Sekaligus, 
kenaifan Mak Aminah dengan membawa Natrah ke Singapura (atas percaturan yang dirancang oleh pihak Belanda) memerangkap Mak Aminah dan.. memburukkan lagi keadaan.
(Kesian mak Aminah.. sigh...)
perebutan hak penjagaan berlaku antara ibu bapa kandung Natrah dan Mak Aminah..


~sedih je masa nih!.. :-(    *pic: kredit to manggaonline

Disember 1950, mahkamah akhirnya memutuskan Ibubapa kandung Natrah berhak ke atassnya sekaligus berhak menentukan agamanya
Kes menjadi semakin tegang apabila isu agama diperdagangkan..
Berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi untuk membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar propenjajah ketika itu.

tapi 'ending' nya aku tak berapa puas hati sangat, sebab dibiarkan begitu.. tanpa menceritakan bagaimana pula keadaan ibunya setelah sekian lama Natrah di bawa ke sana..
cuma yang ada, suaminya Natrah, Mansur Adabi telah berkahwin lain setelah 4 tahun berlalu..
sedih je Natrah masa tu.. aku pun sedih..
seakan aku dapat merasa perasaan Natrah ketika itu!
Dia menjadi mangsa keadaan..

Pengarah/ penerbit Natrah membiarkan penonton menilai sendiri..dan menjawab sendiri persoalan tentang kematian Natrah.. samada cara Islam kah atau Kristian kah..
dengan membuat 2 adegan di mana.. sebelah kanan ialah Islam- orang sedang bersembahyang berjamaah di dalam masjid,
dan di sebelah kiri ialah Kristian- paderi bersama rahib rahibnya di sebuah gereja, mereka menyeru nyeru Natrah kepada mereka..
dan pintu gerbang ditutup.. Wallahua'lam

(bila dah habis cerita baru boleh ku snap gambar.. skema kan aku? aku menghormati permintaan penganjur..)
~ antara pelakonnya, Pelakon utama; Maya Karin (Natrah), Remy Ishak (Mansur Adabi), Ummi Aida ( Mak Aminah), Aaron (peguam), Ziela Jalil (ibu Mansur), Nabila Huda dan lain lain.. ~

~ Sofia Jane (Natrah usia tua), Susan lankester ( ibu kandung Natrah), Sh Sofia (natrah di usia 40'an) dan lain lain lagi..~
~ dan ini dia pengarah Natrah! Eirma Fatima yang best!! best! best! ~

~ semua pelakon.. ~


~ di pengakhiran.. selesai sudah.. dah abis baru boleh snap gambar..~

Secara keseluruhannya, teater ini tidak menjemukan, kerana setiap adegan  mencetuskan berbagai perasaan yang berbeda, supaya penonton tidak 'boring'.
ala ala teater muzikal pun iya juga! :D

Tahniah untuk semua yang terlibat dalam Natrah!
walaupun terdapat kontroversi antara Pengarah Natrah dan Penerbit Buku Natrah,
itu tidak menghalang penonton untuk datang ke Istana Budaya melihat sendiri teater itu..

Natrah..
dalam dirinya hanya tahu erti kesetiaan, kasih dan sayang..

Monday, November 22, 2010

Mari Menonton Wayang di Rumah!!

huhuhu..
korang pernah tengok wayang kat rumah tak?
minggu lalu kami melayan dvd  melalui tayangan wayang gambar!
hehehe...
yang sebetulnya, kami pakai 'projector' je!
tapi memang sangat layan sey..
puas hati je..
bagai menonton wayang 'gold ticket' je.. special for two! hehe.. bayar mahal ni..
tapi dalam bilik kami je... :D


macam LCD screen pun ada kalau kecikkan camnie... (maklumlah kami tiada LCD screen yg besar besar mcm kbyakkan orang pakai sekarang..)
ini masa kami layan cerita Stephen Chow Sin Chee...'legend of the dragon'

best best! nanti nak buat lagi!

korang pernah buat camni tak?

Sunday, October 24, 2010

Drama TV3: Taubat Nasuha

Baru je habis cerita ni.. cerita ni tercalon dalam anugerah skrin rasanya, tu yang diorang siarkan malam ni..


memang sentap jugak cerita ni,
cuma memang aku tak puas hati dengan endingnya tu..
hmmm... kesian mereka.. ibu dan anak beranak mati macam tu sahaja..


hmm.. lagi pulak tu ada pembantu pengarah kat luar ni..
hahaha.. sepatutnya camni.. sepatutnya camtu.. huhuhuhu...suara suara pengkritik.. ;p


" alamak.. apsal macam ni.. spatutnya.. bla..bla..bla..."


"hehe bis tu b, apa lagi? pegi ler bgtau ke pengarah drama tu... cakap kat sini dema tak dengar pun... :)"


apa pun, cerita tu agak menarik jln ceritanya, iktibar untuk semua yang menonton..


moga ada tuah drama ni nanti di Anugerah Skrin.. :)

Monday, May 31, 2010

"huh..!!! menangis konon..jantan tak tau malu!..menikah satu sen tidak kluar uang, malah harta anakku kao kikis sampe habis!!.. kemdian kao seksa pulak anakku sehingga dia mati..! pergi kao main muzik di sana buat apa kao menangis di sini!!!!"



"huh..!!! menangis konon..jantan tak tau malu!..menikah satu sen tidak kluar uang, malah harta anakku kao kikis sampe habis!!.. kemdian kao seksa pulak anakku sehingga dia mati..! pergi kao main muzik di sana buat apa kao menangis di sini!!!!"

IringJeling: baca dengan nada2nya sekali.. sekali ngan muka2 nya sekali.. sekali ngan 'action'nya sekali, kalau boleh pakai baju sama pun ok! erkk!
ok ce teka.. citer apa? :)

Friday, November 20, 2009

Alkisahnya '2012' kami!

Semalam.. kami tengok wayang 2012!
tapi ada cerita disebalik tu yang lagi syiok!

Kami berdua mati2 la ingatkan tiket tu kul 11mlm.. sebab pompuan jual tiket tu yg konfem kata tiket kul 11 je ada, yang kul lenlain tu ada, tapi seat depan sekali! so adalah tiket yg kul 11 ni, tapi seat dia? jeng..jeng..jeng.. seatnya satu depan, satu belakang! hahaha..maknanya bukan sebelah menyebelah la...! errr... memula tu pikir gak.. hmm.. camano nih! my mr hubby dah cam taknak, tapi, aku kate.. "ok jer!" ala.. kita tengok wayang tu bukan nak bckp2 pong.. ala.. nanti kita mintakla tukar seat ke hape ker...
so, setuju lah kami untuk berpisah seat! pukul berapa?? pukul 11...
hahaha..ok! tanpa periksa tiket tu pun, kami meronggengla jalan kesana sini...

tetiba , jam dah pukul 10 mlm.., my mr hubby tetiba nak tengok tiket tu..cheee... kenkonon dia nak blakon, kenakan aku la yg.... 'alamak... tiket kul 10 laa...' konon nya....
so aku pun, tngokla... biar betul dia nih... aku pun saje ler bebuat cuak jer..(aku tahu dia saje nak kenakan aku)
tapi ada yang lebih memeranjatkan, bila kami tengok tiket tu betul2 sebenarnya wayangnya kul....

9.30!!!

what?!!

biar betul.... ( kami memang betul2 terkena plak! bukan lawak!)
kami pun apa lagi.. terus la berlari.. meluru ke panggung! chesss.. sambil blari tu, mengomel ngomel.. itu ini... chessss..... chesss...!
memasuk tu panggung dah penuh! chess... dah la dok asing2! chesss... hmm.. takda chan plak tu nak tukar, sebab semua pun couples...

hehehe... 1st time dok berasingan tengok wayang dengan b!
hohohoh... itula ceritanya! tapi kami memang terlepasla 1/2 jam wayang tu...
takpe ler.. nanti beli dvd je...

nasib baik cerita tu, kung kang2...havoc giler..trailer gempak! so kami layan je movie tu.. tak le boring...

bila dah abis... kami memasing berpandangan dan tersenyum....

heheh... our 2012 story..

Tuesday, May 26, 2009

Malam kat Museum? ada apa?!





Kalau dah tengok NATM yg 1st, mesti nak tgok yg 2nd kan.. so aku dan b layan citer ni kat One Utama weekend ritu, sambil b nk mencari bukunya yg hnya terdapat di Populer One Utama (tapi malangnya, buku tu dah out of stock, kena order.. b memang frust giler...)
kami mmg tk penah sampai pun kat situ..tapi, huh! mmg lenguh2 la kaki!
So, bbalik pada filem nie.. oklah.. byk humor yg tak kering gusi dibuatnya..
semua menda dalam muzium hidup pd mlm hari !... itu..mmg tak lari la.. of course..
kalau tak takda la 'nite at d museum' kan..?
cuma rasa cam tak puas je, coz cam sekejap je.. yelah, semua aksi blaku hya 1 malam je..
so far memang la padat.. cuma rasa cam.. " i want more! i want more" ( hehe.. biasalah, manusia tak penah puas....) tapi kira ok, coz tak boring.. i like..

~ Lucu: Larry Daley dgn guard Museum. " dont touch it!"~
~lucu: aksi tampar menampar yg sgt kelako "we need to concentrate on slapping the enemy!" "SLAPP,SLAAP!!" yeah rite...~
~lucu gak! hadoi la.... buleh ada diorg nie jugak! kekeke~
~ WAAARRRRGHHH~
~Lucu: The Thinker.. " i'm thinking... i'm thinking.."


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker