Thursday, December 31, 2009
Thursday, December 17, 2009
SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431H
Sempena permulaan tahun baru Islam ni, marilah kita sama2 berdoa..
dan mendapat manfaat darinya...
InsyaAllah
Pada 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.
Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.
Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H
Tuesday, December 8, 2009
Berat kehilangan ku.. berat lagi kehilanganmu..
sebenarnya.. aku kehilangan hp tu sejurus balik dari melawat sepupu ku yang berada di Hospital Putrajaya, dia kena tahan di ICU! melihat padanya.. tiada apa yang dapat kuberikan melainkan memanjatkan doa, memandangkan dia tak sedarkan diri ketika itu!
Masa on da way balik dari hospital itu lah, aku kehilangan Hp ku tue..
sejenak terlintas dek fikiran..
Tuhan berikan ujian ini kepadaku yang baru sahaja melawat orang sakit!?
mencari2 juga kesalahan yg telah aku lakukan..
namun, aku berperasangka baik pada Tuhan... dan anggap ini sebagai ujian.. walau pada mulanya..aku menangis gak kehilangan Hp tu! Tiada rezeki. titik.
sehari selepas itu, aku mendapat berita dari papaku..
mengatakan yang sepupu yg baru ku lawati itu dah meninggal dunia!
Innalillahhi Roji'un..
Sungguh ku tak sanggka!
Ralatla aku jika aku tak sempat melawatnya! sehari sebelum tu, ntah mengapa hatiku memang beriya benar ingin pergi melawatnya pada hari itu juga, taknak tunggu2 esok atau hari minggu! mesti pergi!
sebab sebelum ni, masa dia tengah sihat, bkali2 dia menjemput ku ke rumahnya, tapi atas masalah yg tak dpt dielakkan, aku tak pernah dapat jejakkan kaki kerumahnya..
sehinggalah di hospital haritu..
Arwah kak Ida, sakit ketumbuhan dalam kepala.. arwah dah 2 kali operation, tapi masih tak dapat diselamatkan...
Tuhan lebih sayangkan dia..
Umur arwah pun tua 3 tahun dari ku je.. muda belia je lagi..
Arwah telah meninggalkan seorang suami dan 4 org anak! kecik 2 semuanya! masa aku bercakap dengan suaminya tu, dapat dengar dari getar nada suaranya yang sedang hiba dan sebak..
tinggalla kini.. suaminya yg perlu menyusuri hari2 akan datang menjaga anak2 sendirian.. tanpa arwah Kak Ida di sisi...
Ya Allah...!
kehilangannya lagi besar berbanding kehilangan ku!
Kehilangannya adalah seorang isteri dan ibu kepada anak2nya.. yang tidak boleh dicari ganti serupa dengannya!!
Bukan itu sahaja! ibu bapanya, kehilangan anak sulong dalam keluarga! adik2nya.. kehilangan kakak tersayang....
oh...
Manakala kehilanganku? sebuat henset yang masih boleh kucari ganti, serupa seperti yang hilang!
Ya Allah...
Susungguhnya...
kau berikan penjelasan.. pengajaran.. pedoman.. buat diriku ini yang seringkali mencari-cari jawapan, buta dengan kerakusan emosi dan perasaan yang sentiasa mengawalku..
Doa ku panjatkan untuk arwah Kak Ida ku...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman..
Al- Fatihah...
Wednesday, December 2, 2009
Bad Hair Day..
Tuesday, November 24, 2009
Cukup lah bertanya..
Sehari Sebelum Cabaran!
' CABARAN TANPA NASI '
begitu berkobar2 lak kami nak memulakan cabaran nih!
eh... bukan sebab malas masak eh.. *teeettt*
tapi disebbkan my hubby dah bersuara! dia dah mula merasakan perutnya itu makin besar dan perasaan dirinya tentang badannya yang makin berisi! hohoho.. jgn salahkan ibu mengandung! dan aku? yah...semestinya mahukan berat badan yg ideal! semua jeans ku yg best2 semua dah tak muat! baju kebaya tu pun asyik tersangkut takleh nak pakai2 lagi... kotat nak mamp....
so, bermulalah cadangan ini! hihi.. cabaran ni bermula semalam hinggala akhir tahun ini ajer..
tak lame pon kan? tak le macam Cik mimy n da geng -cabaran 99 hari.. (oh tidak.. ku tidak mampu!)
n u know what??!??
AKU DAH BERJAYA!!!..... UNTUK TIDAK MAKAN 1 HARI SEMALAM..!!
errr.. yeah.. walaupon sehari, itu sudah cukup memberi peransang pada aku yang memang betui2 'rice addict'! aku lemah kalo tak mkn nasik sebenarnya! penah cuba sebelum ni taknak makan nasik, tapi sb mulut ni tak sedap rasa, sanggup aku masak nasik tetengah malam! lantak dengan telur dadar pun jadik! (gullp! aku dah terindu kat nasik dah pulak nih!)
ape per pon, aku n my mr b, akan terus cuba lagi untuk hari ini! hehehe..
Ini makanan kami semalam! Roti n superb saladish! tambah le sosej seketoi..penambah selera..
unbelievable sangat! kenyang..
Monday, November 23, 2009
Kek Simple
sekian resepi kali ini. (ayat poyo)
"selamat mencuba''
Friday, November 20, 2009
Alkisahnya '2012' kami!
Semalam.. kami tengok wayang 2012!
tapi ada cerita disebalik tu yang lagi syiok!
Kami berdua mati2 la ingatkan tiket tu kul 11mlm.. sebab pompuan jual tiket tu yg konfem kata tiket kul 11 je ada, yang kul lenlain tu ada, tapi seat depan sekali! so adalah tiket yg kul 11 ni, tapi seat dia? jeng..jeng..jeng.. seatnya satu depan, satu belakang! hahaha..maknanya bukan sebelah menyebelah la...! errr... memula tu pikir gak.. hmm.. camano nih! my mr hubby dah cam taknak, tapi, aku kate.. "ok jer!" ala.. kita tengok wayang tu bukan nak bckp2 pong.. ala.. nanti kita mintakla tukar seat ke hape ker...
so, setuju lah kami untuk berpisah seat! pukul berapa?? pukul 11...
hahaha..ok! tanpa periksa tiket tu pun, kami meronggengla jalan kesana sini...
tetiba , jam dah pukul 10 mlm.., my mr hubby tetiba nak tengok tiket tu..cheee... kenkonon dia nak blakon, kenakan aku la yg.... 'alamak... tiket kul 10 laa...' konon nya....
so aku pun, tngokla... biar betul dia nih... aku pun saje ler bebuat cuak jer..(aku tahu dia saje nak kenakan aku)
tapi ada yang lebih memeranjatkan, bila kami tengok tiket tu betul2 sebenarnya wayangnya kul....
9.30!!!
what?!!
biar betul.... ( kami memang betul2 terkena plak! bukan lawak!)
kami pun apa lagi.. terus la berlari.. meluru ke panggung! chesss.. sambil blari tu, mengomel ngomel.. itu ini... chessss..... chesss...!
memasuk tu panggung dah penuh! chess... dah la dok asing2! chesss... hmm.. takda chan plak tu nak tukar, sebab semua pun couples...
hehehe... 1st time dok berasingan tengok wayang dengan b!
hohohoh... itula ceritanya! tapi kami memang terlepasla 1/2 jam wayang tu...
takpe ler.. nanti beli dvd je...
nasib baik cerita tu, kung kang2...havoc giler..trailer gempak! so kami layan je movie tu.. tak le boring...
bila dah abis... kami memasing berpandangan dan tersenyum....
heheh... our 2012 story..
Wednesday, November 18, 2009
An Evening With Tun Dr Siti Asmah
~ Aku memang minat dengan beliau! bila dapat tahu je ada program dengan dia, aku terus aje taruk nama! tak kira nak pegi jugak! of course la aku dah dapat green light dari Mr hubby..
~ air tropika ni memang sedap... kalernyer pon cantik..
***********************************************
~ ouwwh... semestinya goodies la yg paling ku suka... hehehe... siap tauk dalam kotak lagi.. jgn jeles.. apala yg ada dalam tuh!
~ tak sempat ler aku nak mensnap heavy meal aku tuh! lapo beb... plus, malu gak nak amik2 gambo, sumer orang tengok jer... erk! so gambar desert ini je yg sempat ku snap!
Thursday, November 12, 2009
Marilah kita berSushi lagi...
Kenapa Nak Baca Al-quran Sedangkan Tak Tau Makna?
Kenapa Nak Baca Al-quran Sedangkan Tak Tau Makna?
Email : Wan Sanusi Wan Ali
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.
“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
“Tak ada gunaya” bentak si cucu. :sad:
Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam
p/s- Jika kita faham maknanya... lagi banyak pahala yang kita akan dapat! Cintai lah Al-Quran...sentuhinya..peluknya erat.. basahi lidah dengan setiap ayatnya.. nescaya mendapat ketenangan yg lain dari yg lain... owhh...Indahnya Islamku...
Monday, November 9, 2009
Ayam Masak Lomak Cili Padi versiku
My babe kate... unexpectation sedap!
tgok muka dia pada mulanya cam nak tak nak jer mkn..
siap dengan 'senyum misteri'nya yg macam senyum sinis tuh!
yelah.. mesti dlm fikiranya tu, cam hampeh2 je mskn aku nih..
hmm.. tapi Alhamdulillah..
berkat baca Bismillah..doa bagai..
Alhamdulillah... syukur...
buat ni dengan sayur kangkung goreng cili!
Alhamdulillah.. habis semuanya, takdek ler membazir...
Resepi untuk Masak Lomak:
-Ayam
-bwg putih seulas je yg kecil
-bwg merah/besar 4-5 ulas
-cili padi yg merah /hijau 5-7 tgkai (aku siap buang bijik nya jugak! takmo pedas2)
-kunyit idup / kunyit serbuk 2 cm
-serai 4 btg
-halia siiikiiiittt je!
-santan
-Air
senang je caranya!
tumbuk semua bwg, cili, kunyit, halia dan juga serai di ketuk,
gaulkan bersama2 dgn ayam tadi (dlm periuk dgn api perlahan)
serasi-serasikan ayam bersama bahan tadi atas dapur, tambah sedikit air, kemudia tutupkan, biar selama 5-10 minit..
Bila agak2 ayam tu dah pejal.. masak..
masukkan santan
garam secukup rasa...
dah siap!
Alhamdulillah...
Thursday, November 5, 2009
Menjamu di rumah MakcuMah ku..
Makcumah ku buat Nasi Kerabu, Kelantanist speciality...
dah lama tak makan...
orang dah jemput, so apa lagi..
rezeki jgn ditolak lah...
~ lauk2 untuk Nasi kerabu yang memang best! ada ulaman, ayam goreng, telur asin, keropok, haa.. yang paling susah dapat tu.. bawang putih jeruk!
eh! sipi2 tu nampak macam tat jer? macam kenal jer...
hehehe... saje je nak bagi MakCu aku plak rasa..~
MakCu n Paksu ku..
Serang umah Ibunya Nab!
wah..wah.. wah...
mase di tunggu2 ialah masa menyerang rumah kak Nab untuk mentedarah!
huuuu..... best...
tima kasih kakNab! saaaaaayang kak Nab sangat!
nanti bebila boleh panggil lagi!
hehehe..
~ huu... tengok lah... ada Laksa Johor...
huh, aku memang tak pernah makan laksa johor nih! mak... sekali kena, pehhhh... memang sedap betol! pandai kak Nab masak...~
~hehehe... kak Anna.. senyum ada makna tuh...
sebenarnya dah sabo2 nak menyentap!...~
~ Nasi putih pun ada.... siap ada ayam masak merah!
sedaaaaapppp.......~
~tempe+daging tetel+udang+soohun= SEDAP!~
~pas makan nasik baru makan laksa! nasi dah berpinggan2, tapi, masih mampu untuk makan ini lagi....~