Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, October 7, 2009

My 1st Born Yummy Fruity Tart



Minggu lalu my hubby request untuk bawa sesuatu untuk majlis jamuan hari raya di ofisnya.. so dia suggest buat pudding .. hmmm... jenuh pikir apa la pudding yang special sket aku nak uat nih... hmm...pudding yg aku tahu tu cam biasa2 je.. cam sgt simple..
so tetiba datang la idea nak uat nih! so terusla aku mencarik resepinya...
tengok2 semua bahan separuhnya dah ada kat umah... so lagi mudahkan kerja aku.. cuma nak cari bebuah tu jer..

so jadila ia walaupun tidak cung..



Thanks to Kak Nor Marlida dari FP for da recepi: so resepi aku sama je cam dia .. cuma diolah sedikit2 mengikut kemampuan ku..

jom share resepi..

Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.
(sebenarnya tat ni memang ada acuan, tapi aku memang takda acuannya masa tu, so aku just letakkan nya dalam paper cup aje..)

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar (Aku tukar 2 sudu besar susu tepung+2 cawan air)
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul. (Aku tak masak dalam microwave, aku masak atas dapur je pun boleh gak...tapi kacau jgn berhenti, nanti jadi bergentel pula kastad tu.)
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.

then, boleh letakkan castad tu tadi di dalam pastri tu tadi, tauk juga buah buahan yg disukai sebagai hiasan di atasnya...

Bila siap tu, aku try la test tat tu dengan kastad je bg kat my hubby rasa la, (of coz) Memula Bismillah la jugak nak bagi dia rasa! takut kena reject je.. maklumla.. bab rasa merasa ni dialah juri ku yg boleh dipercayai..
" b, inilah dia yang me nak buat untuk jamuan u tu! err.. cuba u rasa dulu!" tula ayat aku.. pastu cecepat aku ke dapur semula

hmm.. aku dok dapur je, tunggu ape reaksi dia! hehehe bila dia datang tersenyum2... n minta lagi! katanya sedap!! fuh.. lega rasa hati nie..hehehe cukup la dengan komen dia shj, baru aku berani bagi orang makan..
tapi b tak suka plak letak buahan tu, cukup tat tu dengan kastad je..

hmm.. aku bawa juga kat opis aku yg ada lelebih tu, akak2 ku yang rasa tu semua puji jer.. sedap! diorang kata aku buat sendiri ke pastri tu? hmmm aku bagi ler resepi tu, bagi diorang cuba buat lak! yelah bukan resepi aku sendiri.. aku biasalah.. down to da earth kan... but anyway... thanks for da all da compliment.. ni nak kena buat lagi ni.. untuk jamuan raya ofis aku plak..

No comments:

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker