Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label TAG. Show all posts
Showing posts with label TAG. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Emneya Contest Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim..
(ini sticky post utk beberapa hari.. :)

Kali ni mahu join contest yang di anjurkan oleh Pena Farhana aka Deena Farhana..
Deena dah jemput hari tu, tapi hari ni baru sempat untuk join!

Mungkin ada antara korang dah kenal Deena samada di blognya sendiri atau di blog aku di entri ini
dan Alhamdulillah, Deena semakin sihat.. rasa lega sikit hati..

Deena Farhana Nurman ialah nama penuhnya, seorang penulis blog yang hebat bagiku..
penulisannya mudah untuk difahami, walaupun pada sesetengah topik yang agak serius, tapi kita akan teringin meneruskan pembacaan kerana tulisannya yang santai dan ringan, mudah difahami dan tak sarat! yang penting 'point' nya tu sampai!
aku juga suka ke blognya sebab banyak ilmu ilmu kemusykilan tentang agama, walaupun Deena sebenarnya berdarah campuran Cina+Kadazan+Katholic, tapi itu tidak menghalangnya untuk terus mendalami Islam..
Deena ni pernah belajar di Mesir.. so mesti tahu cakap Arab kan...!
tapi jangan terkejut, Deena pun tahu kecek kelate juga! terkejut bila tengok dia kecek klate.. fasih sungguh deh.. panda sungguh mu deh! hehehe...

banyak lagi tentang Deena, nak cerita di sini tak cukup kertas kang! ( macamla pakai kertas! ;p )
tapi yang penting aku sangat suka penulisannya..
dan terbaru Cerpennya kisah Emneya! Aku baru khatam baca cerpennya tadi!
memang menusuk kalbu, maklumlah.. penulisan dari seorang penulis yang berpengalaman..
mari aku ceritakan sinopsis Emneya..







"Emneya adalah seorang gadis cantik yang dilahirkan tanpa mengetahui asal usulnya, tapi dia bertuah kerana telah dibesarkan oleh Mak Wa selama 21 tahun, Mak Wa lah yang mengambilnya yang ditinggalkan di tepi jalan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Malangnya Mak Wa meninggal dunia semasa dia masih memerlukan perhatian seorang Ibu.

7 Tahun berlalu.. Emneya atau Neya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang berjaya mencuri hatinya, Syed Erman Haikal bin Syed Hanief. Erman sangat menyayangi dan menganggap Neya sebagai permaisuri di hatinya, tetapi hubungan mereka tidak disenangi oleh ibu mertuanya, Sy Nur Zalia, yang sering mencari kesalahan Neya.
Melihat pada keadaan Neya dan Emran yang masih belum mempunyai cahaya mata setelah 3 tahun berkahwin, ibunya menggunakan alasan itu untuk memecahbelahkan hubungan mereka.
Bermulalah episod duka hidup Neya apabila Emran berjaya dipengaruhi oleh ibunya untuk berkahwin lain, Emran yang telah mula dingin dengan Neya bersetuju dan majlis pertunangan antara Emran dan Ku Sarah berlansung dengan ketiadaan Neya di rumah itu, kerana ibunya tidak mahu dia berada di dalam rumah ketika majlis berlansung. Kesian Neya.. dia terpaksa keluar walaupun hatinya menangis merintis..walaupun berat hatinya untuk melepaskan Emran kepada wanita lain, tapi dia tetap beralah kerana memikirkan dirinya yang belum mampu untuk berikan zuriat untuk Emran.
Emneya juga dipaksa untuk memindahkan barang2nya ke bawah.. disebelah bilik stor.. dan walaupun Emran bersuara namun dia tidak mampu untuk menghalang perintah ibunya itu! Neya pasrah.. pasrah dalam airmata...

Rancangan ibu mertuanya untuk menghancurkan Neya tidak berhenti di situ!
Neya difitnah mempunyai hubungan dengan lelaki lain! gambar2 dan video yang telah dirancang itu telah membuatkan Emran bengang!
Saat itu tiada apa yang mampu Neya lakukan untuk mempertahankan dirinya.. kesedihan di hati makin dirasa.. sama rasanya waktu ibunya meninggalkan nya dulu.. "

amacam best tak cerita nya?
agak agaknya..
apakah kesudahan cerita ini?
sama samalah kita nantikan episod ke 4 dan seterusnya...
Mungkin Deena juga dah mampu menulis.. :)

Syarat seterusnya kena tag kawan kawan!
Aku tahu ada antara kawan kawan ku yang suka membaca cerpen, makanya aku tag contest ini pada Kak Ayu, Lya Farina, Kak Lynn, Maksu, Nabilah, Zanna Rohim, Kazaztan Team, Kak Zakie dan my lil diary.. dan semua yang mahu join ini contest pun boleh... no problem.. mari sama sama kita memeriahkan contest giveaway dari Pena Farhana ini!
(jgn lupa tinggalkan komen di sini juga ya! ;p )

Klik Emneya Contest Giveaway untuk maklumat lanjut.. dan boleh juga klik di banner sebelah.. :)

All da best..

terima kasih Deena dan kawan kawan semua.. :)

Thursday, December 16, 2010

25 perkara yang best .. ada kah pada ku?

Terima kasih pada lya sebab mengetag aku! huhuhu.. lya saja ya nak korek korek ya..
25? banyak tu? 25 perkara best lak tu? hadoii.. ada ke banyak tu perkara best dalam diri aku ni.. hmmm susah gak ni, tapi apa pun, bagi aku semua tentang diri aku best atas rasa bersyukur atas segala kurniaan Allah..




~gaya macam best konon..~

1. best sebab menjadi anak kepada En Mat Salleh Muhamad dan Puan Azizah Abdullah.
2. Menjadi anak sulong kepada 6 orang adik beradik, Ayu, Abang, Alang, Achik dan Adik kamu semua kesayangan saya..
3. Cucu kegemaran.. maklumlah..cucu sulong.. :)
4. Telah dah dipunyai oleh seorang lelaki hebat.. Alhamdulillah
5. telah khatam Alquran
6. suka main masak masak kat dapur
7. ada belajar silat sikit sikit.. pernah masuk pertandingan olahraga peringkat negeri dapat Perak! :D takpe jgn risau.. sekarang dah byk lupa jurus jurus.. hehe
8. badminton adalah permainan yang sangat dekat di hatiku.. main badminton buat aku rasa best!
9. abbi saya suka dengar saya nyanyi! jadi saya rasa best lah jugak! ;p
10. syukur dengan perkerjaan sekarang yang buatkan diri ini best juga..Alhamdulillah
11. main main batal air sembahyang ngan abbi, rasa cam best lak! astaghfirullah.. (iskh tak baik la!)
12. suka dengan fotografi.. memegang kamera buat aku rasa best semacam..kalau bergambar lagi la best..
13. suka tempat sejuk2.. antara best vacation ialah Cameron Highland ngan abbi..
14. belog! ya belog kesayangan ini menambahkan lagi kebest'an aku..
15. aku ada lesen kereta! boleh bawa kereta! dan gemar membawa kereta! nak racing?
16. mempunyai koleksi barangan antik yang sangat sangat berharga.. telefon, jam, seterika, radio, pinggan mangkuk, teko...
17. sukakan aktiviti luar
18. Punyai rumah sendiri.. baru duduk 4 bulan..rumah kami..syurga kami.. Alhamdulillah..
19. menaip tanpa melihat pada keyboard! sesiapa yang melihat kata aku main main keyboard pula, padahal aku menaip la...
20. warna best ialah, oren, putih, hitam, merah
21. ketinggian ku 165cm
22. minat menanam dan membela binatang... ikan, iguana dan kucing sehati berdansa bersama..
23. suka berniaga
24. suka makan makan besar bersama keluarga..
25. last but not least.. to all my fren.. aku sangat hargai kawan kawan ku sejak zaman persekolahan, zaman remaja dan sekeliling dan kawan sekerja dan tak lupa kepada kawan kawan belog aku yang best best semuanya! terima kasih kerana menjadikan aku best kerana persahabatan anda! Mimy, kak Ayu, k lynn, Lya, Dni, MzHany, Kakmas, Nabilah, Alvin,frodo, farid, k Ain, Nadine, Ammieynna, Tedi, Cikgu Isza, wanita mutalib, brutal solo, tukang kata, kazaztan team,maksu, kamen,my lil diary, daela, asha,ika, matahati, terima kasih kerana masih bertahan denganku.. to zanna rohim, ibu intan, iena, hairil, princeduyong, surihani, kak zakie, cikLyndawawa,eelobor,cgg,mamaizya, mamawana,mommyshane,piewahid, azzey, nadzirah, ladyzul, najwa, CT, yusrina, kasih suci, mamalyna, nadia havez..terima kasih sudi jenguk2 selalu.. dan buat deena, terima kasih atas segalanya.. :)
saya sangat hargai anda semua.. :D

setel dah 25 perkara yang best dari Lya


***********************************************

tadi, semasa nak setelkan 25 best dari lya ni, aku pun saje je susahkan kengkawan kat sini, aku minta pendapat mereka sekali, apa yang best sangat ngan kella ni dan juga apakah yang tak bestnya ngan kella ni..
bawah ni aku letakkan apa yang mereka kata! yang mereka kata tau.. bukan aku!

Tak best tentang kella:
- tak tegas,
- mudah kesiankan orang
- mudah maafkan orang
- segan nak tonjolkan diri
- strict dan skema time keja
- meja penuh kertas kertas dan fail! (hadoii.. malunya!)
- sensitif
- suara kuat dan gelak yg sangat kuat, tambah2 bila bos takda!
- kuat makan!

Yang best tentang kella;
- cantik ( bodek je ni .. hehe)
- Baik hati
- humble
- friendly
- proactive
- independent
- creative
- hardworking
- adventures
- penyabar orangnya
- suka bawak makanan ke opis, nak pizza plz! ( byk ler korang..)
- boleh minta kautim boss, special rate! (ntah hape je derang ni..)
- mahu belajar
- boleh di harap

Segala kekurangan adalah dari diri sendiri dan segala kelebihan adalah dari Allah swt.

sekkian..

dah nama pun tag, jadinya aku nak tag pada... semua nama nama yang ada pada no. 25 di atas tu! heheheh... gotcha! jawab le dengan penuh kesabaran ye.. :)
update: tag ini tak paksa tau.. boleh je kalau taknak buat.. :)

Update tentang Deena: Alhamdulillah.. semalam dapat berita darinya.. gembira mendapat senyuman darinya... dan kesihatannya juga beransur pulih.. tapi memang memerlukan masa panjang juga... moga Deena sentiasa kuat menghadapinya kami rakan2 akan terus mendoakan.. cepatlah sembuh deena..

masa sentiasa membawa kita alami perkara baru
masa yang berlalu tak boleh di patah balik dan tidak mungkin di miliki lagi
masa yang akan datang pula belum tentu dapat dirasai dan belum juga dimiliku..
yang ada ialah..
masa sekarang..
saat ini, masa ini!
masa yang satu satunya dimiliki kita ialah sekarang!
maka alami dan hargai...

Wednesday, December 1, 2010

Tag dari Lya

Terima kasih untuk lya, sebab sudi berikan tag ini! hihi... lya lya.. pandai ye! saje je kan?

Jom layan:-

•apa benda paling penting dalam hidup korang?
keredhaan, keberkatan dari Allah..

•benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
nasi berlauk ikan aye! uhhh! sedap!

•dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
err..boleh pinjam istana sesiapa..?

•adakah korang sedang bercinta sekarang?
hmmm... *blushing*... love is in d air.. :)

•berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selama lamanya.. insyaAllah dengan izinNya..

•di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
dulu ke? dulu selalu jumpa kat.. pasar pudu! kat tempat orang jual2 ikan tu.. hehe.. beli ikan letak dalam akuarium! tak romantik? dari aku dok sok sek sok sek kat taman bunga, kena tangkap kang! dari dok berjalan seharian kat shopping kompleks, lenguh kaki weh.. ;p

•novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Novel? masa tu umur 15 tahun, novel ahadiah akashah, Buku- Menjadi Wanita Yang Gembira, majalah pula- Libur.

•ape nama penuh korang?
takleh letak nanti senang dapat kat search engine! hahahaah..

•antara emak dan ayah, mana korang lebih mesra
hmmmm.. susah nya nak pilih! sebab 2 pun rapat, tapi kalau bab2 emosi, mama kot.. boleh nangis nangis.. hehe

• namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
hmm tak dapat fikir sekarang ni yang hidup.. namun..(Ya Allah.. jika tidak terbatas.. aku dengan perasaan yang hina lagi lemah serba jahil ini , ingin sekali bertemu kekasih Mu ya Allah.. )

•adakah korang basuh baju korang sendiri?
ya, tapi tukang jemur ialah abbi! tengkiu...

•dimanakah tempat yang korang betul2 nak pergi?
serius teringin benar nak ke Mekah.. Madinah.. kalau mampu dapat buat umrah dulu pun ok..

•pilih salah satu, peluk atau cium
Peluk... sebab lepas tu cium akan datang... hehe

•beritahu 3 benda mengenai orang yang beri tag
-seorang isteri kepada Fain dan ibu kepada Asya.. :)
-seorang ibu yang tabah dan kuat, kisah Lya bertarung dengan penyakitnya semasa melahirkan asya sangat sangat menyentuh hati dn sanubari! dan Lya telah mampu melawan segalanya hingga lahirlah anak comel itu... asya... cerita lya buat aku mengalirkan air mata je bila  bacanya!
-oh ya! Lya ni orang terengganu! makan ikang ngang kepok lekor sokmo! :D

•lima benda yang paling anda sayangi dalam hidup anda
-kereta
-barang kemas ku
-barangan antik ku
-Rumah ku
-mesin ku ( kamera, telefon bimbit, notebook)

•lagu yang paling anda suka dan selalu dengar
Cant take that away- Mariah carey tapi sekarang.. InsyaAllah- maher zain.. :)

•lima rakan blogger yang korang nak tag
hmm.... sapa lagi yang tak pernah kena tag ni ya... ! hmmmm kita tengok sapa yang kena!! hehe
Mata Hati, Deena Farhana, KakZakie, Wanita Mutalib, Tukang Kata..

Monday, November 22, 2010

My Minute Survey from Fiverul (mata hati)

Terima kasih untuk matahati sebab tag kat mathari.. :)

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.
Starting time : 1141

Name : panggil kella... ya!
Brother(s) : 2
Eye colour : brown Black
Shoe size : 7
Hair : straigh long hair
Piercings : yup
Height : 167cm^^
What are you wearing right now : hijab, blouse and long pants
Where do you live : Kuala Lumpur
Favourite number : 7
Favourite drink : sky juice
Favourite month : Augusto
Favourite breakfast : nasi goreng, nasi berlauk/kerabu, nasi lemak sambal ikan aye..

-Have you ever-
Broken a bone : nope
Been in a police car : nope
Fallen for a friend : yup
Fallen for a guy/girl in a short period of time : nope
Swam in the ocean : yes
Fallen asleep in school : yes
Broken someone's heart : he said so! so... yes la..
Cried when someone died : yes
Sat by the phone all night waiting for someone to call : yes
Saved e-mails : yes
Been cheated on : a few times

-What-
Your room look like : a hotel .. ;p
What is right beside you : my calendar
What is the last thing you ate : Biskut cicah air milo..

-Ever Had-
Chicken pox : yup,when i was 11 years old
Sore throat : yup
Stitches :nope
Broken nose : nope

-Do You-
Believe in love at first sight : well.... ..er.. yeah..
Like picnics? : yezzaa..

-Who-
Who did you last yell at? : a taxi driver?
Who was the last person you danced with? : my abbi.. :)
Who last made you smile? : my abbi..

-Final Questions-
What are you listening to right now? : maher zain.. InsyaAllah..
What did you do today? : boss is not around, so im blogwalking rite now..! ;p
Are you the oldest? : yup
Indoors or outdoors? : outdoors of coz..

-Today did you-
Talk to someone you like? : yes... my abbi..
Kiss anyone? : yes... my abbi.. :*)
Sing? : yes... when u believe-mariah carey..
Talk to an ex? : not at all... err.. do i have??! ;p
Miss someone ? : yup... every time..
Eat? : yup biskut kering je!! lapar nihh!! tolong laa...

-Last person who-
You talked to on the phone? : my papa..
Made you cry? : last nite on cerekarama 'Masyitah'
Went to the movies with? : my abbi... last 6th month ago..
You went to the mall with? : FIL
Who cheered you up? : today? my abbi, my collegue n blogger yg tinggalkan komen! :D

-Have you-
Been to Mexico? : nope
Been to USA? : not al all..

-Random-
Have a crush on someone? : yup
What books are you reading right now? : Solusi n Rapi
Best feeling in the world? : love of course..
Future kids name? : Dhia Sofea, Chempaka Alesya.., Johan , (belum ada anak.. ini cuma yg terlintas saja.. hehe)
Do you sleep with a stuffed animal? : nope
What's under your bed? : nothing
Favourite sport(s) : badminton, swimming,bowling..
Favourite place : tempat2 sejuk.. cam cameroon highlands.. dan pulau pulau...
Who do you really hate? : mouse (same with fivefrul!! heheh... i hate rat so much!!)
Do you have a job? : yes
What time is it now? : 1201

p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people

Ok, maka dengan ini mangsa mangsanya ialah...

Siti Rohayu
Lyamamaasya
Mimylicious
Nadine
kak Mas
Maksu
Lynn Hamzah
Mama izya
CikguIsza
Nabilah
ArdiniHumaira
my little diary
Ammieynna
kak zakie
kazaztan team

hehe.. jawab jgn tak jawab.. bernasib baik ler sape tak kena tu.. next time kita tengok sapa yang kena pula.. hoho..

Friday, June 11, 2010

Fantastic, bombastic, kau memang da Bomb!

Kali ni kak Ayu tag aku!

Tag Game: Fantastic

Kata kak Ayu ttg aku;
....blogger wanita, seorang yang suka akan kamera...hasil percikan dan snapnya di hujung jari menghasilkan mutu yang berkualiti ....
Kata aku: ya mmg saya suka kamera, tapi tidaklah selalu pun dapat hasil dengan gaya mutu dan keunggulan pun.. biasa biasa sahaja..

1. Thank and link the person that tagged you
Kak Ayu.. Citarasa Rinduan..

terima kasih sudi tag ini...

rasa terharu mengharu lah.. :)
pendapat ku tentang kak Ayu ialah, beliau sangat penyayang, gigih dan sangat peramah!
dan dia selalu suka menghargai orang lain..caring, daring.. tak rugi berkawan dengannya!

2. Tag 5 bloggers you've recently discovered and think fantastic
( bagi aku semua blogger pun sangat fantastik dan best! aku sayang semua! u all semua terbaik!tapi sebab dia minta 5, so aku tutup mata.. cabut undi! heheheh...)

Cik Mimy
- Mimy mmg selalu tak menghampakan, dia punya entry byk gambar2! bercerita melalui gambar.. dia adalah antara teman blogger yg byk membantu maklumlah.. budak baru belajar.. disebabkan dia juga aku menjoinkan diri dengan nuffnang.. baru je join..
kalau ada masalah sesikit, aku mesti kol dia, dia mesti mau tolong punya! thanks beb! :)

Cik Teddi
-Aku kagum dengan kesungguhan dia terhadap kucing2! penyayang! keperihatinannya tu buat aku terharu.. dan apa yang dilakukan olehnya tu, tak semua orang boleh buat.
setakat aku bersama si tedi, aku dah merasa juga sedikit sebanyak kesedihannya terhadap kematian kucing2 kesayangannya! walau aku tidak menghadapi, tapi aku dapat merasa melalui setiap entri2 nya..gaya penulisannya.. luahan rasa sebenar yang menusuk sanubari!
lagi satu, kalau ada info/ berita terkini, si tedi cepat je 'update' ! tak tengok berita pun takpe :)

Lya
-Seorang wanita yang sangat tabah! pengalaman dia bertarung dengan kehidupan amat amatlah di kagumi aku! begitu dia kuat melalui saat2 getir, bertarung dengan nyawa!
Asya sangat bertuah kerana dapat lahir di dunia ini dan mempunyai ibu seperti Lya! :)
semoga berbahagia selalu, semoga Lya sihat sokmo ya!


Frodo
hihihi... sekali nama frodo keluar la! (aku rasa dia cam tak suka je namanya digembar gemburkan nih! low profile.. sshhh...)
aku suka entri-entrinya yang sentiasa ada maksud yang tersurat dan tersirat.. bersahaja, santai, namun ada mesej! samada kamu faham atau tidak aje.. hohoho
sangat suka ngan malam jumaat?!
lagi..blog dia rasanya takde iklan lansung.. kan frodo?
tapi pengikutnya ramai woo.... antara kawan bukan gaynya yg aku tahu, si Alvin and the chipmunk , si Farid dan xtionkamen, sume same gaya mereka.. tapi ku suka! hahahaa..


Aiz (batu campur)
Si Aiz.. Pereka Grafik yg masih lagi muda trang tang tang.. belum kahwin tapi awek ada kot.. heheh ;p
si Aiz sentiasa ada jln penyelesaian bab2 masalah blog nie.. dia tu sangat2 lah bermurah hati kasi tutorial pasal blogging! kalau sesape nak cantikkan header atau blog, boleh ler kontek sahaja si Aiz ni! (heheh.. promo baik punya ni! heheh)


3.Contact that blogs and let them know they've been tagged
okey i will.. :)

4.State 7 things about yourself
(dan state 23 bout me, ni tambahan la kiranya..)

- aku suka 80'- 90'an
- jiwa cepat sensitif pada perkara yang sensitif
- suka makan sedap
- suka tidur berbantalkan lengan :p
- suka melukis
- suka komen iklan dalam tv
- walaupun aku teramat suka kek coklat, tapi aku juga suka kek cheese!

IringJeling : ok. lega, sebab dah jawab tag kak ayu nan satu ini, ada lagi 1 tag ya kak? hohoho..
bagi aku tag ini adalah satu perkara yang perlu ada selagi ianya tak menyusahkan! sebab ia dapat eratkan lagi hubungan, dan bagi aku ianya lansung tidak menyusahkan, terserah diri la, samada mau layan atau tidak, tapi aku hargai setiap tag yg di beri.. itu satu tanda ingatan.. :)

Monday, May 31, 2010

Blogger Award Friendship from Lya




1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY , APA PERASAAN ANDA ?
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Puan Lya, kerana sudi memberikan award ini, saya juga tidak sangka saya akan menang lagi untuk kali ini! terima kasih banyak.. ;p saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada keluarga saya, suami serta rakan2 yang selama ini banyak memberikan sokongan dan harapan untuk terus berjaya dalam bidang ini! ;p saya tahu saya tak boleh nak buat ucapan lama sangat jadi saya ringkaskan sahaja, kepada sesiapa yg namanya tak disebut di sini, harap jgn berkecil hati.. kerana siapalah saya tanpa anda semua.. terima kasih sekali lagi..
(clap..clap..clap..)

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
LYA - Cahaya Hatiku

3. NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
Silla, Kak Ella, Mas, Kay la, Kella, Yong

THING YOU DONE YESTERDAY:-
*Cuti semalam! kepenatan bawa ke semalam, dek penangan pindah rumah! tak dayo dah..
kemas brg, susun atur mana yang patut.. uhhhh.. letih.. sampai ke hari ini terasanya.. adusss...

5. FIVE WAYS TO BE HAPPY...
- Solat
- Senyum
- Dicintai
- Mencintai
- Menggembirakan hati orang lain.. :D yeah!

6. APA DALAM FIKIRAN ANDA , BILA ANDA MENJADI KAYA ?

Nak sangat pergi Mekah ngan hubby , nak bawa mama n papa pergi sana juga.. senangkan keluarga dan mereka yg memerlukan.. Amin..

KAWAN-KAWAN YANG KENA TAG:
Kak Zie,Kak Mas, Mimy, Nadine, Kak Ayu, Siti, Azila, Cikgu Isza, Dni, Tedi, MSR, Ben, Kak Lynn, Ika, Amieynna, Liessa, Nabilah, Haniyisterizuki, roronoa Zoro, asfaliza, dan semua yg sudi...
sudi sudikan..

IringJeling: abis satu utang ngan Lya, ada 1 lagi utang ngan Lya ni, sabo ya Lya! tima kasih kasi ini award! amat menghargainya! :)

Thursday, April 29, 2010

Tag dari Dak Sarah Chumel

Wah..sekali kena tag ngan budak chumel Sarah ni.. nanti kalau Aunty Kella (oh, aku dah jadi aunty ke? ohh tidak..) dapat beby, chumel juga cam sarah yee...

1. Go to your photo files. Select the 8th photo folder.
ok dah!


2. Select the 8th photo in that folder.
dan ini lah gambar yang ke 8 itu! lohh.. gambar bebudak nih! hisshh.. asik gambo deme je yang penuh kat lam folder nih!




3. Post that photo along with the story behind it.
Masa ni 'deme' berdua tengah bersanding kat Bt Gajah Perak ni.. masing2 muka gumbira je, tiada nestapa...
harapnya perkahwinan mereka berdua dirahmati Allah selalu.. sentiasa bahagia, gembira, jika ada perselisihan dapat diselesaikan dengan bijak... saling memahami, saling mempercayai.. dan saling melakukan yang terbaik untuk pasangan masing2 dan,
semoga juga dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang..penyejuk hati..
Amin..

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same !

I callenge u! Mimy, Ika, Tedi, Cikgu Isza, Siti, Kak Lynn, Aiz, Kak Mas...


Buat yer..! saje suka mengetag! kerana aku ada kamu..

hohoho..

TAG-Kasut Pilihan

Lama dok peram tag dari Mimy nih!

hari ni aku setel ya mims..

Ini adalah antara kasut/selipar yang aku ada..
Kalau di tanya pilihan aku, semestinya adalah sniker Adidas dan kasut Crocs yang mudah dipakai kemana2 mana sahaja! kalau nak berjalan semestinya aku pakai diorang ni lah.. senang nak berjalan..
tapi sebetulnya, yang paling suka ialah yang kaler silver, No 3 tu, aku amik gak gambar dia, sebenarnya dia telah tidak boleh digunakan.. sebab dah koyang rabak! ini pemberian suami ku! mase dapat kasut ni belum kawin lagi.. dan 3 tahun berjasa tuh! sayang pula nak buang.. sedap pakai..flat kan..
kasut yang no 1 tu aku pakai tika ada apa2 majlis je, tapi pasti-pasti aku akan bawa juga slipar sebab aku tak tahan pakai kasut tinggi2 nih.. 'tak koso den' ada 2 lagi kasut tumit tinggi aku tak sempat nak snap, itu je la kasut yang pakai di tika tika je.. bukan selalu..
dan selipar merah tu, mama yang kasi, tebal tapak tu..
senang nak jalan, tinggi, tak kena kotor.. buat pakai 'sehe' kat rumah je..
itu sahaja..
nak kena tag juga pada 8 orang, Kak Lynn, Liessa, Siti, Kak Ain, Kak Mas, Azila, Kak Rohayu, Cikgu Isza, Dni, dan sesiapa suka tag kasut ni.. silakanlah..

Tuesday, April 20, 2010

Tag Apa Ada Dalam 'Handbag'

hmm.. tag dari Mis mimy lagi nih! takpe2 aku suke..
leh tunjuk beg baru..
hehe

~ beg baru nih, Mr Zule belikan! baik hati belanja si isterinya yang dah kelusohan beg!
beg ni beg galas belakang, aku suka jenis beg gini, naik moto pon senang, nak jengjalan pon senang, tak le risau yang galas2 atas bahu tu, aku asyik kepit je kat ketiak, peragut ramai wooo..sekarang.. hmmm~


~ jom geledah, kat poket kecil kiri kat depan, harus aku simpan segala kekunci kira-kira , kunci rumah, opis, kereta.. segalanya..


~ poket kecil kanan pula, ada bodak miyami, pas semayang asar, nak balik kena touch up sikit, nak jumpa suami kan.. pastu calit lipstik Nutrimetic sket, ada juga sanitizer, dan tisu!



~ oh ya! terjumpa gardenia dalam beg la! leh isi perut tika lapar, cicah milo pon sedap!


~ya.. ini spek kena ada, sebab aku rabun silau, panas kalu.. pakai spek..


~ selebihnya, beg duit aku, buku catatan dan pen.. tulis belanjawan dan idea2 untuk tulis blog! hehehe... pastu ada external drive, dan.... ups! yg terselit putih comei nyorok kat bawah tu....pssst... tuala mini ekstra kecil wanita ! modesto! kena ada, kot2 terrrr ke, atau kengkawan terrr ke.. leh kasi pakai..~
ok. tiba giliran nak tag, sesiapa pun boleh buat, Si Tedi, Kak Mas, Liessa, K Siti, Kak Lynn, CguIsza, marilah sesiapa sahaja yang rasa teringin buat ni, buat aje..

Wednesday, April 14, 2010

Tag Pandu Pandu Berlesen

Yeah.. aku buat tag ni, sebab aku pemegang lesen keta yang sah ya..
thanks ya Mimy, kasi aku tag ini.. ada satu tag lagi aku utang ngan ko kan?
1st time aku naik keta ngan si Mimy ni, memang salute..berani! dan dia mmg tahu jln kat kl ni! sebut je, walaupun aku taklah menjelajah satu kl dengan nya, tapi sebut je kemana2 dia tahu je shortcut mana2..lari dari jem...

tagnya..:

1. Adakah anda mempunyai lesen memandu?
•yes la.. tu yg kena tag tu..

2. Bilakah anda mengambil lesen memandu?
hahaha citer benar, mase nak jawab ni, aku belek la lesen aku balik dalam beg, saje nak tengok lesen lama aku! tengok2 lesen aku tamat 22hb April ni lah! ayoyo.. sib baik aku perasan nih! kalo tak 'selamat' lah aku kalo pak polis check lesen!
ok jwb soalan, bila ambil lesen? citer benar lagi, tahun 2005 lesen L, peram setahun, dong dang dong dang, tahun 2007 baru aku sah ada lesen! selama itu? aku jadi pemandu haram! tu yg byk menda jadi tu, tak halal...

3. Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
kalau dari haram adalah..6-7 tahun, tapi kalau yg sah nye baru 4 tahun maa..

4. Pengalaman pahit ketika memandu?
kejar mengejar ngan mamat2 racing! bergetar kepala lutut! bergegar stereng! sib baik aku dapat meloloskan diri di celah2 jem2 tuh! fuhh lega!

5. Pengalaman manis?
tatkala dapat bawa family jenjalan, aku sah bawa kereta, sb ada lesen! bukan takut2 lagi..

6. 3 tabiat ketika memandu?
Selalu pun tabiat aku mesti kena baca kursi dulu, pastu baru aku nak nyanyi2 ke hape je baru rase selamat je
Aku kena pakai spek mate kesayangan aku tuh! aku ada rabun silau, so kalau tak pakai spek aku akan problem memandu, kalo malam takyoh laa..
1 tabiat ketika memandu, jika hubby ada disebelah, aku suka sebelah tangan nak pegang tangannya.. rasa cam spirit spirit of da world je.. ngeh..ngeh..ngeh..

7. 3 pantang time aku memandu bila...
Bila orang lain bagi hon tak tentu pasal, sikit2 hon!2 bingit lahh...
Bila orang tu buat bodo je bila potong Q! aku sikit punya tertib beratur, ko boleh selamba badak jee.. signal pun tak bagi! bengang jugak bila orang depan2 dok bagi je keta-keta tu potong diorang, itu yg menyebabkan diorang naik lemak tu.. ishk!
Bila orang paking tengah2, paking tengah jalan! benti paking tetiba tak bagi signal! membuatkan jalan jem! pastu muka tak bersalah je dlam kereta! kebanyakkan teksi camtu! wahhh.. pantang betul diorang ni main suka2 je nak benti.. arrghh tensi..!

8. Aku tag pada pemegang lesen kereta.. tag goes to:
sesiapa sahaja yang ada lesen kereta dan baca tag ini! mari lah buat tag ini.. buatlah ya!nanti boleh kita jengok korang punya tag pula! marilah.. marilah..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker