Assalamualaikum,.. salam Jumaat yang barakah..
Semalaman.. hingga ke saat ini.. aku memikirkan tentang seorang sahabat aku ini..
semalam.. akhirnya aku baru tahu kisah sebenarnya..
Terkejut.. tersentap.. kecewa.. kasihan.. sedih.. dan menangis..
disebalik kejayaan yang dia kecapi sekarang ini terlalu pahit dan beratnya ranjau ranjau berduri yang perlu dia tempuhi... Subhanallah..
dia diberikan dugaan yang begitu berat dalam kehidupannya sebagai wanita.. isteri dan ibu..
diuji dengan dugaan perkahwinan yang sangat mencabar dan menakutkan bagi aku..
dari awal kahwin hingga 7 tahun perkahwinan!
tapi demi anak2 dia bertahan..
Namun, sampai masa anak2nya sendiri yang hampir menjadi korban bapanya? yaa. dan itulah petunjuk yang paling tepat untuk dia meninggalkan lelaki itu.. walau sehabis daya dia pertahankan rumah tangganya itu..
tapi dia tidak sanggup lagi menahannnya sendiri..hingga anak pun sanggup dijadikan mangsa!?
rumahtangga yang dipertahankan akhirnya ternoktah sehingga disitu sahaja..
ibu bapa dan kaum keluarga semua bagai tidak percaya kerana kawan ku ini memang tidak pernah menceritakan keburukan suaminya kepada sesiapa pun.. dan lelaki ini pula depan keluarga sangat2 la baik dan prihatin.. mengaburi mata semua orang..
kisah yang diceritakan olehnya itu..biasa ku lihat dalam drama drama..tidak sangka perkara itu terjadi kepada sahabatku sendiri..
apa yang dapat ku simpulkan..
Allah itu menyayangi sahabatku ini sebenarnya..
Dia berikan ujian ini untuk buatkan dia lebih kuat dan berjaya seperti sekarang..
Dia dikurniakan anak anak lelaki sebagai peneman perjalanan hidupnya
Dia mempunyai ibu bapa dan adik adik yang tak pernah tinggalkannya walau apa jua keadaan..
Dia mempunyai sahabat2 yang sayangkan nya.. (i love u frenn..)
dia tidak putus semangat tapi digunakan hikmah yang Allah berikan ini untuk lebih maju..
Dan dia nyata lebih tenang dan bahagia..
ya.. memang dia ibu tunggal sekarang.. tapi Alhamdulillah.. Rezeki Allah sampai pula melalui cara yang lain..
Allah itu Maha Adil..
tidak semua insan di dunia ini sempurna..
setiap insan di uji dengan pelbagai jenis dugaan..
selagi kita ini bergelar manusia.. hamba kepada Allah.. selagi itulah kita akan sentiasa di uji
setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing..
pergunakan kelebihan yang Allah berikan itu sebaik mungkin!
insyaAllah.. hidup ini akan jadi lebih indah..
Love u all..
Bismillah!
-
MasyaAllah, Wow
im actually speechless, wordless ... or maybe amazed?
tak tahu apa yang jari jemari ini akan meluncur menaip tiap perkataan untuk
dite...
1 year ago



