Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Tn Hj. Show all posts
Showing posts with label Tn Hj. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Ditarik balik, harap maaf

entri sebelum ini telah ditarik semula
atas nasihat penasihat blog tetap saya, abbi..
baik boss!!

katanya, biarkan aku sendiri dengan perasaan tidak mengerti itu..
biarkan.. tak perlu dikongsi.. ianya tak perlu..
blog ini kalau boleh jangan diisi dengan cerita2 orang lain, yang menyebabkan ada segelintir manusia diluar sana tersentuh hatinya..
nanti akan mengundang kedukaan..
maka.. dibuang sahaja!

biar malu dahulu, dari malu kemudian..

"Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman"

" ha tu! dia nyanyi miming kata malu?, tapi macam tak m........"
"shhhh!!!! dah dah,"
"haitt! yess boss!"

Terima kasih..

***********************************************************

eh, ingat tn hj tak? bos baru ku dulu! petang tadi dia singgah ofis la..!
panjang umur dia kan? baru pagi tadi dok sebut namanya dalam blog ni.. kat sini..
pastu, tadi pun aku tolong buatkan nescafe lagi untuknya.. hehhee..

tn hj ada mesyuarat kat HQ esok, so hari ini dia dah sampai sini.. saja singgah opis..

gembira melihat tn hj, yang dah makin berisi.. katanya pagi dia makan, tengahari pun, petang pun, malam pun, supper pun! maklumlah.. air tangan si isteri.. lama dah tak merasa begitu kan.. dulu2 hujung minggu je dapat jumpa keluarga.. sekarang Alhamdulillah.. dapat kerja kat kg sendiri.. tak perlu berulang alik lagi..
kita tumpang gembira.. :)

Minggu depan kata tn hj dia datang lagi.. ada meeting lagi.. huhuhu..

Teh Tarik VS Nescafe!

Tadi buat pertama kalinya aku tolong bos baru buatkan air untuknya!
sebenarnya aku yang gatai mulut bertanyakan padanya! nak minum apa?
ingatkan dia takda gamak nak suruh aku kot...

tapi dia terus cakap...

" boleh buat saya teh tarik tak?"

hah? erk! biar betul ni, teh tarik?
" teh susu la tu kan?" aku buat2 tanya pulak..

"ialah tu.. tapi saya nak teh tarik! pandai ke buat?"

huisshhh tak pernah dibuat2 aku teh tarik nih! errk tapi aku angguk2 slow.. tanda..boleh la..

hmmm teringat pulak kat bos lama aku! tn hj!
tn hj suka minum nescafe!
nak minum nescafe yang aku buatkan saja!
hmm.. mula2 tu aku ingatkan dia saja nak amik ati aku kot..
tapi selalu sangat dia dok suruh pun!
katanya nescafe aku buat sedap....
huhuhu.. malu ai! (cheeee...)

ada sekali tu, tn hj minta buatkan nescafe untuknya, tapi aku lambat sikit buat, dan kebetulan masa tu, ada teman lain yang buat nescafe lebih, lantas aku terusla offer kat tn hj, haa... ada nescafe lebih boleh la ambilkan sikit untuk tn hj!
tapi dia takmau.. kami bertegas untuk ambilkan untuknya.. tapi dia bertegas juga tak mahu.. takpe..takpe katanya, dia tak mahu minum... hmm... akur sahajalah...
Namun, 10 minit lepas tu, dia suruh aku buatkan nescafe untuknya!
dia kata, dia tak mahu nescafe tadi.. nak yang aku buatkan..
hohoho... aku tersipu sipu aje..! (wek)

masa last dia nak pindah pun dia minta aku buatkan nescafe untuk kali terakhir la..
hmmmm....






























so! balik citer bos baru tadi!
aku buatkan aje teh tarik! tarik punya tarik la...hinggalah dia berbuih buih... uhhhh...
























tak pernah2 aku buat teh tarik..

hmmm... bos lama nescafe.. bos baru teh tarik pulak...

memang jelas ketara perbezaannya!
dan jelas nyata memang cara mereka berdua bekerja sangat berbeza!
banyak bezanya oii...

bukan apa, cuma dah terbiasa dengan yang lama..

Nescafe vs Teh tarik?
hmmm bagi aku masing masing punya kelebihan tersendiri..

korang layan nescafe ke teh tarik? :)

Monday, November 8, 2010

Morning Talk

Assalamualaikum,

Kat pejabat aku ni, sekarang ni dah ada bos baru.... (yg ganti Tn Hj)
dan dia minta supaya disini dibuat morning talk, pada setiap hari Isnin Setiap minggu tanpa gagal..

makanya hari ni kali ke dua Morning Talk ini berlansung, dan aku lah pulak telah diminta untuk berkongsi cerita, info, atau apa sahaja lah!

hohoho.. aku sebenarnya tak tahu nak kongsi apa..
tapi aku ada teringat satu petua yang aku dapat daripada bos lama dulu.. tn hj..
dan aku fikir bagus juga jika dikongsi bersama..

Petua tu aku pernah post kat blog tercinta ini...

nak tahu petua apa?

nah... Klik untuk tahu di sini...

:) semoga bermanfaat untuk semua.. :)

Wednesday, October 27, 2010

Basah lagi...

tenten.. tenten..(bunyi sms hp begitu..)

" Salam fiona, sy baru sampai ipoh.
Bagaimana dengan bos baru.
saya doakan semuanya baik. sy yakin
fiona dapat lakukan terbaik..
kirim salam kepada zul. tk. Aai
" (zul , temannya si fiona)

dapat je sms ni, automatik air mata terus mencurah keluar..

dibalas pula;

"Alhamdulillah tn hj dah sampai..... bla..bla.. bla..
.....kita tumpang gembira bila tn hj dapat pindah..
tapi dlm masa yang sama..
rasa kehilangan.....
."

***********2 minit berlalu..*********

tenten..tenten..(bunyi sms lagi..)

" InsyaAllah semuanya baik. Hidup ni
memang gitu. Penuh dengan cabaran dan
dugaan. Kita perlu harunginya dgn tabah dn kesabaran
dn sentiasa berpegang kpd Allah... insyaAllah selamat..
ingat yg sy penah pesan kat fiona
"

huuuuuuu... makin basah la pipi si fiona! kain tudung yg di pakai ni pun turut basah..!! hilang langsung keanggunannya hari ini.. huh!

Friday, October 22, 2010

Lumrah

Tetiba teringat satu lagu zaman pengakap dulu..

"BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA
HILANG DI MATA TAPI DI HATI TIDAK LUPA

BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA "




sorry..leave me in outer space ...

Thursday, October 21, 2010

Upss!!

tTadi, tadi boss masuk bilik aku, borak borak... ada lah 2 staff lagi dalam bilik aku nih...
masa lunch kan.. so ok je aku bukak tenet...
sesambil diorang berborak, aku layan tenet jer... biarkan mereka berdua tu yang layan boss aku tu..

ntah macamana aku tak perasan bila masa dia berada di belakangku!
sedar sedar je dengar dia kata..

" apa tu Fiona ?" ( cheh.. nama aku tetiba tukar bila menaip ni!)

" errrr... ahh.. ni.... tuu...." aku tak sempat nak kata apa apa .. dia dah mencelah

" ohhh.. blog ke tu ?"

" eh... haah.. blog ni tn hj, saya baca blog kawan saya, saya suka baca blog diorang banyak info info terkini!"

"ohhh... pastu boleh komen komen ye... ooo bagus ya?"

alamak.. rupanya dia dok perati aku dok komen kat blog korang nih!

" haah.. memang boleh komen.. blog kawan saya ni memang saya selalu baca"

" oooooo... bagus ya? abis.. Fiona tak buat blog jugak ke?"

pastu 2 org kawan aku tadi lihat aku, dan aku lihat mereka kembali!
pastu aku secepat kilat bagi signal kat kawan2 aku! jegil bijik mata minta diorang jgn bgtau yang aku ada blog! geleng2 kecil... yang diorang ni memang tahu aku ada blog! yang tn hj ni ada kat belakang, so dia tak nampak la aku kasi signal.. huhuhuuh.. sib baik tak pecah...

" er.. ha.... memang bagus tn hj, banyak blog dah sekarang ni, ini semua pun saya baca blog kawan2 kawan saya je... time free free boleh la layan..." eh.. aku tak jawab pun soklan dia tadi.... minta2 la dia lupa,

" oh.. kalau camtu saya pun teringin nak buat blog jugak lah! baguskan blog ni... saya dulu memang suka menulis... bla..bla.. bla.... hmmm.. gud.. gud.. nanti saya nak buat blog la kat tempat baru saya... tempat baru banyak masa lagi... " (dia dah nak pindah... minggu ni last.. dan aku sedih..)

pastu perbincangan seterusnya dia dok fikir apa tajuk nak kasi kat blog.. apa topik.. isu apa.... huhuhuhu.....

alamak... ada chance nak bertembung di blog ke nih!? huh..

update: aku syak dia cam tahu je aku ada blog.. mungkin saja je dia nak pancing2 aku..tengok aku mengaku ke tak ke.. ntah.. iya.. ntah idak..

Thursday, October 7, 2010

Farewell

hmm kalau ada yang perasan,
blog aku ni dah ketandusan idea..
lambat update..
posting pulak yang fakta2 je..

aku sebenarnya cam hilang mood je,
bos besar ku akan berpindah!
jauh nun di ipoh..
perasaan tak seronok laa..
lebih 4 tahun kot aku bersama dengannya..
dari aku bujang trang tang tang.. sampai dah kawin..

semalam aku bercerita dengannya..
aku bekerja dengannya dari sebelum kahwin lagi..
ingat balik bila dia cerita yang dia nampak aku di MidValley dengan terunaku! hadooiii.. kantoi aku sebenarnya, ntah camanalah keadaan aku mase tu! hehehe.. gelagat orang bercinta lah katakan.. malu.. malu masa dia ckp kat aku tu.. mesti dia tengok dari jauh je kami, takde plak dia tegur aku masa tu, mesti dia segan kot...

hinggalah ke perkahwinan aku.. dia pun hadir bersama isterinya..
aku sangat terharu..
Terima kasih tn hj!

cuma.. kata aku padanya, tak sempat nak ber anak masa bertugas dengannya..
dia senyum aja...
katanya
anak ni rezeki dari Tuhan..
kita tak perlu risau risau sangat pasal tu..
tak perlu nak rancang2.. kerana Allah telah ada rancangan untuk kita..
Kalau dah dapat rezeki tu Alhamdulillah..
Kalau belum pun Alhamdulillah.. sebab Allah tahu yang terbaik untuk kita..
Dia tahu masa bila nak kasi..
Allah itu maha kaya, maha adil, maha besar..
jgn mudah putus asa..
usaha,
percaya dan terus percaya..
InsyaAllah..

Aku ingat lagi, masa belum kawin, dia banyak bagi nasihat, banyak bagi pendapat dalam berhubungan nie.. tentang lelaki.. tentang kebaikan berkahwin.. ( tu yg aku cepat2 nak kahwin! ;p )

Lepas kahwin pun aku banyak belajar dari dia, aku selalu juga kongsi dengannya jika ada kemusykilan/ masalah.. insyaAllah.. bila mendengar darinya aku rasa tenang, dapat berfikir dengan waras, dan yang paling best, dia tak pernah menangkan lelaki walaupun dia seorang lelaki..
tapi dia lagi bagitau perangai lelaki ni macam ni... macam tu...
katanya lelaki ni ada egonya tersendiri...
kalau misalannya seorang lelaki/suami memarahi kita atas sesuatu perkara, jangan kita terus menjawab atau melawan! kita dengar je apa yg dia nak kata, orang tengah marah, jgn disimbah dgn minyak, makin membara jadinya! tapi jika disoal dan diminta jawab, maka dia jawabla.. jgn pula diam seribu bahasa, buat2 tak dengar! hehehe
dan percayalah, jika kita senyap (tidak menjawab), hatinya akan cepat reda, cepat sejuk.. dan perhatikan dia yang akan datang dekat kita semula bila semuanya telah reda.. untung nasib, dia pula akan memohon maaf kerana telah memarahi kita tadi..
begitulah.. katanya.. kita berkahwin ni untuk kekal lama, perlu ada give and take..
dan sebagai isteri, wajib menurut perintah suami.. syurga lah tempat bagi isteri2 solehah... Amin!

Pastu, dia macam tahu2 je aku ni agak tensi tensi.. lalu ditanya mengapa..
aku cuma cakap, ada la.. makhluk Tuhan yang seringkali mempersendakan aku mengenai anak..
balasnya terus, tak usah la susah2 hati memikirkan perkara itu..

ada rezeki tu.. "usoh riso"
yang penting kita jangan biarkan hidup kita ni berlalu dengan kesedihan dan kekesalan.. ( masa dia cakap tu, aku dah sebak sebak dah.. aku memang sensetif sikit kalau berbicara tentang ini..)
katanya lagi sambil tersenyum penuh semangat, kita enjoy our life! nak taknak kita kena hidup kan.. so rugi je kita sedih2.. apa pun tak dapat! hehehe.. dia gelak kecil..
dan yang penting antara suami isteri ialah 'support each other' thats the key for success!
alah... nanti2 sekali Tuhan nak kasi, bertimbun2 pulak! hahaha.. setiap tahun dapat kembar.. hahaha.. siapa tahu kan?.. hehehe..
Tn Hj ni bagus la.. kata2 nya beri semangat pada aku, dan aku kongsi bersama suami..

hmmm.. nanti aku dapat bos baru tak tahu lah bagaimana keadaannya!
dia bos paling sempoi,
boleh ke pantri makan bersama.. (tapi bukan aku seorang la.. ramai staff lain juga..)
boleh duduk semeja berborak..
boleh bergurau senda bersama staff..
tidak meninggi diri..
lansung tak menunjukkan pangkat yang dia ada..
selalu berceramah tentang agama..
selalu betulkan kita kalau kita salah..
selalu ajarkan aku sesuatu menda yang baru!
banyak yang aku belajar dengannya tau, dia memang tak lokek ilmu, sanggup juga dia habiskan masanya untuk mengajar atau menerangkan sesuatu perkara atau ilmu kepada aku, sampai aku faham..
wehh.. aku memang byk belajar dan banyak yang aku tahu dari dia..
dari bab kerja, bab komputer, bab agama, bab rumahtangga.. semua dia kongsi.

tapi jgn ingat aku tak pernah kena marah!
aku memang pernah kena marah.. atau mungkin aku boleh kata kena tegur? sebab dia tak pernah meninggikan suara, (mukanya merah sebab cuba kontrol perasaan marahnya itu.. itu sebab aku tahu dia marah)
ada satu kes tu, dia tak boleh hubungi aku, aku tak perasan hp ku silent, lepas tu aku pula ada di pantri, pegi toilet la.. borak ngan staff lain lah, selamba je, sebab aku bawa hp kan... dan panggilan ke pejabat pula aku pindahkan pada hp, makanya segala panggilan akan ke hp! hp ku pula silent! adooiii..
banyak kali dia cuba hubungi melalui telefon pejabat dan HP, tapi tak berangkat, dia perlukan sesuatu maklumat dengan segera! lepastu dia tangkap seorang staff disitu dan terus staff tu berikan panggilan tu pada aku melalui hpnya! apa lagi, marahla dia! katanya aku pergi mana? kenapa tak boleh dihubungi...


rentetan kes itu, aku ingat dia akan buat tak tahu la, tapi bila balik opis dia terus panggil aku, mengingin kan segalanya bersih.. tiada sekat2 dalam hati.. maka proses 'clean up' pun berlaku..

dia menjadikan keadaan kami nuetral semua.. o-o.. no heart feeling ...

aku suka sangat cara dia..

cara dia, kalau salah dia akan tegur, dan kita sama2 fikir cara atasi masalah itu.. habis di situ.. takda bawa bawa mulut ke luar punya.. dan caranya inilah yang buat aku respek kat 'pak Aji' ku ni.. :)


aku akan kehilangan bos yang paling best ever!



boss... ure da best! i dont know about others, but for real, there will never be a special boss like u la..!

this is not bodek2 boss ya! tak boleh buat apa pun kalau bodek.. ala.. selama ni kita tak pernah bodek pun kan tn hj? u know me n i know u la bosss....

ntah siapa akan gantinya.. hmm

Tuesday, August 3, 2010

OGOSTO

hari ni dah 3hb Ogos!
pejam celik pejam celik dah nak dekat ujung tahun dah!
cepat sungguh masa berlalu...

bulan Ogos bagi aku adalah sangat2 istimewa!
Bulan dimana mama aku bersusah payah melahirkan aku
Bulan yang akan mengganjakkan lagi umur aku! uffff...
Bulan dimana aku bertukar 'title' hehehe
Bulan Kemerdekaan! Merdeka! merdeka!
Bulan ni juga, roadtax aku akan tamat tempoh dan minta di renew! duit lagi tuh! hmm

dan paling Istimewa!
Bulan Ogos ni juga kita akan menyambut Ramadhan.. Alhamdulillah.. aku mohon padaMu Ya Allah..semoga aku sempat la bertemu dan melalui Ramadhan yg penuh berkat ini dengan pengisian yg secukupnya.. InsyaALlah...


(mama.. dia bukan tahu aku tgh tonggang tebalik mau amik gambar ini! kalau dia tahu, dia mesti bising punya!)

IringJeling: alamak esok 4 Ogos kan? besday boss laa... apa mau kasi ni? hmm

Thursday, July 29, 2010

Petua Murah Rezeki

(lokasi gambar: tasik Putrajaya)


Saja aku mahu kongsi juga bersama anda semua..

baru2 ni aku sempat borak ngan Bos aku aka Tn Hj, saje je tanya dia..
apa petua Tn Hj ni murah rezeki ? aku cam saje je nak tahu... selain mmg tahu dia tu cam alim2 orgnya.. hati baik.. kot2 la ada petua apa2.. sebab aku yg selalu dengan dia ni, mmg tahu la, dia selalu je cam murah rezeki.. ada sahaja rezeki yang datang..

katanya senang sahaja!
petua murah rezeki ialah.... memberi!
berilah tanpa alasan, nescaya rezeki itu akan kembali..
ianya ialah cost and effect!
apa yang diberi, insyaAllah kita akan dapat balik!

byk cerita yang dikongsikan, segala pengalaman nya memberi, bukan niat untuk takbur,
dan cabaran untuk aku, katanya, cabar diri untuk memberi tatkala diri kita kesuntukan! contohnya, jika dalam beg duit cuma ada rm 50, lantas ada orang meminta, lansung apa tindakan kita? cabar diri untuk memberi! percaya lah! rezeki yg berganda akan datang!
"percaya lah.." kata tn hj aku sambil tersenyum! (sib baik tak bunyi cam sore siti nurhaliza! percaya laaa..... )

maka ini cerita aku!dalam beg duit aku cuma ada RM 3.70 haritu! duit lain dah takda, dlm bank pun tinggal ciput aje! cukup hingga dpt gaji! sengkek giler mase tu! so aku bajet nak beli nasi ayam RM 3.50 kat pasar malam! n aku bersama temanku bjln lah ke pasar malam mencari sesuap nasi (ayat kesian!)
masa b'jln sepanjang pasar mlm tu, adalah aku terserempak 3-4 orang peminta sedekah, ada yang mengaji, ada yang jual tisu..
lantas aku teringat cabaran tn hj aku tu! memberi tanpa alasan tatkala kesuntukan!
isk! aku memang keadaan kesuntukan wang sekarang ini.. ini yang tinggal untuk beli nasik!
hmmmmm....
ahhhh! ok aku sahut je cabaran itu! aku pegi kat makcik tu sorang, aku letak singgit dan amik tisunya.. begitu juga kepada 2 orang pakcik tu, sorang singgit! pastu di simpang terakhir ada sorang lagi makcik! alamak duit singgit dah abis..! so aku habiskan semua 0.70 sen yang aku ada tu!
so? licin la dlm dompet aku! tapi rasa best je.. tersenyum aje!

aku tahu mesti korang kata ala.. setakat singgit kan? tapi korang tahu ke keadaan aku mase tu yg betul2 tinggal rm 3.70 aje dlm tgn! itupun abis berjimat aku! betul2 bkira2 sblm masuk gaji! kalo org byk duit mmg takkan faham situasi org takda duit nih.. takpe...
dan tahu apa? tetiba aku dapat kol dari makcikku! marah2 kenapa tak datang lagi kerumahnya! parti harijadi anaknya la! alammak! bergegas lah aku kerumahnya! waaahhhh... bukan sahaja dapat makan nasi ayam, nasik kambing, itik semua ada! ya Allah.. syukur...
:)

esoknya perkara tak di duga berlaku!
masa tengah mengemas baju2 dan seluar2 lama untuk di let go, aku saja menyeluk poket seluar,..... terasa seperti kertas2,..... lalu diseluk,
dan! MasyaAllah.. duit!!
tahu berapa tak? RM 37 hengget!
korang tahu tak? korang rasa tak apa aku rasa?
masa tu aku rasa magic giler sebenarnya! yela walaupun duit tu sebenarnya duit aku pun sebenarnya! tapi yelah.. tetiba tetengah sengkek, jumpa duit kat dlm poket seluar, dan yang pasti duit tu dah lama berzaman kat situ!

terus aku teringat yang aku sedekah smlm! RM 3.70 aje, tapi aku dapat balik RM 37 hengget! can u imagine! weh.. ini bukan cerita rekaan, ini kisah benar..
tersenyum sendiri aku bila memikirkannya..

walau apa apa sahaja...
what u give u get back...
:)

Wednesday, June 10, 2009

Cermin Diri

Sedikit renungan di petang hari nie..
hari ni Tn Hj ku sempat memotivate aku lagi.. lama rasanya tak jumpa dia.. mukanya burn teruk, maklumlah mandi laut.. hihihi..
Berbalik pada cermin diri...
panjang gak celotehnya.. secara kasar, ianya berkisar dengan perhubungan kita sesama manusia..
sejauh mana kita mencermin diri kita sendiri..
sejauh mana kita berpuas hati dengan diri sendiri tetapi tidak dengan orang lain..
memang senang dan mudah untuk kita melihat keburukan tentang orang lain.. mengkritik.. menilai..mengutuk..
tetapi adakah kita nampak keburukan diri sendiri? betapa sangat berpuas hatikah kita dengan diri sendiri? berapa ramai yang akan berterus terang tentang keburukan kita bila kita bertnyakan pendapat mereka ttg diri kita? atau kebanyakkannya hanya menceritakan yg baik2 shj? waahh..baik juga sbnrnya aku nie..!? tkda org tak suka pun..? hmm tapi.. sedarkah kita..betapa kita sebenarnya tidak sanggup pula untuk mendengar realiti atau hakikat sebenar, ttg keburukan yang ada pd diri sendiri! sanggup ker? ntah2 lepas dengar jer.. terus tarik muka..? marah? kenapa? tak dpt terima hakikat pula? ai..tadi tanya kan...!?
well... Tn Hj kata tadi ada satu petua..atau mungkin tips..Tn Hj kata dia dah lupa samada ianya ada dalam hadis atau petua dalam Islam..
petuanya ialah cermin diri kita sendiri melalui orang lain..

contohnya jika kita tak senang hati pd seseorang tu.. dibebani perasaan tak puas hati, marah..dan sempat mengata yg bukan2 tentangnya..samada secara lisan atau tidak..
berhentilah sebentar..
kawal diri...
terus kita perlu lihat pada diri.. cermin diri.. adakah kita bukan seperti mereka?
dalam hal ini kita kena jujur pada diri sendiri..
tak perlu menuding jari atau menilai seseorang sewenang-wenangnya tanpa melihat pada dr sndiri..
kerana mungkin perkara yg sama pada org itu...ada pada diri kita..
kerana,!
kita memahami dan mengerti sesuatu perkara buruk yg ada pada seseorang itu! mungkin secara tak lansung ianya ada pd kita?! (cuba renungi dan fahami maksud di sini...)

bila dah sedar diri tu.. kita akan boleh mengawal permainan minda dan emosi yg bercelaru tu.. bermuhasabah..
dan secara tak lansung, kita akan kurang mendapat tekanan..
malah mendapat ketenangan...
insafi diri..
Ingat Tuhan byk2..
nescaya kita akan menjadi orang yg hebat!
bukankah manusia yg dapat mengawal emosi marah..hasad dengki.. adalah orang yg hebat?

dan jika benar sesuatu perlu diperbetulkan, tenangkan diri..
gunakan kewarasan akal..untuk menangangi masalah tu..

hmm...serius ke topik aku nih? hihi..

Life is Simple but Serious!
Just take it easy..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker