Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Snappy. Show all posts
Showing posts with label Snappy. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Teloq Kembaq



Assalamualaikum,

Apa khabare.. semuanya...

macam lama tak jalan jalan umah kawan kawan...
hari ni mungkin berkesempatan nak jalan kot.. 
nak update..
macam banyak citer je nak kongsi.. =)

oh ya..
teloq kembaq....
hangpa penah jumpa ke telur sebegini?

hari tu..
bila je pecahkan telur ni nak buat kuih.. terus terkesima melihat telur kuning kembar ni...
terus je la snap pic... =)

tak jadi la nak buat kueh..
terus jadikan menu santapan je..
bila je goreng kan..
telur ni terus tak bercantum lagi..
dia jadi sebutir sebutir telur kuningnnya itu..

pernah dengar telur menetas 2 ekor anak ke?


apa pun hikmah kejadiannya.. Allah sahaja yang mengetahuinya...

=)

 


Monday, November 21, 2011

Langit indah milik Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..


~ pagi... semakin menghampiri~

~ memberi tanda kehadirannya yang pasti.. dan... kadangkala... begitu garang pula... ~ 


 ~  kadangkala begitu tenang ..~

 

 ~ kadangkala  begitu happy go lucky.. =) ~




~  walau ketika terik juga tetap mengagumkan..~



~ dibayangi lautan nan membiru .. ~


 ~ tiba masa sang mendung menutupi keindahan itu dengan keindahannya tersendiri....~


 ~tampak lebih gerun.. menandakan sesuatu yang bakal tiba...~


 ~ penyambut tetamu yang garang!... ~



~ dan tiba masa melabuh tirainya..~

~ dengan pandangan senja yang mengasyikkan... ~


~Langit..
Ciptaan Allah
Untuk kita semua melihat..
menghayati..
mengagumi.. 
menghargai
dan seterusnya mensyukuri ciptaanNya..
Subhanallah...
Indah bukan..?..




~ aku memang suka tengok langit
suka untuk abadikan suasana2 indah  milik Allah ini dlm kamera .. untuk sama sama kita kongsi bersama.. melihat.. betapa hebatnya ciptaanNya...





Monday, February 14, 2011

Perjalanan warna warni

Assalamualaikum

Ini cerita sepanjang cuti Tahun baru cina minggu lalu...
boleh lah baru nak cerita sebab baru dapat upload gambar...
harap harap ada orang sudi tengok...

Cerita tentan balik kg.. kami balik ke KB,
tapi perjalanan kami bermula ke Kuantan, kerana kami akan car pool dengan adik ku.. yang sorang dari Johor pun turun ke Kuantan juga... jadi kami berempat semuanya
Sengaja aku turun ke Kuantan awal.. rindu dengan tempat itu.. tempat tinggal lama..
sekarang yang ada di situ cuma adik ku sahaja yang masih setia bekerja di situ..
Papa pula, sudah sireh pulang ke gagang..


~Lebuh raya ini bukan tempat perlumbaan. Gunakan sebaiknya. Sentiasa bertimbangrasa di lebuh raya.~

~sampai kuantan terus menuju ke Tanjung Lumpur mencari satar, tapi sayangnya kedai tu tutup pula! satar situ sedap! jadi inilah pemandangan dari jambatan sungai pahang.. dari sini boleh tengok keseluruhan bandar Kuantan...~

~ Teluk Cempedak! ya.. memang nak pergi sangat kat sini!! di sinilah saya telah di lamar! hehehe... tu.. tengok si dia yang berbaju putih sendirian tu.. dia lah lelaki pertama yang aku terima secara sah di hati.. seterusnya secara halal dan moga moga kekal selamanya bertemu di syurga.. InsyaAllah..~

~ oh! saya suka ambil gambar pokok dari bawah begini! :D ~

~ masa ni laut sedang bergelora... tak dibenarkan sesiapa pun mandi, bendera merah sudah naik.. tapi ramai yang meluncur... ~

~ tungguh hingga air tu terpercik ke batu.. ~


~ nampak mereka yang sedang meluncur tu.. kecik kecik je nampak dari kejauhan.. ~

~ gelora hatiku siapa yang tahu..~


~ singgah di Hyatt kejap.. lalu je.. pernah kerja di sini.. :) ~

~ inilah baru pertama kali aku merasa 'satay zul' di Kuantan.. setelah bertahun tahun menetap di Kuantan tak pernah makan.. bila dah pindah baru sempat makan... ~

~ memang boleh tahan sataynya... yummy... ~

lepas pekena satay...
lebih kurang jam 8 malam..
bermula lah perjalanan kami balik kampung..
dan Alhamdulillah kami telah selamat sampai..
ceritanya di sini..


oh ya! disamping itu..
cantik tak gambar gambar di atas tu? itu je yang sempat di upload dari banyak2.. :)
oh ya lagi sekali !
terima kasih pada Cik Yan, Gadis Bunga dan Cik Pah sebab sudi ikut blog ini! lots of love.. :D

Tuesday, July 27, 2010

Jari.

- balik dari JB Ahad lalu, tapi hari ni baru masuk opis!
- masuk opis dan ada byk kelija sedang menanti! nah kau!..
- pastu kat opis ada event lak tu hari ni! hahaha.. siap kau!
- uiii.. buka outlook, emel berderet ratusan... itu semua kerja tu! mamposs..
- bos surut arrange mesyuarat untuk esok lusa tulat tubing.... huhuhu...
- jgn lupa booking tiketnya juga! guna kad pencen jgn lupa ya! (3 tahun lagi nak pencen tapi dah dapat kad pencen! hmmmm...)

(si Kella ngan Kak Kin dan Kak Ain tgh nk pilih no bertuah, last2 sorang pun tak bertuah! huhuhu)

tapi yang best tadi bos tegur.. " eh u nampak kurus pulak, memang dah kurus atau baju tu nampak u kurus.."
aku senyum hehehehhe je laa...
memang kurus sikit kot... hari tu timbang 67 semalam timbang 63.5 hehehehe.... berkat aktif sokan ni!
oh ya! lupa nak citer sket pasal sokan aku tu, kami sampai suku akhir je.. kecewa gak, tapi nak uat camana.. tahun depan coba lagi! :D


terima kasih gak kengkawan yg sudi datang masa ku takda..
ok.. bagus2.. tiada barang yang hilang.. hehehe..

IringJeling: tajuk takde kena mengena ngan entri kan! apparaa..

Wednesday, July 21, 2010

Gambar Menarik Di Petang Ini: Pejabat

agak agaknya, mengapa keadaannya seperti itu? :D

What say u?

hehehehehe...

Saturday, March 27, 2010

Cuti Sekolah Minggu Lepas

Biasanya, cuti sekolah, bebudak yg sekolah la happy, terbalik plak ngan aku,

happy sebab adik2 datang sini..aku masukkan diorang untuk ke Program Motivasi di sini..selama 3 hari, drpd diorang cuti sesaje, pekdah juga ke kem ni.. kasi segar gegar sikit minda diorang nak PMR tahun ni!

layan cerita bergambar aje.. mood tak mari lagi, nanti2 update..



Si Fahim dan Nain

~ bawa diorang ke one utama, jalan2, makan2.. motif utama adalah pegi beli buku budak2 ni.. buku2 pmr.. nak peksa taun ni kan..

~ mesti la jugak singgah ke IKEA, si Nain mmg dah pernah datang sekali ngan mak ritu..
si adik teruja jugak tgok kat dalam tu! cantik2 belaka katanya..nanti rumah baru kekla buat la desing macam ni.. macamtu.. iyolah.. kalau ada duit..tak kemana..hehehe ~


~ lepas diorang balik dari Kem tu, pergi plak ke Ulu Bendul, N9! syiok abis mandi kat sini! adik paling lama mandi! lepas gian! tinggal kan baru taoo...~


~ skybrigde klcc! best dapat naik sini! thanks to Sitang, coz dapatkan tiket untuk kami ke sini! teruja la jugak! bebudak tu mahu tak teruja? aku n hubby pun 1st time naik ni..sepanjang dok KL.. dia bagi kita 10 minit je dok kat sini..~


~ ada F1~




~ bawak diorang ke petrosains gak...~


~skybrigde KLCC~

Thursday, March 18, 2010

Check whats on my Frigde?

Aku bukan apa nak uat entry ni..

saje je.. kalau Mr Hubby tengok pon bagus gak!

dia Pegawai Pemeriksa kat umah!

check peti ais..

check air sejuk..

check expired date barang2 dapor...

huh! mmg adalah jugak 2-3 barang yg kekadang tu aku dah buka, then simpan, pastu expired! dialah tukang bagitau dan tukang buang dalam tong sampah! yela.. barang luput mana leh pakai lagi kan?

he's very particular about this and that...



~ antara yang ada buat masa ini di dalam fridge aku..~




~ mayo, cheese, jem semua mesti ada ni, kok kalo kesempitan makanan.. leh ler sapu roti aje..~




~ yeah.. 100 plus kena ada jugak! mr hubby punya, aku pon teguk jugak! susu HL lak aku punya, perisa coklat dah abis, tinggak strawbery blm bukak lagi.. maklumla susu putih aku tak berapa blh telan... huhu.. air gatorade tu beli sebab nak masuk contest! hahaha...

Saturday, March 13, 2010

Aquarium Pertama

Ini lah mini aquarium aku dulu! yang pertama aku punya semenjak aku keja kat KL ni..
mase ni belum kawin.. kat umah sewa ni, i deco2 sendiri tu... pegi beli ikan, batu2, pokok2..secara berperingkat! semuanya dengan tunang i mase tu.. sekarang dah Mr Hubby..
kami punya minat yang serupa..

sometimes kitorang tergelak je..
tempat dating kami selalu kat mana.. hmm kat Pasar Pudu! hahaha.. tengok2 ikan kat situ.. usha2.. jalan2..
best... sedikit sebanyak, sekarang ni dah tahu la sikit2 ilmu nak bela ikan ni..
mula2 bela dulu, tak pandai.. asyik ikan mati..tak ikan..pokok lak mati...

aku n mr Hubby share..tukar2 ikan..




~ tengok batu tu putih lagi... baru la katakan... sekarang dah bkarat! heheh~



~ini snap masa tutup lampu, di malam hari...



Sekarang aqua ni aku ltk kat opis lak! kat umah aqua yg besar! tapi sebab frust ngan siput yang melanda, menyerang, mr hubby terus buang semua, kasi cuci.. (buang kat aqua kecik aku ini.... jugak..)
takpela..
sekarang ikan2 beranak pinak dah..
cuma aquarium kat opis ni dah tak secantik dulu...

Friday, March 12, 2010

Whats new in ma Aqua..

akhirnya aku ada masa skit untuk blog aku ni..

tengok mini aquarium ku kat opis ni...

ada 2 ekor ikan baru! Betta Fish, atau lebih dikenali... Ikan laga, sebenarnya aku tak pernah minat ngan ikan ni, sebab kalo taruk dalam aquarium, dia aje kena dok sengsorang!
tapi bila ada sorang brader ni intro n kasi 2 ekor kat aku.. waa.. cantik pula!
saru biru.. satu merah..


~ Yang Merah..~





~Yang Biru..~
yang ni aku tauk lam aquarium besar sket.. saing ngan ikan2 yg lain..






~ ada ikan guppy.. dan lain2 ( tak ingat nama) aquarium aku dah lekat byk lumut sebab bulan lepas ikan bandaraya aku mati.. so tak berkilat la..~

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker