Hari Jumaat ni rezeki sungguh murah..
sarapan tadi ada orang belanja..
makan tengahari pun orang belanja.. :)
terima kasih..
mesti semua orang perasan kalau hari Jumaat je, kalau pegi makan kat kedai..
mesti dapat pisang free kan?
pisang berangan tu..
sedap aku sangat suka!
tadi masa kat kedai makan tu, aku memang mencari pisang, aku tengok ada 2 meja je ada pisang!
satu meja nun jauh di sana.. satu meja di sebelah sini tapi dok ada orang tengah dok situ, baru abis makan..
fikir ku, tunggu sahajalah mereka beredar baru boleh rembat ..
aku dok usha je la sambil makan.. huhu..
pastu bila mereka beredar,aku tengok 2-3 orang amik 2-3 biji pisang sorang, bawa balik! oh!
kosong lansung pisang tu!
hmm..
oh, takpa la aku akan pergi ke hujung meja sana lah,
tapi baru je aku bangun, tiba tiba seorang mamat tu pergi situ amik semua pisang yang tinggal cuma tinggal 2 biji tu!
ahhhh..!!! kecewa nya!
memang takda rezeki aku la nak makan pisang.. takpela..
sabar sahaja...
kebetulan kat kedai masa tu tak ramai, ramai yang pergi semayang Jumaat!
pastu tiba tiba datang seorang pekerja kedai,
datang bawa sepinggan yang penuh pisang! agak2 dalam 10 biji kot.. letak atas meja kami..
wah.. aku tengok dia.. dengan mata yang bersinar sinar...
lalu dia kata..
" ini pisang baru.. saya tahu awak cari pisang kan.. "
" eh, hehe.. terima kasih ya, tahu tahu je.. " sambil memberikan senyuman dengan mata yang bersinar sinar..
" tak pe free je, makan la..."
" hehe.. ya ya akan makan... kalau nak amik semua boleh?" saja berseloroh pula dengan nya!
" eh.. boleh... boleh.. boleh amik semua, apa salahnya.." lalu dia beredar ke belakang...
fikirku, dia ni perli aku ler nih..
pastu aku tengok dia datang balik, bawa plastik! lalu di isinya semua pisang dalam pinggan tu dalam plastik sambil hulurkan padaku!
" nah ambilla.."
" eh, betul ke ni, tadi saya gurau je.. berapa kena bayar ni.." aku dah terkebil kebil!
" betul la ni, tak payah bayar.. kan pisang hari ni free.. kalau hari lain kena bayar..." sambil tersenyum
oh... rezeki betul.. terima kasih..
Alhamdulillah..
aku tertanya tanya juga, siapa yang mulakan tradisi ini ya?
setiap Jumaat mesti ada pisang free..
kenapa Jumaat? ya mungkin hari penuh keberkatan kot..
tapi kenapa pisang?
kenapa tak buah lain?
hehehe...banyak kira pulak! dah dpat pisang free lagi mau ckp banyak! hoho..
***************************************************
tadi kat pejabat, aku dapat emel.. di forward kan oleh seorang sahabat ke sahabat sahabat yang lain...
emel berupa video! video seorang kanak kanak yang dilayan kejam oleh seorang amah!
aku dah pernah melihat video itu, melalui blog
deena dan aku memang tak sanggup untuk tengok sekali lagi! nanti air mata menitis lagi.. sangat sedih dan marah juga! sangat kesian budak tu! ya Allah..tak sanggup melihat seorang wanita sanggup memperlakukan seorang budak kecik hingga sebegitu rupa! sedih siot! meruntun jiwa aku yang sememangnya sensetif ini!
dan bermula la sesi membalas emel..
ada yang kata..
" gila la pompuan ni.."
" ini jalang babi.. namanyer.." marah betul.. memang patut pun!
" saya doakan andai pompuan jalang itu masih hidup..biar Allah laknat dan siksa dia lebih da apa yang dia telah siksa budak tu.. jom kita doa sama sama" aku juga turut berdoa Allah berikan petunjuk pada wanita itu..
" memang takda perasaan belas kasihan lansung!" betul! tiada peri kemanusiaan!
dan aku juga mula membalas pada semua.. baru taip
" sedih! tak sanggup melihat budak tu...."
belum abis ayat aku taip tiba tiba seorang lagi mereply emel itu.. katanya..
" sebab pompuan ini tak pernah mengandung! tak pernah beranak! itu sebab dia tak rasa!!!"
terus tersentap aku disitu.. jari jemari tak dapat meneruskan kata kata yang nak reply tadi...
tiba tiba mata bergenang dengan sendiri...
oh.. walau aku belum punya anak dan belum pernah mengandung.. namun aku masih punya hati...
sedih nya....
abis macamana orang yang mengandung dan gugur.. beranak dan buang tu?
:-( kesian beby tak berdosa..
nak buat macamana..belum sampai rezeki untuk itu..aku percaya ketentuan Allah...
dan emel itu berhenti di situ sahaja.. tiada sesiap yang membalasnya lagi...
********************************************************
di kesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah! pada sahabat yang ku anggap bagai kakak ku , Kak Azi!
tahniah sebab dimurahkan rezeki selamat mendapat anak lelaki setelah 7 tahun menunggu..
Alhamdulillah... rezeki dari Allah..
********************************************************
jodoh pertemuan dan rezeki semuanya ditentukan oleh Allah..
dia yang memberi dan dia jugalah yang boleh mengambilnya semula..
rezeki yang kita ada sekarang ni pun bukannya kekal milik kita..
ianya hanya pinjaman Allah..
terus bersyukur dengan pemberianNya dan redha dengan ketentuanNya..