Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label OUTING. Show all posts
Showing posts with label OUTING. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Aktiviti Hujung Minggu ke FRIM

Lalu... seminggu minggu lalu ni... 3hb April

ya, ini ialah aktiviti hujung minggu minggu lalu.
Kami ke FRIM (Forest Research Institute Malaysia) atau dalam BM nya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

terletak tak berapa jauh dari rumah kami, tapi ini baru kali pertama kali kami masuk, masuk kena bayar RM 1 seorang dan kalau bawa masuk kereta kena bayar RM 4, so kalau 2 orang RM 6 lah kami kena hari tu, nak parking kat luar pun boleh, tapi memang agak jauh la jugak nak berjalan masuk ke dalam.. jadi dicadangkan membawa masuk kereta lah..

~ peta yang di ambil di laman rasmi FRIM (klik untuk tumbesaran) , sila lah singgah ke sana untuk maklumat lanjut~

~ ini pula peta nak ke sana.. ambil di eforum.cari.my , ~

Antara tarikan yang ada disini (mengikut maklumat FRIM) ialah; Arboreta, kawasan perkhemahan, titian gantun, taman ethno botani, taman botani kepong, rumah tradisional melayu, aktiviti alam, denai alam, kawasan perkelahan, kayu bersilika dan wetland.
.....................................................................................................................


mula mula sekali kami berjalan jalan menghirup udara segar di sana...
tenang, hijau.. damai... sejuk sekali.. perasaan hiruk piruk kuala lumpur terhapus sama sekali!
owwhhh...



~pokok kat sini sangat tinggi tinggi! suka lah!
dan aku? memang takkan melepaskan peluang untuk mengambil gambar gambar pemandangan yang sangat cantik! kelu lidah berbicara.. namun, biar hati yang terusan memanjatkan puji pujian atas kebesaran Allah yang Maha indah..~

~ bila dah snap gambar ni, tunjuk kat b... b kata.. " gud girl!" heheh..~

~ this is my very favoritasss photo! cantik sungguh! kalau korang dapat tengok sendiri di situ, memang sangat terasa kenikmatannya.. pokoknya dekat dekat, tapi dedaunnya tidak bercantum, seakan seperti puzzle pula! Subhanallah.. cantik! dan.. bila ku tenung tenung seakan melihat kalimat Allah sahaja...

~ tidak nanti terlihatkan kalimat ini pun, sudah cukup kenikmatan disekeliling kita yang dimiliki Allah semuanya... tinggal kita untuk menyedari, merasai dan menghargainya... ~

~ memulakan ekspedisi.. tengok abbi dah berpeluh peluh dah tu, baru intro..~

~ pendakian bermula! lets 'canopy walk'! chee semangat berkobar kobar.. ~


~ kecantikan alam membuatkan aku dan abbi tak lupa memuji muji kebesaranNya..! cantik.. tenang... damai... indah sungguhla ciptaanNya.. rugilah pada mereka yang tak tahu dan tak mahu menilainya... rugi.. rugi...
kami bukan sekadar mendaki.. tapi menikmati sepenuhnya keindahan alam semulajadi ..
kamera pun tak duduk diam juga... :)

namun.. setelah daki punya daki penat mula terasa... nafas dah tercungap cungap.. dalam hati masing2 bila la nak sampai ke check point ni! aku terus je tanya kat seorang aunty.. dan katanya... 
" ohh dekat saja lagi.. u naik sikit saja u dah sampai.."
kami pun naik la lagi setelah berehat sebentar...
tapi baru je dalam 5 meter , aku dah mula rasa pening, rasa cam nak muntah, aku bgtau abbi, macam nak surender je! sesak nafas! uhhh.. betul2 stamina aku dah tak sekuat dulu! sebab keadaan bukit tu menjulang tinggi, bukan mendatar, tu yang buat semput tu..
pulak tu air lansung tak bawa! tinggal kat kereta, cerdik kan..
aku dah memang terfikir dah kalau la aku pengsan kat sini macamana, abbi aku jugak yang susah ni, kesian dia nanti! aku byk2 selawat dan mohon Allah lindungi aku, sebab aku betul2 tiba2 rasa mcm nak pengsan dah!
tapi abbi kuat kan semangat, sikit je lagi, memang dah nampak pondok tu! tapi rasa macam jauh giler..
dalam hati ku berkata kata...
kalau la dapat minum air seteguk dua.. hilang la rasa pening ni

dan, tahu sesuatu tak?
baru je berjalan 2 langkah tiba tiba abbi yang di hadapan berhenti...
air! katanya..
rupanya ada air bukit pula di situ!
Subhanallah...
bila tengok abbi bismillah dan terus minum aku yang pada mulanya was was turut minum juga!
ya Allah.. bila mengalir je air tu di tekak....
ooohhhh... rasanya....
segar sungguh!!
jujurnya aku memang tak pernah minum air fresh dari bukit gini!
tiba tiba mata terus jadi cerah dan segar.. badan tiba tiba jadi cargassss... kepala pun tak pening lagi!
Syukur sangat! rasa macam tak percaya.. rasa macam satu keajaiban telah berlaku pada diriku!
serius!
aku pun ada lihat beberapa org dibelakang ku mengisi air tersebut dalam botol..

tak jauh dari sumber air bukit tu tadi...
Alhamdulillah...! syukur!
akhirnya sampai la ke pondok 'check point'..
tapi jambatan gantung tu kebetulan masih tutup,
memang dah tengok kat bawah tadi katanya masih tutup untuk tujuan membaik pulih..



~ terjumpa pula dengan pokok durian kampung?~

..............................................................................................................

sepanjang perjalanan turun , aku tak habis habis berceritakan tentang keajaiban bertemu air bukit tu..
:)
kami memang tak sempat nak menyinggah mana 2 tempat lagi, sebab dah nak tengahari, penat dah weh.. cuma sempat jalan2 dengan kereta di kawasan sekeliling.. memang luas tempatnya.. takpe, next weekend kita pergi lagi!
hilanglah lemak tepu badan, sekilo dua... hehehe..

ok...agak2 sesiapa yang nak melakukan aktiviti luar yang menyihatkan.. datanglah ke FRIM kalau dah pergi ke sana tu, boleh lah hubungi ku juga.. sebab rumah dah dekat sangat dah dengan FRIM, boleh singgah rumah.. kenal kenal.. makan makan.. borak borak... :)




tak faham dengan perangai manusia yang suka merosakkan dan memusnahkan alam sekitar,
tebang sana tebang sini..
tarah menarah sampai gondol jadinya..
bumi dah tua, sakit sana sini, tu pun masih nak fikirkan keuntungan lagi!
tak kemananya duit yang bertimbun tu lagi bila dunia dah musnah...
tak.. faham faham!

Wednesday, July 28, 2010

Gambar Menarik Di Petang Ini : Kelibat Kamu

ketika dan saat yang kebetulan kena!
nampak gambar mcm menarikkan? ( ye ke? ;p)

boleh teka ke? bgaimana keadaannya ketika gambar ini di ambil... bgaimana kelibat itu boleh kelihatan seperti itu?

IringJeling: (ehem-ehem Lya! mahu coba?)

Thursday, May 6, 2010

Orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit! tapi aku??

Aku?
sikit-sikit..lama-lama ?

HABIS!!??

v
v
v
v
v
v
v
vv
v







Apparra... mestilah habis!
Chocolate Chip Walnut tu beb.. kek dari Resepi Rahsia....
mesti lah habis!
tarak tinggal punya!!!!


~ trimassih ya mr hubby! sebab belanje makan nih! sukeeee....~


Koc Wanita (Ladies' Coach)

Rentetan cerita dari entry sebelum ini..
semua pun bijak pandai.. tahu.. 'mereka' yg dimaksudkan berkeliaran tu adalah aku dan mr hubby!!
itulah.. berkeliaran mencari pengangkutan awam! lama tak naik, tu pasal mengagau.. tapi masih under control.. ;)

Aku tahu mengenai Koc Wanita ini pun di situ!
baru tahu..
Setahu aku ianya mula beroperasi pada 28hb April lepas!
berita baik untuk kaum wanita!
'Wanita sahaja.. sepanjang masa...'
so lepas ni tak perlu bersesak-sesak dengan lelaki atau risau dgn gangguan seksual lagi!
Koc untuk wanita ni memang ada di setiap trip, kemana-mana..
dan kocnya ialah di tengah-tengah sahaja!
dan ada dilekatkan dengan penanda PINK kaler di gerabak itu..
nak tahu maklumat lanjut >>di sini!<<

KTM minta untuk diwar-warkan/hebahkan tentang berita ini... so aku jalankan tanggungjawab sebagai pengguna.. untuk semua pengguna yang lain..


~ cantik pula poster gambar wanita itu...~


~ ruangan menunggu nya juga khas untuk para wanita...


~tiang-tiang juga di cat Merah jambu menandakan, kawasan menunggu untuk wanita!
tapi... lihat di tengah2 itu.. ada seseorang sedang memerhatikan aku semasa aku snap gambar ini! dia mesti sedang takut.. takut aku sebarkan gambarnya lah tu.. sebab rasa bersalah duduk si kawasan Merah Jambu! hehehe.. lelaki jambu ke bang.... ;p

IringJeling: oh, aku tak pula naik hari tu, sebab belum tahu lagi, dah turun baru tahu.. lagipun..tak rela berjauhan.. walau hanya dipisahkan dengan gerabak... (weeekk..) ;p

Saturday, March 27, 2010

Cuti Sekolah Minggu Lepas

Biasanya, cuti sekolah, bebudak yg sekolah la happy, terbalik plak ngan aku,

happy sebab adik2 datang sini..aku masukkan diorang untuk ke Program Motivasi di sini..selama 3 hari, drpd diorang cuti sesaje, pekdah juga ke kem ni.. kasi segar gegar sikit minda diorang nak PMR tahun ni!

layan cerita bergambar aje.. mood tak mari lagi, nanti2 update..



Si Fahim dan Nain

~ bawa diorang ke one utama, jalan2, makan2.. motif utama adalah pegi beli buku budak2 ni.. buku2 pmr.. nak peksa taun ni kan..

~ mesti la jugak singgah ke IKEA, si Nain mmg dah pernah datang sekali ngan mak ritu..
si adik teruja jugak tgok kat dalam tu! cantik2 belaka katanya..nanti rumah baru kekla buat la desing macam ni.. macamtu.. iyolah.. kalau ada duit..tak kemana..hehehe ~


~ lepas diorang balik dari Kem tu, pergi plak ke Ulu Bendul, N9! syiok abis mandi kat sini! adik paling lama mandi! lepas gian! tinggal kan baru taoo...~


~ skybrigde klcc! best dapat naik sini! thanks to Sitang, coz dapatkan tiket untuk kami ke sini! teruja la jugak! bebudak tu mahu tak teruja? aku n hubby pun 1st time naik ni..sepanjang dok KL.. dia bagi kita 10 minit je dok kat sini..~


~ ada F1~




~ bawak diorang ke petrosains gak...~


~skybrigde KLCC~

Monday, March 22, 2010

Seminggu yang telah berlalu..

Minggu lepas memang minggu enjoy! keja 2 hari je! mana tak enjoy..
sebenarnya adik2 ku turun kl.. motif utama adalah untuk hadir ke Kem Motivasi..
tapi dah alang2 diorang turun KL.. pulun la bawak diorang jenjalan.. pusing2, kasi pusing sampai letih, lelah dan rabak... heheheh..

14 Mac, Diorang sampai..
15 Mac jalan2..
16-18 Mac, diorang gi Kem Motivasi..
19 Mac Jalan2 lagi..
20Mac diorang balik...

Apa dibuat sepanjang diorang kat sini?

tungguuu.....

Tuesday, February 23, 2010

TUKAR TAJUK: Aku, dia dan semesta.. (last episode! letih dah nih!)

Rentetan dari entry2 'AKU DIA DAN PHOTOGRAPHER KU'

hahaha..mesti ada orang tertanya-tanya.. siapakah dia fotographer ku itu? yaa.. tak lain tak bukan ialah.... terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Mr Tripod!!

uii.. kalau takda dia tak dpat la ku n Mr Hubby bergambar sakan!

thanks to My Tripod!

percutian yang masih berlum habis..
just enjoy da holiday.. slow and steady..

DAY 4

18th : Batu Gajah

pepagi lagi kami dah ke klinik gigi BG, mak nurse kat situ.. so buat appointment lebih mudah.. seram sejuk je bila masuk kinik! kinik gigi lak tu! huiihh... jenuh gak la sakit perut aje nunggu turn aku sampai!..
pastu jenjalan le pusing BG..

i think like Bt Gajah, it used to be a famous town once upon a time ago.. and for sure theres a lot of story mory.. history in here! aku suke melihat tinggalan sejarah seperti bgunan2 lama di sini..

kat BG ni ada Mahkamah, hospital, pejabat pos, pejabat tanah, sekolah2, so for sure lah ianya sebuah bandar hebat suatu ketika dahulu, bangunan2 lama yg unik dan cantik tinggalan british dulu, adalah buktinya...


19th: Kg Chupak, Bota

Balik Kg Tok Mr Hubby, Bota, kg Chupak. Jumpa Maktua dan Toknya... saje nanye kabo deme... Alhamdulillah sihat diorang.

tenang damai di kampung..


~ Mr Hubby, teruja dengan tankapannya! tak penah2 sebelum ni tangkap udang galah, sekali tangkap pkai tangan pulak! huuu... aku pun teruja! tgok la mukanya yg meleret tersenyum bangga campur keterujaan menangkap udang galah! caya la Bebe!~

20th: Pekan Parit

Pastu pusing ke Parit plak.. umah nyah nya kat situ juga.. sambil berjalan-jalan..melawat sedara mara juga.. yg mana termampu lah, kalau kira ramai, tak mampu pulak nak pegi semuanya..
~Pekan Parit~

21th: Chempaka Sari
melihat Sunset di Chempaka Sari Parit..
Indah sungguh ciptaan Tuhan! aku memang sangat teruja dengan scene2 begini!

Subhanallah...






22th : Pekan Pusing

singgah juga ke Pusing, tapi mase tu dah malam hari, tak sempat nak snap banyak gambar.
kami singgah umah Incik dan Abah.. melawat..


~ rezeki yg diperolehi hasil jalan2..~

Day 5

2hb Feb 2010
hmm.. berat pulak rasanya nak balik kl!
beban, bebal semacam jer rase...
huh, KL lagi!
apa kan daya..
tapi percutian kami sangat seronok.. so kami pulang ke KL dengan tenang je..
no rush hour!
so, di sepanjang perjalanan kami, harus la kami benti2 gak kan..
kalo ada tempat best tu harus la kan...
sib baik la Mr Hubby pun 'kaki' jugak! hmmm very da sporting sepanjang percutian haa..

23th : Kellie Castle

cuaca memang panas terik masa nih! huh.. tak dayo..



24th; Gua Tempurung
mmg dah lama nak datang sini.. aku teringin nak masuk gua! tapi masa kami datang, takda org nak join masuk gua, syaratnya kena 3 orang ke atas, so kami berdua je, terpaksalah kami datang next time! so tunggu ya! aku akan jejaki Gua Tempurung next episode!



~ so jenjalan di persekitaran nya sahaja lah.. ok juga.. fresh..~

25th: Hentian Tapah

Benti rehat n sembahyang, aku suka tempat sembahyangnya! cantik! nak aje aku snap gambar, tapi segan lah pulok.. mokcik2 ramai..


Overall nya, percutian kali ini amat bermakna terutama kaki jalan mcm aku n Mr Hubby, luckly i have u babe yg sama interest ngan me! kalau tak.. alamat tak terasa lah.. thanks so much babe, and all da semesta yang sama2 memberikan kegembiraan dan syukur pada Tuhan yang memberikan segala kemudahan dan nikmat yang tak terhingga ini!
beribu2 gambar juga telah di snap! ya.. betul.. gambar2 kat atas ni adalah antaranya sahaja, tokkan nak buh sumer kot.. tu pun jenuh bahagi2..
so KL.. here we back..

Monday, February 22, 2010

AKU DIA & PHOTOGRAPHER ku- part 3

ahh... lame no nak setelkan pengembaraanku ini.. dah masuk part 3 pon blum abis lagi nih! aku bukan pe.. maklumlah.. masa juga terhad, nak karang mengarang nih pon kena ada feel gak.. sib baik 'feel' mase kat cameron masih ada lagi.. dan tetap akan sentiasa ada.. best sangat bila ingat semula masa kat cameron tuh! aku sukaaa!! da best ever lah!
mari habiskan...


So, last day kat cameron, 31hbJan2010,
sesudah pulang dari breakfast kat Bharat tu, kami sesiap packing.. checkout time..
dan semestinya perjalanan pulang kami menyinggah aje..kejanya..

Balik kami lalu kot Simpang Pulai.. datang pun dari situ.. coz, jalan situ lebih luas walaupun bersimpang siur perjalanannya lebih mudah dari lalu ikot Tapah! jalan sempit, aku ingat dulu penah datang ikut Tapah! nk termuntah2! takda jalan lurus lansung! huuu... tobat.. tobat.. taknak lalu lagi..
11th : Taman Bunga
mcm2 taman ada masa odw balik tu.. so sempat la mensnap gambar bunga...



~ actually Mr Hubby sangat teruja dengan pokok 'periuk kera' nie.. puas jugak la dia dok pikir.. nak beli ke tak..nak beli ke tak.. boleh idup ke tak..~



~ dah nama pun Cameron kan... so mana2 sahaja tetap ada strawberry ! sorry... i dah beli!~

12th: Taman Rama-Rama
~ hmmm.... tempat yg boleh dituju...



13th: Taman Lebah

Mase nih, betulnya dah malas nak bergambar sangat... huhuhu.. dah jenuh...
kat Taman Lebah ni masuk free, mase kami pegi, diorang mcm tgh under construction nih, nak buat tempat ni makin cantik.... nampak gayanya, next coming mesti kena bayar per entry nih!





15th Pasar Brinchang
apa? Jemm??? huh! kami melalui jem buat seketika! dalam hati abis laaaa.... jem jugak ke kat sinih! ciss... dalam hati mula rasa mual! saje je nak kenakan aku! cukup2 la jem kat KL!
Rupa-rupanya... jem kat Pasar Brinchang ni jer....
huhuhuhu..
terkena lak aku n mr Hubby!
puas kami mengomel!
jem semata2 ramai orang berenti kat pasar ini... memang ramai orang..
ye lah.. last shopping kat cameron.. kot2 ada yang terkurang, leh topup..
kami tak ketinggalan makan Jagung panas2.. huu.. memang best! jagung mutiara.. manis... best!
sayur2 pun byk! murah2.. bunga2 pun ada, semua adalah!


~ Mr hubby, masih lagi konfius.. nak beli ke tak periuk kera nih!!~
(keputusannya..: tak yah la beli, blm tentu dapat idup pun pokok tu, next time la kita beli masa dok umah baru nanti ya!)

16th; Bharat Plantation (3rd one)
last, kami berenti kat Bharat yg ke 3, (sebelah Simpang Pulai) juz stop by and snap d scene aje.. ladang teh kat sini tak perlu naik turun tangga.. kat depan mata je...

~ so, inilah tempat terakhir kami di Cameron Highland...
with lots of sweet and unforgetable memory in here!
dan ini antara percutian yg mencabar dan paling seronok di antaranya...
kami pulang dengan senyuman dan kenangan terindah.. dan kami mesti nak bawa family juga datang ke sini lepas nih!
Oh ya, dah turun dari cameron, rasa panas mula terasa... tiada lagi kesejukan yg dibawa oleh angin menyapa tubuh.. (ecehh lagi!)
so, Mr Hubby terus mencadang kan kami ke;
17th; Lubuk Timah!
Mandi air terjun.... kecebusshhhhh!!!!
uhh... legaa.....
juga ada kolam air panas...
********************************
lebih kurang pukul6-7 ptg kami sampai umah (Bt Gajah) Alhamdulillah...
aku yg berkain batik... (pas mandi sungai malas nak tukar suar, pkai kain je..)
so malam tu, apa lagi... sesi membahagi brg yg diborong di cameron, sambil mulut aku n mr hubby tak henti2 menceritakan keseronokan di Cameron..


Moral of the story part III;

1. dah... dah byk tip/ rekemen gue bagi... sila la rujuk entry part 1 and 2.. jadikanlah next holiday korang ke Cameron ya! tak rugi, InsyaAllah..

Namun... percutian ku belum abis cuma di Cameron...

yeah.... *************to be continue***********


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker