Assalamualaikum,
Pagi Jumaat yang indah..
Perasaan yang terbawa bawa dari semalam..
Keindahan malam Jumaat yang menyambut siangnya..
damai..
kalau boleh.. permulaan hari di setiap minggu kita.. kita mulakan dengan hari Jumaat..
kalau nak setkan sesuatu.. nak rancang untuk seminguu.. kita mulakan dengan Jumaat..
itu yang aku dengar masa ceramah di radio semalam..
tapi agak susah kan..
aku sendiri pun.. walau Jumaat umum ketahui penghulu segala hari.. hari penuh kerahmatan dan penuh berkat..
namun gagal untuk memahami sepenuhnya..
Jumaat kan..
kerja pun dah tak berapa nak focus..
banyak main..
makan makan..
jalan jalan waktu lunch dan bila balik ke pejabat.. masa nak balik dah hampir.. siap siap mahu pulang..
balik kerja pula awal..
yelah..
Jumaat pastinya hari menggembirakan..
itu sudah tentu..
gembira kerana..
ketahui yang Sabtu Ahad makin menghampiri..
malam boleh tido lewat skit...
sebab esok cuti! makanya boleh bangun lewat laa der..
tak salahkan sesiapa.. sebab negara kita memang mengacuankan Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti.. dan persepsi masing masing telah terbentuk bahawasanya Hari Jumaat tiada apa apa yang istimewa.. padahal dalam Islam ianya hari perayaan dan istimewa!
yaa.. bukan setakat membaca yassin di malam Jumaat atau. 'membunuh' syaitan sahaja!
namun tetap.. Allah itu Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Mengasihani..
beruntungla barang sesiappun yang melakukan walau sekecil amal di hari Jumaat...
ya.. lebih baik dari yang tak buat lansung kan?
Di negara kita negeri yang mengamalkan cuti pada hari Jumaat ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah! (perlis pun kan?)
Negara2 majoriti penduduk islam yang lain juga contohnya Mesir, Jordan, Iraq, Qatar, Syria, Arab Saudi, Sudan (setahu aku) juga bercuti pada Jumaat dan Sabtu.. di Brunei sendiri cutinya ialah Jumaat dan Ahad.
Setahu aku.. negara barat yang mengamalkan SAbtu atau Ahad bercuti adalah kerana Ahad biasanya adalah hari untuk penganut mereka pergi ke gereja..
tapi kita di sini.. masa solat Jumaat dah jadi masa untuk merehatkan minda selepas penat bekerja separuh hari, lepaking kat masjid.. sampai tertidur tidur.. malah lebih teruk lagi!
Apa yang dapat aku lihat.. fenomena kelam kabut selalu berlaku pada hari Jumaat !
di tempat aku sendiri memang terdapat masjid,dan di situ juga ada kedai2 menjual makanan..
sedih je bila aku melihat.. ramai orang dok pusu2 mengisi perut sambil khutbah sedang berkumandang...
apa perlu buat.. penat bekerja setengah hari.. perut perlu isi beb..
berkejar2 berebut parkir... bekejar untuk sembahyang.. berkejar untuk amik anak sekolah lagi..
jalan pun jadi sesak! aduih.. mungkin fenomena ini terdapat di bandar2 sahaja..
dan lebih malang.. ada sesetengah pekerja yang tidak diizinkan untuk sembahyang Jumaat kerana mengambil masa rehat yang lama!
sedih kan.. :-( sedangkan kita duduk di negara Islam .. hmmm
akhirnya.. Jumaat berlalu begitu sahaja.. tanpa kita sedari!
rugi bukan?
Bak kata ustaz dalam radio tu ..
ayuh ramai ramai kita hargai Jumaat yang kita sempat ini..
hadapi dengan penuh pengisian yang berguna..
Hayati dan fahami lah sebenarnya..erti ' Jumaat
Penghulu Segala Hari'
Mengecas semula tenaga.. emosi.. bersedia memulakan sesuatu yang baru dan segar..
bersedia untuk menghadapi hari seterusnya dalam minggu itu..
Kita cuba setkan sendiri, walaupun agak payah.. tapi disetiap pengorbanan ada hikmah kebaikannya tersendiri..
Aku juga insan yang masih banyak perlu belajar..
sedikit sebanyak ilmu berguna sebolehnya aku mahu berkongsi dengan yang sudi..
semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah..
wassalam..