Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label MOTOR. Show all posts
Showing posts with label MOTOR. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Dugaan Jumaat

Jumaat lepas
kami di duga!
Motor yang kami nak gi kerja tetiba tak boleh hidup! puas membedek.. ingat kan spark plug! tolak2 jenuh tak mahu juga..
dan Nasib baik ada 1 bengkel yang seawal 7 pagi dah buka, (usha cari bengkel naik kereta) tapi pomennya tak dapat datang tengok motor.. dan kami terpaksa bawa sendiri motor tu, walau apa caranya!
makanya dibawa lah ke bengkel! kami heret moto pakai kereta.. aku bawa kereta yang telah diikat dengat tali kepada motor.. dan b bawak motor tu...
hahaha... cam kelakar je gayanya! bawa keta slow..slow je.. kereta lain yang faham tu faham la..yang tak faham siap hon la! huhuhu.. pertama kali nih heret moto ngan kereta! :)

Periksa punya periksa tiada apa masalah, spark plug masih ok!

tetiba baru terperasan sesuatu!
makanya pomentu buka la cover motor tu kesemuanya untuk lihat kat dalam...
rupa rupanya! CDI hilang!

korang pernah dengar CDI? CDI ni satu barang elektronik dalam motor yang agak boleh tahan la harganya!

Pomen tu siap cakap.. alamak..ini barang ni mahal ni .. nanti saya tanya tokeh harga...

berdebar2 gak nak tunggu berapa harganya..
katanya anggaran RM 300-400 ! ikut jenis motor..
Fuhh!!

kata pomen tu lagi.. ini kerja orang pro ni... diorang ni mmg yang benar2 tahu akan bernilainya CDI ni, pulak tu pencopet ni rembat CDI pakai seluk tangan je! waima si pomen pun kena buka 'cover' semuanya dulu baru boleh tengok!

jadi sekarang masanya untuk tahu hargananya~

untuk Yamaha LC, satu CDI RM 300, diskaun dapat RM 250
ambik kau..
nah...
nak taknak kena keluarkan duit juga! kalau tak, tak boleh jalan la motor tu!
tak pasal pasal melayang duit b RM 250!

katanya.. " cancel program kita nak pegi One Utama hujung minggu nih!"
hmmmm...

RM 250 je...
je?
je je pun.. kalau dah hari ni tukar esok kena curik lagi.. tukar lagi..kena curik lagi.. tukar kena curik lagi.. tak ke beriban jugak habisnya??

memang kedudukan CDI dalam motor tu dipegang oleh getah sahaja dan disambungkan dengan wayar lain, so senang cabut dan walaupun ada besi penyokong kat bawahnya, mereka boleh bengkokkan juga besi tu..

CDI ni sebesar kotak rokok je.. dok dihadapan motor.. kat bawah lampu, atas sikit dari tayar.. (lupa nk amik gambo) diorang seluk, bengkokkan besi kuning tu, cabut wayar belakang tu! done! (gambar ni nampak CDI tu, sebab dahbukak 'cover' depan tu, kalau tak bukak memang tak nampak.. tersorok kat dalam..

Ikat camtu je..

pastu, kami minta pomen tu buat la apa cara bagi susah nak amik menda alah ni lagi..
lalu di ikatnya pakai tali dan besi..

Moga moga tiadalah lagi kecurian berlaku... baik pada kami dan juga pada kamu kamu semua.. entri ini dikeluarkan untuk memaklumkan kot2 korang tak penah tahu tentang CDI ni (sepertimana aku n b tak tahu lansung tentang keberhargaannya CDI ini..)
so berhati hati lah.. pomen tu kata, samada mereka yang curi ni CDI nya hilang dan samada dia jual kat bengkel2 motor.. masih ada harga.. paling2 seratus ke... duit jugak tu..

IringJeling: sepanjang b pakai motor ni lebing kurang 4-5 tahun, belum pernah berlaku lagi.. ini kali pertama... dah nasib, bukan untuk kami lah duit RM250 tu.. redha.. ada hikmah disebalik segalanya yang berlaku..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker