Friday, July 30, 2010
Simple but Marveloussssss!
bukan niat untuk menunjuk2.. jauh sekali ingin menerbitkan rasa terliur..
tapi saje je..
buat ni minggu2 lepas nih..
mase tengah lapar giler kat rumah! malas nak msk2 yg amik masa lama2!
so capai apa yang ada..
ikan kering basah tenggiri ( dlm botol celup minyak tu..)
perrrghhh.
korang cuba!
goreng ikan tu, sajikan atas pinggang, potong cili dan bwg merah, pastu last sekali perah asam limau sebijik!
perrgghhhh.... kecur liur tau! mkn panas2..
menambah makan nasi ni.. tak cukup lagi ada!
cubalah!
:D
iringjeling: ngehhh.... senang je dan sedap je.. ! thumbs up!
Thursday, July 29, 2010
Gambar Paling Mahal setakat ini (^o^)
Petua Murah Rezeki
Saja aku mahu kongsi juga bersama anda semua..
baru2 ni aku sempat borak ngan Bos aku aka Tn Hj, saje je tanya dia..
apa petua Tn Hj ni murah rezeki ? aku cam saje je nak tahu... selain mmg tahu dia tu cam alim2 orgnya.. hati baik.. kot2 la ada petua apa2.. sebab aku yg selalu dengan dia ni, mmg tahu la, dia selalu je cam murah rezeki.. ada sahaja rezeki yang datang..
katanya senang sahaja!
petua murah rezeki ialah.... memberi!
berilah tanpa alasan, nescaya rezeki itu akan kembali..
ianya ialah cost and effect!
apa yang diberi, insyaAllah kita akan dapat balik!
byk cerita yang dikongsikan, segala pengalaman nya memberi, bukan niat untuk takbur,
dan cabaran untuk aku, katanya, cabar diri untuk memberi tatkala diri kita kesuntukan! contohnya, jika dalam beg duit cuma ada rm 50, lantas ada orang meminta, lansung apa tindakan kita? cabar diri untuk memberi! percaya lah! rezeki yg berganda akan datang!
"percaya lah.." kata tn hj aku sambil tersenyum! (sib baik tak bunyi cam sore siti nurhaliza! percaya laaa..... )
maka ini cerita aku!dalam beg duit aku cuma ada RM 3.70 haritu! duit lain dah takda, dlm bank pun tinggal ciput aje! cukup hingga dpt gaji! sengkek giler mase tu! so aku bajet nak beli nasi ayam RM 3.50 kat pasar malam! n aku bersama temanku bjln lah ke pasar malam mencari sesuap nasi (ayat kesian!)
masa b'jln sepanjang pasar mlm tu, adalah aku terserempak 3-4 orang peminta sedekah, ada yang mengaji, ada yang jual tisu..
lantas aku teringat cabaran tn hj aku tu! memberi tanpa alasan tatkala kesuntukan!
isk! aku memang keadaan kesuntukan wang sekarang ini.. ini yang tinggal untuk beli nasik!
hmmmmm....
ahhhh! ok aku sahut je cabaran itu! aku pegi kat makcik tu sorang, aku letak singgit dan amik tisunya.. begitu juga kepada 2 orang pakcik tu, sorang singgit! pastu di simpang terakhir ada sorang lagi makcik! alamak duit singgit dah abis..! so aku habiskan semua 0.70 sen yang aku ada tu!
so? licin la dlm dompet aku! tapi rasa best je.. tersenyum aje!
aku tahu mesti korang kata ala.. setakat singgit kan? tapi korang tahu ke keadaan aku mase tu yg betul2 tinggal rm 3.70 aje dlm tgn! itupun abis berjimat aku! betul2 bkira2 sblm masuk gaji! kalo org byk duit mmg takkan faham situasi org takda duit nih.. takpe...
dan tahu apa? tetiba aku dapat kol dari makcikku! marah2 kenapa tak datang lagi kerumahnya! parti harijadi anaknya la! alammak! bergegas lah aku kerumahnya! waaahhhh... bukan sahaja dapat makan nasi ayam, nasik kambing, itik semua ada! ya Allah.. syukur...
:)
esoknya perkara tak di duga berlaku!
masa tengah mengemas baju2 dan seluar2 lama untuk di let go, aku saja menyeluk poket seluar,..... terasa seperti kertas2,..... lalu diseluk,
dan! MasyaAllah.. duit!!
tahu berapa tak? RM 37 hengget!
korang tahu tak? korang rasa tak apa aku rasa?
masa tu aku rasa magic giler sebenarnya! yela walaupun duit tu sebenarnya duit aku pun sebenarnya! tapi yelah.. tetiba tetengah sengkek, jumpa duit kat dlm poket seluar, dan yang pasti duit tu dah lama berzaman kat situ!
terus aku teringat yang aku sedekah smlm! RM 3.70 aje, tapi aku dapat balik RM 37 hengget! can u imagine! weh.. ini bukan cerita rekaan, ini kisah benar..
tersenyum sendiri aku bila memikirkannya..
walau apa apa sahaja...
what u give u get back...
:)
Wednesday, July 28, 2010
Gambar Menarik Di Petang Ini : Kelibat Kamu
Tuesday, July 27, 2010
Jari.
- masuk opis dan ada byk kelija sedang menanti! nah kau!..
- bos surut arrange mesyuarat untuk esok lusa tulat tubing.... huhuhu...
- jgn lupa booking tiketnya juga! guna kad pencen jgn lupa ya! (3 tahun lagi nak pencen tapi dah dapat kad pencen! hmmmm...)
IringJeling: tajuk takde kena mengena ngan entri kan! apparaa..
Thursday, July 22, 2010
Dah selamat sampai Johor Bharu..Alhamdulillah
difikiran hanya blog kesayangan je kalau ada line internet ni! hahahaha...
apa pun, esok bermulalah acara kecut perut!
biasalah aku ni cpt nervous!
tips mama.. selawat nabi sebelum main.. insyaAllah...hilanglah nervous! insyaAllah..
(kecoh je aku kan!)
........................................................................................................
terlintas pula kat habibi aku.. tengah buat apa lah agaknya!
katanya dia belum makan lagi..
nanti pandai2 la dia cari makan sendiri katanya, hmmm dlm peti sejuk aku ada siapkan beberapa mknan yg boleh dia goreng2..panas panaskan.. harap dapat le isi perut nya..
dan, di hujung sms nya tertaip.. " miss u syg!" .... aduh! jatuh cinta sekali lagi..
;p
.................................................
seronok sebenarnya melayangkan kata-kata di hujung jari pada blog ni...
semakin lama semakin laju sebab ada saja yang terlintas di kepala..
...............................................
tadi makan mlm kat hotel ni tak best sangat.. tapi makan la juga isi perut.. Alhamdulillah.. kenyang juga.. syukur... :)
..............................................
oklah.. buat teman2 yang sudi berkunjung ke sini.. terima kasih aku ucapkan! aku sangat hargai.. tu sebab aku gagahi juga untuk kemaskini blog hari ni.. kerana ku tahu ada yg di luar sana yang sudi berkunjung ke sini.. nah ini untuk kamu ya! :) kerana dirimu begitu berharga.. hehehehe...
terima kasih..
:)
IringJeling: I love u! :)
Wednesday, July 21, 2010
Wish me luck yeh! (^_^) v
sedang lakukan 5S ofis sekarang ni! dari tadi dok bersin bersin! habuk!
wah... lapang skit tempat aku sekarang.. walaupun byk lagi nak kena check ni!
5S akan berlansung hari ni hingga lusa, tapi aku akan tiada esok dan lusa!
yah...
aku akan mengikuti pasukan ke Karnival sukan! makanya, mungkin esok, lusa, tulat, tubing, aku akan tidak mengemaskini blog! (ha tapi boleh uat auto publish kan?) ;p
Aku pun agak 'nervous' sebnrnya, sebab ini pertama kali pula wakil pasukan ! itupun kerana menggantikan seorang teman yang telah cedera! dia tidak dapat bermain, makanya aku menggantikannya, kalau tak.. mungkin aku hanya berada di tempat simpanan aje.. hehehe..
ada yang kasihankan aku? dont be.. sbb aku tak kisah itu semua, tidak mengapa jika aku dianggap cuma bernasib baik..dapat main, tapi tak perlu negatif2! peluang yang datang ini bukan selalu! mungkin ada rahmat disebaliknya!
jadi, aku harus ambil peluang ini dan lakukan yang terbaik! aku tahu kemampuan aku tidak begitu mantap lagi.. namun peluang tetap ada bukan?
aku takda kasut untuk sukan ni, asyik pakai kasuk sniker jalan2 tu untuk 'training'.. jogging pun kasut itu, jln2 pun kasut itu..
lalu,
habibi menghadiahkanku kasut ini, khas untuk sokan ini! aku sangat suka! syukran ya habibi!
semalam aku bertemu teman yg agak veteran dalam sukan ini, lansung aku minta tips ringkas darinya! maka terhasillah lukisan seperti di bawah..
bila tengok lukisan itu mesti kamu2 semua tahu sokan apakah ini kan?
hehehe... nak main sokan ni kena ada ni!
Reket!!
reket pun baru kome..! hadoii... aku memang tak penah beli reket! selama aku main aku pakai reket papa aku dari kecik sampai le aku beso, tapi disebabkan reket papa, adik2 aku dah rembat, makanya nak tak nak kena la beli sendiri! seksa juga nak ngulur pitis untuk jenama ni!
(aku punya sejibik cam nilah reketnya, tp ni amik gambar googles, reket aku tak sempat nak m'snap! reket bau kedai lagi.... huhu..)
oh ya, aku main untuk company aku wakil ini!
aku ni seorang yg sangat gementar bila masuk gelanggang!
mulalah bila nak lawan tu.. sakit perut semacam! bak kata si sudin dlm bujang lapok: angin kus kus senggugut dah datang...
kalau korang, apa yang korang lakukan untuk atasi masalah gementar n gugup nih? leh kita kongsi kongsi untuk bekalan aku nanti.. hhehehe..
.....................................................................................................
Wish me luck yah! kalau sudilah... ;p
..........................................................................
ingat entry yang lepas? (klik la ... boleh dengar cerita sepertinya!.. ) aku dipilih untuk training kan? sekarang tiba masanya untuk lawan!
..........................................................................
IringJeling: 3-4 hari tinggal habibi... rindulah padanya nnti.. hmm..
Tuesday, July 20, 2010
Pejam Celik..Pejam Celik
syukur.. hari ini masih diberi kesempatan menghirup udara dan masih diberi kesempatan ke atas nyawa yang sementara ini... ...sedang ada yang terkujur..menanti Munkar dan Nakir..
Syukur atas rezeki pagi tadi, 2 keping roti bakar dengan telur bersama milo panas..... sedang ada yang bertarung untuk mendapat hanya sekeping roti!
syukur atas kesihatan yang diberikan hari ini..... sedang ada yang ketika ini berperang dengan kesakitan...
ya Allah... !
aku tunduk...
syukur pada mu!
Ya Allah.. aku tunduk..
malu..
........................................
Betapa aku yang sentiasa tak sedar dan tak bersyukur! dalam sedar atau tidak.. begitu banyak nikmat yang Kau berikan ya Tuhan ku..
Aku malu...
setiap hari, setiap detik dan saat begitu byknya nikmat kau berikan padaku.. aku terus terusan menerimanya tanpa syukur pada setiap hela nafas itu .....
Ampun kan aku..Ya Allah..
aku sentiasa alpa dan lupa..
namun kau tetap beri peluang!!
syukur..
Aku bersyukur padaMu...
Monday, July 19, 2010
Ramai Yang Sayang.. (^_^)
terdetik di hati.. ramainya orang sayang Lya.. betapa dia sangat disenangi ramai... :)
Orang baik memang disayangi ramai.. bila ianya melibatkan hati.. tak siapa boleh menghalangnya.. syukur..
ramai yang mendoakan Lya semoga cepat sembuh.. Alhamdulillah...
tak kurang juga yang memberikan kata kata semangat mengharapkan kesihatan Lya seperti sedia kala..
Lya sungguh bertuah..
dan juga aku salah seorang yang sayang Lya .. :)
sama sama kita terus menerus doakan untuk Lya dan keluarganya.. moga segala simpulan kesulitan terlerai jua..
untuk ketahui lagi tentang perkembangan terkini Lya, boleh ke link:
ASHA
Kak Ain
ZATY
IringJeling:Buat baik di balas baik.. :)
Alhamdulillah.. :)
Friday, July 16, 2010
KAMI BERSAMAMU LYA!
Bila melihat sahaja gambar ini, tak dapat digambarkan lagi perasaan ni!
sedih, sebak, terkejut bercampur sekali ..
Hasil sepakatan K Ain dan rakan-rakan, mereka telah menubuhkan
TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA..
Untuk maklumat terkini Lya boleh klik K Ain (terima kasih kak Ain.. )
Menurut kata K Ain "Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin"
Dan aku dengan rendah diri juga mewakili rakan-rakan Lya yang lain.. turut sama ingin menghebahkan pada rakan-rakan alam maya sekelian untuk turut sama membantu apa yang terdaya....
" kami bersamamu Lya"
Anda boleh hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).
Jika tidak mampu dgn wang ringgit sekalipun, sama-samalah kita doakan keselamatan Lya, sedekahkan Al-fatihah untuk Lya semoga Lya mendapat kemudahan dan kelapangan dalam menghadapi sakitnya.. Semoga Allah makbulkan doa kita semua dan Lya cepat sembuh!
Lya punyai seorang anak, Asya (cahaya hatinya), yang masih kecil lagi dan masih belum mengerti sedalamnya tentang apa yang menimpa ibunya..
pada Suami Lya, semoga tabah menghadapi semua dugaan ini..
ketahuilah.. Lya seorang wanita yang kuat! dan ketahuilah juga, Lya punyai kekuatan itu melalui kamu ! maka sentiasalah ada bersamanya! kami juga akan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Lya serta keluarganya..
sedih menyelubungi..
Lya sedang sakit!
Thursday, July 15, 2010
Aku sedang mengalami kemerosotan..
aku nampak itu
yelah walaupun cuma picisan, tapi dulu aku rasa cam sedap sedap je nak berblog!
tapi sekarang?
........
aku seperti hilang arah..
tak keruan
tercari cari
terpinga pinga
terkinja kinja!
wehh!
aku serius ni bah..
weh.. betul weh..
aku ada menda nak tulis..
rasa cam byk gak idea nak curah mencurah kat ruangan percuma ini!
tapi 'jari jemari' dah tak berapa mahu berdansa!
dek kerana 'hati' yang tak berjaya menarik 'minda' menjadi cergas semula!
hmmm
paham ke? ntah..
sesat agaknya aku nih...
namun aku masih mampu tersenyum ya... :)
Wednesday, July 14, 2010
Karbon Dioksida!
Tuesday, July 13, 2010
A , B, dan C
A : eh, dia ada bgtau syarat2nya kena kamera DSLR ke?
A : weh, kalau takat ada DSLR, dok gantung sangkut kat leher kulu kilir.. amik gambar pun gegar2.. apa barang beb.. aku pun pelik camne leh gegar.. takkan ketaq kot.. hehehe..
B : weh, kau... mulut... dah terasa dah kawan kita!
A : ahh.. yelah, berlagak siott.. itu aje kasi makan untuk orang camtu!
dialog ini berlansung di sebuah taman..
saje je letak gambar di bawah ini.. sebagai penyeri untuk entri kali ini! :) no heart feeling..
cheers... :)
Malu malu gajah!
salam petang..
macam lama tak kemaskini blog!
dari pagi nak kemaskini tapi rasa cam malu malu plak!
hehehe.. rasa cam segan nak 'update' blog sendiri..
boley gitu.... ;p
maaf ya.. minta lalu... :)
Saturday, July 10, 2010
Nak Cerita Tentang Lelaki Itu Lagi! :)
Jangan makan depan orang,!
kami adik beradik, kalau sedang makan contoh cam aiskrim ke, kropok ke, cikedis ke.. tak boleh makan tunjuk2 kat luar dan orang lain nampak! kalau orang nampak, makanya kena bagi dia sikit! kalau takda, dok diam2 mkn dalam rumah!
mulanya aku mmg tak paham, kenapa pulak, kenapa org lain makan depan kitorang selamba je.. siap tunjuk2 lagi.. aku pernah tanya papa..
papa kata,
paling seronok tengok papa balik bawak bungkusan sate!
pastu kami adik beradik akan bahagi sama byk berapa cucuk yg dapat..
kongsi, semua dapat sama byk..
yelah keluarga kami bukan senang sangat, sederhana sahaja..
sekali sekali dapat makan best memang hargai sangat!
-----------------------------------------------------------
Aku ingat dulu masa2 remaja, kawan2 ajak pergi town! jalan2... lay park2.. abis exam la katakan..
pertama kali aku keluar ke bandar, papa pun berat je sebenarnya nak lepas aku,
tapi dia lepaskan juga setelah berbagai alasan ku berikan..
kami naik bas, so bila dah penat berjalan, tiba lah masa nak balik..., aku dan rakan2 bersesak sesak la naik bas.. (bas HIMDA namanya tak silap aku!) ramainya orang! tetiba aku ternampak kelibat seperti ku kenal aje! eh! memang kenal sangat!! eh!? eh? itu papa!! ha? papa buat apa dlm bas ni sekali! aku di blkg dan dia di depan, kami semua berdiri masa tu, berhimpit dlm bas tu, tapi aku tetap kenal kelibat itu ialah papa aku!
balik tu aku cerita kat mama! mama kata..mmg papa sbnrnya dia ikut sama pergi bandar.. dia risau sebenarnya, ntah kemana2 ku pergi, huh! papa ngintip aku dari jauh ya... papa.. papa.. hmm :)
-----------------------------------------------------------
ada masa tu aku berkawan dgn sorang laki ni, jauh dia datang dari luar negeri ke rumahku, saja aku mahu kenalkannya ngan mama (setiap kwn laki aku mmg kenalkan ngan mama) waktu tu papa tiada, dia kerja. jadi aku minta izin mama aje konon2 nak keluarlah dengan dia sekaligus menghantarnya ke bandar kerana dia pun mahu pulang ke negerinya.
dah balik rumah, aku cerita lah kat papa, ada orang datang tadi, aku hantarkan dia ke bandar, tak sempatlah papa nak kenal dia..
pastu papa sambung, katanya
"dah tengok dah.. pakai baju putih, tinggi tinggi, kulit gelap2 kan...?"
hah? aku kebingungan, camana papa tahu? aku tanya mama.. katanya " balik kerja tadi papa terus keluar ke bandar, katanya nak ke klinik, hmmmm... bukan ke klinik la tu maknanya.. pegi tengok kamu lah tu... "
haa? hmmm.... papa papa.. boleh pula dia terjumpa aku kat pelusok bandar tu! dia mesti tengok aku di kejauhan la tu... hahahaha!
-----------------------------------------------------------
Friday, July 9, 2010
Aku Sedang Sibuk
takpa.. dia nampak je serius.. tapi baik... :D hehehe..
"mukhsin, kau buat la show apa2.. tiger show ke apa ke.. jgn nyakat kengkawan aku pulak ;p "
Thursday, July 8, 2010
Lapan haribulan tujuh 2010
Hari lahir lelaki di bawah ini!
Semoga papa sentiasa sihat dan kuat, untuk mendidik dan membimbing kami adik beradik..
Ketahuilah papa,
kasih sayang ku pada mu tak pernah hilang..
malah makin bertambah!
tatkala tika sendiri, ku mengenangkan mu..
mata akan mula bergenang, terkadang airmata juga bercucuran..
kerana rindukan saat bersamamu, terimbas kenangan sedari kecil hingga dewasa!
walau kini aku telah berjauhan dengan mu..
ku tahu dikau tak pernah melupakan ku kan pa?
kami adik beradik semua mendoakan kesejahteraan dan kebahagian untuk papa, kita sekeluarga.. semoga papa senyum sokmo
........................................................................................
IringJeling:(entri ni dari tadi dok taip, tapi tak publish2 sb tak tahan sebak! taip, brenti, taip, berenti... aku tak bolehkalau ngenangkan papa.. mata mula nak bergenang..)
........................................................................
tentang papa:
-seorang pegawai kerajaan yg tinggal 3-4 tahun nak pencen
-anak sulong dari 5 adik beradik
-ada seorang isteri 6 orang anak
-zahirnya nampak garang.. tetapi hatinya lembut, selalu kalau ku ajak kawan2 datang rumah mereka takut bila melihatkan misai papa! tapi bila telah berkenalan, mereka kata papa kelakar.
-tapi kalau dia marah memang betul2 nampak garang! sesiapa pun akan takut!
-papa tahu menjahit, kami dari kecik baju semua papa yang jahit!
-papa pendiam, tapi bila dia senyum sangat manis.. :)
byk lagi tentang papa.. tak perlu bagitau semua kat sini.. :)
..................................................................
sempena hari lahir papa, kami adik beradik pakat duit, belikan hp ni Sony Ericson C903 ni kat papa! hp papa dah sangat usang! asyik mati je batterynya!
semoga papa suka dengan hp ini, ini aja yang termampu! ianya ada 3g! senangla kami nk ber3g ngan orang di kampung nanti!
kata papa;
" terima kasih lah.. semuanya, sudi bagi ni, buat apa beli canggih2nya papa bukan tahu guna pun ni, nak kena belajar dulu! nanti nak suruh alang ajar lah!"
pastu papa terus test hantar mms ! dapat.. :))
(ayu bahagian kekla belum kasi ya..nanti kasi ok..)
Selak Tirai Subuh..Hayati Damai Itu..
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan
nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah
engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk
kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan
semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur
setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon
anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus
Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn...
Wednesday, July 7, 2010
PEMBULI YANG DIRINDUI !
________________________________________________________
hiii... walau apa pun..
hari aku hari ini penuh bunga pula bila membaca status di FB nya berbunyi;
'her' tu mesti merujuk pada aku kan?! geeee... dalam hati tetiba pula ada taman! cheee..
si pembuli kesayangan aku ni, bakal pulang! lamanya dia ke luar stesyen! sehari bagaikan setahun pula rasanya! hehehe..
baru tahu rindu ya! selama ni suka buli orang! hihihi...
aku pun rindu! ngeh ngeh..
~ dragon ball: bergabung!!!~
Tuesday, July 6, 2010
Ha! kan dah kena tegur ! ! kan dah kena komen! !
lansung ada orang tegur aku! tapi ni tegur lain sket! siap offer kropok!
nak tahu sape tegorr.. jom join aku pi serang dia pulak kat sini!
IringJeling: cheers Lya!
K.O.S.O.N.G!
heheheh.. saja mau mengadu kat blog..
aku tahulah blog picisan ini bukan ramai pengunjung nya!
namun aku hargai setiap yang berkunjung ke sini!
setiap yang tinggal komen akan buat ku bahagia! hahaha...
tapi,
tapi,
..
hari ni takda satu komen pun weh.. sedihnya!
pagi tadi aku belum sempat nak menyinggah ke blog kengkawan, tak sempat,
mungkin sebab tak blogwalking kot..
tu pasal takda komeng komeng masuk!
tadi lunch, baru sempat nak jalan2...
eh, ada beberapa blogger punya kotak komen juga k.o.s.o.n.g!
yang femes emes pun kosong,
hmm.. fikirku mungkin ada masalah la ni kot.. (cheh.. harapan konon ada org komen la tu..hihihi.. perasan pulak! )
tapi takpe... teruskan sahaja gembira dengan blog sendiri dan gembirakan blog orang lain juga!
chow! peace all! (^__^)
IringJeling: catat rekod nih! hari ni sahaja, takat ni, aku dah publish 5 entri! (hahahahaha... banyak entri, tapi tiada orang mahu komen! kesiannn ... )
TIPS : Petua Mudah Untuk Panjang Umur
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kesimpulan ini merupakan hasil studi terhadap foto-foto berusia tua. Para ahli dari Wayne State University, Michigan, meneliti 230 gambar pemain liga bisbol yang dicetak dengan data registrasi tahun 1952. Daftar ini memuat semua profil dan statistik pemain, seperti tarikh lahir, berat, status perkahwinan, dan karier. Para ahli lalu membuat peringkat pemain berdasarkan bentuk senyuman. Ada kelompok pemain yang tak tersenyum sama sekali, tersenyum parsial (sebagian otot di sekitar mulut saja yang aktif), serta tersenyum lebar (ditandai tawa lepas dengan gigi yang tampak, pipi yang naik, dan lipatan di sekitar mata). Foto-foto ini lalu dibandingkan dengan usia dan harapan hidup setiap pemain. Hasil analisis menunjukkan, 184 pemain tercatat sudah meninggal. Mereka yang masuk kategori "tanpa senyum" hidup dengan usia rata-rata 72.9 tahun
__._,_.___