Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label KualaLumpur. Show all posts
Showing posts with label KualaLumpur. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

selamat pagi,

seribu satu rasa malas..
seribu satu rasa berat..
seribu satu rasa penat..

susah sungguh nak mula kerja hari ini, tapi kuatkan diri juga,
harus kerja untuk dapatkan rezeki menyara hidup..

Tajuknya ialah Kuala Lumpur, entah apa yang ingin diceritakan ya?
Dulu, aku tidak pernah terlintas akan bekerja di sini, menetap apatah lagi!
Dulu, bila jasadku mula masuk KL je, terus rasa tak best
bila jejakkan kaki kat pudu tu! (biasa dulu mesti berhenti kat PUDU punya) seribu satu rasa tak enak! mula la rasa pening kepala la.. sesak nafas la.. mata berpinar la..
Aku memang tak suka KL!
tapi nak buat macamana.. Tuhan telah tentukan aku punya rezeki ada di sini..
Aku terima dan redha..
Alhamdulillah
Ramai orang di seluruh pelusok negeri pun mencari rezeki di sini kan?
Dari Johor hinggalah ke Perlis..semua ada di KL
:)

KL dan Jem memang tak dapat dipisahkan kan?
Aku sebenarnya nak ceritakan pengalaman semalam.. (intro punya panjang!)
HUH! &*^&$&*^^$%^#)^**!!?<**%!!!!
terkena betul aku semalam!
selama ni percaturan mesti baik punya! Alhamdulillah tak terkena jem!
tapi semalam! ya Allah... balik ke KL dari Kuantan.. Jem tersangat la jem kat Lebuhraya katak Karak semalam! terkena aku terkena!
bawa kereta manual pulak tu... jenuh.. jenuh.. sampai sekarang lenguh kaki tak hilang..
sengaja aku yang nak bawa.. tak kasi abbi bawa, sebab tahu dia mesti tak boleh tahan punya jem begitu!
ya.. berkorban apa sahaja.. (eceh!)

kesian aku tengok ramai kereta kereta yang 'breakdown' kat bahu bahu jalan.. ramai yang berhenti dengan keadaan bonet depan kereta terbuka.. 'temperature' dah tinggi la tu.. ada yang berasap asap pun.
bas bas pun ada! ramai ramai pakat turun dok tepi jalan.. tengok ada keluarga yang ada anak anak kecil.. semua dok berkampung di tepi jalan..
Sedih je tengok keadaan mereka.. dengan anak anak kecil nya ' baby' pun ada..
Terfikir tentang kesusahan mereka, kami berdua tenang seketika,
nasib baik cuma berdua.. kalau punya anak kecil, tentu kami pun hadapi perkara yang sama.. yela.. budak budak.. mana nak makan nak minum, nak ke tandas lagi..
paling ramai yang berhenti kat Genting Sempah tu.

Bila di tol pula, masing masing berebut rebut nak masuk pintu tol!
masing masing dah hilang rasa bertimbang rasa!
tak semua lah macam tu, cuma ada segelintir sahaja yang mementingka diri sendiri..
orang dah beratur ikut q, dia pula entah datang dari mana, terus potong 'line'!
yang kereta besar dengan kesobongannya, signal pun tak kasi! yang kereta kecil pun tak kurang mahu tunjuk samseng! cucuk cucuk! ada aku tengok macam nak bergaduh pun ada! masing masing dok himpit
lahai .. semua orang pun nak selamat sampai ke destinasi..
bukan kamu seorang sahaja!
jangan la disebabkan kerakusan kamu menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku dan mengheret orang lain sama dalam kesusahan.
itulah dia..
bila seseorang manusia sudah terdesak...

memang banyak ketidakpuasan hati telah berlaku..
tapi moga ada yang buka mata dan terbuka hati..

( aku taip menda ni dari pagi tadi, ni dah masuk tengahari pun! taip sikit sikit.... dah abis pun! post!)

bayar tol untuk jem?

Tuesday, July 27, 2010

Jari.

- balik dari JB Ahad lalu, tapi hari ni baru masuk opis!
- masuk opis dan ada byk kelija sedang menanti! nah kau!..
- pastu kat opis ada event lak tu hari ni! hahaha.. siap kau!
- uiii.. buka outlook, emel berderet ratusan... itu semua kerja tu! mamposs..
- bos surut arrange mesyuarat untuk esok lusa tulat tubing.... huhuhu...
- jgn lupa booking tiketnya juga! guna kad pencen jgn lupa ya! (3 tahun lagi nak pencen tapi dah dapat kad pencen! hmmmm...)

(si Kella ngan Kak Kin dan Kak Ain tgh nk pilih no bertuah, last2 sorang pun tak bertuah! huhuhu)

tapi yang best tadi bos tegur.. " eh u nampak kurus pulak, memang dah kurus atau baju tu nampak u kurus.."
aku senyum hehehehhe je laa...
memang kurus sikit kot... hari tu timbang 67 semalam timbang 63.5 hehehehe.... berkat aktif sokan ni!
oh ya! lupa nak citer sket pasal sokan aku tu, kami sampai suku akhir je.. kecewa gak, tapi nak uat camana.. tahun depan coba lagi! :D


terima kasih gak kengkawan yg sudi datang masa ku takda..
ok.. bagus2.. tiada barang yang hilang.. hehehe..

IringJeling: tajuk takde kena mengena ngan entri kan! apparaa..

Wednesday, July 21, 2010

Wish me luck yeh! (^_^) v

Salam..
sedang lakukan 5S ofis sekarang ni! dari tadi dok bersin bersin! habuk!
wah... lapang skit tempat aku sekarang.. walaupun byk lagi nak kena check ni!
5S akan berlansung hari ni hingga lusa, tapi aku akan tiada esok dan lusa!

yah...
aku akan mengikuti pasukan ke Karnival sukan! makanya, mungkin esok, lusa, tulat, tubing, aku akan tidak mengemaskini blog! (ha tapi boleh uat auto publish kan?) ;p

Aku pun agak 'nervous' sebnrnya, sebab ini pertama kali pula wakil pasukan ! itupun kerana menggantikan seorang teman yang telah cedera! dia tidak dapat bermain, makanya aku menggantikannya, kalau tak.. mungkin aku hanya berada di tempat simpanan aje.. hehehe..

ada yang kasihankan aku? dont be.. sbb aku tak kisah itu semua, tidak mengapa jika aku dianggap cuma bernasib baik..dapat main, tapi tak perlu negatif2! peluang yang datang ini bukan selalu! mungkin ada rahmat disebaliknya!
jadi, aku harus ambil peluang ini dan lakukan yang terbaik! aku tahu kemampuan aku tidak begitu mantap lagi.. namun peluang tetap ada bukan?


aku takda kasut untuk sukan ni, asyik pakai kasuk sniker jalan2 tu untuk 'training'.. jogging pun kasut itu, jln2 pun kasut itu..
lalu,
habibi menghadiahkanku kasut ini, khas untuk sokan ini! aku sangat suka! syukran ya habibi!



semalam aku bertemu teman yg agak veteran dalam sukan ini, lansung aku minta tips ringkas darinya! maka terhasillah lukisan seperti di bawah..


bila tengok lukisan itu mesti kamu2 semua tahu sokan apakah ini kan?
hehehe... nak main sokan ni kena ada ni!


Reket!!
reket pun baru kome..! hadoii... aku memang tak penah beli reket! selama aku main aku pakai reket papa aku dari kecik sampai le aku beso, tapi disebabkan reket papa, adik2 aku dah rembat, makanya nak tak nak kena la beli sendiri! seksa juga nak ngulur pitis untuk jenama ni!
(aku punya sejibik cam nilah reketnya, tp ni amik gambar googles, reket aku tak sempat nak m'snap! reket bau kedai lagi.... huhu..)






oh ya, aku main untuk company aku wakil ini!


..............................................................................
aku ni seorang yg sangat gementar bila masuk gelanggang!
mulalah bila nak lawan tu.. sakit perut semacam!
bak kata si sudin dlm bujang lapok: angin kus kus senggugut dah datang...
.......................................................................................................
kalau korang, apa yang korang lakukan untuk atasi masalah gementar n gugup nih? leh kita kongsi kongsi untuk bekalan aku nanti.. hhehehe..
.....................................................................................................
apa pun, aku akan gunakan peluang ini sebaik mungkin! lakukan yang terbaik! usaha sedaya upaya! dan selebihnya Tuhan yang menentukan segalanya..
Moga Tuhan bantu aku...

Wish me luck yah! kalau sudilah... ;p
..........................................................................


ingat entry yang lepas? (klik la ... boleh dengar cerita sepertinya!.. ) aku dipilih untuk training kan? sekarang tiba masanya untuk lawan!
..........................................................................

IringJeling: 3-4 hari tinggal habibi... rindulah padanya nnti.. hmm..

Tuesday, May 18, 2010

Ulang Tayang Sekali Lagi, Untuk Kamu semua..

IringJeling: Di Kuala Lumpur sahaja ada..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker